pertemuan yang dinanti...

tercapai ke impian kita, ta...? maafkan zaff kerana asyik bertanyakan persoalan ini... bilakah saatnya zaff akan dapat mendakap dirimu untuk pertama kalinya? atau, sekurang2nya menatap wajahmu dari dekat...dan membilang garis senyummu...? saban malam kita beradu dalam kerinduan yang sarat menyesak dada... ternanti2 tikanya untuk meleraikan segalanya...

zaff jadi takut, ta... andainya kisah kita berpenghujung dengan diri zaff tak berkesempatan melihat dirimu... zaff jadi risau. selalu zaff melayan fikiran, mencari2 sebabnya kenapa pertemuan itu terlalu sukar. apakah kerana diri zaff ini, maka tak memungkinkan sebuah pertemuan itu berlangsung? apakah kerana dirimu, maka zaff tak sepatutnya bertemu? arghhh... dan persoalan2 itu akan terus bermain2 dalam fikiran ini, ta... maafkan zaff kerana tak mampu menghapuskan bisikan2 ini...

zaff jadi marah, ta... bila ada orang lain berkesempatan menemui dirimu... atau dengan kata lain, punya peluang untuk berhadapan dengan mu. betapa rasa kecewa itu seringkali menguasai diri zaff dan bisa membuatkan zaff terkadang terlupa untuk tersenyum. dan kembalilah persoalan "aku tak layak ke?" menerobos menusuk jiwa yang mencari2 jawapan.

zaff tahu, tentu ada sebab kukuh pada persoalan ini... dan mungkin zaff tak sepatutnya ambil tahu kerana ianya melibatkan orang2 rapat di sekelilingmu. zaff juga tahu, yang zaff terpaksa hormati peraturan ini... tapi, di sini, zaff akui kelemahan diri sendiri... kerana terkadang, zaff tak pandai mengawal perasaan dan keinginan untuk menemui mu. maafkan zaff, ta...

kad harijadi untuk mu, masih zaff simpan elok2... kad lebaran untuk mu juga zaff jaga baik2... baju zaff yang pernah dijanjikan untuk mu juga zaff jaga warnanya supaya tak luntur... semuanya akan zaff berikan pada suatu pertemuan yang amat zaff nantikan. sedih rasanya ta... bila semua itu masih ada dalam tangan zaff dan masih belum berada di sisi mu...

ta... coretan ini bukan menuntut kesedihan dan airmata mu. zaff hanya ingin menyatakan betapa 'saat itu' amat zaff nantikan. mungkin zaff tak pandai menunjukkan rasa sayang ini pada mu, tapi, inilah catatan yang terzahir dari apa yang zaff rasai sekarang ini. rindu, sayang, cemburu, gembira, kecewa, marah, sedih, semuanya bersatu menjadi satu... dan menjadikan zaff >> seperti saat ini...
sayangkan dirimu selalu, ta...
dia yang bernama "kekasih"...

aku sukakan dia bukan atas nama 'nafsu'... aku sayangkan dia juga bukan atas nama 'nafsu'... hmm... mungkin aku tak boleh nak kata yang perasaan ini 'ikhlas', sebabnya 'ikhlas' itu hanya milik tuhan dan tak tercapai manusia untuk berada di tahap setinggi itu... dan mungkin juga aku tak boleh nak kata yang perasaan ini 'suci', kerana 'suci' juga masih di tahap yang terlalu tinggi bagi seseorang manusia... errr.. bistu kategori mende ekk? ahakssss :P hampehhh! kehkehkehkeh...


aku kenal j @ ta...(panggilan yang aku suker guna utk dia) hampir setahun lebih... ye, aku tahu itu antara jangka masa yang pendek bagi sesebuah perhubungan yang serius.. tapi, peduli apa aku?? hahahahahaha... (sabar je le) tapi, itu tak memberikan makna yang besar... kerana yang penting, kualiti setahun lebih tu leh kalahkan kualiti yang bertahun2 terjalin... ye kan?
sejujurnya, aku belum pernah jumpa j lagi... tak pernah bertentang mata, tak pernah bergesel tangan lagi... belum pernah merenung matanya, belum pernah membelainya... kami hanya bergantung kepada teknologi untuk kelangsungan perhubungan nih... hmm... pelik kan? kasih sayang kami beredar dalam wayar kabel... bukan tak ingin berjumpa, tapi, ada penghalang yang hingga hari ni terpaksa kami lalui dan terpaksa kami patuhi... - doakan kami dapat berjumpa akhirnya... (trima kasih pd yg mendoakan)

telefon menjadi sahabat karib aku, semenjak aku kenal j... kalu dulu, aku guna fon ni sekadar nak call mak utk report aku kat mana2 (ahakssss.. mak yg amat2 le caringnyerrr), call ofis utk emergency leave.. tu je le rasanya... dan aku paling malas nak balas msg sesapa.. hahahahaha hampehh! tapi, bila aku bersama j, fon tu dah mula ada chemistry ngan telinga aku nih! hahahaha... kalu tak melekat sehari, tak sah!

pagi, bila dah sampai ofis, aku akan call j... tapi, selalunya j tak angkat... sbb masa tu dia mesti dalam keta samada ngan alongnyer or.. abahnyerr!! ahakssss.. then, before aku g bfast, aku akan msg kat j... pastu, dlm kul2 9 ke, 10 ke, j akan call... hehehe... say luv u-luv u... kalu ada manyak meeting, merana ar sket... ayakkkk!! takpe.. takpe.. keje, dude! and before balik keje, sure calling/ msging... sampai rumah, msg lagi.. ye le, j risau aku naik moto... nak pulak kalu hari hujan mcm skrg ni, lagi ler berbakul2 rotan nasihat tuh! ahakssss... (bistu, takkan nak bwk 20km/j kot..? ngehngehngeh) beshnyer bila ada org amik berat hal kita.. rasa mcm idung nih tak cukup kembang jer! hahahahahaha...!!!

dan sebelum malam melabuh tirai, sekali lagi fon akan melekat dengan eratnyer kat tinga nih... waktu ni, suara di-tune-kan utk lebih 'gagah'.. hehehe.. sbb j suka suara 'gagah' aku.. ayakkkkk!! aku pulak.. sukakan suara manjerrr j... nak pulak kalu dia gelak2 'hik-hik-hik' dia tuh! hahahahaha... cayyyeeeerrrrr!! hmm... dan waktu ni mmg seksa bagi aku.. sbb waktu cenggini le aku selalu bayangkn dia kat sebelah aku... dalam dakapan erat aku... hmm... dan aku akan cuba mengarang mimpi selepas dah habis ckp dgn dia dalam sejam lebih... :)

dan aku akan menderita bila saat j marahkan aku... dia takkan call/msg aku... biarpun aku call berkali2... masa tu mmg rasa mcm nak hempas je fon nih kat dinding ke, batu ke, dari tingkat atas flat aku ke... sbb aku tak dpt dengar suara manjerrr dia, tak dpt dengar "luv u so much"... adusssss.. rasa mcm lembikkk jer kalu tak dengar!


perghhhh!! panjangnyerrsss entry... bosan ke baca? sorry ar... tgh fikir j je nih... tu yg tulis jer... nanti sambung lagi...


ta... tak tau kenapa... "LUV U SO MUCH"...!!!
al-fatihah

salam takziah dari zaffey untuk 2 sahabat yang sentiasa dalam hati...

afy - atas kembalinya ke rahmatullah abang yang dikasihi pada 13 Jan 2006
adiq - atas kembalinya ke rahmatullah bapa yang disayangi pada 15 Jan 2006
sesungguhnya suatu kematian itu adalah suatu permulaan bagi si mati dan juga kita yang masih hidup...
moga dalam kasih-sayang allah selalu...
ntah le...

otak blur...
semangat malap...
idea hampehhh...
tangan lembiksss...
kaki lenguh...
perut gelebeh... (ayookkk)
moto berdaki...
meja bersepah...
baju tak basuh...
tu le aku skrg nih!! :P
if...


If u open it, close it...
If u turn it on, turn it off...
If u unlock it, lock it up...
If u break it, admit it...
If u cant fix it, call in someone who can...
If u borrow it, return it...
If u value it, take care of it...
If u make a mess, clean it up...
If u move it, put it back...
If it belongs to someone else & u want to use it, get permission...
If u dont know how to operate it, leave it alone...
If its none of ur business, dont ask questions...
If it aint broke, dont fix it...
If it will brighten someone's day, say it...
If it will tarnish someone's reputation, keep it to yourself...

As human beings, we r endowed with freedom of choice, and we cannot shuffle off our responsibility upon the shoulders of God or nature. We must shoulder it ourselves. It is up to us...

Just wanna share...
bisakah aku tersenyum lagi...?

"pd dia - semuga kau berbahagia di dunia barumu, teman2 barumu dan yg pasti bersama "bidadarimu". jgn kau sebut namaku, jgn kau lafazkan kata2mu lagi dan jgn sesekali kau coretkan aku di blogmu - aku tidak rela..... akhir kata - maafkan aku yg tak pandai menilai "di mana sebenarnya kata sayang dan kesetiaanmu itu" mungkin aku buta dan tuli atau aku memang "bodoh" selama ini kerna menyintaimu......" - j...

mengapa kau tak pernah ingin tahu, sayang... yg dirimu sentiasa menjadi bidadari ku...?
mengapa kau tak pernah ingin tahu, sayang... yg aku sentiasa menunggu mu...?

aku tak pandai menipu hati aku... biarpun kau hanya hadir dalam mimpi, biarpun suaramu hanya penemanku, biarpun kepingan wajahmu yang dapat ku bawa, tapi aku tetap menamakan mu "kekasih"ku... maafkan aku, j... kerana aku tak mampu membuang namamu... maafkan aku, kerana aku tak mampu membasuh kenangan cinta kita... aku akan terus menantimu.. dan usahlah ragu untuk mencari aku... sayangkan dirimu selalu, j...
pancit... habih gas...!
lembiksss nyerssss hari nih.... niat dihati nak tulis panjang2... tapi, apakan daya... badan tak daya... insyaallah, bila diberi kekuatan, ruangan ini akan punyer cerita baru nyer...

sampai ketemu lagi, jaga diri baik2 sumer... aku "cuti" jap dari sini...
j...

j call aku semalam, daripada selatan... rupa2nya pagi2 lagi dia dah bertolak ke sana... hm.. suara dia hari ni agak 'segar' dan aku lega bila dengar dia mcm tu... j.. j.. kalu buleh, taknak bagi awak g mana2 tau...! tapi.. tetiba dgn nada suara yg manja ala2 takut, dia ngadu kat aku >> "zaff... j lupa bawak ubat ar.. er.. tapi, jgn marah dulu sehh... j ada bawak surat dr, so dah pegi klinik kat sini dan dah ada ubat gantinya... dr bagi 3 jenih..." kehkehkehkeh... memang j menempah kebebelan aku pagi2 tuh! hehehe... kan aku dah panjang lebor bagi ceramah... adussss tu le j, selalu mak siapkan sumer, haa.. tu mesti j yang kemas sendiri beg tu kan?? tuh yang luper mcm2 tuh...

hmm... aku kesian sebenarnya kat j... aku tahu, dia bosan hari2 kene makan ubat, banyak pulak tu... pastu, g cek-up setiap minggu dan setiap kali itu jugak le dia akan menanggung kesakitan daripada pemeriksaan yang terpaksa dilalui... tu belum lagi amik kira sesi kemo... dan aku tahu, salah satu sebab dia rela lalui semua tu, kerana menuruti kehendak mak-ayahnyer... dgn harapan yang mereka akan turuti kehendak j yang ingin berjumpa aku... dan setiap kali selepas sesi yang menyakitkan, j akan call aku... ngadu... masa ni, tuhan je la yang tahu macam mana aku cuba tahan diri daripada teresak dalam fon... taknak j terdengar... nanti makin sedih dia... j... cepat sembuh ye sayang... nanti kita sama2 g tengok matahari terbenam ye... cantik tau.. boleh nampak dari tempat zaff...

malam tadi, j majukss ngan aku... hanya kerana aku tak bagitau dia tentang blog baru aku nih... katanya, selagi aku tak bagitau, dia taknak cakap ngan aku... adusssss... j... j... katanya lagi, aku sengaja taknak bagitau sebab aku dah ada orang lain... aku dah berubah la... aku dah taknak cakap ngan dia la... aku dah tak sayang dia la... ih.. ih.. kalau dia depan mata aku masa tu, memang aku cekup mulut dia, jgn bercakap lagi... pastu terus cium! ahakssss... kejam ke? :P ke... gelojoh?? ayakkkk!!

lately, j makin sensitif... terutama lepas dia g sesi kemo tuh... dia jadi mudah marah dan kadang2 cepat amik ati dengan gurauan2 nakal aku... dulu, sebelum dia lalui kemo, dia tak macam tu... celotehnya selalu bersulam dengan ketawa yang menyenangkan hati aku... usik la dia dengan apa saja ayat, dia tak kisah... dia akan ketawa, dan ketawa... hmm... sekarang dah kurang ketawanya... j... aku hanya ingin kau gembira... bahagia melalui hari2 mu... kalau kau sedih, aku pun jadi tak tentu arah, j... keje pun tak jalan... sampai bos jeling semacam je... hmmm... (sorry bos..)

aku tahu, aku ni kadang2 gatal jugak... aku ni kadang2 suker jugak ngorat2 ni... pantang ada staff baru, or budak praktikal, sure aku dulu yang datang ngimpits... sampai mamat2 kat sini geram sokmo ngan aku... (sorry la ekk... skill korang tahap apprentice! ahaksss) tapi, aku takkan 'dua'kan hati aku semata2 kerana orang lain... j tetap bertakhta... biarpun aku tak dapat bersemuka ngan j, tapi cukup ngan tiupan rindu dia, dah mampu mengikat aku dari berpaling pada orang lain...

j, please... percayalah pada sayang yang ada dalam hati zaff ni... ye, zaff tahu, berjanji memang mudah, dan untuk memungkirinya jua mudah... tapi, sehingga saat ini, zaff masih mampu mempertahankan janji zaff... janji zaff untuk tidak meninggalkanmu... dan janji zaff untuk tidak melupakanmu... sayangkan dirimu selalu, j...
j... please dont giveup...


j... airmata aku jatuh lagi malam tadi, sayang... aku tak mampu mendengar rintihan mu... sendu mu... sejujurnya, aku takut menanti hari esok...

j... aku tahu, kau tak membaca catatan ini kerana aku tak pernah memberitahumu kewujudan blog ni... aku tak mahu kau sedih... aku tak mahu kau terluka lagi...

j... saratnya hati ini dengan kebimbangan, kerisauan... hanya tuhan yang tahu... kau tahu, diam2 aku menangis sewaktu kau ceritakan tentang berita dari dr. yang merawat mu... keadaan diri mu yang selalu demam sekarang ni adalah disebabkan oleh tubuhmu yang mula menolak ubat2 yang sediada... sengaja aku buat lawak, dengan harapan kau kan terhibur dan melupakan sebentar kesakitan yang kau tanggungi... dan hari ini, oleh kerana tuntutan tugas, kau gagahkan jua untuk ke selatan... katamu, boss menaruh kepercayaan yang tinggi atas urusan itu pada mu... arghhhhh!! ingin saja aku halang, tapi... sapalah aku, kan..?

j... moga doa ku diperkenankan oleh tuhan... aku ingin menemui mu, sayang... mengucup tanganmu, pipimu, bibirmu... dan memeluk mu seerat mungkin... aku tahu, mungkin aku keterlaluan, tapi, itulah apa yang aku rasa sekarang ni... hmm... dan moga ayah mu jua terbuka hati untuk membenarkan aku untuk menemui mu biarpun dalam waktu yang terbatas...

j... jangan putus harap, sayang... cekalkanlah dirimu... aku sentiasa ada di sini, menanti mu... janganlah menemuiku dalam keadaan rohmu yang telah terpisah... aku takut tak mampu melaluinya...

j... sematkan di hatimu, yang aku sentiasa menyayangi mu...