surat untuk si gadis manis...
Wahai gadis manis,

Apa khabar mu di hari yang indah ini? Moga dirimu sentiasa dalam lindungan Allah jua. Aku, sihat sahaja di sini. Masih terus-terusan menghirup nikmat yang diberikan oleh-Nya, dan masih turut melangkah kaki menjalari bumi tuhan ini.

Aku tak tahu bagaimana harus aku ucapkan apa yang terbuku di dada ini, maka surat ini aku tulis untuk tatapan mu. Biapun mungkin kau takkan membacanya langsung, tapi aku percaya, rohmu dapat merasai bisikan naluri ini.

Gadis manis,

Tahukah kau, aku sering mencuri-curi melihat mu dari jauh? Aku senang sekali melihat kau tersenyum. Manja sekali. Dan bila kau tersenyum begitu, aku akan pasti tersenyum sendirian sambil berangan-angan, yang kau sedang melemparkan senyum itu pada aku. Dan senyuman itu akan menemani aku bila kau tidak dapat aku lihat. Betapa aku ingin menyentuh lembut ulas bibir itu. Namun, usah kau risau, kerana aku hanya berani menyentuhnya dengan jemariku.

Tahukah kau, aku sering tertunggu-tunggu tibanya hari baru setiap hari? Aku senang melihat kau mengenakan apa jua pakaian. Arghh! Apa saja yang kau pakai, sememangnya secocok dengan dirimu. Dan bila kau berjalan melalui lorong-lorong kecil di depanku, mataku kan pasti menuruti langkah lenggok mu. Ishh…nakalkan mata aku ini? Tapi, lama-lama aku akan jadi cemburu, terutama bila ada mata-mata nakal lain menyinggahi tubuh mu. Erghhh!!

Tahukah kau, hati aku berkecamuk bila kau tidak menegur aku seharian? Hati aku akan tertanya-tanya. Fikiran aku akan ligat mencari jawapan. Kenapa…? Kenapa…? Pernah dulu, kau marahkan aku, terguris dengan perkataan dan kelakuan aku, lalu kau tidak menegurku lagi. Arghhh!! Sakit sungguh rasanya bila diri tidak dipeduli. Bagai dibuang jauh ke suatu daerah yang bisu, kaku dan lesu. Aku tak sanggup berada di daerah itu.

Gadis manis,

Aku pernah melihat kau menitiskan airmata di depanku. Aku pernah mendengar esakan pilu kau menyuarakan kesedihan yang membungkus hatimu. Hmm…airmata itu begitu mengharukan. Betapa inginnya aku mengesatnya dengan jari ini. Betapa inginnya aku memelukmu untuk menenangkan sendumu. Dan betapa aku berharap dapat menemanimu untuk menghiburkan hatimu setiap detik yang kau lalui.

Aku pernah melihat kau tenang beradu di suatu malam yang damai dan dingin. Lenanya kau waktu itu bagaikan sedang melalui denai-denai yang indah di suatu tempat yang mengasyikkan. Malam yang berlalu tak aku hiraukan, kerana aku hanya ingin terus menatap wajah mu tanpa kau sedari. Betapa inginnya aku mengucup dahimu tika itu, agar kau tahu aku ada di sisimu menghangatkan dingin tubuhmu.

Gadis manis,

Aku hanya menjadi perindu sepimu di sini. Aku tidak berani untuk berdiri dan berjuang untuk memilikimu. Aku tahu di mana batas aku. Aku sedar di mana kakiku berdiri. Dan aku sedar siapa diri aku. Rasa yang terbit di hati ini, bukan sesuatu yang sengaja aku cipta. Ianya hidup hari demi hari bersama deru nafas ini. Namun, aku terpaksa akui, mustahil untuk kau menikmati dan menerimanya andai aku hulurkan jambangan kasih ini.

Aku akan terus bercerita tentang mu di sini. Di lembaran ini, di helaian coretan kasarku, dan di benak fikiranku. Selagi aku masih punya daya, masih punya kekuatan, masih punya nyawa, tetap ada ingatan ini padamu. Aku tak kisah andai kau tak pernah mengingatiku, kerana itu nasib yang perlu ditelan oleh perindu sepi seperti aku. Andai aku gembira, akan aku paparkan padamu. Tapi, andai aku gundah, akan aku tangisi jauh dalam hati ini.

Gadis manis,

Biarlah aku akhiri dahulu coretan untuk kali ini. Semakin aku menulis, semakin sarat rasa yang memenuhi hati ini, hingga aku jadi sesak. Aku akan kirimkan lagi surat untukmu selepas ini andai hati bersedia untuk berbicara lagi. Akhir kata, teruslah senyum pada sinar esok yang bakal kau lalui nanti…usah pandang pada semalam yang telah kau tinggalkan jauh di belakang. Ingatlah, ada perindu sepi yang akan setia mendoakan kebahagiaanmu untuk selamanya...

Salam rindu untukmu,
zaffey...
hmm... speechless!


"setiap hari berlalu jelas terlakar senyuman tatkala melangkah kaki seolah-olah kebahagiaan sedang menunggu penuh debaran..."

"yang nyata langkah terhenti bilamana impian untuk senyum saban waktu sepi bersama renungan & gurauan manja insan yang ditunggu...."

dia yang tulis kata-kata nih... aku terkedu kejap... tak tau nak balas apa pun... hanya muka aku yang berkerut-kerut...

aku call dia, mula-mula memang suaranya seperti biasa... seperti selalu... tapi, entah mengapa, lama-lama ada sendu kecil yang mengiringi perbualan ini. dia menangis?? dan, aku dapat dengar suaranya berubah... ishh... kenapa nih...? serba salah pulak aku...

hmmm... aku di sini, jauh daripadanya. tak mampu untuk tangan ini mengesat airmata yang menitis. kalau benar pun aku ada di sisinya tika ini, masih aku tak berani dengan sewenang-wenangnya menyentuh pipinya. kerana aku sedar, aku bukan pemilik dirinya....

akhirnya, aku hanya tersenyum sendirian... mengingatkan saat-saat aku bersamanya. mungkin baginya saat-saat itu bukanlah bermakna, tapi, aku senang untuk mengingatinya... selalu...

senario dalam "washroom"...
dia akan sibuk mencuci muka dengan entahapa jenama aku pun tak tau.. hehehe... dan aku akan sibuk pulak berdiri di belakang dia... memerhati... bukan aku perhati muka dia... tapi, aku sibuk perhati rambut panjang dia.... erghhhh tentunya harum andai dielus..... dan aku akan cepat-cepat beredar bila sabun yang penuh di mukanya telah habis siap dibilas... dan aku akan tinggalkan "washroom" tu dengan senyuman kambing gatal! hahahaha... hampehhh!

tapi, sebenarnya, aku tak berani menyentuh dirinya... walaupun adakalanya pernah aku cuba bermain dengan nafsu yang mula mencetus keinginan, tapi, aku tak sanggup. aku takut bakal kehilangan dirinya andai aku keterlaluan. aku takut dia bakal menolak dan menjauhkan diri. mungkin lebih baik aku terus-terusan begini. melayan jiwanya dan bukan diri zahirnya. cukuplah aku hanya mengucup tangannya biarpun terasa benar ingin mengucup wajahnya....

untukmu,
terima kasih kerana sudi mendengar cerita ku. aku tidak hebat mengukir cerita. aku tidak pandai mencipta keindahan. aku hanya aku... yang punya seribu satu titik hitam... miss u too, sweet girl...!
teruskan senyum, sayang...



Dia kata, dia rindu…
Dia kata, dia sunyi…
Bila aku tak menalifon…
Bila aku tak di depan matanya…

Tapi,
Tahukah dia…?
Sehebat mana rindu aku padanya…?
Sesakit mana sunyi yang aku tanggung tanpanya…?

Senyumannya…
Lirikan matanya…
Sahut suaranya…Menjadi rakaman indah yang aku simpan selamanya…

**************************************************************

sayu pulak hati ni bila tengok airmata di hujung matanya. dia seakan cuba menyatakan sesuatu, tapi tak terzahirkan dengan kata-kata. aku tak tahu apa yang sedang bermain di dalam kepalanya mahupun hatinya. mungkin ada sesuatu yang menyentuh sanubarinya. hmm... tenanglah... hanya itu yang mampu aku ucapkan.

doakan aku ye sayang... jangan alirkan airmata mu itu sebelum masanya... kalau rasa sedih mencengkam, sunyi menghimpit, ingatkan kembali gurauan nakal ku... kalau rasa semangat menghilang, rindu bertandang lagi, tatap saja tulisan dan potretku. senyumlah pada aku di sini...
**************************************************************
OST Dealova - Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

sikit je...


nape ye,
bila kita rindukan sesorang, kita macam ayam berak kapur... monyokkk je! hahahaha.. siann...

pastu,
semua keje macam takde semangat nak buat. ala-ala semangat yang hilang lak. ih.. ih.. susah tu!

nak pulak,
bila ada orang marah-marah kat kita, contohnya bos ke. ayokkkk!! lagi le macam down to earth je! ishhhh.. ish.... sadisss betull!!!

tambah lagi,
bila seseorang yang kita rindukan tu, tak sms kita ke, tak calling-calling kita ke. adehhhh!! sakit hati pulakk..!!

itu belum lagi,
bila kita memang dah tahu dia berjauhan lama pulak tu. ala-ala macam sengsareeee je nak nunggu dia muncul kembali depan mata...! perghhh!!

tapi kan,
bila dia dah depan mata kita nih, tetiba rasa pilu lak... ih.. ih.. konfius betul!

manakan tidak,
punyalah kita tunggu-tunggu kemunculan dia, tetiba dia macam buat dekkk jer... ayakkkk!!

tapi tu la,
tak buleh jugak nak amik hati sangat. sebab mungkin jugak dia tengah ada masalah kot. ih.. ih.. tak patut buat kesimpulan cepat sangat...!

apapun,
rasa benci tak wujud samasekali bahkan rasa sayang yang makin bersemi...

walaupun,
kita tak mungkin akan bertakhta di hatinya, tapi cukuplah sebuah senyuman untuk melengkapkan sebuah rindu yang disimpan untuknya...

dan,
aku hanya menumpang sebuah senyuman itu untuk mengubat luka yang masih panas berdarah...
kenangan ombak cinta pantai...
Ombak tak pernah mungkir
akan janjinya kepada pantai
dan pantai tak pernah bosan
menerima pukulan ombak saban waktu.

Walaupun pantai sering berubah
walaupun ombak sering bertukar haluan
namun pantai tetap setia menanti
dan ombak tetap pulang ke pangkuan.
Kesetiaan pantai dan ombak penuh keikhlasan
bukan sekadar menuruti satu fitrah satu suratan.

Pantai tak pernah putus rayuannya
mendambakan kehadiran ombak disisi selalu,
menghiaskan dirinya dengan jalinan indah buih-buih ombak,
melagukan untuknya nyanyian cinta penuh gelora.
Jika tanpa ombak,
pantai pasti kesuraman dan terus kan sepi tanpa pengunjung.

Ombak tak pernah lupa kekasihnya pantai,
yang menjadi tepian pelepas rindu terpendam
yang menjadi permanjaan ombak di hujung kembara
yang menantinya penuh rela tanpa curang.
Jika tanpa pantai,
ombak pasti kehilangan tepian kasih dan
kan terus kematian punca arah haluan.

Dan sering tangan-tangan kejam
mengonak sekuntum kebahagiaan itu
namun ombak dan pantai tetap sabar
menahan gelombang dan pawana
walau sering mereka tersiksa.

Tanya sang siput pada batuan:
Apakah ombak kasihnya tiada berbelah bagi?

Jawab batuan:
Aku menyaksikan tautan cinta mereka
namun kasih sejati keduanya
tak mungkin aku pisahkan
dan mustahil aku bentengkan.

Tanya sang ikan pada nelayan:
Apakah ombak kan pulang nanti?

Jawab nelayan:
Aku tak pernah lihat kecurangan itu
malah aku sentiasa bersama ombak
pulang menuju pantai tanpa perlu aku arahkan.

Tanya sang camar pada karang laut:
Aku terlalu cemburu kepada mereka.

Jawab karang laut:
Mereka adalah sepasang kekasih
yang saling memerlukan
kerana tanpa pantai tiadalah ombak
dan
tanpa ombak siapalah pantai…

**************************************************************

aku selak sketchbook aku yang lama, dan aku jumpa tulisan ini. pernah aku berikan pada seseorang suatu waktu dahulu. tapi, telah lama menyepi dan melupakan aku. aku tulis bait-bait ini ketika aku tak punya sesiapa untuk dinamakan "kekasih", dengan harapan, suatu hari nanti aku ingin menghadiahkan kata-kata ini untuknya. bila aku punya "kekasih", memang aku tak ragu-ragu lagi untuk memberikan puisi ini, dan aku rasa amat puas.

kini, puisi ini kembali tiada pemiliknya... dan ia kembali aku simpan erat-erat. mungkin aku takkan berikan lagi puisi ini kepada sesiapa... kerana bimbang, takkan ada sesiapa yang akan menghargainya.

kepada diriku, ombak cinta pantai memang antara kenangan terindah, dan kenangan itu seringkali mengingatkan aku pada gelora kencang si ombak dan kemulusan pasir si pantai... rindukah aku saat itu...?
Men Are Hard To Please (ahaksss)

The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely,
he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.

If u DRESS Nicely,
he says u are trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from KAMPUNG.

If u ARGUE with him,
he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.

If u are SMARTER than him,

he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.

If u don't Love him,

he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)

If u don't make love with him,

he says u don't Love him;
If u do!! he says u are CHEAP.

If u tell him your PROBLEM,

he says u are TROUBLESOME;
If u don't, he says that u don't TRUST him.

If u SCOLD him,
u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.

If u BREAK your PROMISE,
u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.

If u SMOKE,

u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMENT.

If u do WELL in your exams,
he says it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.

If u HURT him,
u are CRUEL;
If he HURTS u,
u are too SENSITIVE!!& sooo hard to please!!!!!

****************************************************************

bukan tak pernah mencuba,
tapi letih melaluinya...
bukan tak pernah mencari,
tapi penat menanti...

pernah menunggu,
tapi yang ditunggu tak pernah mengerti.
lelaki hadir dan pergi,

ada manis, ada pahit,
tapi aku tak kisah...
sukati korang le... aku senang begini.

****************************************************************

ahakss... dan bondaku masih lagi dengan usahanya. mencari penawar kesunyian anakandanya ini. arghhh... bonda, kau terlalu penyabar melayan kerenahku... hehehehe... meh sini tangan tu, anak bonda ni nak kucup...! hahahahaha...

"zaff, ahad ni jumpa ngan budak tu ye. dia datang rumah kita. pakcik ko yang bawak nanti. kita buat makan-makan tengahari."

bonda.. bonda.. hahahahahaha... apa lagi yang boleh aku jawab, selain,

"ye lah mak. hahahaha... jangan dia terperanjat tengok zaff bukak gigi palsu nanti dah le! hahahaha"

"ishhh budak nih! saje le tu nak main-main!"

dan aku berikan janjiku pada bonda yang aku akan menurut kemahuannya yang satu ini. masakkan lauk makan tengahari untuk sumer orang! hahahahaha... janji nak 'sangkut' tu belum buleh buat lagi ekk! hahahahaha... amende le aku nak pakai ekk hari ahad nih? err... kebaya nyonya?? hahahaha... err... bermuda ngan t-shirt?? hek hek hek... ahhhh sudahhhhh alahaiiiiiii! hahahahaha...
seorang...
aku senang menjadi keseorangan. biarpun kadang-kadang aku tak suka keadaan tu. tapi, tu la... bila keseorangan, aku akan jadi lebih dekat pada diri sendiri. aku jadi lebih peka pada rasa hati sendiri. aku jadi lebih mendengar siulan lagu hati sendiri.

dulu aku pernah merasa bahagia apabila berdua. hmm.. ye la, memang aku rindukan saat-saat tu. dengan dia, aku boleh bermanja. dengan dia, aku boleh menunjukkan siapa diri aku. dengan dia juga, aku menikmati rasa punya kekasih.

aku senang menjadi keseorangan. bukan tak pernah terlintas untuk punya kekasih semula. bukan tak pernah terfikir untuk mengucap madah kasih. tapi, aku ingin mengatur nafas dulu. biarlah aku terus bergelumang dengan dunia aku ni. dunia blog, dunia lukisan, dunia puisi aku.

kecewakah aku pada diri sendiri? tidak...
malukah aku pada diri sendiri? tidak juga...
menyesalkah aku pada diri sendiri? masih tidak juga...

aku faham dunia aku ni tak menjanjikan kebahagiaan hakiki. dan sebab itu aku redha biarpun aku keseorangan. aku akan terus menjadi perindu setia pada insan-insan yang aku sayangi. aku akan terus menjadi penyimpan rasa. dan aku akan terus menjadi pelukis impian.

kemanjaan aku, keriangan aku, biarlah aku tebarkan ke seluruh alam ini...
kemurungan aku, kesedihan aku, biarlah aku tanamkan dalam sebuah telaga mati...

aku ingin membawa sejuta keindahan pada semua
tapi aku tak punya tangan hebat untuk melaksanakannya.

aku tak ingin mencipta contengan hitam pada semua
tapi aku tak punya warna indah untuk dilukiskan.

adanya aku tak menambah seri dunia
dan
tiadanya aku tak meluak indah dunia...


************************************************************
hari ni aku dapat kiriman istimewa daripada seseorang. telah lama ingin dikirimkan pada aku, tapi dia bimbang aku tak sudi menerima. senyumku meleret semenjak kiriman itu singgah ke meja, tapi, di hujung hari, senyumku bertukar rupa. ada garis rindu yang terbit. ada garis sayang yang timbul. dan ada wajah sayu yang aku gambarkan.

hati ini tetap merah selagi darah likat masih mengalir di tubuh. tubuh ini tetap utuh selagi nafas masih mampu dihela. selagi ajal belum menjemput diri, selagi itu cinta masih bersemi...

sayang, maafkan aku yang masih begini...