hari ini...
hari ni dia keje... tapi, dia baru pulang tadi... pulang bersama semangat aku. aku terlampau sibuk hari ni. dari pagi aku keje bagai tak cukup tangan, bagai tak cukup kepala. hanya sempat menghabiskan masa bersamanya sewaktu keluar ke bank, yang tak sampai pun sejam. kemudian sempatlah jugak dari pukul 12.15 sampai 2 lebih bersama-sama menikmati makan tengahari dan memainkan kembali rakaman video dan fotonya pada acara besar tersebut. sejuk hati ni bila tengok dia tergelak menonton aksi dia dirakam. aku tak banyak cakap hari ni. sebab aku hanya menatap wajahnya... aku tak mahu masa berlalu tanpa aku puas mengamati garis wajahnya... tapi, selama mana pun masa yang ada, ianya tak cukup bagi aku. dan petang ini, aku terpaksa berjam-jam di dalam bilik mesyuarat... bosan sungguh! 4.45 baru selesai... dan bila aku keluar bilik, dia sapa aku, "zaff, saya kene balik awal ni..." "hmm... ye lah... takkan saya nak halang pulak kan?".

aku hantar dia di ruang lif yang suram dan dingin... dan sebuah kucupan tanda perpisahan singgah di pipi debab aku. arghhh!! tiada lafaz yang terluah. aku sesat mencari kata-kata untuk diucapkan padanya... dan lif terus tertutup, memisahkan kami yang telah terlerai pegangan tangan...

*************************************************************

aku boleh berlakon
aku boleh berlagak
aku boleh ketawa sekuatnya
aku boleh senyum semanisnya
macam takde apa-apa
macam takde perasaan
tapi,
selama mana...?
sekuat mana...?
cerita hari ini dan semalam...
aku rindukan dirinya... malam tadi, entah kenapa, aku jadi sebak teramat. lepas aku dengar suara dia, airmata ni macam tak boleh nak ditahan-tahan. biarpun hanya 7 minit kami berborak, tapi dah cukup untuk buat dunia aku terang dan dalam masa yang sama, gelap gelita! dan aku lena bersama mimpi yang aku adunkan bersama dirinya...

pagi ini, aku ke pejabat dari rumah bonda. awal aku bangun hari ni... pukul 5.15 dah terjaga. terkelip-kelip mata nih dalam samar-samar cahaya lampu bilik aku. aku rasa aku mamai jugak la. sebab tak semena-mena aku mencari sesusuk tubuh yang kecil yang pernah beradu bersama aku. arghhhhh!!! masih lagi rupanya aku merindui dirinya biarpun baru tadi aku bermimpi bersamanya. hmmm... lama aku bergolek-golek.. dan akhirnya aku paksa untuk bangkit menyiram tubuh yang terasa hangat. come-on zaff!! bangun weihhhh!!! keje!! keje!! hahahaha...

dalam dingin pagi yang masih belum disimbah mentari, aku dah memacu kuda merah aku menuju kota kuala lumpur. hmmm.... tengok meter, 80km/j. ayakkkk!! macam slow le pulakk.. kasi 90 km/j la, besh sket! hahahahaha... dan aku pulas pedal minyak untuk mencecah ke angka 90km/j.. tapi, bila dah mencecah, aku pulas lagi..! hahahaha... tapi, tetiba, terkenang wajah bonda sebelum berangkat tadi. dan pesanannya tika aku mengucup tangannya, "zaff, jaga diri elok-elok ye. kalau bawak moto ni, jangan laju-laju. mak risau kalau jatuh". erghhhh!! dan aku kembali menstabilkan kelajuan! ahaksss... bonda.. bonda.. anak mu ini memang sentiasa kalah dengan pujuk rayu mu!

bersemangatkah aku hari ini? hmm... mungkin ya, mungkin tidak. yang pasti, aku cuba bersemangat baru. untuk melupakan dia, tidak sekali-kali. aku hanya perlu menghadapi hari-hari depan dengan perasaan baru terhadapnya. untuk menganggapnya sebagai "adik" sahaja. dan untuk menahan gelodak rasa yang sentiasa ingin memanggilnya "kekasih hati". aku harus belajar... aku harus sabar... sememangnya tidak mudah... dan sememangnya aku tahu sehebat mana sakit itu... arghhhh!!

*************************************************************

aku rela,
dia dalam dunia barunya...
aku redha,
dia menjadi miliknya...
dan
aku terima,
dia sebagai adikku...

rasa yang ada
rasa yang wujud
masih bersemi di situ...
jiwa yang bergelora
jiwa yang bergetar
masih hangat di situ...

mungkin nanti
pelukanku hanya untuk menenangkan sendu...
mungkin nanti
usapanku hanya tanda memujuk duka...
dan
mungkin nanti
tiada lagi kucupan hangat seperti selalu...

kalau diturut rasa,
aku tentunya binasa...
kalau diturut hati,
aku tentunya mati...
tapi,
rasa di hatilah yang menghidupkan aku
rasa di hatilah yang menjadikan aku adalah aku...

*************************************************************

"zaff, ok ke hari nih?"
"ehh... ok je.. nape?"
"kalau sakit, jangan lupa makan ubat tau..."
"hmmm... yelah... kalau rasa nak makan la..."
"jangan la macam tu... nih nape suara lain je nih? tido ke?"
"takdelah..."
"tengah buat apa tadi?"
"takde apa-apa..."
"zaff... sakit ke nih...?"
"takkk... jangan risau k..."

dia masih risaukan aku... dia masih bertanya tentang aku... suara amik beratnya buat airmata aku jatuh... arghhh!! kalahnya aku...

"hmm... nanti saya nak datang ofis hari rabu ni. mungkin saya keje. boleh jimat cuti sket"
""haa?? nak datang ofis? ye ke?" - aku dah senyum sorang-sorang ni
"ha'ah... nak bagi barang yang tak sempat dibagi hari tu"
"errr... datang semata-mata nak bagi barang je ke?"
"hehe... taklah jugak. nak jumpa awak la..." - dan aku mula tersebak...
"erks! err.. ok!"

dia masih ingin menemui aku... dia masih ingin berjumpa dengan aku yang debab ni. dan hati aku berbunga kembali...
tak dayakah aku...?
suatu perkisahan tetap perlu diteruskan
biarpun suatu kisah telah ditamatkan...
suatu perkisahan tetap perlu dicoretkan
biarpun suatu cerita telah dipadamkan...
tapi,
suatu rasa yang pernah tumbuh subur
tak mungkin untuk dibunuhkan,
dan
suatu jiwa yang pernah berbunga mewangi
tak mungkin untuk diracunkan...

************************************************************

sedih yang tak ternampak oleh airmata
kecewa yang tak terzahir oleh kata-kata
diri kaku
diri bisu
diri beku
mungkin esok, mungkin esoknya lagi
atau entah bila esok yang ada
aku bisa berperasaan kembali...

************************************************************

pada dia yang sentiasa ku sayang, aku takkan mungkin dapat melupakanmu...

************************************************************

aku tak suka pada kenangan terindah
kerana aku jadi sakit mengenangnya...
tapi
aku tak mampu menahan daripada mengenangnya
kerana hanya itu yang aku ada...

************************************************************

tak reti nak menulis lagi. tak reti nak berbicara lagi. hmm... mungkin untuk hari ini sahaja aku begini. mungkin esok-lusa aku kembali seperti sediakala. maafkan aku yang menurut perasaan. aku terbuai-buai oleh rasa yang kadang-kadang aku kehilangan kawalan ke atasnya. mungkin ada yang memahami, mungkin juga tidak. takpelah... aku dah biasa begini. hanyut, lemas, dan timbul kembali...

aku hanya menunggu habis waktu kerja, jam 5. tak larat rasanya untuk berada lebih lama di pejabat. betapa aku ingin segera berada di arus jalanan bersama kuda merahku. menekan pedal minyak sesedap rasa. aku ingin ke rumah bonda. mungkin tidak akan aku adukan gelora di dada ini padanya, tapi, sudah cukup sekadar melihat wajah tuanya. aku inginkan ketenangan. mencari damai yang seakan hilang...
...semangat yang hilang...
...jari aku kaku...
...dan tiada kata yang mampu aku tuliskan...

...mata aku layu...
...dan hanya wajah itu dalam renungan...

...kaki aku lenguh...
...dan beban ini hebat untuk ditanggungkan...

...badan aku penat...
...hanya kudrat yang bersisa ini aku gagahkan...

****************************************************

mata aku mencari susuk tubuh dia. tapi, dia takde. tak muncul di sini. dia sudah jauh di sana. dan aku masih di sini, merindukan dia. aku hanya pandang bajunya yang masih tersangkut. aku hanya merenung tulisan-tulisannya. aku hanya menghidu bau losyennya yang ada ditinggalkan. masih terasa harum tangannya selepas bersalaman dengan aku... dan lembut sekali bila aku menyentuh telapak tangannya yang terkadang sejuk kerana kedinginan.

semangat aku terbang bersama dirinya. pagi ini, aku lambat ke ofis. siap boleh argue nak g keje ke tidak? keje? tidak? keje? tidak? lama2 aku amik keputusan, HOIII G KEJE!!! hahahaha...

hmmm... ntahla... takde semangat ar. susahnya nak heret kaki ni g ofis. tapi, kalau aku lepak kat rumah pon, sakit jiwa jugak sbb takde sesapa! hahaha.. sekurang2nya kat ofis tu buleh le jugak sibuk main chatting ke, blogging ke, lepakking ke, minuming ke, makaning ke...

hari tu, sebelum dia pegi meninggalkan aku, dia salam aku... peluk aku... dan dia singgahkan kucupan mesra dan hangat di pipi aku. hati aku bercampur baur perasaannya. rasa seronok ada, rasa dihargai ada, tapi akhirnya, aku tak boleh tipu diri ni... bila rasa kehilangan tu wujud. sebaknya saat tu... dan aku tahan, tanpa ada airmata yang dikorbankan. sudahnya, aku kalah juga... atas moto merah aku, airmata ni mengalir lesu...

hari sebelum tu, dia lagukan untukku bait2 puitis yang menggelorakan dan syahdu sekali. suaranya menggetarkan. lirikan matanya melemahkan. saat itu, ingin sekali aku beritahu padanya, sayang... jangan tinggalkan aku...

hari ni, aku mundar-mandir bagai mencari sesuatu. terasa ada benda yang tak lengkap. terasa ada yang kekurangan. aku keluarkan gambar wajahnya, dan aku tatap. aku mainkan rakaman percakapannya dalam kamera, dan aku senyum sendiri melihat telatahnya. arghhhh... sememangnya dia sedang memegang semangat aku tika ini...

lama sungguh penanggungan ini terpaksa aku hadapi...! tapi, bila difikirkan kembali, nak tunggu kisah pengakhiran yang macam mana? hmmmm... apapun, aku mahu dia bahagia, tu je! dan aku akan tetap sayangkan dirinya... tulus, ikhlas...

****************************************************

aku tak menemui ayat2 jiwang dalam paler otak ni, maka sebab itu tulisan aku kali ini lebih kepada ayat2 jiwa-kacau. aku menaip kata2 ni dengan keadaan badan aku yang menyandar dengan malasnya kat kerusi, dengan kaki yang dinaikkan ke atas kotak yang aku letak bawah meja ni, dan dengan keadaan meja aku yang teramatlah serabut semaknya! opss, tak lupa juga, winamp aku sedang memainkan lagu2 jiwa-kacau yang bahaya untuk jiwa2 yang tenang! ahakss ;)

****************************************************

untuk pasangan bahagia sekapal-leen:
kita karaoke lagi ekk...! best la layan lagu ngan korang! hahahaha... dan layan makan jugak! nanti kita nyanyi sepenuh perasaangg lagi ekk ;)

untuk blue:
dude, kita lepak2 lagi ekk... cite2, ngasap2 (boleh ke? ahaksss), cuci mata, lepak free tak payah order makan... hahahahahha

untuk sahabat2 lain:
meh le jumpa... hehehehe... aku ok je... selagi takde tempahan le..! ahaksss (ayat ni macam bongok je kan? hahaha)

****************************************************

CINTA (Melly Goeslow featuring Kris Dayanti)

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta.....
kenangan terindah... (2)
senario 1:
"awak memang suka tengok muka saya ekk?"
"hehehe... nape? tak suka ke?"
"bukanlah, tapi, awak tu kalau memandang, macam nak makan je!"
"hehehe... opss! alamaksss ye ke?? err.. sorry.. sorry.. err.. kalau gitu, saya pandang tempat lain la!"
"awak nak pandang tempat lain? apa tuh?"
"nak pandang bawahhhhh sket dari muka awak tuh! hahahahaha"
"pandang apa?"
"hahahahahahhaha.. ada laaaaaaaaa!!!"
"gatalllllllllllllllllllll!!!!!!!!!"
"hahahhahahahahaha... baru tau ke saya gatal? hahaha.. kan saya dah warning awal2 dulu"

senario 2:
"awak, perut saya sakit laa..."
"ler... naper? ih.. ih.."
"period pain... nih mesti nak kene nih"
"uiks? ye ke... errr... err... cemana ekk saya nak buat?"
"takyah buat apa2 la"
"errrr... meh saya urut, bagi ilang sket"
"takmolah! mula la tu nak gatal!"
"hahahahahahaha... tak arr.. orang nak tolong arrr"
"dah! dah! tangan tu jangan nak merayap!"
"hahahahahahaha...ye lahhhhh!"
"pantang betul dia nih! aderrr jerr!"
"hahahahahahaha.. .ye la.. ye la... tak buat le nih! hahahahaha..."

senario 3:
"awak, awak suka tengok saya pakai tudung ke, bukak tudung?"
"errr... errr... hehehe... keduanya saya suka, dan keduanya ada istimewanya!"
"mana satu awak suka?"
"errr... kalau awak bertudung, saya akan jadi tak sampai hati tengok muka awak! macam kesiannnn je tengok awak. hati jadi sayuuuuu je. kalau awak nak apapun, saya tunaikannnnnn jer...!"
"hehehehe... ngengader! bistu, kalau bukak tudung lak?"
"errr... saya akan jadi gatallll!!! hahahahahaha terujaaaa jer!!"
"eeeeee!!! teruk betul la dia nih!"
"hahahahahahaha... tu pasal kene tutup aurat selalu ngan saya nih!"

************************************************************

mungkin ada yang bertanya siapa di hatiku pada waktu ini. mungkin juga ada yang menyangka aku terlampau asyik bermain dengan perasaan, hingga kabur dalam menentukan arah-tuju hidup aku selepas ini. terima kasih pada yang sering menimbulkan persoalan ini. kerana dengan ini aku tahu, ada yang mengambil berat, tentang aku.

memang benar, ada rasa sayang yang aku 'untukkan' pada seseorang. memang benar, perasaan itu yang banyak menguasai dan mempengaruhi hidup aku waktu ini. tapi, usah ditanya siapa gerangannya. terlalu sukar untuk aku menamakannya. setiap kali aku ingin menyebut namanya, setiap kali itu juga jiwa ini bergetar...hebat sekali!

memang benar, ada rasa ingin 'menguasai' dirinya di saat ini. tak ingin dirinya 'hilang' dan menjauh dari aku. tapi, aku harus sedar yang aku bukan pemaksa cintanya. aku hanya ingin dia bahagia, itu yang utama! untuknya, aku sanggupi walau diri terpaksa memamah hempedu. kasihku, aku biarkan berterbangan di angkasa biru yang mengepungi dirinya. sayangku, aku biarkan bercempera di bawah sinar mentari yang menerangi harinya. biar segalanya dapat dinikmatinya biarpun tanpa disedarinya...

hadirnya dia, tak aku tuntut sebarang pengertian kasih. perginya dia juga, tak aku tuntut sebarang janji rindu. aku hanya ingin dia tahu, ada seseorang di sudut dunia ini yang akan terus menyayanginya... tulus, dan ikhlas.

dan akan aku ingati rasa yang istimewa ini, selamanya...
kenangan terindah...
senario 1:
"saya sejuk la..."
"err...nak pinjam jaket ke?"
"takpelah... hmm.. tapi memang sejuk gila nih"
"err...nak peluk ke?"
"hehe...takpe..."

dan dia tersenyum manis di situ.
dan aku tersenyum kelat di sini... ahaksss

senario 2:
"awak, nak masuk simpang mana nih?"
"masuk simpang nih" - sambil tunjuk ngan tangan
"ehem! cakap le kiri ke, kanan ke, lurus ke, saya mana nampak tangan awak tu. awak kan dok blakang saya..."
"elehh.. macam le dia tak tau CM tu kat mana!"
"hahahaha... nak bermanja atas moto pon tak bleh ke?"

dan dia mencubit blakang aku tanpa belas kasihan!
dan aku mengekek gelak kekuat sampai moto tehoyong-hayang!

senario 3:
"hmm... tak 'mewarna' ke hari nih?" - aku tengok bibir dia takde calet gincu pon
"tak ar.. tadi baru lepas minum. tak sempat nak kaler" - dia senyum simpul
"err...biar macam tu je la. cantik. natural look!"
"nih apa nih tengok2 macam tu!" - sempat jeling pulak...

dan dia mengalihkan wajahnya dari dipandang aku.
dan aku menelan air liur yang tersangkut di tekak! hahahahahaha hampehhhh! mujur tak tersedak!

***********************************************************

aku ingin memeluk dirinya saat ini. menghangatkannya dalam pelukan yang erat dan aku tak ingin melepaskannya. akan aku biarkan dia lena dengan rasa selamat dan dilindungi. dan aku tak mahu malamnya ditempuh dalam kesepian dan kedinginan. betapa aku ingin menjadi pengawal dirinya untuk selamanya...

aku ingin merasai sentuhannya selalu. lembut. mesra. dan menenangkan. terasa bagai jauh menghilang segala resah dan risau yang melanda, hanya kerana sebuah sentuhan dari insan yang disayangi. tak perlu jauh menjalari tubuhku, hanya cukup sekadar sentuhan yang dekat di dada ku agar kau tahu hebatnya degupan nyawa yang menyayangimu...

aku ingin menyentuh lembut bibir indah itu. Namun aku takut untuk mengucupnya. Bimbang bakal dikuasai oleh gelora nafsu yang ganas lagi jahat. Dan aku takut mencemarinya. Biarlah bibir itu kekal suci, biarlah bibir itu kekal begitu. Yang pasti, aku hanya inginkan bibir itu terus mengukir senyum indah yang mendamaikan...

***********************************************************

aku tahu, ayat aku macam hampehhh!! aku tahu, ayat aku macam ntahapaapantah! hahahahaha... tapi, mengertilah, aku sedang dalam kecelaruan perasaan! ahaksss aku gerammmm kat dia arrr!! hahahahahaha
senyum dalam kecewa...
ada kawan aku tanya,
"zaff, nape sekarang asyik buat entry sedih-sedih, kecewa-kecewa, layu-mayu je?"

aku hanya,
"ahaks...entahlah. dah itu yang aku rasa buat masa ni, nak buat cemana? err... sedih ekk? gamaknyer le. kecewa ekk? ada jugak kot... hehehe"

lagi sorang kawan aku tanya,
"ko nih kan zaff, pandai buat orang lemah lentok tau ngan bahasa ko nih. ko memang mulut manis ekk? hehehe... jangan marah"

aku pun,
"hehehe... aku menulis bukan ada niat nak lentokkan orang la. udah cenggitu le yang terlintas dalam paler otak aku nih, aku tulis le. nape? ko nak aku guna bahasa ganas-ganas ke? hahahaha... biar pahit sket mulut aku nih! ahakss"

yang sebenarnya,
ya, memang aku sedih. ya, memang aku kecewa. nak suruh aku bercerita cara berdepan dengan orang? aku susah la nak luahkan perasaan ni. aku dah biasa jadi pemendam. aku dah biasa jadi penyimpan. dan aku dah biasa merungkaikannya dalam bentuk kata-kata tulisan dan lukisan, biarpun tiada siapa yang duduk untuk mendengarnya.

sedih aku bukan kerana dikhianati kekasih, kecewa aku bukan kerana ditinggalkan kekasih. segalanya kerana persahabatan. persahabatan yang dibina atas nama jujur, ikhlas, setiakawan, mula dicemari dengan angin-angin perubahan yang berisi cemburu, prasangka, fitnah, dan entah apa lagi yang mula merubah kesuciannya. mengapa ya ada benih-benih itu? benih yang menimbulkan pokok-pokok kemarahan dan menjalarkan akar-akar dendam kesumat itu telah merosakkan hamparan hijau kesetiakawanan yang sebelum ini indah lagi mendamaikan.

di manakah silapnya? akukah yang telah tersalah menabur baja? baja yang aku sangka bakal menyuburkan pokok-pokok mesra, rupanya menggalakkan suatu penyakit yang aku tak sedari selama ini? apakah masih boleh diubah, dibaiki? dan sejauh mana kudrat aku untuk mengubahnya, demi untuk mengembalikan indahnya?

dan aku pandang pada cermin ini... cuba melihat wajahku, diriku. mula dari yang terzahir, hinggalah yang tersirat dalam sanubari. cuba menyoal, dan menjawab persoalan yang menjadi kusut. akhirnya, pada satu soalan yang akhir, aku terdiam....

"zaff, layakkah kau bergelar sahabat...?"

kerana kasih dan sayang aku pada seseorang, airmata ini pernah bercucuran dengan hebatnya. dan kali ini, kerana "semangat sahabat" yang semakin menghilang ini, airmata aku tumpah dalam kekesalan...

di hujung sendu, akhirnya aku tersedar... terlintas dalam bicara hati ini...
pada Dia, moga aku layak menjadi hamba-Mu... jangan Kau pinggirkan aku dari kasih-sayangMu. aku hanya ada Kau. ampunkan aku yang seringkali lupa dan leka dalam limpahan ar-rahman dan ar-rahim Mu...

pada sahabat sekalian, maafkan aku yang tak henti-henti melakukan kesilapan. maafkan aku yang tak pandai untuk menjadi seorang sahabat yang hebat...

***********************************************************

Kenangan Terindah (Artist: Samsons)

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...
rindu pada senyum itu...



entah di mana silapnya... entah di mana kurangnya... tiada lagi senyum di wajahnya. tiada lagi keindahan pada wajah itu. bicaranya juga tidak lagi segirang dulu. tiada lagi gelak keanak-anakannya malah tiada jua lagi usikannya. tiada... semua itu tiada lagi........

akukah yang salah mengatur langkah? akukah yang silap menutur kata? andai aku yang bersalah, maafkan aku sayang... maafkan aku!

jangan hilangkan sinar itu dariku, kerana aku hanya ada senyum itu sebagai kenangan. izinkan aku untuk terus memiliki senyum indah itu dalam jangka waktu yang ada ini... tak lama tentunya...

aku ingin menulis lebih panjang lagi, tapi tiada kata yang bisa menggambarkan apa yang diresahkan ini. aku ingin bercerita lebih dalam lagi, tapi tak ketemu bait bicara yang bisa membantu meredakan rindu aku pada keindahan yang dirindukan.

arghhhh... singkatnya nikmat itu, kala kita leka meneguk manisnya kala itu juga bekas madunya terpecah...

aku hanya aku, yang tak pandai berlagu riang...
aku hanya aku, yang tak pandai berangan tinggi...
aku hanya aku, yang takkan punya kuasa merubahnya...
dan aku tetap aku,
yang selamanya cuba memiliki sebuah senyuman istimewa...
dan aku masih aku,
yang sebenarnya lemah, lemas dalam kesementaraan ini.
aku tak ingin pergi darimu, sayang...

its damn hurt!
aku tak ingin kehilangannya...
aku tak ingin kehilangannya...
dan aku tak ingin sekalipun.....
apa daya yang ada ini
apa kekuatan yang ada ini
dan mana mampunya aku ini...?

its damn hurt!
aku hilang dalam rasa yang berkecamuk
aku sesat dalam rasa yang bergelora
aku lemas dalam rasa yang berdebu...
dan mana kuatnya aku ini...?

bilamana hanya airmata yang ditagih jua...
dan kala itu, doa untukmu yang dipohon jua...

aku tak ingin pergi darimu, sayang...

*****************************************************

maafkan aku, membuat senyummu hilang dan sendumu bertamu. aku sememangnya bersalah. dan aku sememangnya yang harus dipersalah. maafkan aku, sayang... yang seringkali gagal membezakan rasa sayang yang ada di dada, hingga kau takut untuk menerima.

aku yang sengal, aku yang suka mencampur-adukkan antara rasa hormat, sayang dan cinta. dua minggu yang indah, dua minggu yang penuh kemanisan, dua minggu yang mencetuskan segalanya...

maafkan aku, mencurah rasa pada yang sudah dimiliki...
maafkan aku, mencuri pandang pada yang sudah ditawan...

jangan pergi dariku, sayang... biarpun aku tahu, tiada tempat untuk aku bertakhta di situ...
entah kenapa...
hati aku macam sayu pulak tiba-tiba bila tengok suatu lembaran nih. kenapa ye aku rasa cenggini? aku baca satu-satu ayat yang ada pada lembaran tu, dan aku cuba hayati maksud yang tersurat padanya. perkataannya jelas dan maksud ayat-ayatnya pun mudah difahami. takde satu pun bait-baitnya aku tinggalkan daripada dibaca. dan pada titik noktah terakhirnya, rasa sayu ini meresap memenuhi dada aku... arghh... dia akan rasmi menjadi milik orang...

************************************************************

hari ni, aku lambat ke pejabat. bukan sebab aku sengaja, tapi aku terpaksa. hampir tengahari baru aku memulakan tugas. aku ke sebuah klinik hari ni. bukan sebab aku sengaja, tapi aku terpaksa juga. aku perlu menjalani suatu pemeriksaan. lama jugak berada di ruang menunggu tu. memerhati macam-macam gelagat orang yang keluar masuk, yang membawa anak-anak kecik comel, yang berpimpin tangan, yang berwajah sugul mahupun yang tegap sihat.

mulanya memang bosan menanti, tapi akhirnya aku dapat hiburkan hati sendiri. hehehe... tak susah untuk aku hiburkan hati sendiri. cukup sekadar mengeluarkan sekeping potret kecil yang aku simpan dalam dompet ni. merenung senyum simpulnya, melihat ke dasar matanya, dan aku tenggelam dalam angan-angan bahagia yang aku ciptakan. tak dengar lagi hingar-bingar anak-anak kecil mengadu kesakitan, tak dengar lagi sembang kosong pakcik-pakcik pencen nih, dan tak dengar lagi suara "wanita mesin" yang mengumumkan nombor giliran masing-masing.

"anak, nombor 1033 kan? tu haa diorang dah panggey...", makcik kat sebelah ni menyiku aku. mujur dia perasankan kertas carik nombor giliran yang aku letakkan kat sebelah kerusi ni. terima kaseyy ekk makcik! sayanggg makcik... err.. makcik ada anak pompuan baya 20an tak? ahaksss (sempat lagi nak berangan!)

"ehh, ye ke makcik?", dan aku tehegeh-hegeh dengan jaket hitam nikossastropoulus nih ke kaunter yang berkenaan. padan muka aku, kene marah pulak lepas tu ngan nurse garang! hahahaha... sorry le cik nurse... gua tengah lemas le tadi! ahaksss (hampehh je muka masa nih)

************************************************************

aku lipatkan kembali lembaran nih dan simpannya baik-baik. hmm... bersediakah aku menghadapinya nanti? ih.. ih.. kenapa perlu aku risau ye? kenapa mesti aku bimbang? aku bukannya siapa pun pada dirinya. lembaran ni sampai kat tangan aku pun, dah cukup baik. sebab, itu tandanya dia masih ingatkan aku. dia masih ingin aku berada bersamanya pada hari tu. ih... come on zaff... nape nih...?? bercampur-baur rasa yang ada... erghhh!

************************************************************

"bukak baju ye. tanggalkan semua. termasuk le cincin, gelang, rantai... stokin tu pun bukak..." - ayat perintah nurse (ahakss)

"err... pintu tu dah kunci ke?" - ayat bodoh aku selepas dah separuh bogel! hek hek hek.. :P

bila aku berbaring dan membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka-mereka tu, fikiran aku mula menerawang... kembali mengingatkan potret yang menjadi hiburan aku sebentar tadi. arghhh! rindu la kat dia! dan tak semena-mena aku tersenyum sendiri tanpa menghiraukan mereka-mereka yang sedang sibuk tu. hehehe...macam orang gila bayang pulak! ahakss gasakle! terdengar-dengar kat telinga aku ni, dia mengekek gelak sebab usikan nakal aku... terasa-rasa kat tangan aku ni, dia mencobet manja sebab geram perangai aku... dan akhirnya aku pejamkan mata, kerana ingin bersamanya di dalam mimpi yang sekejapan ini...

************************************************************

"terima kasih, sebab sudi jemput saya", aku hubunginya selepas siap menyimpan lembaran itu.

"zaff, jangan tak datang tau! dah janji kan hari tu?", dia berharap. rindunya aku nak dengar suaranya...hmm...

dan harapannya aku simpulkan dalam hati ini bersama-sama mimpi indah di pembaringan pagi tadi, dan jua bersama esok yang tak pasti. sememangnya mimpi tadi hanya sekejapan, hadir untuk mengisi kesunyian aku. sememangnya mimpi tadi amat nikmat, hadir untuk memberi kemanisan pada kenangan lampau. terima kasih kerana mengizinkan aku bermimpi tentang mu...

************************************************************

entah kenapa, dia hadir mencuri perhatian aku... entah kenapa, aku takkan menyesalinya... masih akan adakah sayang itu nanti? entah kenapa, aku biarkan saja soalan ini terus berputar tanpa jawapan... hmm.. biarlah... yang pasti, aku tetap sayangkan dia... teruskan hidup, zaff...