seribu tahun...

Seribu Tahun (Imran Ajmain)

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini...
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia
cerita seorang ibu...


Camtulah zorro, kalau dia datang cari akak. Takde mende lain yang dia mintak. Nak duit aje. Akak pun heran, gaji dia ada le dalam 1,800 tapi, entah mana dibelanjanya. Dia cakap apa tau dengan akak tadi, "Mak, orang nak pegi JB ni. Hmm macam biasalah mak, takkan mak tak paham?" Akak saje je buat-buat tak paham, zorro. Tapi, tu lah... kalau dah dia hendak tu, memang selamba je dia buat muka kesian merengek mintak duit. Tak sampai pulak hati akak bila dah lama-lama tu.

Dia kata, keje dia macam buat audit inventory. Jadi, selalulah dia kene pegi outstation ni. Pegi Kuantanlah, Langkawilah, ntah mana-mana lagilah. Akak risau jugak bila tengokkan dia. Yelah, takkan dah besar panjang, dah keje bagai, pun masih lagi nak mintak duit dengan akak? Kalau dulu-dulu masa dia bersekolah, bolehle akak yang tukang bagi belanjanya. Hishh... risaulah zorro.

Kadang-kadang kan zorro, ada jugak akak pernah kecik hati dengan dia. Yelah, layan akak ni macam bukan mak dia pulak. Cakap dengan akak pun kadang-kadang kasar, macam menengking pun ada. Bila akak mintak tolong hantarkan akak pegi mana-mana atau jemput akak ke, bukan main lagi alasannya... ada-ada aje!

Sedih akak, zorro... bukanlah akak mengungkit sangat, tapi bila dia nakkan apa-apa daripada akak, seboleh-bolehnya akak cuba adakan jugak untuk dia, sebab akak takmo dia kecewa, akak takmo dia terasa patah hati. Tapi, nape bila akak mintak tolong mende yang bukanlah susah sangat, dia betul-betul berkira. Sebak hati akak ni... sampai terasa menusuk-nusuk di dada.

Akak tau dia anak yang baik. Dia pun bukanlah jahat sangat sampai nak pukul akak ke, atau caci-maki akak ke. Tapi, tu lah, hati ibu ni ginilah... mudah sangat terasa terpinggir bila anak-anak macam sengaja buat tak tau dan takmo amik tau. Akak doa sangat kat tuhan, janganlah akak tersalah cakap. Takut sangat akak kalau terkeluar ayat-ayat yang tak sedap didengar. Dibuatnya tuhan makbulkan ke kata-kata seranah akak, anak akak tu jugak yang merana, dan akak jugak yang rugi.

Hmm.. agaknya, kalau akak dah takde nanti, baru dia teringat kot. Ishh, takmolah akak kalau jadi gitu, zorro. Akak doa sangat, selagi akak masih ada ni, moga tuhan jadikan dia anak yang baik lagi soleh, supaya akak dapat rasa nikmat ada anak yang beriman. Teringin akak, zorro...


...dan ada airmata di hujung penceritaannya..
.
kisahnye salji...

Salji itu indah dilihat. Putihnya sungguh suci sekali, bagai diandaikan kotoran 'takut' sekali untuk melekap padanya. Aku tak pernah melihat sendiri himpunan salji di depan mata, apatah lagi memegangnya dengan tangan aku sendiri. Tapi, boleh aku agak bagaimana silaunya mata bila sekeliling sudah memutih dan sayup mata memandang.

Kata orang, salji turun bila cuaca sudah di takat paras beku. Aku cuba rasai bagaimana paras beku itu, lalu aku masukkan tangan ke ruangan pembeku peti sejuk rumah aku dan membiarkannya seminit-dua. Umakkaihhh... sejukknyerrr! Tapi, tentu sekali tiada salji yang terbentuk! Hehehe...

Salji bagai sinonim dengan kisah cinta. Ia bagaikan pemandangan yang amat romantis bilamana taman-taman bunga yang sebelumnya menghijau, habis diselubungi salji keseluruhannya. Kalau tidak, masakan cerita 'Winter Sonata' sedikit sebanyak diingati disebabkan keindahan pemandangan saljinya yang memukau dan membuai perasaan... (perghh!)

Ingat salji, ingat sejuk! Ingat sejuk, ingat beku! Rasanya, aku tak sanggup untuk tinggal lama di sebuah tempat yang beriklim salji ni, sebabnya, aku kurang suka dengan keadaan sejuk... tapi, tak taulah tetiba tuhan terbalikkan pulak ke kejadian aku ni.. hehehe.. dengar-dengar si zorro dah tinggal kat negara bersalji pulak! Hahahaha hampeh!

Apa yang kebanyakan orang tak tahu (termasuk aku) tentang salji ni, ialah salji ni sebenarnya boleh jadi pelindung atau penebat kepada keadaan sejuk! Haa... terbeliak mata mak nokss bila fikir-fikir balik! Hehehe. Aku terbaca suatu artikel ni tentang salji, dan aku rasakan memang logik penjelasan tu.

Korang cubalah baca sama artikel ni. Sesuatu yang menarik untuk diketahui...
http://home.howstuffworks.com/snow-activities3.htm
http://nsidc.org/snow/faq.html

Patutlah orang eskimo ok je duduk dalam igloo dia kan? Hehehhe...

Bila aku fikir-fikir lagi, bolehlah disimpulkan jugak, sesuatu yang disangka sejuk lagi dingin itu tak semestinya sifat keseluruhannya turut sejuk dan dingin. Ada kehangatan yang tersembunyi di sebaliknya... Tuhan itu Maha Agung, Maha Bijaksana. Tiada satupun ciptaanNya yang bisa dipandang rendah, kerana di sebalik setiap kekurangan di mata kita, sebenarnya ada rahsia hebat yang masih belum mampu kita terokai sehabisnya... Subhanallah... Alhamdulillah...

Tu baru cerita pasal salji... :)

Apapun, aku tidak mengharapkan salji akan turun di Kuala Lumpur ini, ataupun Malaysia. Sebab aku masih menyukai mentari yang sering membakar kulit aku ni agar aku terus ingat akan panasnya 'negara yang abadi' itu… Astaghfirullah...
cantik...?

Awak mesti malu kan bila saya jalan sebelah awak...

Ler... nape pulak?

Ye la, tengok dari segi penampilan saya ni…

Lah… nape pulaknye…? Saya ok je… nak malu apa nye?

Badan saya kan besar… pastu dressing pun taklah feminin sangat.

Hahahahahaha… apolah!

Eeee dia nihhh!! Gelak besar lak! Nak kene cubit ekk? Jadi betullah cakap saya ni ek?

Ada betul, ada tak betul. Yang betulnya, memang badan awak besar, tapi disebabkan itulah awak kelihatan commelll sangat! Hahaha.. tak payah nak dressing feminin2 bagai, sebab yang penting, awak seksiss di mata saya! Hahahaha... pakai le apa saja pun... ngehngehngeh. Dan yang tak betulnya, saya tak rasa malu pun dengan keadaan awak tu... ala... saya pun gemuk pe... hahahahaha awak malu tak jenjalan ngan orang gemuk macam saya ni??

Eeee!!! Takla! - dan cubitan bertalu2 singgah di sasarannya! Eheks!

*******************************************


ya, benar… masih ramai antara kita terpengaruh dengan imej ‘cantik’ yang telah sekian lama dihidangkan dalam fikiran. Imej ‘cantik’ sering disempitkan pengertiannya, dan sebab itu, fizikal menjadi perbandingan.

Gemuk ke, kurus ke, kulit putih ke, kulit hitam ke, mata bulat ke, mata sepet ke, tinggi ke, pendek ke, dan macam-macam lagi lah, semuanya dinilaikan oleh mata insaniah. Atau lebih tepat lagi, mata kasar insaniah. Bukan tak boleh menggunakan kelebihan mata kasar yang telah dianugerahkan, cumanya, biarlah dilibatkan juga mata halus batiniah yang seringkali dilupai.

Mata halus batiniah? Umakkaihh... amendenye tu weihh? Ahakss... hehehe... itulah namanya pancaindera yang dianugerahkan allah bagi menilai kembali ’catatan kasar’ oleh mata kasar kita. Pancaindera yang bisa menembusi mulus-kasarnya kulit seseorang lalu bisa juga melihat semerah manakah hati yang memilikinya, biarpun tidak kesemua rahsia hati itu dapat disingkap.

Dan seringkali kita terlupa, sebelum menilai kecantikan seseorang, biarlah diri sendiri dinilai dahulu. Sudah cukup ’cantik’kah kita hingga dengan senang sekali meng’hodoh’kan ciptaan tuhan? Sudah lengkap sangatkah ke’cantik’an kita hingga dengan mudah mentertawakan ke’kurangan’an makhluk tuhan?

Moga hati kita terus memiliki sirna delima merah termahal agar ia terus terpancar di wajah ini biarpun kulit muka ini tidaklah sehalus mana dek kerana jerawat yang bersusun dan gelap terbakar dek kerana hangusan mentari timur.

Mungkin selepas ini juga, bila bercermin muka, cerminlah sekali jauh ke lubuk hati... agar bisa menampakkan juga noda-noda yang tidak diingini supaya ubatnya bisa diusahakan...

Ingin aku mengingatkan diri aku juga, yang cantik di mata kasar insaniah itu bukanlah sesuatu yang kekal... bahkan ia bisa ’mengelupas’ dimakan tahun, dan ’mereput’ dimamah usia...
kayakan kasih-sayang...


Beberapa hari lalu, aku menemani my dearie lya ke HKL. Macam biasa, pemandangan di tempat-tempat sebegitu pasti akan ada yang terkesan di jiwa. Tak banyak mungkin, tapi sekurang-kurangnya adalah secebis-dua. Dan semua sedia maklum, berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan tentunya akan memakan masa yang lama hingga ke satu tahap, sampai ada yang mula mempertikaikan kelambatan dan kelompatan nombor angka giliran yang dipanggil.

Minit-minit pertama sewaktu menanti nombor giliran dipanggil bolehlah dihabiskan dengan perbualan ringan bersama pasangan. Tapi, bila borak-borak ringan pun dah habis, sambung pulak dengan lawak-lawak bodoh lagi selamba. Lepas tu... diam... masing-masing termenung... layan perasan... ahakss.

Dalam pada aku termenung tu, tiba-tiba mata aku tertangkap pada seorang ibu tua bersama anak kecilnya. Mungkin anaknya atau mungkin juga cucunya. Anak kecil itu agak keletah, comel, cergas dan sentiasa ketawa. Tak lekang daripada orang tua tu. Sekali-sekala dia meribakan kepalanya di paha orang tua tu. Mungkin minta dimanja. Mungkin juga penat menunggu dan ingin cepat pulang.

Aku lihat orang tua tu tersenyum dan tak sedikit pun berasa bosan melayan anak kecil itu bercerita. Akhirnya dia berdiri, kelihatan ingin beredar dari situ. Mungkin nombornya sudah dipanggil. Bila dia melintasi aku, sedikit terperanjat aku melihat keadaan fizikalnya.

Tangan kirinya agak bengkok. Mungkin pernah kene strok kerana nampak lembik dan kaku. Lututnya pula bagai tak dapat diluruskan sewaktu berjalan. Dan langkahnya juga kecil-kecil dan teragak-agak. Namun, dalam kepayahan itu, dia masih menuntun anak comel tadi. Masih tersenyum melayannya. Masih mampu melindungi dan mengawasi keselamatannya. Ahh... aku senyum dalam sebak melihat kekuatan yang ada dalam dirinya.

Anak kecil itukah sumber tenaga ajaib pada dirinya, yang telah pun menghapus derita kesakitan yang ditanggung? Mungkin... atau mungkin doa anak kecil itu dimakbulkan tuhan bagi terus memberinya kesempatan untuk merasai kasih-sayang daripada insan bergelar ibu atau nenek.

Mata aku kembali membuang pandangan, melihat manusia yang semakin resah gelisah menanti giliran. Ada yang dah berubah-ubah posisi duduknya. Ada juga yang berdiri, leka membaca poster-poster kesihatan yang ditampal. Macam-macam gelagat ada.

Sekali lagi, mata aku terlekat pula pada aksi seorang ayah dengan anak lelakinya yang telah dewasa. Kelihatannya, ayah tua itu mungkin telah pun berumur sekitar 80 tahun. Badannya kurus, agak melengkung sedikit, dan langkahnya juga kecil dan penuh berhati-hati. Ayah itu juga sudah kurang mampu untuk menahan air liurnya daripada meleleh di tepi bibirnya sendiri. Ada tuala good-morning tersangkut di lehernya, mungkin untuk tujuan mengelap lelehan liurnya sendiri.

Sungguhpun ayah tua itu dalam keadaan begitu, tapi anak lelakinya masih tersenyum dan memegang erat tapak tangan ayahnya. Sekali-sekala, dia menundukkan badannya yang tinggi itu untuk mendengar bisikan ayah tua itu. Tiada sedikitpun rasa malu, bosan ataupun menyampah, yang tergaris di wajah bersihnya. Kesabarannya jelas tergambar ketika membawa ayah tua itu berjalan di celah-celah orang ramai yang sedang menunggu.

Tentunya ada kekuatan tersendiri yang menjadikan diri anak lelaki itu tetap setia di sisi ayahnya yang uzur itu. Dan kekuatan itu tentulah lahir daripada hati yang ikhlas lagi tulus. Mungkin juga, ayah itu sering berdoa pada tuhan, memohon agar dikurniakan seorang anak yang soleh serta dihiasi dengan hati yang sarat dengan kasih-sayang.

Dalam kelekaan aku berfalsafah sendirian, akhirnya nombor giliran lya dipanggil... 101... hanya senyuman kelegaan yang terpancar di wajah masing-masing... petanda siksaan menunggu telah berakhir.

Walaupun agak tersiksa menunggu, tapi drama ringkas tadi sudah cukup menghiburkan lagi menginsafkan aku... betapa kasih-sayang itu sesuatu yang sukar digambarkan nikmatnya hinggakan kesakitan yang dideritai kadangkala tidak terasa langsung menggigit tubuh badan.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi... moga kita akan terus menjadi insan yang kaya dengan kasih-sayang, lagi indah hati budinya...
cerita sikit...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua…

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana gerangan aku selama ni. Menyepi diri di ruangan perkisahan ini tanpa ada sebarang cerita menghiasinya. Hmm...rasanya kurang sesuai untuk gunakan perkataan “menyepi diri” tu sebab aku bukannya “hilang” terus dari kawan-kawan, cuma aku bagai kekeringan ilham untuk meluah rasa di sini.

Arghh…dah la…usah diungkit-ungkit lagi kenapa aku lama tak menulis. Nak buat macam mana kan, kalau dah ilham merajuk diri tak mahu terbit dalam kepala. Cubalah paksa dengan apa cara sekalipun, kalau dah tak mau keluar tu, memang tak keluar le jawabnya.

Oklah, meh cerita pasal mende lain... :)

Bagai terpanggil-panggil rasanya hati untuk menulis rasa tentang isu hangat sekarang ni...pasal budak perempuan yang berumur bawah 12 tahun yang hilang, yang disyaki diculik, yang berkemungkinan dibunuh. Kenapa ya, ada yang sanggup? Sanggup hingga melampaui sifat-sifat manusia? Tapi, binatang sanggup ke buat macam tu jugak?

Apakah segala-galanya berpunca daripada gagalnya seseorang tu untuk menahan gelora nafsunya sendiri? Aku cuba mentafsirkan sendiri apa yang orang-orang macam tu rasakan. Mungkin tafsiran aku ini salah, mungkin ada antaranya benar-benar berlaku juga. Apapun, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Aku cuba gambarkan senarionya begini...

Memula, mungkin si jahat baru lepas menonton video lucah terlampau lagi ganas. Mungkin juga tengah lalok dan sedang asyik dengan fantasi seksnya hingga menimbulkan rasa keinginan yang meluap-luap.

Lepak-lepak tepi jalan atau kedai, jalan-jalan kat pasar malam sambil perhatikan mangsa mana-mana yang berkenan di mata atau mungkin, mensasarkan pada mangsa yang paling mudah. Mudah didekati, mudah dipengaruhi.

Mangsa mungkin diajak secara rela dengan kata-kata manis atau pertolongan ataupun mungkin telah dipaksa dengan cara kekerasan untuk mengikut si jahat. Dan akhirnya dibawa ke suatu tempat untuk disembunyikan.

Di tempat persembunyian pulak, tentunya si jahat telah sedia ada dalam kepala otaknya rancangan syaitan yang ingin dilaksanakan. Di tahap ini, tak mampu lagi aku nak gambarkan apa-apa. Ih.. ish...

Yang aku tak paham, mengapa si jahat ambil tindakan untuk membungkus mangsanya dalam beg pakaian, dan kemudian diletakkan di suatu tempat awam. Mengapa tidak ditanam, dihanyutkan atau mungkin dibakar?

Apakah dia ada rancangannya tersendiri? Atau dia sebenarnya pada waktu itu terdesak kerana kesuntukan masa?

Hmm...itu semua sekadar teori yang dapat aku fikirkan dalam jangkamasa yang singkat ini. Tentunya ada teori-teori lain yang lebih logik berdasarkan kepada bukti dan kronologi kejadian. Aku ni sapalah... :P

Sekadar aku melemparkan apa yang ada dalam otak ni.

Moga Allah kurniakan kebijaksanaan kepada pegawai-pegawai yang menyiasat kes-kes seperti ini agar si jahat tak terlepas daripada perbuatannya.

Dan moga Allah kurniakan jua kesabaran, ketabahan dan ketenangan di hati para ibubapa serta keluarga mangsa yang telah dianiaya.

Sesungguhnya anak itu tempatnya tentunya di syurga Allah yang damai...

Al-Fatihah untuk anak-anak comel ini... (amin)
How's tioman...?

Great!
Seronokkk!!

Bila tengok balik gambar-gambar dan video yang dirakam, sakit perut gelak ramai-ramai. Ahaksss... happening betul! Sesungguhnya kesyukuran tak terhingga harus dipanjatkan kepadaNya atas kurniaan nikmat keindahan, kegembiraan dan ketenangan yang diperolehi ini… alhamdulillah…

Cuti-cuti mesia aku kali ni, memilih pulau tioman sebagai tempat untuk dijelajahi. Maka berangkatlah seramai 6 orang dara pujaan bersama kenderaan masing-masing yang gagah lagi perkasa lagi berkilat menuju ke jeti mersing di malam yang hening dan pagi yang dingin.... ehekss. Err… jalan yang dilalui cukuplah menyentuh sanubari… atas sebab, err… ada terpengaruh sikit-sikit dengan cerita ‘jangan pandang belakang’… hehehehhe…

Aktiviti wajib di tioman, seharusnyalah snokeling bagai... hehehhe... dan adalah antara kami ni yang first-timer nak rasa bagaimana ‘seronoknya’ ber-snokel ni. Ada yang takut nak turun/ naik dari bot, ada yang takut dengan ikan yang warna-warni tu, ada yang lupa daratan bila dah ‘masuk’ dalam air, ada yang takut tenggelam biarpun dah pakai life-jacket… ih.. ih.. pokoknya, macam-macamlah ragam! Ahaksss… yang menyebabkan senyuman kambing boleh terukir di bibir… :)

Di tioman,
Mentari yang terbit dan tenggelam
Muncul dan hilang
Di balik air yang hijau kebiruan
Dan awan yang kelabu kebiruan
Ada garis bahagia sedang muncul
Dan garis duka yang sedang hilang

Setiap wajah,
Ada ceritanya
Ada ragamnya
Ada rahsianya
Bagaikan pulau yang kaya
Lagi misteri menyimpan khazanah

Biarpun panas terkadang membakar hangus
Tapi ada dingin hujan bisa mengubati
Biarpun olengan terkadang meloya tekak
Tapi ada indah hidupan bisa melupai

Tinggalkan jejak pada mutiara putih
Biarpun esoknya mungkin dihapus ombak
Kerna mungkin lusa nanti
Bisa dijejaki jejak yang sama
Bisa dirasai rasa yang sama...

Dan tioman ditinggalkan sementara... :)
rasa yang 'itu'...

ye... rasa itu kadang-kadang dingin sekali, biarpun saat itu, diri diselubungi kehangatan yang marak membara. dan rasa itu jua turut semarak membakar, biarpun detik itu, diri sedang keras membeku.

ye... rasa itu bisa buat aku jadi kegelisahan, kerunsingan dan kerisauan...

ye... rasa itu bagai menjadikan aku insan yang sentiasa kedahagaan sesuatu...

dan kesemua keadaan itu,
bersatu,
bergabung,
menuntut aku agar lebih berhati insani...

*senyumlah selalu ye, sayang...*
Cinta - Flop Poppy

Dan kunyayikan kau lagu cinta
Seindahnya sinar mentari
Seanggunnya sinar rembulan

Dan kunyayikan kau lagu rindu
Kerna sesungguhnya hati ini masih lagi
Lemas dalam kerinduan

Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini
Cintaku
Hampir setiap kalinya tak jemu-jemu
Cintaku
Nyanyikan lagu ini penawar rindu

Dan kusebutkan namamu
Dalam doaku setiap kalinya
Agar kau kembali
Menenangkan hati dan perasaan

Ini bukan yang pertama kalinya
Cinta kupergi jauh
The Rag Doll and The Teddy Bear...

Once upon a time
Through a door just down the hall
In a dark, forgotten corner
Of the playroom was a doll.

She was only made of cloth,
A rather simple work of art,
But you could see where someone
Had embroidered her a heart.

It had faded from neglect
And being lonely through the years,
And she couldn't even cry
Because she hadn't any tears.

But then one day as she lay cold
And silent on the floor,
A teddy bear was tossed in
Through the squeaky playroom door.

As she watched him, he got to his feet
And slowly walked her way;
And her little red embroidered heart
Came to life that day.

He gently picked her up,
And as he held her in his arms,
He noticed a faint heartbeat
And certain rag doll charms.

So he took some thread and stitched
A pretty twinkle in her eye
And fixed her sewed-on smile
Which had long-since gone awry.

He brushed away the dust
And cobwebs from her dress
Then taught her about love
In his fuzzy warm caress.

Those two have stayed together
Since that day so long ago;
And when he looks at her today,
He would hardly even know

That his happy little rag doll,
So content and satisfied,
Was the same one he had found
Cast so carelessly aside.

- Written and owned by Sherri Deskins -
hujan yang berbeza...

Dua-tiga hari ni, cuaca di Kuala Lumpur kelihatan mendung… awannya begitu besar memayungi, dan hujan yang lebat seringkali membasahi tanah ibukota ini. Kata orang, kematian sering diiringi dengan turunnya hujan yang mencurah. Tak kisahlah samada itu hujan ribut, hujan panas, hujan gerimis, hujan renyai, hujan batu, atau apa sahaja jenisnya.

Memanglah tak elok mempercayai kata-kata sebegini. Tapi, kadang-kadang aku tak boleh jugak nak menepis sedikit sebanyak kebenarannya. Sudah berapa banyak kematian yang aku saksikan, seringkali diiringi dengan turunnya hujan. Ada pertaliankah antara keduanya?

Yang terkini, aku terkesan dengan keadaan mendung serta hujan di awal pagi semasa negara kita sibuk menguruskan jenazah para tentera tudm yang terkorban di genting tu. Hmmm... korang perasan tak?

Dalam lagu sudirman, antara liriknya;
"Hujan yang turun bagaikan mutiara…"
"Hujan yang turun bersama airmata..."

Hujan bagai digambarkan sesuatu yang menyedihkan. Lebih sinonim dengan perpisahan...

Tapi, perasan tak, hujan bukan sesuatu yang menyedihkan bagi seorang kanak-kanak? Lebih kepada sesuatu yang bisa menciptakan senyuman termanis di wajahnya. Bagaikan suatu rahmat, suatu nikmat yang dinantikan...

Berbeza sungguh antara seorang kanak-kanak dengan kita yang dah 'tua' ni bila melihatkan hujan, kan?

Aku cuba menguji diri aku. Berada di dalam deru sang hujan yang hebat membasahi, di suatu petang yang dingin sekali. Hasilnya, di hati ada dua rasa yang berbeza... ada rasa yang amat menyenangkan lagi mendamaikan, dan ada juga rasa sebak yang sukar digambarkan. Hehehe... pastu ada satu lagi hasil >> macam rasa nak demam pulak! Kenapa dulu masa kecik-kecik, susah nak demam kalau kene hujan ekk? Ahakss :P

*senyum dalam hujan, tapi ada airmata yang turut bersatu...*
salam dihulur...
Sahabat-sahabat yang dihormati,

Terima kasih atas komen, teguran, pandangan korang dalam entry aku bertajuk “maaf...” sebelum ni.

Harap tiada lagi yang ingin menambah bicara di situ. Bukan apa, aku kurang gemar bila ada keadaan bertukar menjadi ‘panas’.

Entry tu aku tulis bukanlah dengan niat untuk menimbulkan kontroversi. Bukan untuk ‘menjual’ cerita panas tentang seseorang. Jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa.

Entry tu aku tulis sekadar ingin meluah apa yang aku rasa. Bukan untuk mendapatkan komen, juga bukan untuk mendapatkan perhatian sesiapa.

Siapa yang salah, siapa yang betul, bukanlah persoalan utama entry itu. Siapa mangsa, siapa pemangsa, juga bukanlah tajuk utama entry itu.

Izinkan aku untuk terus menulis dengan bebas di sini...
Izinkan aku jua untuk terus menzahirkan perasaan aku di sini...

Thanks again, dude... :)

*tak suka marah-marah*
mode: hibernasi...

Aku penat.
Aku sakit.
Aku letih.

Boleh tak kalau aku ‘cuti’ dari tersenyum untuk beberapa hari ni?

Aku teringin nak pejamkan mata untuk beberapa jam ini...
Aku teringin nak tutupkan telinga untuk beberapa detik ini...

Ergh!

*Hibernate*
a sweet ice-cream for u...

Ada orang tanya aku, “sekarang dah berdua ke?”
Aku cuma senyum je…

Ada orang tanya lagi, “sekarang dah ada orang masakkan makanan ek?”
Aku cuma urut perut je...

Orang lain pulak tambah, “ha’ah la, sekarang dah tembam sket!”
Kali ni, aku gelak besar je la...! hahahahaha apa daaaa

Dan akhirnya, ada orang sambil senyum-senyum kata, “nanti cite masa gathering tau!”
.........habislah........ mati gue! Hahahahahahha!

****************************************

aku ingin mencari sinar baru dalam hidup. Kenangan lampau sememangnya takkan dapat aku buang terus dari ingatan, dan aku tetap hargainya. Kerna tanpa kenangan, tentunya aku yang berdiri hari ini, tak seperti yang hari ini... (hari ini dalam sejarah ar pulak.. ngee)

aku bukan si penagih cinta yang tak betah hidup berseorangan. Bukan begitu. Aku sedar, jalan yang aku pilih ini pasti tidak akan mendapat restu. Cukuplah kalau aku katakan di sini, aku ingin punya teman... bukan teman pemuas nafsu semata, tapi teman yang bisa menerima diri aku sebagaimana sepatutnya dan teman yang bisa aku ambil peduli akan dirinya. Tiada istilah “hubby-wifey” dalam perhubungan ini, tapi teman yang bisa berkongsi segala rasa… suka, duka, bahagia dan sengsara.

Moga aku terus memiliki hati seorang manusia…
maaf...

rasanya ini lebih baik, kan? mungkin bisa memuaskan hati, menenangkan fikiran semua orang...

kepada yang punya niat buruk terselindung, ajarilah hati kita agar bersih... tak salah menjadi orang yang punya hati baik, dan tak susah juga untuk duduk di kelompok itu.

dengan rendah hati, saya pohon maaf kalau menyinggung sesiapa...
is it...?
Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy Martin)

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
when one...

Tuhan,
terima kasih atas rasa yang dilontarkan ini. Sesungguhnya aku tahu apa itu rasa ‘kehilangan’…
dan terima kasih atas percikan semarak ini. Sesungguhnya aku tahu apa itu rasa ‘kerinduan’.

Aku tak berani mengakui rasa ini. Biarlah dulu… aku nak lihat hingga ke dasar mana ia bakal menjalar. Nantilah dulu… aku nak tunggu hingga ke tinggi mana ia bakal menggunung dan akhirnya bakal meletus meledakkan segala-galanya.

Sebelum segala-galanya terledak keluar memuntahkan lahar bara api yang mungkin susah terpadam, seeloknyalah ada persiapan untuk berhadapan dengan situasi itu. Aku tak mahu ada yang menjadi mangsa. Aku tak mahu ada yang bakal termusnah teruk. Aku tak rela mengorbankan sesuatu yang dipunyai oleh orang lain. Dan aku tak mahu ledakan itu sebenarnya akan memusnahkan suatu binaan indah yang telah lama tersergam…

Aku masih seorang makhlukNya yang belajar untuk menjadi ‘manusia’…

**************************************************


When one is too hurt one cannot see others' pain, is too blind with one's own.
When one has many weights to lift, one cannot enjoy life.
When one has many expectations, one cannot be patient with others.
When one has fear, one cannot enjoy life.
When one does not give, one is making the heart lonely.
When one does not take, one is making the heart feel inferior.
When one does not hope, one is shutting oneself into a tight closet.
But when one does not love, one is killing one's self.

(written by 12-year old Olivia, Berkeley, California, 2/12/02)
learning to do better...


I walk down the street.
There is a hole.
I don't see it.
I fall in.
It isn't my fault.
It takes a very long time to get out.

I walk down the same street.
There is still a deep hole.
I pretend not to see it.
I fall in.
I pretend it's still not my fault.
It takes a long time to get out.

I walk down the same street.
There is still the same deep hole.
I see it.
I fall in anyway.
It's a habit.
I get out quicker this time.

I walk down the same street.
There is a deep hole.
I see it.
I walk around it.
I don't fall in.

I walk down a different street.

- by Portia Nelson
antara dua rasa... nak teruskan?



hmm... kadang-kadang kita sering suka berlawan dengan perasaan sendiri, kan? hati kita mungkin berkata "ya", tapi fikiran kita menyanggahnya. sudahnya, kita sering terkeliru untuk berkelakuan yang sepatutnya. yelah, hati kata cenggini... otak pula kata cenggitu... ih.. ih..

takutkah kita untuk mengambil risikonya? mungkin...

risau kalau-kalau ada hati yang bakal terluka? mungkin...

tapi, hidup ini penuh risiko kan? ye... betul.

dan, hati yang terluka sering ada ubatnya kan? ye... benar.

habistu, masih takut lagi untuk mengambil keputusan sewajarnya? erghhh!!

hehehehe... dan akhirnya, kita sering serahkan pada taqdir yang bakal dilalui. samada kita suka atau tidak, samada kita bersedia atau tidak, haruslah dihadapi seberani dan setenang mungkin.

dan yang paling penting, andai rasa tersungkur di tengah laluan, masih ada Dia yang sudi membantu memberi ihsan...

~ kerdilnya aku di sisiNya... ~
terasa sayu...
tanpa aku sedar...
sebenarnya masih ada lagi kenangan yang membuatkan hati ini kembali sayu..
mungkin tak terdaya lagi untuk aku bawa hati ini pergi jauh
masih lagi di sini...
bersamanya....
mengungkap segala cerita walaupun bukan cerita dulu.

terlalu dalam perasaan yang tercipta.
ingin diluahkan sepertimana dulu
namun...aku tak akan menghalangnya
meskipun hati ini kuat mengatakan rasa sayang aku pada kenangan tu...

terima kasih untuk sekian lamanya cerita kita,
tak pernah putus doa kau minta aku dilindungi...
minta aku sentiasa tenang setenangnya dalam apa jua keadaan yang menimpa...
dan harapan kau moga aku bahagia dengan kehidupanku.

aku tahu keikhlasan hati kau...
sehingga kini...
dan dengan harapan selama-lamanya.

moga setiap hati yang berkata mengharapkan persahabatan ini kekal
sepertimana bait-bait kata yang terungkai dalam laman merahmu...
sepertimana jua lakaran gambar yang terhampar di setiap kata yang tertulis
terima kasih seikhlas nurkilanku...

bayi yang bakal lahir...


dan aku menunggu dengan penuh keterujaan bila dia bakal melahirkan seorang bayi comel nanti. :D

hari ni aku datang kerja dengan jiwa yang agak sentimental. terasa sungguh sensitif pada persekitaran. aku lihat alam sekeliling dengan pandangan yang mencari erti di sebalik kewujudannya. ternyata emosi aku agak mudah tersentuh, biarpun cuma melihat pada langit yang biru terbentang. ternyata emosi aku juga turut terusik, biarpun cuma menyaksikan seorang nenek tua menuntun cucunya...

pagi ini aku didatangi dia di depan meja aku. masih ayu sepertimana aku pertama kali bertemu dia di sini. mendengar ceritanya sepertimana selalu. mendengar aduannya sepertimana kebiasaan aku. dan aku hari ni, bagai nakal sekali menatap wajahnya. (sorry ye mama...)

dalam pada aku melayan bicara paginya, sempatlah jugak aku melihat perubahan pada wajahnya kini. dia semakin tampak bagai seorang ibu. dia semakin tenang dalam melalui hidupnya kini. hehehe.. tapi, manisnya masih seperti dulu. 'tarikan'nya masih seperti dulu. dan aku akhirnya tersenyum sendirian... (hehehehe.. sorry lagi sekali ye mama...) ahaksss

akhirnya imaginasi aku membunuh kenangan lalu, dan bermulalah aku membayangkan pula keadaannya nanti bila cahayamata yang dinanti lahir ke dunia sedikit masa lagi...

hehehehe... tentu sedikit sebanyak, bakal mewarisi indah wajahnya, tutur katanya, tingkah laku, budi pekerti, malah apa saja. ahaksss.. aku teruja! :P

moga anak itu nanti bakal menjadi seorang hamba allah yang soleh lagi mentaati kedua ibubapanya...

jaga dirimu dan anak yang dalam kandungan itu baik-baik ye, mama... ;)

~tak kisah anak itu lelaki atau perempuan, yang penting, dia anak saya jugak tau...! hek hek hek ~
kongsi...
kadang-kadang, ada tuntutan yang bisa kita tolak dengan mudah, atas sebab, ada perkara lain yang lebih penting lagi mendesak. tapi, seringkali juga, otak dan hati berperang lagi. berdebat antara rasa tanggungjawab, kasihan dan sedikit rasa-pentingkan-diri.

patutkah aku memikulnya dalam waktu yang agak serentak ini? semuanya dalam satu. hmmm... kadang-kadang terasa jugak bahu ni tak mampu menggalas lagi. tapi, ada sesuatu yang membuatkan bahu ini terasa ada penyokongnya... bilamana aku renung kembali satu ayat...

"tuhan tidak akan membebani hambaNya tanpa mengetahui kemampuan hamba itu..."

tuhan telah menciptakan aku antaranya berfungsi sebagaimana yang sepatutnya ini. apa yang aku ada ini, seharusnya dikongsi oleh mereka-mereka yang telah ditaqdirkan 'kurang' memilikinya. apa yang aku ada ini, tak sepatutnya dibakhilkan. apa yang aku ada sementara ini, seharusnya dibahagi-bahagikan.

tidak terbatas hanya pada kertas-kertas yang bisa membeli sekian banyak barangan, tapi juga kasih sayang yang tidak hanya berlegar dalam golongan seperti aku. di luar sana, masih ramai anak-anak yang tak berpeluang bermanja. di luar sana, masih ramai ibu-ibu tua yang kesepian. di luar sana juga, masih ramai ayahanda-ayahanda yang terpinggir. dan di luar sana, masih terlalu ramai adik-adik yang kehilangan arah dituju.

aku tentunya bukan insan yang sehebat mana, dan tentunya juga bukan insan yang punya iman bermaqam tinggi. aku cuma seorang manusia yang masih menagih kasih sayang ilahi atas apa yang telah, dan akan aku lakukan. moga pengorbanan pada sesuatu yang bererti ini, bisa menjadikan aku sebagai manusia yang diterima kehambaannya di sisi allah yang satu.

~ akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik...~
tawa dalam tangis...

aku kembali melayari blognya... ye, benar, aku takkan dapat menahan diri daripada tidak menekan 'butang kiri' tetikus aku ni untuk memilih alamat blognya. blog itu terlalu sentimental pada aku. blog itu punya cerita di sebaliknya sewaktu ia mula-mula diwujudkan dulu. blog itu bagai novel sebuah perkisahan yang ada 'turun-naiknya'. blog itu bagai mencurahkan segalanya. dan blog itu, terlalu istimewa di hati aku.

biarlah secemburu mana pun aku sewaktu menatap usikan orang lain padanya di situ, aku tetap membacanya... dari awal, hingga ke akhir komen... biarlah, kerna aku kalah pada rindu ini.

sekuat mana aku menahan sebak yang sarat ini, akhirnya aku hamburkan jua di sini... di meja aku yang bersepah ni...

dan kenangan lalu terus menghangatkan lagi dalam dingin pendingin hawa yang bisa membekukan aliran darah.

****************************************************


aku ingin memelukmu seeratnya
aku ingin menatapmu sepuasnya
tanpa perlu bersuara
tanpa perlu berbicara
tapi,
masih lagi
taqdir itu terlalu jauh untuk aku tempuhi.

mungkin taqdir itu perlu untuk tidak dimaqbulkan
kerna keadaan diri aku
kerna siapa diri aku
kerna keadaan dirimu
kerna siapa dirimu
kerna keadaan dirinya
kerna siapa dirinya.

tenanglah kasih, dalam keadaan kau bakal dipunyai
tenanglah sayang, dalam keadaan kau bakal disatukan
aku akan tetap melagukan lagu rindu, sendirian
biar 'jauh' dan akhirnya menjadi 'terlalu jauh' dari jasadmu
tapi,
aku tetap 'dekat' lagi 'hampir' di lipatan kisah yang ternukil.
a birthday kiss for my adik... :)

~ untuk adik aku yang nakal! (hahahahaha) ~


I wish for you, a happy day
For lots of love, to come your way
May your heart be filled with cheer
That will last, through the coming year

Best wishes from my heart, sent your way
Hoping that much joy, be yours today
This special prayer for you, I will say
God bless you on your very special day.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MU YANG KE 23, aila....!
the way u look at me... ;)


The way you look at me (Christian Bautista)

No one ever saw me like you do
All the things that I could add up too
I never knew just what a smile was worth
But your eyes say everything without a single word


'Cause there's something in the way you look at me
It's as if my heart knows you're the missing piece
You make me believe that there's nothing in this world I can't be
I'd never know what you see
But there's something in the way you look at me


If I could freeze a moment in my mind
Be the second that you touch your lips to mine
I'd like to stop the clock, make time stands still
'Cause, baby, this is just the way I always wanna feel


I don't know how or why I feel different in your eyes
All I know is that it happens everytime


The way you look at me...
dari hati yang tulus...

selamat ulangtahun kelahiran yang ke 30 untuk diri aku... juga kepada sahabat-sahabat yang turut sama berkongsi tarikh dan umur yang sama dengan aku... hehehehe.. :D

dengan rasa rendah hati, terima kasih kepada semua insan-insan hebat yang telah banyak mewarnai hidup aku selama ini...

terima kasih untuk semua ucap-ucapan, salam-salaman, peluk-pelukan, hadiah-hadiahan dan makan-makananan... hehehehe.. ;)
salam kelahiranmu....
selamat hari jadi...untukmu

salam penuh kesyukuran dariku
...kau masih dipanjangkan umur
dan sentiasa dimurahkan rezeki,
setiap dugaan yang datang
aku tahu tak pernah serik kau menghadapinya...

*************************************************************
nyata,
terlalu cepat masa berganti
menangkis rasa duka lama...
menambahkan rasa gembira buat dirimu ...
walaupun terkadang duka yang datang terlalu payah disangkal

setiap detik aku tahu akan adanya kau...
tentang adanya hati yang sentiasa ingin menemani dan ditemani
namun....
sebenarnya mungkin kau masih belum meyakini
akan adanya 'dia' dalam lipatan memori....
sering kali hati bertanya...
apa ada dengan kata?
apa ertinya mengingat duka...
andai gembira hidupmu masih menanti disana
kau akan fahami andai hatimu sudah terbuka
untuk semua ini...

**************************************************************
moga hari-harimu sentiasa ditemani doa tentang hidup dan kebahagiaanmu
...lakarkan selebar senyuman seperti lagu yang beralunan indah
salam keikhlasan dariku buatmu...
-sya-
cinta, kasih-sayang...

hidup atas dasar cinta?
"cinta"kah yang memandu seseorang mengikut laluan yang sepatutnya?

tiada siapa yang dapat menyangkal, andai dikatakan hidup ini memerlukan kasih-sayang sebagai makanan utama... tiada siapa jua yang bisa hidup dengan aman tanpa sekeping hati yang merasai manisnya berkasih-sayang... itu hakikat.

kadang-kadang, aku fikir, kerana kasih-sayanglah hidup seseorang manusia jadi berantakan. kasih-sayang juga boleh menjadikan manusia itu insan yang paling mulia, atau insan yang paling hina.

asal terjadinya seseorang manusia itu daripada kasih-sayang, lahirnya disambut dengan kasih-sayang, besarnya jua dengan kasih-sayang, dan akhirnya dihantar ke kehidupan abadi juga dengan redha hati yang sarat dengan kasih-sayang.

secara peribadinya, aku rasa bulan mei ini antara bulan yang 'kaya' dengan kasih-sayang. lahirnya aku pada bulan ini sebagai pengerat kasih-sayang antara mak dan ayah. perginya ayah pada bulan ini dahulu, mengeratkan lagi kasih-sayang antara mak, aku dan adik-beradik yang lain. dan pada bulan ini juga, berbagai hari disambut...ada hari ibu, hari bapa, hari pekerja, hari guru dan entah apa hari lagi yang aku mungkin tak ketahui. opss! lupa! ada beberapa orang sahabat-sahabat aku yang turut sama menyambut hari kelahirannya pada bulan mei ini...

kepada semua sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak yang menyambut ulangtahun kelahiran pada setiap bulan mei, aku ucapkan >> selamat hari jadi... moga hari-hari yang mendatang akan bakal terisi dengan kasih-sayang yang membahagiakan.

hiduplah atas nama 'cinta'
berbaktilah atas nama 'cinta' juga...
kerana 'cinta' wujud dari kasih-sayang yang tidak menuntut sebarang pembalasan...

~ wahai tuhan, akhirilah hidup aku dalam keadaan kecintaan yang mendalam padaMu...
sandaran hati...

Sandaran Hati - Letto

Yakinkah ku berdiri, di hampar tanpa tepi
Bolehkah aku mendengarmu
Terkubur dalam emosi, tak bisa bersembunyi
Aku dan nafasku merindukanmu

Terpurukku di sini, teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti kau menemani
Dalam hidupku, kesendirianku

Teringat ku teringat, pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri, ku lakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli, siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti, jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati

Inikah yang kau mahu, benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku, bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah tanpa hadirmu,
dalam gelapnya malam hariku...
dalam ingatan selalu...


telah pun berlalu kisah itu 21 tahun yang lalu...
tapi,
aku masih terasa hangatnya kucupan ayah di dahi
aku masih terngiang marahnya ayah penuh risau
aku masih tergelak besar bila ayah berwajah lucu
aku masih tersentuh dengan hadiah pemberiannya...

telah pun berlalu kisah itu 21 tahun yang lalu...
tapi,
aku masih ingat dinihari yang dingin itu
ada peluh sejuk di dahinya
ada keluhan berat di kerongkongnya
ada riak sakit di kedut wajahnya
ada renungan panjang pada tatapannya...

telah pun berlalu kisah itu 21 tahun yang lalu...
tapi,
airmata itu masih sama hari ini
dan ucapan di dinihari itu masih sama hari ini
"ayah, ayah... dengar tak eya panggil...?"



al-fatihah untuk mu, ayah...

~ maafkan anak mu yang nakal ini... ~

happy birthday, gadis manis...

selamat ulangtahun kelahiran mu, wahai gadis manis...!

moga mentari yang mendatang, bakal menyinari lagi hidupmu yang telah sedia indah. aku di sini, akan terus mendoakan awan bahagia kan terus memayungimu selama mana kau menjelajahi bumi bertuah ini... senyumlah pada cahaya hangat itu, mahupun pada gelap dingin itu... kerna senyummu, adalah penawar yang ramuannya sukar untuk didapati...

:)
harapan...

Harapan (Fazli Zainal)

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.

Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

********************************************

~ lagu ni buat aku teringat pada seseorang... yang airmatanya sering gugur kerna seseorang yang disayanginya...
jalanilah hidup dengan tenang...

Ada orang kata, hidup aku yang sebegini bagaikan tiada arah, tiada tujuan, tiada akhirannya. Kononnya aku hidup bagaikan ulat dalam batu. Hidup kerana perlu meneruskan nafas yang masih dipinjamkan tuhan. Hidup kerana perlu mengisi masa yang dilalui sepanjang siang dan malam hari. Hidup kerana orang di sekeliling masih mengiktiraf diri ini sebagai ‘sesuatu yang bernyawa’.

Perghhh!! Dan aku hanya senyum pada pendapat orang itu. Yang tentunya aku tak ingin tahu samada dia ikhlas atau tidak sewaktu mengucapkan buah fikirannya itu.

Kenapa aku senyum dan bukannya marah pada dia? Dia cuma penambah koleksi pada seberkas pendapat ramai lagi, yang aku rasa, adalah sesuatu yang menyenangkan untuk difikirkan. Aku tak perlu marah pun. Sebab kata-katanya itu adalah dari kacamatanya. Dia berhak atas kacamatanya sendiri, dan kata-kata pendapatnya itu juga adalah hak dia. Hak aku cuma, menerima atau menolak dengan cara sebagaimana yang aku suka.

Hidup aku adalah antara aku dan Yang Haq sahaja. Selurus manakah arah aku, atau sebesar manakah tujuan aku, atau seindah manakah akhiran aku, biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Yang Haq.

Tiada niat untuk aku mempertahankan diri sehebat-hebatnya, kerana aku sedar, aku punya banyak compang-campingnya. Tapi apa yang aku buat setakat ini, aku sentiasa harapkan agar ianya mampu menutup sedikit apa yang lompang. Biarlah orang tak nampak pun, dan tak perlu juga aku khabarkan, kerana aku yakin, hidup aku adalah di bawah izin Yang Haq, maka biarlah Yang Haq sahaja mengetahui segalanya.

Baikkah aku, jahatkah aku, bukanlah dalam kocek sesiapa… dan tiada sesiapa yang bisa meletakkan sepenuh kata atas apa yang aku lalui hingga ke saat ini. Begitu juga dengan diri sesiapa pun, bukanlah dalam kocek aku, kerna aku tak punya kekuatan dan kesempatan untuk mengetahui segalanya.

Aku hanya aku, seorang manusia, sebagaimana kau, dia dan mereka. Namun tiada sesiapa pun di dunia ini yang punya kehidupan yang sama dalam erti kata sebenar… Kita serupa dalam rupa, tapi kita punya ‘peta hidup’ yang berbeza, namun menuju ke satu arah yang sama…

Adakala, jalan itu lurus lagi lebar, ada juga licin lagi berliku, ada pula berbatu lagi sempit, dan berbagai lagi jenis lorong atau denai yang terpaksa dilalui. Setiap satunya punya pengalaman yang dikutip. Setiap satunya punya usaha yang perlu dikorbankan. Apakah semua itu sama bagi setiap daripada kita?

…moga kita tergolong antara mereka yang berjaya melepasi liku-liku jalanan hidup biarpun di badan ini penuh luka dan darah yang sakitnya adakala tiada kata-kata yang bisa menghuraikannya...

*aku sekadar menginsafkan diri sendiri…*
isi hidup...

Perut akan meragam kalau tidak diisi makanan. Kereta akan tidak mampu bergerak kalau tidak diisi petrol. Rumah tidak akan berseri kalau tanpa perabotnya. Dan begitu jugalah dengan hidup kita jika tiada ‘sesuatu’ yang ‘mengisinya’…

Bagi aku, hidup ini bagaikan sebuah peti ais yang besar! Hahahaha… entah kenapa aku pilih peti ais, aku pun tak tau ler… hahahaha… agaknya sebab aku baru lepas bersarapan pagi, jadi fikiran masih berlegar-legar dengan “makanan”…ahaks…

Apa yang ada dalam sebuah peti ais? Begitulah juga aku gambarkan dengan hidup aku ni. Segala-mala isi yang ada di dalamnya, begitulah juga isi hidup aku. Hahahaha… boleh gitu?

Maka, renung-renungkanlah pada isi dalam sebuah peti ais… kalau ada jawapan yang berlegar di kepala korang, jangan malu jangan segan, marilah kongsi dengan aku ye… ;)
u'r my everything...

You're My Everything (Santa Esmeralda)

You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
in the sky, tell me I'm in love.

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love.

You're my everything
And nothing really matters
but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning
with those big brown eyes.

You're my everything
Forever everyday
I need you close to me
You're my everything
you'll never have to worry
Never fear for I am near.

Oh, my everything
I live upon the land
and see the sky above
I swim within her oceans
sweet and warm
There's no storm, my love.

Chorus
When I hold you tight there's nothing
That can harm you In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love.
maafkan aku...

Tentunya aku tidak setanding mana
Tentunya aku tidak sehebat mana
Konon macam gagah
Konon macam kuat
Tapi…?

Ada hati yang sudah terluka
Ada jiwa yang sudah tercalar
Tangan aku lah penyebabnya…
Kata-kata aku lah pencetusnya…

Ya, aku bersalah…
Dan salah aku itu aku akui…

Maafkan aku wahai kekasih hati yang pernah pertama kali mengenalkan aku pada manisnya alam bercinta.

Maafkan aku duhai kekasih hati yang pernah mengajarkan aku pada syahdunya alam kerinduan.

Aku tak pernah ingin memanggil mu ‘bekas’ kekasih hati. Malah aku tak ingin juga memanggil mu dengan apa jua perkataan yang bermaksud begitu. Yang pertama, tetap kekal sebagai yang pertama. Dan yang pertama, tetap berada di hadapan kepada yang berikutnya.

Kisah kita bagai suatu perkisahan yang terlalu panjang untuk dikisahkan. Kisah kita bagai terlalu sulit untuk dileraikan. Hanya kerna tiadanya pertemuan dua jiwa dalam dunia sebenar, maka sejuta angin sentiasa menerpa membanting jauh diri kita. Kejamkah angin-angin yang ada itu? Atau akukah yang sentiasa terlupa diri, rupanya telah berlaku kejam padamu?

Perkara pertama dari dulu aku impikan, untuk melerai rindu menatap sepuasnya dirimu. Tapi, aku tak pasti kini… masih adakah taqdir itu untuk aku?

Sekali lagi, kau memilih untuk bersendirian. Tanpa aku hadir lagi dalam sapaan pendengaranmu. Dan itu isyarat pada diri ku… agar terus menjauhi mu…

Kalau diukur pada sabar yang ada, aku tak ingin mengukurnya…
Kalau ditimbang pada rindu yang ada, aku tak perlu menimbangnya…
Kerna
Sabar, rindu
Milik masa yang takkan aku tuntut selamanya…

Tentunya lebih elok aku kekal sebagai perindu… yang bersendirian menjadi musafir. Mengenal alam, mengenal makhluk. Dan akhirnya bakal menemukan aku pada maksud penciptaan aku yang sebenar.

Aku tidak akan membenci mu selagi hidup ku diizin tuhan. Selagi nafas masih ada di rongga, aku tetap akan merasai harumnya bila menyebut nama indahmu. Izinkan aku menjadi sahabatmu, andainya aku sudah tidak layak menjadi kekasihmu lagi. Izinkan aku menjadi penulis yang menulis namamu di lembaran kesayanganku, andainya aku sudah tidak layak lagi menyebut namamu.

Padamu, aku kirimkan salam kemaafan kerana telah tidak menjadi kekasih mu seperti selayaknya…
untuk ibu...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 60, wahai ibu ku…

Sudah 60 tahun umur ibu. Ibu sudah masuk kategori ‘warga emas’. Aku siap cakap dengan ibu, “wahhh… pasni boleh la dapat diskaun warga emas ekk” dan ibu hanya tergelak diusik. Kakak ipar aku pulak, belikan sebiji kek coklat yang sememangnya sedap dimakan sekeluarga samada oleh ibu, abang-abang aku, perut aku, adik aku mahupun kucing-kucing kesayangan kami! Hehehe…

Sejujurnya, tiada hadiah yang dapat aku belikan untuk ibu. Aku hanya mengucup tangan ibu… kucupan yang aku berikan pada ibu adalah sarat dengan rasa sayangnya aku padanya serta penghargaan aku padanya.

Lepas aku dah kucup tangan ibu, ada suatu rasa memenuhi dada aku. Hmm… sabar dude…! Aku tahan, dan aku cuba tersenyum seindah mungkin pada ibu. Erghh!! Tapi, mata aku berkaca-kaca. Entah kenapa… aku pun tak tau. Cepat-cepat aku duduk ngadap tv sambil dengan lahapnya makan kek coklat sedap yang kakak ipar aku belikan tu. Konon macam teruja sangatlah dengan kek coklat tuh! Hahahaha… bangang punya cubaan meng-cover-kan diri! Ahaksss!

Lewat malam, aku mula teringat kembali pada ‘rasa’ yang memenuhi dada aku selepas mengucup tangan ibu tadi. Terasa sungguh tangan ibu semakin banyak kedutnya dan sudah kendur kulitnya. Tangan ibu terasa sejuk. Jari-jari ibu juga kelihatan mengerekot sedikit. Masih aku ingat lagi tangan ibu dulu… sewaktu hebat bekerja… hebat berniaga. Tangan ibu tak pernah diam. Diamnya cuma sewaktu kepalanya rebah di bantal kekabu. Ibu sentiasa menyinsing lengannya. Tangannya bisa bermain air dan berdiang di api dalam jangkamasa yang lama. Ibu sememangnya ‘kuat’ di mata aku. Dan ibu sesungguhnya ‘cekal’ di hati aku.

Tangan ibu menggambarkan pada aku betapa ibu telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan aku menjadi manusia sejati yang terbela. Aku tahu, ibu punya harapan tinggi yang diletakkan. Tapi ibu tak pernah suarakannya. Aku tahu, ibu bimbangkan aku setiap hari, malah setiap masa. Biarpun umur aku sudah menginjak ke akhir 20-an, tapi kebimbangan ibu masih bersisa. Malah, kalau difikir-fikir, makin bercabang-cabang bimbangnya. Hehehe… ibu… ibu… :)

Aku cuma ingin ibu gembira. Aku tak suka bila ibu mengorbankan airmatanya lagi. Aku tak suka melihat ibu begitu. Bagai disayat-sayat hati ni bila tengok ibu menangis. Moga hari-hari mendatang, ibu bakal hidup dalam kehidupan yang lebih aman, bahagia tanpa ada rasa gelisah dan bimbang. Moga anak-anak ibu bakal menjamin ibu bersemanyam di singgahsana firdausi nanti…

Maafkan anak mu ini, ibu… Kerana seringkali leka bermain api… Tapi, ibu usah gusar, tali yang ibu bekalkan masih kuat dipegang… ayat yang ibu ajarkan masih jelas terpahat dalam fikiran… sayangkan diri mu ibu, sepenuh hati anak mu ini.

*anak nakal ibu…*
Only you...

Only You (Flying Pickets)

Looking from a window above
It's like a story of love
Can you hear me?
Came back only yesterday
Moving further away
Want you near me

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you

Sometimes when I think of your name
And it's only a game
And I need you
Listening to the words that you say
It's getting harder to stay
When I see you

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you

This is gonna take a long time
And I wonder what's mine
Can't take no more
Wonder if you'll understand
It's just the touch of your hand
Behind a closed door

All I needed was the love you gave
All I needed for another day
All I ever knew
Only you...

~ menyayangimu lebih dari yang kau tahu...~

**********************************************


lagu ni buat ingatan aku pada seseorang kembali menerpa. aku senyum sendirian sambil menikmati lagu ni kat meja aku. terasa bagai 'orangnya' sedang duduk mengadap aku waktu ini. memerhati aku bekerja, menelek muka aku yang serius lagi berkerut, mencebik bila aku buat lawak poyo lagi bodo dan mengomel tentang sepahan kertas dan buku yang memenuhi ruang. aku sedang membayangkan 'orangnya'... biarpun bayangan ini, aku tak pasti samada betul atau tidak, aku akan tetap tersenyum sendirian... bagai cuba melegakan hati sendiri, bagai ingin menenangkan jiwa sendiri.

'orangnya' entah di mana berada, entah apa yang sedang dilakukannya sekarang ini. mungkinkah dia bakal tersenyum mengingati aku juga? atau dia tak mampu lagi untuk tersenyum pada kenangan bersama aku dulu?

meja aku semakin bersepah, bagai menggambarkan hati aku yang turut bersepah! kertas aku banyak yang dicarik-carik, bagai turut menunjukkan betapa tercariknya hati aku. tapi, lagu ini terus berputar... indah didengar, sebagaimana indahnya kenangan aku dan 'orang' yang sentiasa aku ingati ini...

jaga dirimu sebaik mungkin, sayang...
aku bagai si anak kecil...


aku bagai si anak kecil
yang manja
yang comot
sering pinta dipimpin tangannya
sering merengek dibelai rambutnya
tak tahu ada daki berbekas
tak hirau ada lumpur berpalit

aku bagai si anak kecil
yang hatinya rapuh lagi repih
yang airmatanya murah lagi mudah
tak tahu menuju ke mana
tak tahu meminggir sudut di mana

aku bagai si anak kecil
inginkan lukisannya bercorak warna terang
inginkan pianonya beralun lagu indah
tapi,
tercari-cari teman manakah yang sudi
memegang berus comot yang ada
mengetuk papan kunci piano yang usang

aku bagai si anak kecil
yang sering pinta cepat dewasa
yang sering ingin lekas tua
agar tak perlu lagi
terus hidup dalam bergantungan

tapi,
selagi aku si anak kecil
aku tetap ingin senyum secomel mungkin
biar ada hiba yang bersarang
biar ada duka yang berbekas
aku tak peduli!

selagi aku si anak kecil
aku tetap ingin bermain seriang mungkin
biar ada luka yang berparut
biar ada pilu yang berbayang
aku tak hirau!

moga senyumku
moga riangku
bakal menjadi ingatan
bila aku sudah tidak lagi
si anak kecil yang ada ini...
"melukut di tepi gantang"...
Tiba-tiba came across dengan peribahasa ni. Tengah borak-borak dengan angel, entah kenapa peribahasa ni menjadi bualan kitorang pulak. Hmm… peribahasa ni buat ingatan aku pada ibu ditayang kembali di ruang paler otak ni. Hehehe…

“Jangan jadi macam melukut di tepi gantang. Kalau ada pun kita, tak menambah apa2 dan kalau kita takde pun, tak mengurangi apa2 juga. Melukut tu, dahla hasil padi yang paling rendah mutunya, lepas tu, melekat pula di tepi gantang yang pastinya takde sesapa pun nak keruk untuk menambah nasi yang bakal dihidang. Kesian sungguh nasib melukut.”

Masa ibu mengeluarkan kata-kata ni, aku dan ibu sedang berniaga nasi lemak di sebuah pasar. Aku tengah sibuk nak menceduk nasi lemak dari dalam tong nasi untuk dibungkus dan diberi pada pelanggan. Tapi, nasi yang diceduk dalam mangkuk plastik tu tak cukup pula untuk dijadikan sebungkus nasi lemak yang berharga 50 sen ketika itu.

Jadi aku tanya lagi pada ibu,

“Hmm.. bistu, katakanlah kita tak cukup nak buat semangkuk nasi ni, bakal berguna jugak kan si melukut yang melekat di tepi gantang atau periuk tu? Sekurang-kurangnya taklah langsung tidak dipedulikan…adalah jugak kegunaannya.”

dan ibu menyambung pula,

“Memang kadang-kadang melukut akhirnya bakal berguna, tapi dia hanya berguna bila kita sudah tidak ada pilihan lain lagi. Mahukah menjadi pilihan terakhir yang berguna bila sudah tiada apa-apa lagi yang boleh diharapkan?”

Kata-kata ibu dulu buat aku termenung kembali…
siapalah aku...

Siapalah Aku (Amy Mastura)

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurangnya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku


*menyayangimu lebih dari yang kau tahu...
aku bukan si "zorro" yang kaki ngutuks...

Hmm… sedih gak hati ni… bercampur geram. Ada le pulak orang yang bagaikan menggunakan nama panggilan manja aku untuk menghuru-harakan tempat orang lain. Ada “zorro” bikin panassss kat blog orang lain! Ih.. ih.. awat ni kawan…?

Pada yang menyangka aku ni si “zorro” yang bikin panasss tu, harap-harap kenyataan aku ni dapatlah membetulkan kembali ketersalah-sangkaan tu. Sesungguhnya bukanlah diri aku yang membuat ayat-ayat kutukan kat blog-blog korang atau di mana-mana saja. Ada ayat yang dapat aku baca, tapi, ada juga yang tak sempat aku baca kerana ayat tu dah tiada di situ. Tapi, sepengetahuan aku, ayat-ayat tu semuanya tak sedap dibaca dan tak elok ditaip sedemikian.

Aku bukanlah jugak nak claim yang nama “zorro” tu hanya layak untuk aku sorang, tapi, sekurang-kurangnya biarlah guna nama lain… sebab ramai yang dah kenal aku dengan panggilan tu. Nih macam kes ala-ala guna nama aku untuk hentam orang lain. Alahaii… apa kes nih kawan…?

Hmmm… apapun, aku tak suka kalau ada sesapa cuba nak laga-lagakan aku ke, nak sabotaj aku ke, nak bom aku ke. Lagipun tak elok le buat mende-mende gini. Tujuan aku di dunia cyber ni bukan untuk mencari musuh, tapi mencari kawan. Dan rasanya itulah jugak niat asal semua orang di sini kan? Biarlah kita berkawan dengan ikhlas.

Niat buruk hanya bakal memakan diri sendiri…! Tu je…

*aku-si-tak-suka-memaki-hamun…*
sweet memories...

sweet memories = kenangan manis = ingatan istimewa, dan sekarang ni, ramai pulak yang suka melabelkannya sebagai kenangan terindah... hehehe... gara-gara lagu samsons tu le... ingatan dalam kepala manusia ni memang hebat sebenarnya. kita boleh mengingati sesuatu peristiwa atau kejadian itu biarpun dah bertahun-tahun berlalu. kita boleh menggambarkan kembali keadaan semasa sesuatu kejadian itu terjadi. mungkin tidak begitu terperinci, tapi, memadailah untuk menghidupkannya kembali. hebatkan, otak kita ni? :)

ada kenangan manis yang menjadi ingatan buat sementara waktu sahaja. tidak akan diingati lagi selepas suatu jangkamasa tertentu. namun, ada juga kenangan manis yang kekal terpahat dan sentiasa segar biarpun usia tua mula merenggut keupayaan. selalunya, kenangan manis yang menjadi ingatan abadi ini merupakan sesuatu yang terhebat dalam hidup seseorang. sesuatu yang telah membawa perubahan besar dalam hidupnya dan menjadi impak kepada dirinya selepas itu... (setuju tak?) perghhh! seriusnya ayat aku ni! hehehehe... sekali-sekala berserius-seriusan... hehehehe... :P

apa seronoknya mengingati sesebuah kenangan manis? banyak... kan?
kenangan manis, bisa menjadikan kita...
>> merasa segar kembali bila diri terasa kelelahan...
>> mampu tersenyum bila terasa ada kepiluan bersarang...
>> memanjatkan kesyukuran tanpa disedari...
>> sedar tentang masa yang dibazirkan dengan hidup keseorangan...
>> menghargai setiap saat yang masih dipinjamkan...
>> dan banyak, serta banyak lagi...

namun begitu, ada juga kenangan manis yang jika diingat-ingat kembali, bakal mengundang airmata untuk ditumpahkan. bakal mengundang gerimis di hati bila diingat-ingat kembali. hmmm... bila tahap ni, masih bergunakah kenangan manis itu? tapi, tu lah, untuk membuang sejauh-jauh mungkin kenangan manis itu merupakan sesuatu yang mustahil bagi aku. bukan semudah itu dan tidak terluntur biarpun masa menjadi racunnya.

kadang-kadang untuk terus hidup dalam kenangan pun, kata orang, tak berapa elok. sebabnya, hidup kita bukan semakin ke belakang, tapi perlu melangkah ke hadapan. yang telah menjadi sejarah, biarlah ia kekal sebagai sejarah yang telah tersurat di perkisahan hidup. ya betul, dalam setiap lembaran hidup itu, ada yang berdakwat merah, hitam, biru, hijau dan mungkin ada warna lain lagi. semua itulah yang mencorakkan helaian buku hidup kita yang seawalnya adalah putih. sesekali menyelak helaian perkisahan, tak salah... tapi bukan untuk lama tersekat membaca di laman bab yang telah lama ditutup kisahnya...

andai kenangan manis itu bisa menjadikan kita kuat semula, maka segar-segarkanlah ia. tapi, andai ia semakin melukakan kita, balutlah ia seerat mungkin, agar silau pedihnya tak berterus-terusan mengguris hati.

pada semua, ciptalah kenangan manis yang paling indah dalam hidup kita sendiri hari ini. kerana esok, tak pasti lagi ada sesuatu yang bisa kita simpan sebagai kenangan manis yang terindah.

pada insan yang aku sayang, setiap detik, setiap ketika, untuk setiap hari yang telah berlalu dulu, merupakan kenangan manis yang ceritanya aku coretkan dengan warna indah dalam buku perkisahan hidup aku. biarpun halaman buku aku kini penuh dengan coretan dakwat hitam, tapi aku tetap bersyukur... kerana sekurang-kurangnya, buku perkisahanku masih punya laman-laman yang sedap untuk mata memandang. terima kasih, kerana sudi bersama aku dulu untuk menitipkan kenangan manis di buku riwayat seorang "aku"...
cetusan...
hahahahaha... ramainya yang macam ala-ala tak percaya yang aku sudah benar-benar berhenti daripada aktiviti bakar-hisap-hembus batang tembakau. ada yang ragu-ragu dengan keputusan mendadak yang bagaikan tiada angin, tiada ribut, oleh aku. hehehe... takpe.. takpe.. aku paham apa yang korang rasakan. usahkan korang, aku sendiri pun kadang-kadang kurang percaya dengan tindakan aku ni. sampai detik ini, aku masih kurang pasti apa sebenarnya yang menjadi motivasi utama aku melupakan terus kegilaan aku pada sang tembakau! (sabar je lar! ahaksss)

suatu hari yang aku tak ingat bila... tapi baru le lagi.. (hehehehe),
"eh, nape tetiba ko takmo ngasap ekk?" - berkerut muka budak ni! hahaha...

"hehehe... entahlah dude, aku pun tak tau apa kene ngan aku ni." - aku sengih je

"huishh...! biar betul dude... nape weih? ada orang brainwash ko ke?" - serius sungguh freno aku nih!

"agaknyalah...! hahahahaha..." - aku gelak beso lak! tak ke hampehh tu? ahakss :P

maka memori aku pun mulalah ligat berputar... cuba mengingati sesuatu...
"hmm...takpe ke duduk kat tempat smoking area ni? tapi, not to worry, saya tak merokok depan awak sekarang. dapat amik asap orang lain pun takpe la... hehehe."

"it's ok."

"saya ni budak nakal. mesti awak tak sangka saya merokok kan? waktu office hour memanglah saya kontrol bagai. habih kerja, saya buatlah apa yang saya suka buat. hehehe... errr... statement saya ni macam menakutkan awak ke?"

"heeee... tak ar! saya tak kisah pun. takpelah kalau awak nak merokok sekarang pun."

"ishhh.. takmolah... malu ar kat awak! hahahahaha... boleh tak gitu?"

"up to you...! err... tapi, dah lama ke awak merokok nih?"

"lama gak... dari saya kecik-kecik lagi. tapi, masa tu mana ada duit sangat nak beli, so, dapat ngasap kadang-kadang je la."

"sekarang ni kuat merokok ke?"

"hmm... depends... kadang-kadang heavy, kadang-kadang just masa outing ngan kawan-kawan je, dan pernah jugak macam merajuk takmo ngasap! hahaha..."

"hehehe... macam tu ke? maknanya kene tengok apa laporan kajicuaca la ye? mendung ke, panas ke, hujan ke, tsunami ke?"

"ngeee.. lebih kurang gitu ler..."

"best sangat ke merokok ni? awak tau tak, awak boleh jadi mandul nanti kalau terus-terusan merokok?"

"erkss?? hehehehe..."

"iyer... dan rasanya, awak lebih tahu lagi apa yang bakal terjadi dan juga yang telah terjadi pada badan awak. maksud saya, kesan buruknya. saya pun tak perlu berceramah panjang. saya rasa awak banyak tahu lagi daripada saya... kan?"

"hmm..."

dan 'hmm..' aku berpanjangan hingga aku pulang ke rumah selepas itu... memikirkan tentang banyak mende...

entah kenapa, perbualan singkat itu membuatkan semangat aku macam tercabar. pandangan matanya buat aku jadi tercabar. senyuman lebarnya juga buat aku tercabar. bagai ada suatu kuasa yang menyuruh aku melakukan sesuatu.

mungkin gadis itu tak tahu aku sudah nekad untuk berhenti ngasap. lagipun, aku tak beritahu dia pun yang aku nak berhenti ni. hmm... tapi, andai suatu masa nanti dia tau juga, aku teringin untuk melihat dia tersenyum seperti senyuman dia di pertemuan singkat itu... aku tahu dia ikhlas...

ahaksss... mudahkan? hanya dengan sebuah teguran ringkas dan ikhlas...
label...
Aku rasa aku nak tulis sesuatu di sini, tapi, tak taulah… patut ke aku tulis? Hahahaha… macam ala-ala emosi tak stabil gitu…

Hmm… aku rasa, aku takde mencabul kehormatan sesapa… tapi, nampaknya aku macam dilabel dengan kategori “pencabul berbahaya” pulak. Rasanya, aku takde la pulak memangsakan sesapa… (ke ada?).

Seingat aku, bukanlah mudah sangat tangan aku ni nak menyentuh mana-mana bahagian pada badan seseorang perempuan, samada dewasa mahupun kanak-kanak. Mungkin aku kelihatan ‘gatal’, ‘miang’, ‘nakal’, ‘setan’, tapi, yang sebenarnya, aku sendiri tak suka nak gatal-gatal tangan untuk merayap di mana-mana bahagian badan seseorang. Sememangnya bukan aku!

Ye, aku tak boleh nak tahan sesapa pun nak menghakimi aku, tapi, rasanya tak adil menjatuhkan hukuman atas dasar “rasa-rasa”, “sangka-sangka”, “agak-agak”. Kalau betul aku ni terlalu obsess dengan perkataan “seks”, ye, aku boleh terima dengan senang hati bila dilabel sebagai “pencabul” ke, “perogol” ke, dan entahapaapalagi label yang berkaitan dengannya.

Apakah hanya kerana aku sukakan seorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut memegang label si gatal perempuan sedunia? Ahakss… sadis sekali kalau ada yang berfikiran gitu! Apakah hanya kerana kecenderungan aku pada kecantikan seseorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut juga memegang label si perosak perempuan sedunia? Ahakss… sadis juga.

Hidup seorang “aku”, bukanlah semata-mata untuk memenuhi selera seks kepada seseorang wanita. Seks bukanlah sesuatu yang mendapat tempat pertama di carta keperluan seorang “aku”. Tapi, ada ke sesapa nak percaya kenyataan aku ni? Hahahaha… teramat sedikit! Seolah-olahnya telah ditutup mata, ditulikan telinga daripada mengambil tahu.

Ye, aku memandang seorang wanita/ perempuan/ gadis sebagai seorang yang aku ingin jadikan teman hidup. Helloo!! “Teman hidup” ye.. bukan teman untuk melampiaskan nafsu seks bagai! Memang aku akui naluri ini bukanlah sepertimana fitrah yang telah tersurat untuk seorang seperti aku. Tapi, aku lebih selesa bila bersama seorang wanita. Dan aku jadi kekok bila bersama seseorang yang berlainan jenis. Mungkin hari ini, aku berdiri yakin dengan pendirian ini, tapi, tentunya aku tak tahu apa nasib aku esok hari… kalau dah tuhan nak ubahnya, aku terpaksa terima…

Cumanya, tak dapat dinafikan, aku sememangnya kecewa bila ada insan-insan yang begitu senang mengkategorikan sesame manusia. Come on la… jangan hanya fikir hidup ini berkaitan dengan seks. Jangan hanya fikir orang seperti aku, takde lain dalam fikirannya, hanyalah >> cemana nak ‘main’ dengan budak tu ekk?. Jangan terlalu mudah memandang sesuatu, lalu membuat penggredan sendiri. Adil sangat ke kita? Hebat sangat ke kita? Tahu sangat ke kita dengan apa yang dilalui oleh orang tu? Andai semua soalan tu tak berjawab, maka jangan persoalkan sesuatu yang bukan tahap kita untuk mempersoalkannya.

Sebelum dihukum, biarlah dibicarakan dahulu. Sebelum dibicara, biarlah jelas pertuduhannya. Sebelum dituduh, biarlah sahih saksinya. Dan akhirnya, biarlah si penghukum adalah yang seadil-adil penghukum…!

Aku sedar, ayat-ayat aku ni bakal mengundang rasa tidak puas hati pada sesiapa. Tapi, aku pun ada hak untuk menyatakan rasa kecewa aku atas apa yang aku rasakan selama ni. Jadi, biarlah kita sama-sama meluahkan rasa yang terbuku, tapi, biarlah dengan niat untuk berkongsi… bukan dengan niat untuk mencari pemenang.

Dan aku akan selalu menyedarkan diri aku sendiri…

Ye, aku tahu siapa aku…
yer... aku berenti dah...

Entah kenapa, tiba-tiba aku berenti ngasap. Tak taulah kalau semangat aku ni berakhir dalam masa yang singkat. Tak taulah kalau-kalau esok atau lusa aku tiba-tiba capai jugak jejari tembakau untuk dihisap-hembuskan asapnya. Aku sendiri pun pelik, dari mana datangnya kekuatan untuk melawan keinginan itu. Aku tahu, ramai insan yang akan berasa gembira lagi senang hati bila tau keputusan aku ni. Dan tak ketinggalan juga, tentu ada kengkawan aku yang bakal kekurangan seorang lagi teman untuk sama-sama berasap… contohnyer >> blue! Hahahahaha! Sorry dude… Dan jugak si comel isrockstar! Hahahahaha!

Bukan sorang-dua yang dah bebelkan aku untuk berenti ngasap ni. Kalau dikumpul-kumpul, mau hampir-hampir menyamai jumlah batang jejari tembakau aku selama err… err… ahaksss.. gasaklah berapa ramai pun! :P

Suatu masa dulu, dia pernah risaukan aku teramat sangat bila aku masih tak berenti ngasap. Kerisauannya makin bertambah bila aku masih berdegil mengasap biarpun keadaan diri aku dah memang sepatutnya diharamkan untuk ngasap! Yer… aku memang dilahirkan sebagai seorang yang amat degil! Adehhh… sian dia. Hmm.. tapi, bukanlah aku tak amik kisah langsung ngan nasihat dia, yang paling kuat aku boleh buat pun, ialah untuk mengurangkan jumlah jejari tembakau tu. Dari sekotak 20 hingga beransur-ansur ke 14.. dan menten kat situ! Pastu, aku tukar tabiat ngasap hanya bila dengan kawan-kawan je. Bila sorang-sorang, selalunya aku akan capai sketchbook dan lukis, lukis, lukis, dan lukis! Hahahahaha… pastu mengerohhh! Zzzz! Hahahahaha…!

Sesuatu yang sungguh membahagiakan bagi aku, bila ada seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita, risaukan keadaan kita. Rasanya, doktor yang terhebat pun belum tentu lagi mampu menyamai kuasa pujukan (atau mungkin ugutan? ahaksss) orang yang kita sayang. Masih aku ingat lagi bagaimana suaranya bila memujuk aku untuk berenti ngasap. Masih aku ingat lagi ayat-ayatnya. Dan segalanya masih terakam dalam fikiran aku ni.

Hehehe… dan dia pernah merajuk dengan aku… kerana kedegilan aku untuk terus mengasap biarpun badan aku macam dah tak mampu nak jadi ‘filter’ asap tembakau nih. Gelabah le jugak bila kekasih hati merajuk bagai. Siap takmo cakap, takmo balas msg/ym, takmo gegelak macam biasa. Bukan aku sengaja untuk ‘menderhakai’ MoU kitorang tu, tapi, badan aku jadi macam ala-ala sengal bila tak diasapi olehnya. Ih.. ih.. dasat tul kuasa ketagihan nih ekk!

Pernah juga aku agak lama berenti ngasap, pastu tetiba sambung balik. Sebabnya, aku ngasap kerana nak melawan nafsu aku yang tetiba hadir bila bersamanya. Aku ngasap kerana ingin melarikan perhatian aku darinya. Ishh… sure korang takleh nak percaya, kan? Tapi, itulah yang terjadi… hisapan tembakau aku malam itu adalah untuk mengurangkan gelora nafsu yang tiba-tiba hadir. Dan waktu tersebut, aku rasa, ngasapan itu merupakan sesuatu yang membawa kebaikan! Berjaya jugak aku mengalihkan perhatian daripada terus menurut nafsu. Tapi kan, malam tu, dia memang ‘sesuatu’ di mata aku… hmmm…


Aku masih ingat ngasapan aku yang pertama. Rasanya masa tu aku baru di alam sekolah rendah. Aku ingat lagi, masa tu aku ngasap bawah katil arwah nenek! Hahahahaha… cemana aku dapat jejari tembakau tu? Ahaksss… ada pakcik aku tertinggal kotak tembakaunya kat rumah aku masa dia berkunjung melawat. Aku ingat lagi, capnya dunhill… kotak merah! Hahahaha… sedutan pertama membuatkan mata berpinau, dan sedutan kedua, membangkitkan aroma tembakau yang bagi aku masa tu teramatlah sedapnyer! Hahahaha… dan aku tak hisap sehabisnya sebab nak sambung lagi kemudian. Sebabnya, aku dah terdengar-dengar mak aku memanggil di luar bilik! Hahahahaha… dasar anak nakal! Ahaksss :P

Masa tu, di TV masih ada keluar iklan jenama-jenama tembakau ni. Bila keluar je iklan dunhill, aku akan senyum sorang-sorang penuh misteri. Hehehe… dan otak aku masa tu asyik berperang kerana mempersoalkan apa perkaitannya antara tembakau itu sendiri dengan model-model perempuan dan lelaki yang berpakaian gaun serta sut, kemudian duduk-duduk kat kereta mewah yang lebih kurang Ferrari. Hehehehe… kesian aku masa tuh! Ala-ala keliru nak kaitkan rokok – perempuan – lelaki – baju lawa – kereta mewah?

Tapi, sekarang ni, kalau iklan tembakau, tentunya yang berkaitan dengan >> gambar otak dibelah dua, pastu ada keluar darah merah pekat yang telah beku! Hahahahaha… pastu, gambar X-Ray paru-paru yang ala-ala hitam legam… pastu, TAKNAK! Hahahahahaha… adehhh… pegang dada jap! Hahahahaha! Mateylarrr aku! Sure paru-paru bersawang bagai nokss!! Hahahahahaha…

Pada kawan-kawan yang telah selama ini ‘berjuang’ menasihati aku agar menghentikan tabiat ngasap ni, berjuta terima kasih aku ucapkan. Rasanya tuhan telah mendengar doa kalian. Selama ni, bukan aku sengaja memekakkan telinga mendengar bebelan kalian, bahkan aku dengar segala-mala bebelan itu dengan sabar lagi sepenuh perhatian! Ahaksss… dan bukanlah aku tak hargainya… malah teramat-amat aku hargainya weihh! Meh, nak peluk cium sket korang! Huarghhhh!! (macam beruang pulak aku nih ekk)

Pada dia, kekasih hati yang dahulunya tak pernah putus-putus memujuk aku meninggalkan perangai bakar-hisap-hembus tembakau ni, aku amatlah terharu atas keprihatinan dirimu. Aku tahu, kau menyayangi diri aku… biarpun aku terkadang terkeliru akan dalamnya sayangmu. Aku tahu, kau risau teramat bila aku jatuh sakit kerananya. Aku tahu, kesedihanmu di kala aku merana menghadapinya. Maafkan aku sayang, kerana kau terpaksa menunggu hingga selama ini untuk melihat aku berhenti menyiksa diri sendiri. Ketahuilah, kalau dulu, aku ingin cepat menamatkan riwayatku semata-mata kerana tak mampu berdepan dengan kenyataan kehilanganmu, tapi kini, biarpun kau bukan lagi milikku, aku ingin terus hidup untuk melihatmu melalui zaman bahagiamu. Izinkan aku terus menyimpan kenangan kita.

Pada diri aku, ingin aku ingatkan selalu, rasa sedih, amarah, atau apa saja, tidak dapat dihilangkan dengan hanya sebuah hisapan dan hembusan tembakau. Cukuplah dengan kesakitan yang ditanggung. Bila dah merana gitu, bukan ada sesapa yang mampu membantu menguranginya. Mengapa mesti disakiti lagi jiwa raga yang telah sedia sakit? Mengapa mesti disiksa lagi diri yang telah sememangnya terbeban?

Dan aku akan akhiri sendiri keterlanjuran perbuatan aku ini… sementara aku masih berpeluang.

*buat iklan untuk TAKNAK Merokok, boleh tak? Hahahahahah…