label...
Aku rasa aku nak tulis sesuatu di sini, tapi, tak taulah… patut ke aku tulis? Hahahaha… macam ala-ala emosi tak stabil gitu…

Hmm… aku rasa, aku takde mencabul kehormatan sesapa… tapi, nampaknya aku macam dilabel dengan kategori “pencabul berbahaya” pulak. Rasanya, aku takde la pulak memangsakan sesapa… (ke ada?).

Seingat aku, bukanlah mudah sangat tangan aku ni nak menyentuh mana-mana bahagian pada badan seseorang perempuan, samada dewasa mahupun kanak-kanak. Mungkin aku kelihatan ‘gatal’, ‘miang’, ‘nakal’, ‘setan’, tapi, yang sebenarnya, aku sendiri tak suka nak gatal-gatal tangan untuk merayap di mana-mana bahagian badan seseorang. Sememangnya bukan aku!

Ye, aku tak boleh nak tahan sesapa pun nak menghakimi aku, tapi, rasanya tak adil menjatuhkan hukuman atas dasar “rasa-rasa”, “sangka-sangka”, “agak-agak”. Kalau betul aku ni terlalu obsess dengan perkataan “seks”, ye, aku boleh terima dengan senang hati bila dilabel sebagai “pencabul” ke, “perogol” ke, dan entahapaapalagi label yang berkaitan dengannya.

Apakah hanya kerana aku sukakan seorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut memegang label si gatal perempuan sedunia? Ahakss… sadis sekali kalau ada yang berfikiran gitu! Apakah hanya kerana kecenderungan aku pada kecantikan seseorang wanita/ perempuan/ gadis, maka aku turut juga memegang label si perosak perempuan sedunia? Ahakss… sadis juga.

Hidup seorang “aku”, bukanlah semata-mata untuk memenuhi selera seks kepada seseorang wanita. Seks bukanlah sesuatu yang mendapat tempat pertama di carta keperluan seorang “aku”. Tapi, ada ke sesapa nak percaya kenyataan aku ni? Hahahaha… teramat sedikit! Seolah-olahnya telah ditutup mata, ditulikan telinga daripada mengambil tahu.

Ye, aku memandang seorang wanita/ perempuan/ gadis sebagai seorang yang aku ingin jadikan teman hidup. Helloo!! “Teman hidup” ye.. bukan teman untuk melampiaskan nafsu seks bagai! Memang aku akui naluri ini bukanlah sepertimana fitrah yang telah tersurat untuk seorang seperti aku. Tapi, aku lebih selesa bila bersama seorang wanita. Dan aku jadi kekok bila bersama seseorang yang berlainan jenis. Mungkin hari ini, aku berdiri yakin dengan pendirian ini, tapi, tentunya aku tak tahu apa nasib aku esok hari… kalau dah tuhan nak ubahnya, aku terpaksa terima…

Cumanya, tak dapat dinafikan, aku sememangnya kecewa bila ada insan-insan yang begitu senang mengkategorikan sesame manusia. Come on la… jangan hanya fikir hidup ini berkaitan dengan seks. Jangan hanya fikir orang seperti aku, takde lain dalam fikirannya, hanyalah >> cemana nak ‘main’ dengan budak tu ekk?. Jangan terlalu mudah memandang sesuatu, lalu membuat penggredan sendiri. Adil sangat ke kita? Hebat sangat ke kita? Tahu sangat ke kita dengan apa yang dilalui oleh orang tu? Andai semua soalan tu tak berjawab, maka jangan persoalkan sesuatu yang bukan tahap kita untuk mempersoalkannya.

Sebelum dihukum, biarlah dibicarakan dahulu. Sebelum dibicara, biarlah jelas pertuduhannya. Sebelum dituduh, biarlah sahih saksinya. Dan akhirnya, biarlah si penghukum adalah yang seadil-adil penghukum…!

Aku sedar, ayat-ayat aku ni bakal mengundang rasa tidak puas hati pada sesiapa. Tapi, aku pun ada hak untuk menyatakan rasa kecewa aku atas apa yang aku rasakan selama ni. Jadi, biarlah kita sama-sama meluahkan rasa yang terbuku, tapi, biarlah dengan niat untuk berkongsi… bukan dengan niat untuk mencari pemenang.

Dan aku akan selalu menyedarkan diri aku sendiri…

Ye, aku tahu siapa aku…
yer... aku berenti dah...

Entah kenapa, tiba-tiba aku berenti ngasap. Tak taulah kalau semangat aku ni berakhir dalam masa yang singkat. Tak taulah kalau-kalau esok atau lusa aku tiba-tiba capai jugak jejari tembakau untuk dihisap-hembuskan asapnya. Aku sendiri pun pelik, dari mana datangnya kekuatan untuk melawan keinginan itu. Aku tahu, ramai insan yang akan berasa gembira lagi senang hati bila tau keputusan aku ni. Dan tak ketinggalan juga, tentu ada kengkawan aku yang bakal kekurangan seorang lagi teman untuk sama-sama berasap… contohnyer >> blue! Hahahahaha! Sorry dude… Dan jugak si comel isrockstar! Hahahahaha!

Bukan sorang-dua yang dah bebelkan aku untuk berenti ngasap ni. Kalau dikumpul-kumpul, mau hampir-hampir menyamai jumlah batang jejari tembakau aku selama err… err… ahaksss.. gasaklah berapa ramai pun! :P

Suatu masa dulu, dia pernah risaukan aku teramat sangat bila aku masih tak berenti ngasap. Kerisauannya makin bertambah bila aku masih berdegil mengasap biarpun keadaan diri aku dah memang sepatutnya diharamkan untuk ngasap! Yer… aku memang dilahirkan sebagai seorang yang amat degil! Adehhh… sian dia. Hmm.. tapi, bukanlah aku tak amik kisah langsung ngan nasihat dia, yang paling kuat aku boleh buat pun, ialah untuk mengurangkan jumlah jejari tembakau tu. Dari sekotak 20 hingga beransur-ansur ke 14.. dan menten kat situ! Pastu, aku tukar tabiat ngasap hanya bila dengan kawan-kawan je. Bila sorang-sorang, selalunya aku akan capai sketchbook dan lukis, lukis, lukis, dan lukis! Hahahahaha… pastu mengerohhh! Zzzz! Hahahahaha…!

Sesuatu yang sungguh membahagiakan bagi aku, bila ada seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita, risaukan keadaan kita. Rasanya, doktor yang terhebat pun belum tentu lagi mampu menyamai kuasa pujukan (atau mungkin ugutan? ahaksss) orang yang kita sayang. Masih aku ingat lagi bagaimana suaranya bila memujuk aku untuk berenti ngasap. Masih aku ingat lagi ayat-ayatnya. Dan segalanya masih terakam dalam fikiran aku ni.

Hehehe… dan dia pernah merajuk dengan aku… kerana kedegilan aku untuk terus mengasap biarpun badan aku macam dah tak mampu nak jadi ‘filter’ asap tembakau nih. Gelabah le jugak bila kekasih hati merajuk bagai. Siap takmo cakap, takmo balas msg/ym, takmo gegelak macam biasa. Bukan aku sengaja untuk ‘menderhakai’ MoU kitorang tu, tapi, badan aku jadi macam ala-ala sengal bila tak diasapi olehnya. Ih.. ih.. dasat tul kuasa ketagihan nih ekk!

Pernah juga aku agak lama berenti ngasap, pastu tetiba sambung balik. Sebabnya, aku ngasap kerana nak melawan nafsu aku yang tetiba hadir bila bersamanya. Aku ngasap kerana ingin melarikan perhatian aku darinya. Ishh… sure korang takleh nak percaya, kan? Tapi, itulah yang terjadi… hisapan tembakau aku malam itu adalah untuk mengurangkan gelora nafsu yang tiba-tiba hadir. Dan waktu tersebut, aku rasa, ngasapan itu merupakan sesuatu yang membawa kebaikan! Berjaya jugak aku mengalihkan perhatian daripada terus menurut nafsu. Tapi kan, malam tu, dia memang ‘sesuatu’ di mata aku… hmmm…


Aku masih ingat ngasapan aku yang pertama. Rasanya masa tu aku baru di alam sekolah rendah. Aku ingat lagi, masa tu aku ngasap bawah katil arwah nenek! Hahahahaha… cemana aku dapat jejari tembakau tu? Ahaksss… ada pakcik aku tertinggal kotak tembakaunya kat rumah aku masa dia berkunjung melawat. Aku ingat lagi, capnya dunhill… kotak merah! Hahahaha… sedutan pertama membuatkan mata berpinau, dan sedutan kedua, membangkitkan aroma tembakau yang bagi aku masa tu teramatlah sedapnyer! Hahahaha… dan aku tak hisap sehabisnya sebab nak sambung lagi kemudian. Sebabnya, aku dah terdengar-dengar mak aku memanggil di luar bilik! Hahahahaha… dasar anak nakal! Ahaksss :P

Masa tu, di TV masih ada keluar iklan jenama-jenama tembakau ni. Bila keluar je iklan dunhill, aku akan senyum sorang-sorang penuh misteri. Hehehe… dan otak aku masa tu asyik berperang kerana mempersoalkan apa perkaitannya antara tembakau itu sendiri dengan model-model perempuan dan lelaki yang berpakaian gaun serta sut, kemudian duduk-duduk kat kereta mewah yang lebih kurang Ferrari. Hehehehe… kesian aku masa tuh! Ala-ala keliru nak kaitkan rokok – perempuan – lelaki – baju lawa – kereta mewah?

Tapi, sekarang ni, kalau iklan tembakau, tentunya yang berkaitan dengan >> gambar otak dibelah dua, pastu ada keluar darah merah pekat yang telah beku! Hahahahaha… pastu, gambar X-Ray paru-paru yang ala-ala hitam legam… pastu, TAKNAK! Hahahahahaha… adehhh… pegang dada jap! Hahahahaha! Mateylarrr aku! Sure paru-paru bersawang bagai nokss!! Hahahahahaha…

Pada kawan-kawan yang telah selama ini ‘berjuang’ menasihati aku agar menghentikan tabiat ngasap ni, berjuta terima kasih aku ucapkan. Rasanya tuhan telah mendengar doa kalian. Selama ni, bukan aku sengaja memekakkan telinga mendengar bebelan kalian, bahkan aku dengar segala-mala bebelan itu dengan sabar lagi sepenuh perhatian! Ahaksss… dan bukanlah aku tak hargainya… malah teramat-amat aku hargainya weihh! Meh, nak peluk cium sket korang! Huarghhhh!! (macam beruang pulak aku nih ekk)

Pada dia, kekasih hati yang dahulunya tak pernah putus-putus memujuk aku meninggalkan perangai bakar-hisap-hembus tembakau ni, aku amatlah terharu atas keprihatinan dirimu. Aku tahu, kau menyayangi diri aku… biarpun aku terkadang terkeliru akan dalamnya sayangmu. Aku tahu, kau risau teramat bila aku jatuh sakit kerananya. Aku tahu, kesedihanmu di kala aku merana menghadapinya. Maafkan aku sayang, kerana kau terpaksa menunggu hingga selama ini untuk melihat aku berhenti menyiksa diri sendiri. Ketahuilah, kalau dulu, aku ingin cepat menamatkan riwayatku semata-mata kerana tak mampu berdepan dengan kenyataan kehilanganmu, tapi kini, biarpun kau bukan lagi milikku, aku ingin terus hidup untuk melihatmu melalui zaman bahagiamu. Izinkan aku terus menyimpan kenangan kita.

Pada diri aku, ingin aku ingatkan selalu, rasa sedih, amarah, atau apa saja, tidak dapat dihilangkan dengan hanya sebuah hisapan dan hembusan tembakau. Cukuplah dengan kesakitan yang ditanggung. Bila dah merana gitu, bukan ada sesapa yang mampu membantu menguranginya. Mengapa mesti disakiti lagi jiwa raga yang telah sedia sakit? Mengapa mesti disiksa lagi diri yang telah sememangnya terbeban?

Dan aku akan akhiri sendiri keterlanjuran perbuatan aku ini… sementara aku masih berpeluang.

*buat iklan untuk TAKNAK Merokok, boleh tak? Hahahahahah…

aku, si pokok tua...

Kadang-kadang, dalam usaha untuk menjadi yang paling terbaik, rupa-rupanya secara tak sedar, sesuatu yang paling terburuk itu bakal timbul atau wujud. Mengharapkan yang paling terindah untuk terjadi, tapi rupa-rupanya berakhir dengan sesuatu yang paling ngeri untuk dikenangkan.

Kata orang, panas yang diharapkan hingga ke petang, akhirnya berakhir dengan hujan yang turun di tengahari. Janganlah sesekali mengharap dan menyimpan angan-anganan yang sebenarnya bukan sesuatu yang pasti kan terjadi suatu hari nanti…

******************************************

Aku teringin nak marah-marah. Aku teringin nak memaki-hamun. Aku teringin nak buat sesuatu yang menyakitkan. Semuanya sebab aku dah macam tak tahan menanggung apa yang aku kene tanggung sekarang ni.

Hari ni, semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, beberapa bulan yang lalu, kesengalan hidup aku memang di tahap yang aku rasa yang paling sialll sekali! Biar aku cite apa yang aku rasa k…

Aku rasa diri aku ni macam tunggul kayu yang dah tua… dah reput… dah berlubang-lubang pada batangnya kerana dimakan anai-anai… kalau ada dahan pun, daunnya dah tak banyak dan tentunya dah kekuningan… aku bukannya boleh dijadikan pohon untuk menumpang teduh lagi… aku juga bukannya boleh dijadikan hiasan pelengkap pada sebuah lanskap yang indah… malah aku tak sesuai lagi untuk ditatap saban hari… oleh kerana daunnya dah tak banyak, dan dahannya dah semakin mereput, serta batangnya dah semakin membusuk, maka aku selayaknya ditebang sahaja… kemudian, dibelah-belah… kemudian, dibakar… adanya aku, hanya menyemakkan tanah yang ada… dan adanya aku juga, hanya mengganggu seseorang untuk melihat pemandangan indah nun di bukit sana.

Aku, si pokok tua yang merindukan sesusuk tubuh yang pernah berteduh dan bersenda-gurau di bawah dahanku. Aku, si pokok tua yang merelakan batang tubuhnya diukirkan dengan kata-kata rindu dan sayang. Dan aku, si pokok tua yang tumbuhnya kini tiada berbaja kasih… menunggu masa tunduk menyembah bumi.

Tadi, aku rasa macam ala-ala nak mencarut bagai, tapi, ntahla… tak reti pulak! Hahahahaha.. bangang tak aku? Gasaklah aku nak tulis apa pun kan? Hmmm… yang pasti, jiwa aku bukan seperti itu. Aku bukan si pemarah yang suka mencarut, suka memaki hamun dan suka naik tangan kaki bagai… aku tetap sang pencinta. Sang pencinta apa? Ahh.. biarlah aku yang menyimpan rahsianya.

*menyayangimu lebih dari yang kau tahu...
berhentilah berharap si sita dewi...
apa yang ada pada aku?
... tiada apa yang berguna untuknya ...

apa yang tinggal pada aku?
... ronyokan, koyakan, abu, debu ...

apa yang hilang dari aku?
... delima merah yang pernah ditakhtakan dihati ini ...

lalu?
... ya, menunggu terjadinya keajaiban mungkin ...

atau?
... tunduk memandang bumi, sedarkan kaki di mana tanah yang sedang dipijak ...
senyumlah...
Senyum (Raihan)

Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah...

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah...
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah...
just about "smile"...


smile please (writer: dhandayutha pani)

smile makes the life beautiful,
expand your lips,
it expand your happiness;
life is a puzzle,
solve it by smiling;
smile makes the
unknown an known,
smile can penetrate the china walls also...
language can separate us,
but never smile...
wherever make a smile,
make the life beautiful...
a man without smile,
like the bud,
without blooming,
smile can open
the iron doors,
smile can make
the hell an heaven...
so... smile please...

*************************************************

A SMILE

It cost nothing,
but creates much.
It enriches those who receive,
without impoverishing those who give.
It happens in a flash and the memory of it lasts forever.
None are so rich they can get along without it
and none so poor but are richer for its benefits.
It creates happiness in the home,
fosters good will in a business,
and is the countersign of friends.
It is rest to the weary,
daylight to the discouraged,
sunshine to the sad,
and nature's best antidote for trouble.
Yet it cannot be bought, begged, borrowed, or stolen,
for it is something that is no earthly good to anybody till it is given away!
If someone is to tired to give you a smile,
leave one of yours.
For, nobody needs a smile so much as those who have none to give.

*************************************************

SMILING

Smiling is infectious,
you catch it like the flu.
When someone smiled at me today
I started smiling too.

I passed around the corner,
and someone saw my grin.
When he smiled I realized,
I'd passed it on to him.

I thought about that smile,
then I realized its worth.
A single smile just like mine,
could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin,
don't leave it undetected.
Let's start an epidemic quick,
and get the world infected!

*************************************************





aku cuma ingin tersenyum... biarpun ada hati yang tak suka atau ada jiwa yang tak sudi menerimanya. biarlah walauapapun. yang penting, aku tetap tersenyum. moga di suatu hari, senyuman itu bisa menjadi penemannya di kala sepi sedang menyelubungi. atau mungkin ia bakal tinggal sebagai suatu sejarah yang menunggu masa untuk lapuk dalam kenangan.

aku akan terus cuba tersenyum...

*************************************************

selamat ulangtahun kelahiran untuk >> cik leen @ chef-D! terima kasih kerana menawarkan sebuah persahabatan yang sungguh bermakna. harap-harap tak menyesallah kenal diri saya yang pelik ni... :) jaga diri baik-baik, rajin-rajinlah masakkan lauk sedap-sedap untuk saya yang tembam nih ek! hahahaha... (err.. termasuk untuk adik kembar saya tu jugak >> "adik") :P
kalau dapat ku hitung.....
kalau dapat ku hitung rasa yang membungkam jiwa...
kalau dapat aku tutup lara yang mencengkam rasa...
takkan begini akhirnya dirimu.
kenapa perlu dibazirkan airmata yang tak ternilai harganya?
mengapa perlu dibiarkan luka berdarah lama tanpa ubatnya...?
seksa sungguhkah ragamu?
rawatilah andai perlu...
jangan dibiar parut membaluti raga yang terluka,
jangan diusap manja jiwa yang terlara...

ingat,
walau di mana letaknya dirimu
sanjunglah ia...
dukunglah rasa yang penuh harapan
jangan musnahkan hidup yang masih punya erti
jangan dibiar hati yang masih punya emosi

ingat,
dirimu masih ada yang sayang...
jangan diletakkan rasa luka jauh disudut perasaan
kenangilah ia,
sesungguhnya kenangan tu terlalu bermakna...
maafkan aku yang cuma pandai berkata-kata,
menutur bicara,
tanpa mengira titik luka yang kau tanggung selama ini

sesungguhnya,
aku ingin kau turut tersenyum seperti sebelumnya...

pernah rasa...?




pernah rasa ingin mati?

rasa ini hanya wujud bila sesuatu yang kita tanggung, tidak lagi terdaya untuk memikulnya. ingin sahaja diakhiri beban yang digalas. bukan tiada usaha yang diambil untuk meringankannya, tapi setiap kali itu juga, bagaikan bebanan yang sediada seakan-akan makin bertambah dan menyiksakan. bagaikan berputus harap. bagaikan tak jumpa lagi jalan untuk keluar daripada lorong sempit lagi gelap. kala itu juga, fikiran tidak lagi mendapat tempat dalam diri, kerana hati telah mula menguasai kewarasan diri...


pernah rasa ingin marah dan mengamuk sehebat-hebatnya?

rasa ini berakar daripada rasa tidak puas hati yang telah disimpan sekian lama. daripada rasa dendam, merajuk, berkecil hati yang pada mulanya hanya kecil dan sedikit. tapi, kalau dah disimpan semakin lama semakin membusung di dalam dada. dan akhirnya, menanti waktu untuk meletus bagaikan lahar gunung berapi yang panas lagi memusnahkan segala yang ada. kalau dah wujud rasa ini, diri sendiri sudah tak memikirkan lagi siapa insan yang sepatutnya diamukkan dan siapa insan yang tidak sepatutnya. sesiapa sahaja bakal menjadi mangsa amukan jiwa yang sedang membara. tapi, kalau difikirkan selepas letusan lahar tersebut apa hasil yang diperolehi? ... hanya kemusnahan... dan yang sedihnya, bila yang tidak berdosa terbabit sama dalam kemusnahan yang asalnya bukan ditujukan padanya...


pernah rasa ingin menangis semahu-mahunya?

bagaikan tiada benteng yang bisa menahan empangan airmata yang telah pecah. menangislah semahunya untuk meredakan rasa sebak, pilu, kecewa, yang peringkatnya telah mencapai peringkat tak tertanggung dek hati. tak peduli lagi pada sekeliling yang melihat, kerana dalam dirinya cuma ada satu pengertian... iaitu sedih ini teramat sakit. airmata yang mengalir, membasuh bersama senyuman yang sebelum ini terukir indah. dan mengalirlah ia hingga jauh membasuh hati yang dalam terluka... selepas menangis...? akan legakah luka yang tersayat? bagai air yang menyusur sungai, bisa merubah liku benteng yang sebelum ini cantik terbentuk. namun, sungai bisa jadi lebih lebar atau mungkin juga bisa jadi lebih sempit...


pernah rasa ingin senyum semanis-manisnya?

bahagia yang sedang dialami bagaikan tidak tergambarkan oleh sebarang lukisan, tidak tersusunkan oleh sebarang puisi dan tidak terlagukan oleh sebarang nyanyian. senyuman yang tercetus daripada hati yang sedang diulit oleh warna-warna pelangi yang mempesonakan dan sedang berada dalam himpunan wangian yang mengharumkan. senyuman yang terukir, terpamer pada sekelian yang ada di mayapada, seakan ingin mengkhabarkan pada semua, yang musim kebahagiaannya berpanjangan tanpa pengakhiran. senyumlah dengan penuh keikhlasan, kerana senyuman yang berisi kejujuran bisa membantu menjadi mentari bagi jiwa yang sedang mendung lagi kedinginan.


pernah rasa ingin memeluk seseorang seerat-eratnya?

bagaikan anak manja yang ingin mengadu pada ibunya... dan begitulah rasa yang terbit bila diri menginginkan seseorang memeluk erat dirinya dan berkongsi hangat kasih yang ditagihkan. mungkin juga ada rasa tidak mahu melepaskan pergi jiwa itu. mungkin juga ada rasa tidak akan bersua lagi selepas itu. berbagai maksud tersimpan dalam sebuah pelukan yang hangat. bagaikan dua hati sedang berbisik dekat antara satu sama lain. hati yang satu sedang hebat mengadu, dan hati yang satu lagi sedang setia mendengar. bahasanya? hanya difahami oleh hati juga. ianya tidak bisa ditulis, dan tidak bisa juga untuk didengarkan...


pernah rasa kesemuanya dalam keadaan bertimpa-timpa?
andai pernah, tahniah... kerana dirimu masih seorang manusia yang punya hati... :)

*******************************************

aku lahir
tanpa ada apa-apa untuk dipertaruhkan
tanpa ada apa-apa untuk dimegahkan
aku tak punya rupa yang cantik
aku tak punya suara yang merdu
aku tak punya badan yang tegap
tapi,
aku ada akal yang waras
dan,
aku ada hati yang berperasaan...
itu sudah memadai bukan...?

*******************************************

selamat ulangtahun kelahiran untukmu, angel...

takkan pernah terlupa dalam kesibukan aku mengharungi hidup, akan tarikh ulangtahun mu ini. sudah menjangkau lebih 10 tahun kita mengenali diri masing-masing, bukan? selama itu, tentunya peristiwa suka lagi duka telah sama-sama kita tempuhi dalam berbagai keadaan yang mendatang.

terima kasih,
memahami aku yang terkadang sukar untuk dimengertikan.
meminjamkan aku api semangat di kala aku mula kehilangan cahaya.
menyimpan rasa yakin sewaktu yang lain mula goyah pada aku.
mengingatkan aku di kala aku mula leka bermain lumpur.
dan,
membenarkan aku untuk terus memanggil mu, "my angel..."

pada wajah itu...


kadang-kadang tak perlu wajah yang hebat untuk kita jatuh hati padanya. ataupun tak perlu calitan warna-warna tambahan pada sebuah wajah semata-mata ingin kelihatan anggun. cukup sekadar sebuah senyuman ikhlas berserta renungan mata yang redup. daripada hati yang jujur, bakal terpancar wajah yang indah lagi mendamaikan.

itulah hebatnya kombinasi pada suatu ciptaan tuhan yang maha agung. betapa wajah itu bisa membuatkan hati berdetak kencang, betapa wajah itu juga bisa menjadikan hati tenang mengamatinya.

dan aku sedang merindukan wajah yang sering tersenyum pada aku suatu waktu dulu. wajah yang pernah menjadikan aku antara manusia paling bahagia setiap hari...

terima kasih, tuhanku... kerana pernah menciptakan wajah indah itu untuk aku nikmati. biarpun aku cuma menjadi sang perindu yang jauh di sudut gelap, tapi sekurang-kurangnya aku dapat rasai cetusan kasih yang Kau marakkan pada hati ini.

sampaikan salam rinduku pada pemilik wajah indah itu wahai tuhanku... moga Kau bahagiakan dirinya buat selamanya. janganlah Kau baluti hidupnya dengan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan. serikanlah hidupnya dengan cahaya syurgawi-Mu yang tak terbandingkan.

diri aku? hanya satu yang aku pinta,
akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik...

***********************************************

Puteri - Zainal Abidin


Harum semerbak kasturi
indah mewangi
cantik rupa parasnya puteri
di sinar maya
cinta bukanlah semahal
yang ku peluk zahirmu

kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
rindu dihatiku ini tak dapat aku sembunyi
entah bila kan kembali
setelah kau pergi

puteri
malam ku dingin tiada pujuk rayumu
kembalilah
ku kehilangan tawa mesramu itu

puteri
malamku dingin aku kehilanganmu
kembalilah
ku kehilangan kekasihku
puteriku

dengarkanlah rayuan hati
tak sanggup aku kehilangan mu
dalam jaga aku keliru
kembalilah

kembalilah
malamku dingin tiada pujuk rayumu
puterikuku
kehilangan tawa mesramu itu
kembalilah
malamku dingin aku kehilangan mu kekasih ku
sekarang ni...


sekarang ni
aku kuat tidur
tapi, aku tidur lewat
sebab, aku susah nak tidurkan diri kalau malam menjelang
dan, aku akan tidur bagaikan tiada mimpi bertandang...

sekarang ni
tidur di malam hari bagaikan sesuatu yang menyusahkan aku
sekali dah tertidur, susah pulak nak bangun
biarpun aku dah kunci jam yang bakal berdering menyuruh bangun...

sekarang ni
aku kuat kerja
macamlah aku nak siapkan segala-galanya hari ini
tapi, aku terpaksa macam tu
sebab, kalau aku tak menyibukkan diri,
aku bakal hanyut dalam gelora perasaan yang melemaskan.

sekarang ni
aku kuat menghabiskan gulungan tembakau
selagi tak habis sekotak, selagi tu apinya aku nyalakan
selagi tak terasa sesak, selagi tu bakarannya aku sedut dan hembuskan
tapi aku tau, ada mudarat yang bakal menjelma...
arghh..! biarlah...

sekarang ni
aku tak tau apa ayatnya yang perlu aku taipkan di sini
sebab, otak aku macam beku
dan, jari-jari aku macam malas
tapi, rasa yang terpendam ada bertapa dalam hati
bagai nak pecah ingin dihamburkan
tapi, perlu ke?
hmm... biarlah...
salam... selamat... sebak... sengal...

Salam takziah untuk seorang sahabat yang aku panggil “kak eton” atas kembalinya ke rahmatullah, ibu yang selama ini amat dikasihi dan disanjungi, pada suatu dinihari di kala seluruh umat islam sedang melalui hari tashrik yang terakhir. Doaku, moga rohnya damai di sisi allah buat selamanya. Kita bakal menyusul pula di suatu hari yang telah dijanjikan oleh allah, tanpa sedetik tercepat atau sesaat terlambat dari yang telah sediada tersurat.

*******************************************

Salam aidiladha buat seluruh sahabat samada yang mengenali aku secara “real-time” mahupun yang sekadar mengadili aku dari huruf-huruf yang bercantum menjadi ayat-ayat di dada paparan maya ini.

*******************************************

Selamat berumur setahun buat blog aku ni. Seawal kemunculan blog ni, aku coretkan rasa tidak puas hati aku. Waktu tu, aku sedang berkecil hati. Sedang dalam rasa berjauh hati. Senang cite, aku merajuk! Ahakss… betapa hati yang kononnya ingin ‘dikeraskan’ menjadi lembek jua… ih.. ih.. gitulah…

*******************************************

Aku sedang bersendirian sewaktu menikmati segelas teh tarik bersama 2 set roti bakar yang disapu majerin berserta kaya, di suatu sudut yang agak terpencil. Takde apa-apa yang menarik perhatian aku waktu tu, cuma sekadar aku membuang pandangan ke arah tingkap besar yang menghala ke jalan utama. Leka memerhati kenderaan yang bergerak bertali arus. Sambil fikiran aku kosong, tidak memikirkan apa-apa… hehehe…

Tiba-tiba perhatian aku teralih pada suatu sudut… ermm… aku pernah bersama dia di sudut itu. Berbalas pandangan, berkongsi cerita, bergurau mesra dan bertukar pendapat. Dan segelas teh tarik serta 2 set roti di saat itu, terasa amat lambat untuk dihabiskan…! Dan aku seperti biasa, akan suka mengusiknya dengan jenaka aku yang aku rasakan ntahapaapantah! Hahahahaha…

Poffss!! Ingatan aku pada saat itu terpadam seketika. Aku teguk teh tarik yang masih panas. Nikmatnya… ermm… manis, semanis senyumannya. Lemak, selemak suaranya. Ih.. ih.. apesal aku bandingkan dia dengan teh tarik pulak nih? Ahakss…

Tak pasal-pasal, aku sebut nama dia dengan perlahan… dan aku senyum… ih.. ih.. bagai dia ada duduk di sebelah aku waktu tu, juga tersenyum nakal. Rindukah aku pada dia saat ini? Hmm… sebak seyy… erghh…! Cepat-cepat aku habiskan teh tarik yang masih berbaki ni… nanti lagi lama aku dibuai kenangan.

Bila aku melangkah keluar dari sudut terpencil tu, sempat jugak aku bisik sorang-sorang, “miss u, sweet girl… please, jaga diri baik-baik ye, walau dimana jua dirimu saat ini”

*******************************************

“hiduplah dalam jangka masa yang terhad ini…” – tertarik aku pada kata-kata ini. Betapa ayat ini membuatkan aku berfikir panjang. Mengapa harus disedihkan pada sesuatu yang telah berlalu, dan mengapa pula harus dibimbangkan pada sesuatu yang belum dilalui? Lakukanlah yang paling terbaik untuk hari ini kerana hidup ini terlalu pendek masanya.

Sudah “yang terbaik”kah yang telah aku berikan pada semua selama ini? – Ayat seterusnya yang perlu aku fikir-fikirkan selepas ini… mungkin aku perlukan pula segelas “pepsi kuning” yang aku dan frenos panggil "air berlagak" dan sekotak “sempurnakan harimu” di suatu sudut di sebuah rumah nun di puncak jalil sana! Ahakss… (ada yang tahu tempat ni…)

*******************************************

merepek ke aku kali nih? … hahahahahaha …

*aku yang sekali lagi berdepan dengan penyakit kesengalan ilham untuk mengarang! (sabau je le…)