u'r my everything...

You're My Everything (Santa Esmeralda)

You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up
in the sky, tell me I'm in love.

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love.

You're my everything
And nothing really matters
but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning
with those big brown eyes.

You're my everything
Forever everyday
I need you close to me
You're my everything
you'll never have to worry
Never fear for I am near.

Oh, my everything
I live upon the land
and see the sky above
I swim within her oceans
sweet and warm
There's no storm, my love.

Chorus
When I hold you tight there's nothing
That can harm you In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love.
maafkan aku...

Tentunya aku tidak setanding mana
Tentunya aku tidak sehebat mana
Konon macam gagah
Konon macam kuat
Tapi…?

Ada hati yang sudah terluka
Ada jiwa yang sudah tercalar
Tangan aku lah penyebabnya…
Kata-kata aku lah pencetusnya…

Ya, aku bersalah…
Dan salah aku itu aku akui…

Maafkan aku wahai kekasih hati yang pernah pertama kali mengenalkan aku pada manisnya alam bercinta.

Maafkan aku duhai kekasih hati yang pernah mengajarkan aku pada syahdunya alam kerinduan.

Aku tak pernah ingin memanggil mu ‘bekas’ kekasih hati. Malah aku tak ingin juga memanggil mu dengan apa jua perkataan yang bermaksud begitu. Yang pertama, tetap kekal sebagai yang pertama. Dan yang pertama, tetap berada di hadapan kepada yang berikutnya.

Kisah kita bagai suatu perkisahan yang terlalu panjang untuk dikisahkan. Kisah kita bagai terlalu sulit untuk dileraikan. Hanya kerna tiadanya pertemuan dua jiwa dalam dunia sebenar, maka sejuta angin sentiasa menerpa membanting jauh diri kita. Kejamkah angin-angin yang ada itu? Atau akukah yang sentiasa terlupa diri, rupanya telah berlaku kejam padamu?

Perkara pertama dari dulu aku impikan, untuk melerai rindu menatap sepuasnya dirimu. Tapi, aku tak pasti kini… masih adakah taqdir itu untuk aku?

Sekali lagi, kau memilih untuk bersendirian. Tanpa aku hadir lagi dalam sapaan pendengaranmu. Dan itu isyarat pada diri ku… agar terus menjauhi mu…

Kalau diukur pada sabar yang ada, aku tak ingin mengukurnya…
Kalau ditimbang pada rindu yang ada, aku tak perlu menimbangnya…
Kerna
Sabar, rindu
Milik masa yang takkan aku tuntut selamanya…

Tentunya lebih elok aku kekal sebagai perindu… yang bersendirian menjadi musafir. Mengenal alam, mengenal makhluk. Dan akhirnya bakal menemukan aku pada maksud penciptaan aku yang sebenar.

Aku tidak akan membenci mu selagi hidup ku diizin tuhan. Selagi nafas masih ada di rongga, aku tetap akan merasai harumnya bila menyebut nama indahmu. Izinkan aku menjadi sahabatmu, andainya aku sudah tidak layak menjadi kekasihmu lagi. Izinkan aku menjadi penulis yang menulis namamu di lembaran kesayanganku, andainya aku sudah tidak layak lagi menyebut namamu.

Padamu, aku kirimkan salam kemaafan kerana telah tidak menjadi kekasih mu seperti selayaknya…
untuk ibu...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 60, wahai ibu ku…

Sudah 60 tahun umur ibu. Ibu sudah masuk kategori ‘warga emas’. Aku siap cakap dengan ibu, “wahhh… pasni boleh la dapat diskaun warga emas ekk” dan ibu hanya tergelak diusik. Kakak ipar aku pulak, belikan sebiji kek coklat yang sememangnya sedap dimakan sekeluarga samada oleh ibu, abang-abang aku, perut aku, adik aku mahupun kucing-kucing kesayangan kami! Hehehe…

Sejujurnya, tiada hadiah yang dapat aku belikan untuk ibu. Aku hanya mengucup tangan ibu… kucupan yang aku berikan pada ibu adalah sarat dengan rasa sayangnya aku padanya serta penghargaan aku padanya.

Lepas aku dah kucup tangan ibu, ada suatu rasa memenuhi dada aku. Hmm… sabar dude…! Aku tahan, dan aku cuba tersenyum seindah mungkin pada ibu. Erghh!! Tapi, mata aku berkaca-kaca. Entah kenapa… aku pun tak tau. Cepat-cepat aku duduk ngadap tv sambil dengan lahapnya makan kek coklat sedap yang kakak ipar aku belikan tu. Konon macam teruja sangatlah dengan kek coklat tuh! Hahahaha… bangang punya cubaan meng-cover-kan diri! Ahaksss!

Lewat malam, aku mula teringat kembali pada ‘rasa’ yang memenuhi dada aku selepas mengucup tangan ibu tadi. Terasa sungguh tangan ibu semakin banyak kedutnya dan sudah kendur kulitnya. Tangan ibu terasa sejuk. Jari-jari ibu juga kelihatan mengerekot sedikit. Masih aku ingat lagi tangan ibu dulu… sewaktu hebat bekerja… hebat berniaga. Tangan ibu tak pernah diam. Diamnya cuma sewaktu kepalanya rebah di bantal kekabu. Ibu sentiasa menyinsing lengannya. Tangannya bisa bermain air dan berdiang di api dalam jangkamasa yang lama. Ibu sememangnya ‘kuat’ di mata aku. Dan ibu sesungguhnya ‘cekal’ di hati aku.

Tangan ibu menggambarkan pada aku betapa ibu telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan aku menjadi manusia sejati yang terbela. Aku tahu, ibu punya harapan tinggi yang diletakkan. Tapi ibu tak pernah suarakannya. Aku tahu, ibu bimbangkan aku setiap hari, malah setiap masa. Biarpun umur aku sudah menginjak ke akhir 20-an, tapi kebimbangan ibu masih bersisa. Malah, kalau difikir-fikir, makin bercabang-cabang bimbangnya. Hehehe… ibu… ibu… :)

Aku cuma ingin ibu gembira. Aku tak suka bila ibu mengorbankan airmatanya lagi. Aku tak suka melihat ibu begitu. Bagai disayat-sayat hati ni bila tengok ibu menangis. Moga hari-hari mendatang, ibu bakal hidup dalam kehidupan yang lebih aman, bahagia tanpa ada rasa gelisah dan bimbang. Moga anak-anak ibu bakal menjamin ibu bersemanyam di singgahsana firdausi nanti…

Maafkan anak mu ini, ibu… Kerana seringkali leka bermain api… Tapi, ibu usah gusar, tali yang ibu bekalkan masih kuat dipegang… ayat yang ibu ajarkan masih jelas terpahat dalam fikiran… sayangkan diri mu ibu, sepenuh hati anak mu ini.

*anak nakal ibu…*