seribu tahun...

Seribu Tahun (Imran Ajmain)

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini...
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia
cerita seorang ibu...


Camtulah zorro, kalau dia datang cari akak. Takde mende lain yang dia mintak. Nak duit aje. Akak pun heran, gaji dia ada le dalam 1,800 tapi, entah mana dibelanjanya. Dia cakap apa tau dengan akak tadi, "Mak, orang nak pegi JB ni. Hmm macam biasalah mak, takkan mak tak paham?" Akak saje je buat-buat tak paham, zorro. Tapi, tu lah... kalau dah dia hendak tu, memang selamba je dia buat muka kesian merengek mintak duit. Tak sampai pulak hati akak bila dah lama-lama tu.

Dia kata, keje dia macam buat audit inventory. Jadi, selalulah dia kene pegi outstation ni. Pegi Kuantanlah, Langkawilah, ntah mana-mana lagilah. Akak risau jugak bila tengokkan dia. Yelah, takkan dah besar panjang, dah keje bagai, pun masih lagi nak mintak duit dengan akak? Kalau dulu-dulu masa dia bersekolah, bolehle akak yang tukang bagi belanjanya. Hishh... risaulah zorro.

Kadang-kadang kan zorro, ada jugak akak pernah kecik hati dengan dia. Yelah, layan akak ni macam bukan mak dia pulak. Cakap dengan akak pun kadang-kadang kasar, macam menengking pun ada. Bila akak mintak tolong hantarkan akak pegi mana-mana atau jemput akak ke, bukan main lagi alasannya... ada-ada aje!

Sedih akak, zorro... bukanlah akak mengungkit sangat, tapi bila dia nakkan apa-apa daripada akak, seboleh-bolehnya akak cuba adakan jugak untuk dia, sebab akak takmo dia kecewa, akak takmo dia terasa patah hati. Tapi, nape bila akak mintak tolong mende yang bukanlah susah sangat, dia betul-betul berkira. Sebak hati akak ni... sampai terasa menusuk-nusuk di dada.

Akak tau dia anak yang baik. Dia pun bukanlah jahat sangat sampai nak pukul akak ke, atau caci-maki akak ke. Tapi, tu lah, hati ibu ni ginilah... mudah sangat terasa terpinggir bila anak-anak macam sengaja buat tak tau dan takmo amik tau. Akak doa sangat kat tuhan, janganlah akak tersalah cakap. Takut sangat akak kalau terkeluar ayat-ayat yang tak sedap didengar. Dibuatnya tuhan makbulkan ke kata-kata seranah akak, anak akak tu jugak yang merana, dan akak jugak yang rugi.

Hmm.. agaknya, kalau akak dah takde nanti, baru dia teringat kot. Ishh, takmolah akak kalau jadi gitu, zorro. Akak doa sangat, selagi akak masih ada ni, moga tuhan jadikan dia anak yang baik lagi soleh, supaya akak dapat rasa nikmat ada anak yang beriman. Teringin akak, zorro...


...dan ada airmata di hujung penceritaannya..
.
kisahnye salji...

Salji itu indah dilihat. Putihnya sungguh suci sekali, bagai diandaikan kotoran 'takut' sekali untuk melekap padanya. Aku tak pernah melihat sendiri himpunan salji di depan mata, apatah lagi memegangnya dengan tangan aku sendiri. Tapi, boleh aku agak bagaimana silaunya mata bila sekeliling sudah memutih dan sayup mata memandang.

Kata orang, salji turun bila cuaca sudah di takat paras beku. Aku cuba rasai bagaimana paras beku itu, lalu aku masukkan tangan ke ruangan pembeku peti sejuk rumah aku dan membiarkannya seminit-dua. Umakkaihhh... sejukknyerrr! Tapi, tentu sekali tiada salji yang terbentuk! Hehehe...

Salji bagai sinonim dengan kisah cinta. Ia bagaikan pemandangan yang amat romantis bilamana taman-taman bunga yang sebelumnya menghijau, habis diselubungi salji keseluruhannya. Kalau tidak, masakan cerita 'Winter Sonata' sedikit sebanyak diingati disebabkan keindahan pemandangan saljinya yang memukau dan membuai perasaan... (perghh!)

Ingat salji, ingat sejuk! Ingat sejuk, ingat beku! Rasanya, aku tak sanggup untuk tinggal lama di sebuah tempat yang beriklim salji ni, sebabnya, aku kurang suka dengan keadaan sejuk... tapi, tak taulah tetiba tuhan terbalikkan pulak ke kejadian aku ni.. hehehe.. dengar-dengar si zorro dah tinggal kat negara bersalji pulak! Hahahaha hampeh!

Apa yang kebanyakan orang tak tahu (termasuk aku) tentang salji ni, ialah salji ni sebenarnya boleh jadi pelindung atau penebat kepada keadaan sejuk! Haa... terbeliak mata mak nokss bila fikir-fikir balik! Hehehe. Aku terbaca suatu artikel ni tentang salji, dan aku rasakan memang logik penjelasan tu.

Korang cubalah baca sama artikel ni. Sesuatu yang menarik untuk diketahui...
http://home.howstuffworks.com/snow-activities3.htm
http://nsidc.org/snow/faq.html

Patutlah orang eskimo ok je duduk dalam igloo dia kan? Hehehhe...

Bila aku fikir-fikir lagi, bolehlah disimpulkan jugak, sesuatu yang disangka sejuk lagi dingin itu tak semestinya sifat keseluruhannya turut sejuk dan dingin. Ada kehangatan yang tersembunyi di sebaliknya... Tuhan itu Maha Agung, Maha Bijaksana. Tiada satupun ciptaanNya yang bisa dipandang rendah, kerana di sebalik setiap kekurangan di mata kita, sebenarnya ada rahsia hebat yang masih belum mampu kita terokai sehabisnya... Subhanallah... Alhamdulillah...

Tu baru cerita pasal salji... :)

Apapun, aku tidak mengharapkan salji akan turun di Kuala Lumpur ini, ataupun Malaysia. Sebab aku masih menyukai mentari yang sering membakar kulit aku ni agar aku terus ingat akan panasnya 'negara yang abadi' itu… Astaghfirullah...
cantik...?

Awak mesti malu kan bila saya jalan sebelah awak...

Ler... nape pulak?

Ye la, tengok dari segi penampilan saya ni…

Lah… nape pulaknye…? Saya ok je… nak malu apa nye?

Badan saya kan besar… pastu dressing pun taklah feminin sangat.

Hahahahahaha… apolah!

Eeee dia nihhh!! Gelak besar lak! Nak kene cubit ekk? Jadi betullah cakap saya ni ek?

Ada betul, ada tak betul. Yang betulnya, memang badan awak besar, tapi disebabkan itulah awak kelihatan commelll sangat! Hahaha.. tak payah nak dressing feminin2 bagai, sebab yang penting, awak seksiss di mata saya! Hahahaha... pakai le apa saja pun... ngehngehngeh. Dan yang tak betulnya, saya tak rasa malu pun dengan keadaan awak tu... ala... saya pun gemuk pe... hahahahaha awak malu tak jenjalan ngan orang gemuk macam saya ni??

Eeee!!! Takla! - dan cubitan bertalu2 singgah di sasarannya! Eheks!

*******************************************


ya, benar… masih ramai antara kita terpengaruh dengan imej ‘cantik’ yang telah sekian lama dihidangkan dalam fikiran. Imej ‘cantik’ sering disempitkan pengertiannya, dan sebab itu, fizikal menjadi perbandingan.

Gemuk ke, kurus ke, kulit putih ke, kulit hitam ke, mata bulat ke, mata sepet ke, tinggi ke, pendek ke, dan macam-macam lagi lah, semuanya dinilaikan oleh mata insaniah. Atau lebih tepat lagi, mata kasar insaniah. Bukan tak boleh menggunakan kelebihan mata kasar yang telah dianugerahkan, cumanya, biarlah dilibatkan juga mata halus batiniah yang seringkali dilupai.

Mata halus batiniah? Umakkaihh... amendenye tu weihh? Ahakss... hehehe... itulah namanya pancaindera yang dianugerahkan allah bagi menilai kembali ’catatan kasar’ oleh mata kasar kita. Pancaindera yang bisa menembusi mulus-kasarnya kulit seseorang lalu bisa juga melihat semerah manakah hati yang memilikinya, biarpun tidak kesemua rahsia hati itu dapat disingkap.

Dan seringkali kita terlupa, sebelum menilai kecantikan seseorang, biarlah diri sendiri dinilai dahulu. Sudah cukup ’cantik’kah kita hingga dengan senang sekali meng’hodoh’kan ciptaan tuhan? Sudah lengkap sangatkah ke’cantik’an kita hingga dengan mudah mentertawakan ke’kurangan’an makhluk tuhan?

Moga hati kita terus memiliki sirna delima merah termahal agar ia terus terpancar di wajah ini biarpun kulit muka ini tidaklah sehalus mana dek kerana jerawat yang bersusun dan gelap terbakar dek kerana hangusan mentari timur.

Mungkin selepas ini juga, bila bercermin muka, cerminlah sekali jauh ke lubuk hati... agar bisa menampakkan juga noda-noda yang tidak diingini supaya ubatnya bisa diusahakan...

Ingin aku mengingatkan diri aku juga, yang cantik di mata kasar insaniah itu bukanlah sesuatu yang kekal... bahkan ia bisa ’mengelupas’ dimakan tahun, dan ’mereput’ dimamah usia...