malam aidiladha...

Salam frenos...!

alhamdulillah, kita masih berpeluang mendengar takbir raya haji lagi malam ini. dalam kesihatan yang serba menginzinkan ini, sama-samalah kita mensyukurinya dan menghargai akan nikmatnya.

bagi sahabat-sahabat yang sedang dilanda musibah, meh le kita sama-sama mendoakan agar kesusahan, keperitan yang diharungi bakal diganti dengan nikmat yang tiada terkira hebatnya. sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui akan segala perancangan yang terbaik bagi kita. dan tidaklah juga sia-sia segala pengorbanan, kesabaran, serta airmata yang mengiringi setiap onak dugaan.

bagi sahabat-sabahat yang sedang meraih kejayaan dalam hidup pula, tahniah aku ucapkan dan moga selepas ini akan ada lagi kejayaan yang lebih bermakna dapat dikecapi. tapi jangan lupa, apabila kita sudah di atas, teramat sakit rasanya bila suatu hari kita tersungkur nun jauh di bawah. jadi, sedia-sediakanlah 'tilam' sebagai lapiknya nanti. ;)

aidiladha akan sentiasa mengingatkan kita tentang hebat dan besarnya erti pengorbanan. di mana hanya nyawa yang menjadi galang-ganti dan hanya sabar yang menjadi benteng kekuatan.

salam aidiladha dari aku dan mem...
adehh...

salam frenos...!

pekabar korang sumer? aku? alahaii... sihat je, cuma mata ni sakit sikit. dah lama sebenarnya aku terasa mata ni macam ada sesuatu je kat dalamnya, tapi dek kerana rasa malas dan ambil mudah aku, maka semakin teruk le keadaannya. hehehe... padan muka! dan bukan sedikit orang yang menasihatkan aku suruh pergi jumpa doktor. mak dah pernah bebelkan aku sebelum ni dan mem pun lagi le dah panjang bebelannya. tapi tu la, degil aku ni! ih.. ih..

maka hari isnin lalu, kemuncak kepada kesakitannya telah menyebabkan aku 'gagahkan' juga diri bersemuka dengan doktor. kalau sebelum ni, aku boleh le tahan lagi rasa sakit tu dengan cara tekan kuat-kuat kat tempat sakit tu, tapi dah tak boleh lagi redakannya. mata sebelah lagi yang tak sakit tu pun dah susah nak dikedipkan sebab terasa sakit jugak. mata putih dah tukar jadi 'mata merah'! macam niyang rapik la pulak... ehekss.

jadi, sesi bertemu doktor pagi isnin tu menjadi 'kerisauan' yang amat sangat pada aku. apalahh agaknya doktor tu nak buat kat mata aku ni ekk? jeng jeng jeng... errr... melangkah je masuk ke bilik doktor pagi tu, doktor dah pandang semacam je. yelah, mata merah kan... tak payah cerita panjang-panjang lagi. bila dia bangun je dari kerusi dan mendapatkan aku, aku dah mula cuak! ayokkk haruslah dia nak mendekatkan wajah ke muka gue! hahaha... mak nervess larr! rupanya dia nak suluh-suluh mata aku ni. adoihh... pedihnya rasa. banyak kali jugak la aku terpaksa tarik kepala aku dari tangan dia sebab aku tak tahan dengan sakit + pedih silau cahaya lampu tu. ngehngehngeh... melawan mak noks! eheks

aha, lepas dia dah godek-godek mata aku, lepas tu dia pun mula la panggil assistant dia. alahaii... adik manis la pulok. maka bermulalah sesi korek-korek mata. ayokkk! pasrah je larr... kali ni memang menguji kesabaran aku la untuk menahan sakitnya. ih... ih... alhamdulillah, berakhir jugak sesi korek-korek ni. dan kali ni, doktor punya turn pulak bebel aku. dia kata ada 'partikel' putih kat dalam mata, dan dia dah keluarkan... tapi, mende tu dah buat mata terluka sikit. tu yang sampai urat-urat mata dah timbul dan memerah. mujur la takde jangkitan.

so hari ni, alhamdulillah dah semakin ok le mata aku. 2-3 hari ni memang kabur le sebelah mata sampai nak baca signboard ka, mende-mende kat pc ka, semuanya macam bermasalah je. muka orang pun nampak berbalam-balam je. tapi sakit yang ditanggung selama ni semakin menghilang... itu yang lebih utama. :)

gitule ceritanya hari isnin lepas... hehehe. eh, lupa nak bagitau, err... gambar mata di atas bukanlah rupa mata aku ye. hehehe haruslah bukan aku si mata biru. aku bermata coklat kehitaman! eh, ada lagi lupa nak bagitau, errr... assistant doktor tu matanya cantik! hahahaha... :p

k lah, sampai sini dulu cerita gue! adioss frenoss... jaga diri bebaik k... ;)
yeeehaa!!!

salam frenos sumer...!

alhamdulillah... akhirnya, kerja keras selama berbulan-bulan sebelum ini berbaloi jua... tak sia-sialah memerah ilham, bersengkang mata dan berkorban bermacam-macam perkara semata-mata untuk memastikan hasil yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ditetapkan. terasa kelesuan dan kelelahan yang membungkus diri terbang entah ke mana bersama hingar-bingar sewaktu keputusan kemenangan diumumkan dalam dewan yang serba 'gagah' terbina itu!

di saat-saat awalnya, tiada harapan langsung yang diletakkan untuk menjadi sandaran semangat... mujurlah, bila baki minggu pertandingan masih kurang 3 minggu lagi, ada pula suara semangat ditiupkan sekaligus menjadi pencetus yang mulai membakar hati-hati muda yang baru ingin bertatih dalam pertandingan yang serba memerlukan isian ilmu di dada ini.

biarpun kami bukanlah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, tapi memadailah berada di kedudukan 3 yang teratas. dan untuk menambahkan lagi 'madu' kemenangan ini, buku projek yang terhasil ternobat sebagai yang terbaik! alhamdulillah... :)

*********************************************

betullah kata orang-orang tua, kalau tak dipecahkan labunya manakan dapat menikmati sagunya... dan untuk mendapat kejayaan, bukan sedikit ranjau yang perlu diharungi.

walaupun mem memang teringin nak datang ke dewan untuk menyaksikan kami, tapi nak buat macam mana, ada urusan di pejabat yang perlu dibereskan. takpe, sayang. its ok. cukuplah dengan kata-kata perangsang dari awak setiap hari... hehe.. ;) kesian mem sebelum ni. sebab dalam tempoh aku dan kengkawan nak menyiapkan projek ni, banyak masa aku terpaksa dihabiskan di pejabat. setiap hari mem terpaksa balik kerja sendiri dengan naik teksi sebab aku tak sempat nak jemput dia. dan setiap hari sabtu serta ahad, aku 'berkampung' pulak kat ofis dari pagi sampai malam... ih.. ih.. ala-ala terabai gitu... sian my mem... apapun, terima kasih sayang, sebab sabar dengan kesibukan saya selama ni... :) muahss!

hari ni aku akan balik rumah mak, ih.. ih.. tak sabarnya nak cium tangan mak. sian mak, anak nakal dia ni dah lama sangat tak balik rumah. cuma telefonlah penghubung kemesraan. ih.. ih.. rindunya... mak dah tahu pasal kemenangan kitorang, aku call mak masa tengah drive balik dari dewan tu, hehehe... tak sabar kaedahnya! ahakss. banyak sangat perkara yang nak diceritakan ni... :)

errr... aku rindu kucing-kucing aku kat rumah mak tu! hehehe... siaplah korang kene gomol dengan aku nanti! tunggu la ekk! hahahaha

eh, ok lah... aku berenti dulu setakat ni... insyaallah nanti bersambunglah lagi cerita aku ye. jaga diri korang baik-baik ye... adioss frenoss!
mengadu le ni... hehe

salam frenos...!

perghhh... sesungguhnya hari ini sememangnya meletihkan... sebentar tadi, aku dah terlelap sebenarnya kat depan laptop ni. duduk bersila atas lantai, tangan kiri menongkat dagu, tangan kanan pada keypad, mata aku sempat terkatup dalam 5 minit kot, ntah2 lama lagi... hehehe... sadisnya...

hari ni, aku kene jadi 'cikgu'... dari pukul 8.30 - 5.00 petang... ayokkk haruslah kaki sakit-makit dan lutut lenguh-lengai dek kerana berdiri lama. dah tu kena hadir meeting sekejap waktu lunch hour nya... wah wah wahhh... ala2 macam takde suis merah untuk rehat pulak kan? ahakss :P

tu le dianya penangan kerja aku hari ni... esok pagi ada exam wajib dan meeting lagi sebelah petang. dan sebelum balik kerja tadi, member ofis aku ada mengingatkan aku, kemungkinan besar sabtu/ ahad ni aku kena g ofis lagi... erkkss. sian mak aku, dah sebulan lebih ni aku tak balik rumah... ih.. ih.. ampun mak... ya ampun...

takpe.. takpe... insyaallah bulan depan, kerja-kerja aku akan berjalan seperti biasa... seperti yang dulu2.. hehehe... kene makan 'tongkat' dan 'kacip' kot nak bagi sentiasa bertenaga! ehekss

k lah frenos, my mem dah panggil tu... tadi dia bikin kek coklat, haaa tu nak suruh 'jaws' ni makan le tu... ehehehe... (terima kasih ye sayang... muahss!)
... hina ... jijik ...
menghina?
terhina?
dihina?
hina?

menjijikkan?
jijik?

semuanya ada kaitan dengan
sesuatu yang kotor
sesuatu yang meloyakan
sesuatu yang menjengkelkan
sesuatu yang mencemarkan

tapi,
tidak disebut sesuatu itu 'suci' jika tiada sesuatu yang 'kotor'
tidak dipanggil sesuatu itu 'baik' jika tiada sesuatu yang 'jahat'
tidak dinamakan sesuatu itu 'cantik' jika tiada sesuatu yang 'buruk'
tidak dikatakan sesuatu itu 'atas' jika tiada sesuatu yang 'bawah'

dan,
perbezaan itu sifatnya untuk melengkapi
biarpun persamaan sering dicari-cari
sebagai adat resam hidup duniawi

lantas,
keterbukaan, kerelaan, kesanggupan
keikhlasan, kesudian, keprihatinan
memungkinkan sesuatu yang jijik dan hina itu
masih punya 'nilai'...


~ jangan dengan mudah menghina sesuatu itu sebarangan, kerna terciptanya sesuatu yang hina itu atas kehendak-Nya jua, sebagai iktibar bagi yang sudi berlapang dada... ~
pengsankan diri...

salam frenos...!

pekabar semua? ada yang tengah mabuk lauk-pauk raya lagi? hehehe... ye, ye... masih banyak undangan rumah terbuka yang diterima dan perlu dipenuhi. selagi terdaya, penuhilah undangan tu ye... tapi, kalau dah terlalu kesuntukan masa dan kesihatan diri yang tidak mengizinkan, awal-awallah mintak maaf dengan tuan rumah k... supaya tak merajuk pulak tuan punya badan tu nanti. ;)

hehehe... semacam je kan bila baca tajuk posting aku tu. ha'ah... tetiba terasa macam nak memengsankan (ayokkk imbuhan!) diri pulak. korang pernah terlintas ke nak buat 'aksi' gitu? hehehe... :P

bukan apa, terasa nak pengsankan diri sekejap seolah-olah nak 'pause' dunia nyata ni untuk mengembara ke dunia khayalan. err... tapi takmolah lama-lama sangat. hehehe... cuak pulak aku.

kenapa nak ke dunia khayalan? err... sebab nak 'bercuti' panjang daripada buat kerja yang semakin hari semakin bercelaru dek kerana bos yang semakin hari semakin kucar-kacir 'memerintah negeri'. kadang-kadang kesian jugak tengok bos aku tu, tapi apakan daya, bukannya aku tak pernah menasihatkan dia, tapi dah memang dia sendiri nak 'bergaya' macam tu... hmmm... sudahnya, jadi mangsa 'kutukan belakang' laa...

yang sebenarnya, minggu ni dan kebelakangan ni, kerja-kerja aku memang ala-ala membosankan... tak tau le kenapa. mood raya kot? hehehe... (jangan salahkan raya ekk) so, tadi aku sudah 'landing' baekkk punya kat meja ofis tu... errr... tido la... siap mimpi-mimpi lagi! satu hari ni aku tak buat sebarang kerja, melainkan, main games, jawab call, kemas meja dan tido... erkk! makanya, aku berangan nak pengsankan diri untuk berada di dunia lain... hehe.

... aku mengarut sebenarnya ni ... almaklumlah, tengah berkira-kira untuk berada di dunia khayalan le katakan! hahaha...

... kamu yang bawaku terbang ... blablablabla... hey, aku sukalah lagu fabeles ket yang 'terbang-terbang' tu! hahahaha.. aku gelar lagu tu, lagu video games! sebab music dia macam ada bunyi permainan games dulu-dulu... ala... games yang atari la, space invaders la... yang lebih kurang bunyi 'tiu-tiu-tiu'! hahahahaha! :D errr... orang-orang lama ramai yang tau games ni.. ;)

sekian dahulu untuk kali ini... jap lagi nak tido.. ;) err... masuk ke alam mimpi... hehehe... adiosss sumer, jaga diri, jaga hati... salam...
Ayat-ayat cinta...

Ayat-ayat cinta - Rossa

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
3 syarat wajib raya...
salam aidilfitri kepada semua sahabat yang sudi singgah blog aku ni. mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang telah dilakukan. maaf juga atas 'kehilangan' aku dari dunia siber selama ini. bukan tiada terbit rasa rindu untuk menulis/ bersembang/ berkongsi rasa, tapi kerna sikap malas dan tumpuan pada kerja yang semakin menuntut komitmen yang tinggi. adehh... cukup, cukup sudah alasan yang diberikan... hehehehe... :P akan aku cuba menggigihkan diri sebagaimana dulu.. hehe ;)

alhamdulillah, aku dan mem sihat sepanjang ramadhan dan syawal ini. sudah dua kali kami menyambut ramadhan bersama. cuma, awal syawal yang lalu dia kembali ke pangkuan keluarga nun di seberang timur sana. takpelah, memang seeloknya begitu pun... tiada keluarga yang tidak merindui sanak saudara yang merantau jauh, kan?

hari raya aku? syukur ke hadrat ilahi, aku masih dikelilingi keluarga yang mengutamakan kasih sayang. mungkin persiapan tak sehebat keluarga lain, tapi cukuplah aku katakan, ketupat-rendang, kuih-muih, masih mampu untuk diadakan untuk menjadi santapan di pagi syawal. :D

tidak dapat aku gambarkan pagi raya tanpa takbir syahdu yang menusuk rasa setiap insani. jadinya, bagi aku itulah perkara yang 'wajib ada' di permulaan syawal yang meriah. makanya juga, bilamana rasa telah ditusuk kesyahduan takbir, mulalah airmata menitis... menitisnya airmata itu kerna bercampur-baur rasa yang memenuhi hati... insaf, rindu, syukur, gembira, terharu... korang ada rasa gitu gak ke? :)

tidak dapat juga aku tidak melakukan ziarah ke pusara ayahanda tercinta di awal syawal ini, lantaran rasa tanggungjawab, dan rindu yang masih berbaki... mungkin untuk selamanya. biarpun sekadar merenung nesan yang pucat dan menyentuh dingin batu bukit itu untuk mengucapkan salam, tapi terasa bagaikan menyapa dirinya yang sebenar. dan tangan ditadah untuk memohon kedamaiannya di alam yang satu itu...

takbir sudah, ziarah pusara sudah, apalagi yang wajib bagi aku? hmm... mak, orang mintak maaf. mintak halalkan makan dan minum. ampunkan segala salah dan silap. ... apalagi, kalau bukan permohonan maaf kepada orang paling utama > mak. bab ni, memang emo la... maleh nak komen! hahahaha... ;) alahaii anak omak ni... ahakss

tu le 3 syarat wajib raya aku. perkara-perkara sunat raya aku pun ada gak. tapi panjanglah pulak nak disenaraikan di sini. ringkasnya, yang sunat-sunat tu, sebenarnya lebih kepada menggembirakan dan memuaskan hati orang-orang tersayang lagi dihormati yang ada di sekeliling aku.

setiap orang berbeza, tapi dalam perbezaan itu sebenarnya masih punya persamaan. pengertian raya, cara sambutan, pengisian raya, ada sama dan ada bezanya sesama kita. yang paling penting, takbir kita tetap sama!

sekali lagi, salam aidilfitri dari aku dan tak lupa juga dari mem tersayang aku untuk korang semua. mohon keampunan atas keterlanjuran selama mengenali kami.
ramadhan datang lagi...


salam semua... :)

alhamdulillah, setakat ni, masih lagi dipanjangkan umur kita untuk sama-sama melalui hari-hari pertama di bulan penuh keberkatan, ramadhan al-mubarak. untuk kesekian kalinya, tentu ada garis-garis senyum terukir di wajah kita saat mengingatkan kembali 'kegemilangan' menyambut ramadhan sewaktu usia masih semuda setahun jagung... hehehe...

kisah 'curi-curi' air dalam bilik air, kisah mandi 5-6 kali sehari terutama kalau lepas balik sekolah di waktu tengahari, kisah tidur berjam-jam sebab nak 'bunuh-waktu' yang dirasakan teramatlah panjangnya daripada biasa, dan bermacam-macam kisah lagi... hehehe... ha, tu kan dah senyum sorang-sorang, kan? ahaks.. ;)

banyaknya kisah-kisah manis yang menghiasi lembaran kenangan di zaman kanak-kanak sewaktu ramadhan bertandang, kan? ada antara kita yang turut melalui kisah-kisah yang sama seperti tadi, malah ada yang lebih hebat lagi! cuma tunggu masa untuk diceritakan pada 'sesi lepak bersama'... hehehe...

itu baru cerita di awal minggu ramadhan, belum lagi buka cerita di ambang syawal... hehehe lagi haru! ahaks ;)

seperkara terlintas di kepala aku... kalau masa zaman kanak-kanak, kita boleh 'maniskan' setiap saat ramadhan yang dilalui, mengapa tidak sekarang? di usia yang semakin dewasa ini, seharusnya kita teruskan juga untuk memaniskan setiap hari ramadhan yang ditempuhi... sebagaimana manisnya sebiji kurma yang kita mamah saat berbuka puasa... ianya taklah semanis gula, bak kata orang, manis-manis buah... :)

selamat berpuasa semua sahabat! daripada aku dan mem... mohon kemaafan daripada kalian semua... ;)
what people get from you...?
Hi frenos!

Salam sejahtera dari aku. Minggu ni, aku rasakan antara minggu yang membuatkan aku banyak bercakap. Dan bercakapnya aku melibatkan begitu banyak skop atau bidang yang ada. Tak kiralah daripada soal kerja, pengalaman masa kecil, pengalaman bercinta (perghh), keluarga, agama, politik dan persahabatan.

Semuanya gara-gara ada budak praktikal kat ofis aku ni. Dan kebetulan pula diorang ditempatkan dekat-dekat je dengan aku. Ada 4 orang. Masing-masing daripada uitm dan ikbn. Best jugak dengar cerita, pendapat dan pandangan diorang. Biarpun adakalanya hujah diorang tu ada yang terkena kat batang hidung aku sendiri! Hehehe…

Ada seperkara yang membuatkan aku terkedu sekejap. Iaitu tentang impak diri kita terhadap orang lain. Macam mana orang lain terkesan atau menerima kesan setelah berkawan/ bersahabat/ bercinta dengan kita. Tak kiralah samada kesan-kesan itu merupakan kesan yang elok mahupun yang buruk. Dan tak kiralah juga kesan-kesan itu mudah diterima oleh ‘mangsa’ atau tidak.

Selalunya kita tak perasan tentang perkara ni, kan? Kita beranggapan yang mungkin diri kita sahaja yang ‘terkena’ tetapi hakikatnya tidak. Apa yang kita cakap, apa yang kita lakukan, sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap seseorang. Kadang-kadang sampai boleh menyebabkan seseorang itu berubah. Berubah kepada lebih baik atau buruk terpulanglah pada si ‘mangsa’ untuk mengambil keputusan atas pilihan yang ada padanya. Yang pasti, kitalah pencetusnya!

Ada orang bersyukur kerana menemui atau mengenali diri kita, tetapi mungkin juga ada yang menderita atas terjalinnya perhubungan dengan kita. Wahhh…! Yang mana satukah kategori kita?

Jadi, apa tindakan kita? … aku hanya boleh fikir satu je… tiada lain selain daripada mengharapkan padaNya, moga kita di dalam kategori yang membawa kebaikan kepada orang lain.

~ banyakkah kerosakan pada orang lain yang telah aku buat? (urrffs…) ~
bila dia sudi menyambutnya...

cincin itu sememangnya tidak mahal, tapi kasih yang terukir di sebaliknya tidak punya harga untuk dibuat bandingan. sudah setahun lebih usia cincin itu di jari kami, seusia itu jugalah rasa kasih tersisip di hati. saban hari memakai, saban hari jua kasih tersemai. andai ditanggalkan sekejapan cuma, sekejapan itu jua terasa kosongnya...




apapun, cincin itu lama-kelamaan mungkin bakal berkarat atau juga mungkin pudar kilatnya, lantaran daki dan kotoran yang sentiasa cuba memalit dan mencemar. aku tahu itu. dan dia juga tahu akannya. kerna itu, takkan kami biarkan semudahnya dibekasi daki. kerna itu juga, takkan kami sewenangnya mencampak ia di merata tempat...

moga kasih yang setiap hari mekar ini tak pudar dan kusam. malah ia sentiasa berseri bagai inai yang memerah di jari...

terima kasih, sayang... kerna sudi dihadiahkan sebentuk cincin kasih dari ku...
salam takziah...
pagi-pagi tadi, mem sampaikan berita pada aku... dia dapat mesej yang ayahanda salah seorang member di sengetians telahpun meninggal dunia malam tadi, nun jauh di sarawak. salam takziah aku ucapkan pada keluarga asz. semoga berbanyaklah bersabar dan berdoa semoga ditabahkan hati dan agar roh arwah berada di kalangan para solehin yang sentiasa dirahmati.

tak lupa juga, pada tempohari, melalui blog blue, aku dapat tahu yang ayahanda kepada uL juga telahpun kembali ke rahmatullah. sekali lagi, semoga seisi keluarga dapat melalui saat-saat kesedihan ini dengan penuh kesabaran. salam takziah, uL.

al-fatihah...
escape to kuching le pulak... hehe.


hari tu, escape to frasers' hill, well this time ke kuching pulak. yep, kuching. hmm... lebih tepat lagi ke tanah tumpah darah my mem. alahaiii... rasa macam nak jumpa dengan keluarga mertua, ipar-duai pulak! ahakss. errr... ada sikit gabra jugak sebenarnya. itu yang pasti! tapi, macam biasa, cuba se-sejuk mungkin (be cool)... hehehe... ;)


sesampai kat airport kuching je, dah ada kelainan. rasanya masa aku datang kuching lama dulu, tiang-tiang kat luar balai ketibaan tu diukir unik dengan ukiran etnik sarawak, tapi sekarang, dah serba keluli... sayangnya corak-corak indah tu dah diganti. hmmm...


dan akhirnya aku berkenalan dengan keluarga my mem. amboih, meriah gitu! berada di kalangan keluarganya membuatkan aku bagai berada di dunia lain... hehehehe... mak kurang arif bahasa sarawak, noks! :P

biarpun bahasa pertuturan kadang-kadang bagai penghalang komunikasi, namun, bahasa badan masih memungkinkan adanya kemesraan yang terjalin. terasa bagai diterima dengan sehangatnya oleh semua yang ada di situ.

usah cakaplah pasal makanannya pulak. macam-macam yang aku kene rasa! hahaha... mujurlah aku ni stok 'alam flora' punya jenis. cuma bab-bab makanan yang kadar kemasamannya maksimum, memanglah aku kalah sikit. contohnya >> mangga! ayakkk!! hahahaha... tersengih-sengih aku mengunyah, dan mem aku pulak, tergelak-gelak besar tengok aku! adehhh... sabo jelah...

oppss... aku pun ada lah jugak 'main masak-masak' kat sana. tolong-tolong le gorengkan apa yang patut, rebus-rebuskan apa yang patut, bancuh-bancuhkan apa yang kurang... hehehe... ;) nak bagi rasa masakan semenanjung punya pasal, aku menyanggupkan diri buat begedil... yang mana, telah 'mengorbankan' sebanyak hampir 4 kg ubi kentang! adehhh... macam nak patah pinggang menyiapkannya! mujurlah my mem sama-sama sudi berkerah tenaga... hehehe... (terima kasih, sayang...) :P

aku ngan mem sebenarnya lebih banyak habiskan masa kat rumah je. lagipun ada majlis keluarga yang sedang berlangsung, jadi memanglah patut saja 'berkampung' di situ. menolong apa yang patut. basuh pinggan mangkuk ka, cawan ka, kuali periuk ka, sapu sampah ka, blablabla... hehe.. termasuklah usik-usik anak dara kat sini! (adehhh! kene cubit!) hahahaha :D

overall, trip to kuching memang best! biarpun bukanlah kategori 'honeymoon holiday', tapi lebih kepada 'family gathering', tetap memuaskan hati. yang penting, aku diterima dengan senang hati, baik yang muda mahupun yang tua. yang tua dihormati, yang muda disayangi gitu! hehehe...

oo... ada 1 mende yang buat aku cuak sikit. perjalanan pulang dari kuching ke kl agak mencabar gitu. mahu taknya, awan hitam berkepul-kepul memenuhi angkasa. sampaikan 'belon' kena lah jugak langgarnya. hasilnya >> haa... berpeluh-peluh tangan mak, noks! siap genggam-genggam tangan my mem lagi. hahaha...

alhamdulillah... selamatlah sampai ke kl... biarpun terlambat dari waktu sepatutnya... hehe...

apa yang aku bawak balik? hahaha... macam-macam ada. penuhlah beg. sampaikan terkopak roda sebelah! hahaha... tak tipu, weihhh... hehehe... sikit lagi nak over limit 30 kg! ahakss.. :P

eh... oklah, sampai sini je cerita. hehehe... tengoklah, esok-lusa aku ngarut lagi ke... hehe.
escape to frasers' hill


Dah lama sebenarnya kengkawan menyuarakan keinginan untuk ke bukit fraser, terutama mama lin & blue! Hahahaha… chua pulak asyik keluarkan ayat-ayat ‘ugut’ dia yang kadang-kadang berpeluh jugak la nak tepis! Adoihhh… hahahaha.

Dan, akhirnya… berjaya jugaklah kami ke bukit fraser pada cuti hujung minggu baru-baru ni. Rancangan awalnya nak pegi dalam 6 orang je… hehehe alih-alih jadi 12 orang! Kehkehkehkeh… hebat… hebat… errr… hebat disebabkan ado plus 6 cute chicks! Ngeee.. :D

Perghhh!! Bukit fraser memang best! Err… tak tau le orang lain, tapi bagi aku, memang antara tempat yang sesuai untuk merehatkan fikiran dan badan. Pemandangannya masih sama biarpun bertahun dah aku tinggalkan bukit fraser tu. Cuacanya masih sama… dingin… bergerimis.

Dan kalau dah mama lin nye ada, haruslah aktiviti ‘mari memasak’ diadakan. Lepas satu, satu, hidangan dimasak. Err… macam kene rasuk dek hantu dapur le kaedahnya! Hahahaha. Sudahnya, masing-masing le perut boroi.



Rasanya, bukit fraser taklah sesuai sangat untuk orang yang suka membeli-belah. Mesti diorang bosan punya! Lagipun, aktiviti di situ lebih kepada menikmati pemandangan bukit-bukau, mendengar kicauan unggas rimba, merasai kesejukan angin dingin hutan, dan tak lupa deru-deras sungai-sungai yang menyusuri sekitarnya.

Errr… dengan 12 girls, perghhh memang percutian menyeronokkan! Hahahahaha… itu je mak nak cakap noks! Ngehngehngeh… :P

sabar je lar...
Tadi bos kecik mengeluh kat aku, katanya, kerja takkan habis sampai bila-bila. Hehehe… kesian dia. Nampak sangat kepenatan hari ni. Hmm… biasalah kitorang ni, bila dah hampir masuk pertengahan tahun, mulalah tahap kesibukan mencapai skala 7 dari 10. Dua-tiga minggu lagi skala akan naik lagi ke 8.5… heheheh… masa tu, meroyan bos kecik aku akan semakin jelas la… siaplah kitorang ‘hamba marhaen’ ni… ayakkkk!

Opss! Terlupa mengucap salam kepada semua…!

Salam teristimewa untuk semua frenos. Terima kasih atas ucapan selamat ulangtahun kelahiran kepada aku tempohari. Aku dah 31 lar.. hehehe… cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi masa terkinja-kinja di umur 13 dulu! Hahahaha… matilar emo kisah silam!

Semalam, ada budak ofis marah aku. Tengah sedap-sedap memandu dalam kesesakan lalulintas, ditambah pula hujan di petang hari yang agak lebat hingga ada sesetengah jalan dinaiki air, tetiba fon berlagu minta diangkat. Mula-mula rasa tak mahu angkat, sebab risau kalau-kalau ada abang polis menyaman nanti, tapi aku jawablah juga, takut ada hal mendesak.

Mula-mula suara budak ofis ni, sedaplah jugak didengari, satu-satu perkataannya aku dengar baik-baik. Tapi lama-kelamaan, suara yang rendah di awalnya tadi, dah bertukar makin meninggi pula. Uikss?? Err… aku ni sedang dimarahi ke? Err… budak ni tengking aku ke? Takpe… takpe… aku masih biarkan nafsu amarah aku disangkari oleh kesabaran aku. Ada la juga aku menyampuk sikit-sikit dalam perbualan tu, tapi akhirnya, aku amik keputusan, lebih baik ‘jadi pendengar setia’ je, daripada bertegang urat cuba menegakkan sesuatu perkara yang sebenarnya masih belum dapat dipastikan lagi sejauhmana benar ke tidak. Akhirnya, perbualan tamat, dalam keadaan aku ‘blur’ tentang perkara yang menjadi punca kemarahan budak ofis ni. Hmmm… malas nak marah-marah la…

Balik rumah, aku ngadu la kat mem aku. Hehehe… dia pulak yang emo bila dengar cerita! Hahahaha.

Dan hari ni, budak ofis tu mintak maaf dengan aku. Dia akui keterlanjuran dia meninggikan suara dengan aku. Katanya, dia rasa tertekan sebelum dia buat panggilan kepada aku tu. Jadi, terbawa-bawalah tu stressnya. Aku ni macam pelepas kemarahan la waktu tu. Hehehehe… mak senyum je nokss bila dia buat pengakuan dosa tu. Ahaksss, mateylarr ala-ala berlagak macam baik! Hahahaha…

Hmmm… bila aku fikirkan kembali, ada juga faedahnya menjadi orang yang sabar, boleh menahan marah, dan pemaaf. Sesuatu yang sudah sememangnya keruh, tak perlulah lagi dikeruhkan, sebaliknya, perlulah dijernihkan kembali. Sesuatu yang sedang marak, usahlah ditambah lagi bahangnya, sebaliknya, biarlah didinginkan segera.

Ada kawan aku kata, sabar ada batasnya. Tapi teringat pulak aku kepada salah seorang sahabat nabi, katanya, usahlah dibataskan kesabaran itu, biarlah ianya langsung tiada batasan, insyaallah, nikmat kesabaran itu tiada tandingan.

Memanglah untuk menjadi seorang yang penyabar tu bukan mudah, tapi memang berbaloilah jika dilihat kepada kehebatan ganjarannya…

Moga hati kita bisa mengalahkan virus-virus yang sentiasa memakan sifat sabar yang sedia ada dalam diri kita.
Ketulusan Hati...

Ketulusan Hati (Anuar Zain)

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati

Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku
hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati

Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati

Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cerita sikit je...


Bila dah suka...
sehabis daya mencari jalan agar si gadis sudi melemparkan senyum dan melirikkan jelingan, bukannya apa, bahagia sungguh hati ni bila si gadis sudi meminjamkan sebentar perhatian kepada kita... dan secara tiba-tiba terasa udara yang disedut teramat harum lagi berbunga-bunga umpamanya. (hehehe)

Bila dah sayang...
bisa bersakitan badan semata-mata ingin mencukupkan sesuatu yang kekurangan, biarpun tiada sebarang 'kontrak' yang mengharuskannya, tapi terasa dada lapang menatapnya tersenyum dalam bahagia...

****************************************************

Salam ketemu freno semua...!

Sesuatu yang tidak dapat dielakkan bilamana aku terpaksa meninggalkan sementara mem selama hampir seminggu... kerna tugas, maka terpaksa digagahi juga. biarpun jarak yang memisahkan bukanlah jauh sangat, cuma kedudukan aku dari paras laut yang agak tinggi darinya... alaa.. aku kene pegi genting larr... :P

Sebelum tu, dah bawak pun mem supaya ikut sama menemani... maka 4 hari le aku berteman. tapi, 4 hari kemudiannya, lahaiii... makin sejuk pulakk genting nih ;) (ahakss)

Lepas habih keje je, bawak mem jenjalan... main mende pecut2 gile tu, main mende pusing2 tu, main kosi goyang2 sambil kene sembur air, main boling ntah brape kali (naik syok pulak), makan2, minum2, layan mata tengok minah seksi biarpun masa tu kabus tebal bangat (hebat tul awek2 tu.. ih.. ih.. hormon jenis apa le gamaknye ekk) dan akhir skali, tak lupa, aku dan mem sempat le jugak men-dangdut-kan diri kat tempat karoke.. hahahahaha.. (sabo je le)

Sebelum pulang KL, sempat le singgah kat Baskin Robins.. pastu beli choc chip shake, yang ternyata sekarang ini telah membuatkan mem mula mengindam nak aku beli lagi! hahahahaha... errr.. harga shake tu >> RM16! ayokkk! (haruslah harga melambung, kat genting kann :P) dan mem kata kat aku, "awak, nanti dah sampai kl, kita cari mana kedai baskin robin lagi ekk.. saya suka larrr shake nihhh" - iye le sayang... - hehehe

Opss! lupa plak.. heheheh... mem ada kabo kat aku, dia nak buat makan2 nanti... tapi, tak tau le bila harinya... dah lama katanya tak main masak2 pastu panggey kengkawan datang makan... Lagipun, baru2 ni birthday dia.. (7 April - Happy Birthday sayang...!) errr.. ni kira 'pre-invitation' le ni ekk untuk kengkawan... hek hek hek. apapun, bila dah konfem tarikhnya nanti aku panggil la ye... ;)

Pada kengkawan yang rasa2 ada menu nak dicadangkan tu, haaa jangan le malu2, segan2, meh tulis sini... buat atau tidak, nasib2 kome le yer yob! hehehehe... :D
tahniah... k.e!

alhamdulillah......! akhirnya k.e selamat melahirkan seorang baby boy pagi ini... dengan berat 2.68kg...

semoga anak yang dianugerahkan ini akan membawa kebahagiaan dalam rumahtangga.

terima kasih pada semua kerana turut sama mendoakannya.... :)
for k.e. ...


pagi lagi, aku terima sms salah seorang kawan rapat aku...

salam. k.e. until now sakit tapi tak boleh bersalin. keadaannye agak teruk. dah 2 hari kat hospital. so adik2 n fren if ada time buatlah solat sunat hajat 2 rakaat minta allah mudahkan jalan. harap maklum, dia emak takde, hanya kita2 ni je sokongan dia...

dan doa aku diiring bersama untuknya... pada semua frenoss yang ada sini, doakan juga ye... (thankss)

*****************************************************

dan sms itu buat aku termenung panjang sekejap. tergambar betapa hebatnya perjuangan seorang ibu demi kelangsungan nyawa seorang anak. dan kesyukuran yang teramat sangat diucapkan pabila seorang bayi sihat selamat dilahirkan.... kesakitan sebelumnya, bagai terhapus bilamana tangis nyaringnya menguasai ruang lingkup yang dingin.

moga tuhan menjadikan diri kita semua, anak-anak soleh yang sentiasa berbakti pada ibunya... selamat frenoss..!
pada mu, selalu...

kalau dulu,
aku tak kisah bila duduk sorang-sorang kat rumah atau bilik...
sebab aku tahu,
aku hidup tiada berteman.

kalau dulu,
aku tak perlu khuatirkan masa yang merangkak perlahan...
sebab aku tahu,
aku tak menunggu sesiapa untuk muncul.

tapi kini,
alahaii......
aku sudah bencikan kesunyian,
aku sudah geramkan masa,
hanya kerna dia...

tuhan,
rasa kasih dan rindu ini
masih unggul buat-Mu,
tapi,
izinkan aku mengambil sedikit nikmatnya
untuk ku hadiahkan pada dia
agar senyum bahagia itu
terus kekal dimilikinya.

~ rindu banget dehhh sama kamu! aduhhhh.. :P ahakss ;)
Cantik... :) hehehe


Cantik (Kahitna)

Cantik...
Ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan
Dirimu

Cantik...
Bukan ku ingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu... Ooo...

Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu...

( korus )
Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu

Cantik...
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu... Ooo...

Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu...

( korus )
Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu

Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya...
Heeeei..... heya ya ya heya ya ya heya...

( korus )
Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu...

*luv u my dear...