what people get from you...?
Hi frenos!

Salam sejahtera dari aku. Minggu ni, aku rasakan antara minggu yang membuatkan aku banyak bercakap. Dan bercakapnya aku melibatkan begitu banyak skop atau bidang yang ada. Tak kiralah daripada soal kerja, pengalaman masa kecil, pengalaman bercinta (perghh), keluarga, agama, politik dan persahabatan.

Semuanya gara-gara ada budak praktikal kat ofis aku ni. Dan kebetulan pula diorang ditempatkan dekat-dekat je dengan aku. Ada 4 orang. Masing-masing daripada uitm dan ikbn. Best jugak dengar cerita, pendapat dan pandangan diorang. Biarpun adakalanya hujah diorang tu ada yang terkena kat batang hidung aku sendiri! Hehehe…

Ada seperkara yang membuatkan aku terkedu sekejap. Iaitu tentang impak diri kita terhadap orang lain. Macam mana orang lain terkesan atau menerima kesan setelah berkawan/ bersahabat/ bercinta dengan kita. Tak kiralah samada kesan-kesan itu merupakan kesan yang elok mahupun yang buruk. Dan tak kiralah juga kesan-kesan itu mudah diterima oleh ‘mangsa’ atau tidak.

Selalunya kita tak perasan tentang perkara ni, kan? Kita beranggapan yang mungkin diri kita sahaja yang ‘terkena’ tetapi hakikatnya tidak. Apa yang kita cakap, apa yang kita lakukan, sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap seseorang. Kadang-kadang sampai boleh menyebabkan seseorang itu berubah. Berubah kepada lebih baik atau buruk terpulanglah pada si ‘mangsa’ untuk mengambil keputusan atas pilihan yang ada padanya. Yang pasti, kitalah pencetusnya!

Ada orang bersyukur kerana menemui atau mengenali diri kita, tetapi mungkin juga ada yang menderita atas terjalinnya perhubungan dengan kita. Wahhh…! Yang mana satukah kategori kita?

Jadi, apa tindakan kita? … aku hanya boleh fikir satu je… tiada lain selain daripada mengharapkan padaNya, moga kita di dalam kategori yang membawa kebaikan kepada orang lain.

~ banyakkah kerosakan pada orang lain yang telah aku buat? (urrffs…) ~
bila dia sudi menyambutnya...

cincin itu sememangnya tidak mahal, tapi kasih yang terukir di sebaliknya tidak punya harga untuk dibuat bandingan. sudah setahun lebih usia cincin itu di jari kami, seusia itu jugalah rasa kasih tersisip di hati. saban hari memakai, saban hari jua kasih tersemai. andai ditanggalkan sekejapan cuma, sekejapan itu jua terasa kosongnya...




apapun, cincin itu lama-kelamaan mungkin bakal berkarat atau juga mungkin pudar kilatnya, lantaran daki dan kotoran yang sentiasa cuba memalit dan mencemar. aku tahu itu. dan dia juga tahu akannya. kerna itu, takkan kami biarkan semudahnya dibekasi daki. kerna itu juga, takkan kami sewenangnya mencampak ia di merata tempat...

moga kasih yang setiap hari mekar ini tak pudar dan kusam. malah ia sentiasa berseri bagai inai yang memerah di jari...

terima kasih, sayang... kerna sudi dihadiahkan sebentuk cincin kasih dari ku...
salam takziah...
pagi-pagi tadi, mem sampaikan berita pada aku... dia dapat mesej yang ayahanda salah seorang member di sengetians telahpun meninggal dunia malam tadi, nun jauh di sarawak. salam takziah aku ucapkan pada keluarga asz. semoga berbanyaklah bersabar dan berdoa semoga ditabahkan hati dan agar roh arwah berada di kalangan para solehin yang sentiasa dirahmati.

tak lupa juga, pada tempohari, melalui blog blue, aku dapat tahu yang ayahanda kepada uL juga telahpun kembali ke rahmatullah. sekali lagi, semoga seisi keluarga dapat melalui saat-saat kesedihan ini dengan penuh kesabaran. salam takziah, uL.

al-fatihah...
escape to kuching le pulak... hehe.


hari tu, escape to frasers' hill, well this time ke kuching pulak. yep, kuching. hmm... lebih tepat lagi ke tanah tumpah darah my mem. alahaiii... rasa macam nak jumpa dengan keluarga mertua, ipar-duai pulak! ahakss. errr... ada sikit gabra jugak sebenarnya. itu yang pasti! tapi, macam biasa, cuba se-sejuk mungkin (be cool)... hehehe... ;)


sesampai kat airport kuching je, dah ada kelainan. rasanya masa aku datang kuching lama dulu, tiang-tiang kat luar balai ketibaan tu diukir unik dengan ukiran etnik sarawak, tapi sekarang, dah serba keluli... sayangnya corak-corak indah tu dah diganti. hmmm...


dan akhirnya aku berkenalan dengan keluarga my mem. amboih, meriah gitu! berada di kalangan keluarganya membuatkan aku bagai berada di dunia lain... hehehehe... mak kurang arif bahasa sarawak, noks! :P

biarpun bahasa pertuturan kadang-kadang bagai penghalang komunikasi, namun, bahasa badan masih memungkinkan adanya kemesraan yang terjalin. terasa bagai diterima dengan sehangatnya oleh semua yang ada di situ.

usah cakaplah pasal makanannya pulak. macam-macam yang aku kene rasa! hahaha... mujurlah aku ni stok 'alam flora' punya jenis. cuma bab-bab makanan yang kadar kemasamannya maksimum, memanglah aku kalah sikit. contohnya >> mangga! ayakkk!! hahahaha... tersengih-sengih aku mengunyah, dan mem aku pulak, tergelak-gelak besar tengok aku! adehhh... sabo jelah...

oppss... aku pun ada lah jugak 'main masak-masak' kat sana. tolong-tolong le gorengkan apa yang patut, rebus-rebuskan apa yang patut, bancuh-bancuhkan apa yang kurang... hehehe... ;) nak bagi rasa masakan semenanjung punya pasal, aku menyanggupkan diri buat begedil... yang mana, telah 'mengorbankan' sebanyak hampir 4 kg ubi kentang! adehhh... macam nak patah pinggang menyiapkannya! mujurlah my mem sama-sama sudi berkerah tenaga... hehehe... (terima kasih, sayang...) :P

aku ngan mem sebenarnya lebih banyak habiskan masa kat rumah je. lagipun ada majlis keluarga yang sedang berlangsung, jadi memanglah patut saja 'berkampung' di situ. menolong apa yang patut. basuh pinggan mangkuk ka, cawan ka, kuali periuk ka, sapu sampah ka, blablabla... hehe.. termasuklah usik-usik anak dara kat sini! (adehhh! kene cubit!) hahahaha :D

overall, trip to kuching memang best! biarpun bukanlah kategori 'honeymoon holiday', tapi lebih kepada 'family gathering', tetap memuaskan hati. yang penting, aku diterima dengan senang hati, baik yang muda mahupun yang tua. yang tua dihormati, yang muda disayangi gitu! hehehe...

oo... ada 1 mende yang buat aku cuak sikit. perjalanan pulang dari kuching ke kl agak mencabar gitu. mahu taknya, awan hitam berkepul-kepul memenuhi angkasa. sampaikan 'belon' kena lah jugak langgarnya. hasilnya >> haa... berpeluh-peluh tangan mak, noks! siap genggam-genggam tangan my mem lagi. hahaha...

alhamdulillah... selamatlah sampai ke kl... biarpun terlambat dari waktu sepatutnya... hehe...

apa yang aku bawak balik? hahaha... macam-macam ada. penuhlah beg. sampaikan terkopak roda sebelah! hahaha... tak tipu, weihhh... hehehe... sikit lagi nak over limit 30 kg! ahakss.. :P

eh... oklah, sampai sini je cerita. hehehe... tengoklah, esok-lusa aku ngarut lagi ke... hehe.