yeeehaa!!!

salam frenos sumer...!

alhamdulillah... akhirnya, kerja keras selama berbulan-bulan sebelum ini berbaloi jua... tak sia-sialah memerah ilham, bersengkang mata dan berkorban bermacam-macam perkara semata-mata untuk memastikan hasil yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ditetapkan. terasa kelesuan dan kelelahan yang membungkus diri terbang entah ke mana bersama hingar-bingar sewaktu keputusan kemenangan diumumkan dalam dewan yang serba 'gagah' terbina itu!

di saat-saat awalnya, tiada harapan langsung yang diletakkan untuk menjadi sandaran semangat... mujurlah, bila baki minggu pertandingan masih kurang 3 minggu lagi, ada pula suara semangat ditiupkan sekaligus menjadi pencetus yang mulai membakar hati-hati muda yang baru ingin bertatih dalam pertandingan yang serba memerlukan isian ilmu di dada ini.

biarpun kami bukanlah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, tapi memadailah berada di kedudukan 3 yang teratas. dan untuk menambahkan lagi 'madu' kemenangan ini, buku projek yang terhasil ternobat sebagai yang terbaik! alhamdulillah... :)

*********************************************

betullah kata orang-orang tua, kalau tak dipecahkan labunya manakan dapat menikmati sagunya... dan untuk mendapat kejayaan, bukan sedikit ranjau yang perlu diharungi.

walaupun mem memang teringin nak datang ke dewan untuk menyaksikan kami, tapi nak buat macam mana, ada urusan di pejabat yang perlu dibereskan. takpe, sayang. its ok. cukuplah dengan kata-kata perangsang dari awak setiap hari... hehe.. ;) kesian mem sebelum ni. sebab dalam tempoh aku dan kengkawan nak menyiapkan projek ni, banyak masa aku terpaksa dihabiskan di pejabat. setiap hari mem terpaksa balik kerja sendiri dengan naik teksi sebab aku tak sempat nak jemput dia. dan setiap hari sabtu serta ahad, aku 'berkampung' pulak kat ofis dari pagi sampai malam... ih.. ih.. ala-ala terabai gitu... sian my mem... apapun, terima kasih sayang, sebab sabar dengan kesibukan saya selama ni... :) muahss!

hari ni aku akan balik rumah mak, ih.. ih.. tak sabarnya nak cium tangan mak. sian mak, anak nakal dia ni dah lama sangat tak balik rumah. cuma telefonlah penghubung kemesraan. ih.. ih.. rindunya... mak dah tahu pasal kemenangan kitorang, aku call mak masa tengah drive balik dari dewan tu, hehehe... tak sabar kaedahnya! ahakss. banyak sangat perkara yang nak diceritakan ni... :)

errr... aku rindu kucing-kucing aku kat rumah mak tu! hehehe... siaplah korang kene gomol dengan aku nanti! tunggu la ekk! hahahaha

eh, ok lah... aku berenti dulu setakat ni... insyaallah nanti bersambunglah lagi cerita aku ye. jaga diri korang baik-baik ye... adioss frenoss!
mengadu le ni... hehe

salam frenos...!

perghhh... sesungguhnya hari ini sememangnya meletihkan... sebentar tadi, aku dah terlelap sebenarnya kat depan laptop ni. duduk bersila atas lantai, tangan kiri menongkat dagu, tangan kanan pada keypad, mata aku sempat terkatup dalam 5 minit kot, ntah2 lama lagi... hehehe... sadisnya...

hari ni, aku kene jadi 'cikgu'... dari pukul 8.30 - 5.00 petang... ayokkk haruslah kaki sakit-makit dan lutut lenguh-lengai dek kerana berdiri lama. dah tu kena hadir meeting sekejap waktu lunch hour nya... wah wah wahhh... ala2 macam takde suis merah untuk rehat pulak kan? ahakss :P

tu le dianya penangan kerja aku hari ni... esok pagi ada exam wajib dan meeting lagi sebelah petang. dan sebelum balik kerja tadi, member ofis aku ada mengingatkan aku, kemungkinan besar sabtu/ ahad ni aku kena g ofis lagi... erkkss. sian mak aku, dah sebulan lebih ni aku tak balik rumah... ih.. ih.. ampun mak... ya ampun...

takpe.. takpe... insyaallah bulan depan, kerja-kerja aku akan berjalan seperti biasa... seperti yang dulu2.. hehehe... kene makan 'tongkat' dan 'kacip' kot nak bagi sentiasa bertenaga! ehekss

k lah frenos, my mem dah panggil tu... tadi dia bikin kek coklat, haaa tu nak suruh 'jaws' ni makan le tu... ehehehe... (terima kasih ye sayang... muahss!)