malam aidiladha...

Salam frenos...!

alhamdulillah, kita masih berpeluang mendengar takbir raya haji lagi malam ini. dalam kesihatan yang serba menginzinkan ini, sama-samalah kita mensyukurinya dan menghargai akan nikmatnya.

bagi sahabat-sahabat yang sedang dilanda musibah, meh le kita sama-sama mendoakan agar kesusahan, keperitan yang diharungi bakal diganti dengan nikmat yang tiada terkira hebatnya. sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui akan segala perancangan yang terbaik bagi kita. dan tidaklah juga sia-sia segala pengorbanan, kesabaran, serta airmata yang mengiringi setiap onak dugaan.

bagi sahabat-sabahat yang sedang meraih kejayaan dalam hidup pula, tahniah aku ucapkan dan moga selepas ini akan ada lagi kejayaan yang lebih bermakna dapat dikecapi. tapi jangan lupa, apabila kita sudah di atas, teramat sakit rasanya bila suatu hari kita tersungkur nun jauh di bawah. jadi, sedia-sediakanlah 'tilam' sebagai lapiknya nanti. ;)

aidiladha akan sentiasa mengingatkan kita tentang hebat dan besarnya erti pengorbanan. di mana hanya nyawa yang menjadi galang-ganti dan hanya sabar yang menjadi benteng kekuatan.

salam aidiladha dari aku dan mem...
adehh...

salam frenos...!

pekabar korang sumer? aku? alahaii... sihat je, cuma mata ni sakit sikit. dah lama sebenarnya aku terasa mata ni macam ada sesuatu je kat dalamnya, tapi dek kerana rasa malas dan ambil mudah aku, maka semakin teruk le keadaannya. hehehe... padan muka! dan bukan sedikit orang yang menasihatkan aku suruh pergi jumpa doktor. mak dah pernah bebelkan aku sebelum ni dan mem pun lagi le dah panjang bebelannya. tapi tu la, degil aku ni! ih.. ih..

maka hari isnin lalu, kemuncak kepada kesakitannya telah menyebabkan aku 'gagahkan' juga diri bersemuka dengan doktor. kalau sebelum ni, aku boleh le tahan lagi rasa sakit tu dengan cara tekan kuat-kuat kat tempat sakit tu, tapi dah tak boleh lagi redakannya. mata sebelah lagi yang tak sakit tu pun dah susah nak dikedipkan sebab terasa sakit jugak. mata putih dah tukar jadi 'mata merah'! macam niyang rapik la pulak... ehekss.

jadi, sesi bertemu doktor pagi isnin tu menjadi 'kerisauan' yang amat sangat pada aku. apalahh agaknya doktor tu nak buat kat mata aku ni ekk? jeng jeng jeng... errr... melangkah je masuk ke bilik doktor pagi tu, doktor dah pandang semacam je. yelah, mata merah kan... tak payah cerita panjang-panjang lagi. bila dia bangun je dari kerusi dan mendapatkan aku, aku dah mula cuak! ayokkk haruslah dia nak mendekatkan wajah ke muka gue! hahaha... mak nervess larr! rupanya dia nak suluh-suluh mata aku ni. adoihh... pedihnya rasa. banyak kali jugak la aku terpaksa tarik kepala aku dari tangan dia sebab aku tak tahan dengan sakit + pedih silau cahaya lampu tu. ngehngehngeh... melawan mak noks! eheks

aha, lepas dia dah godek-godek mata aku, lepas tu dia pun mula la panggil assistant dia. alahaii... adik manis la pulok. maka bermulalah sesi korek-korek mata. ayokkk! pasrah je larr... kali ni memang menguji kesabaran aku la untuk menahan sakitnya. ih... ih... alhamdulillah, berakhir jugak sesi korek-korek ni. dan kali ni, doktor punya turn pulak bebel aku. dia kata ada 'partikel' putih kat dalam mata, dan dia dah keluarkan... tapi, mende tu dah buat mata terluka sikit. tu yang sampai urat-urat mata dah timbul dan memerah. mujur la takde jangkitan.

so hari ni, alhamdulillah dah semakin ok le mata aku. 2-3 hari ni memang kabur le sebelah mata sampai nak baca signboard ka, mende-mende kat pc ka, semuanya macam bermasalah je. muka orang pun nampak berbalam-balam je. tapi sakit yang ditanggung selama ni semakin menghilang... itu yang lebih utama. :)

gitule ceritanya hari isnin lepas... hehehe. eh, lupa nak bagitau, err... gambar mata di atas bukanlah rupa mata aku ye. hehehe haruslah bukan aku si mata biru. aku bermata coklat kehitaman! eh, ada lagi lupa nak bagitau, errr... assistant doktor tu matanya cantik! hahahaha... :p

k lah, sampai sini dulu cerita gue! adioss frenoss... jaga diri bebaik k... ;)