saudagar al-minyak wangi wal murah lagi...

salam frenos...!

perghhh... nih, aku nak khabarkanlah pada korang semua bahawasanya lya dan aku kini sudah mulalah menjadi saudagar al-minyak wangi wal murah harganyerrr... hehehe. kalau kengkawan semua kepingin untuk memilikinya sendiri mahupun menghadiahkannya kepada seseorang atau berorang-orang, bolehlah menghubungi aku ataupun lya melalui email kitorang.

untuk makluman korang, satu set/ satu kotak tu harganya RM40 - RM45. tapi kalau korang nak beli lebih, bolehlah kami beri diskaun kisahnyerr... ;)

zaforro@yahoo.com.sg
Lya_rieya@yahoo.com

gitulah lebih kurang makluman daripada aku setakat ini... hehe
'take-a-break'...





salam frenos...!

terawal kalamnya, salam ramadhan al-mubarak dari kami berdua. moga segala keterlanjuran selama bersahabat ini, bisa kalian maafkan... :)

wah, berlangkah bulan nampaknya, tidak mengapdet kisah di sini. rindu sebenarnya nak menuliskan kisah bersilih ganti tapi itulah, masa sentiasa tangkas memintas bak pedang panjang yang tajam. usahlah diungkit akan bebanan kerja yang digalas, kerna seakan-akan jemu nak menyuarakannya. iya, memang sibuk kebelakangan ini, lantaran memenuhi kehendak dan keghairahan majikan ingin 'menggondol' status kualiti unggul yang sentiasa diidam-idamkan oleh kebanyakan bos-bos. segala-galanya perlu diatur-selia semula, perlu ditambah-baik, perlu disusun-atur secantiknya... aduh, pening deh! persiapan nak raya pun tak sekompleks ini.

tapi, mujurlah ada frenos yang rajin lagi baik hati pula untuk menganjurkan beberapa 'acara hebat' bagi memberi ruang pada diri untuk bersantai seketika. terima kasih ye cik blue, cik leen. bersama-samalah kita rerajin mencari ruang untuk memberi 'take-a-break' pada diri kita ek ;)

* akan aku fikir-fikirkan juga acara-acara lain untuk merehatkan diri ni... :D errr selain dari ngasap! hahaha...