hilangkan mendung itu...

ada gelisahkah sedang bertamu?, atau,
ada durjanakah sedang bertandang?

sabarlah
tenanglah

biarpun jauh mendung itu direnung,
susuk cahaya yang dicari terkadang tidak terjangkaukan.

pejamlah matamu
bayanglah pelangi itu

biarpun tak tersentuh
namun ia ada tersirna di hatimu

senyumlah
hiasilah

biarpun tak terdaya
namun ia bisa menghapus lara...

jariku luka lagi... :P
salam frenos!

kalau rasa imej-imej ni boleh mendatangkan pitam kat korang, baik tutup je... hehehe. sorry le aku masukkan gambar cenggini...




kisahnya berlaku ahad minggu lepas lagi, waktu aku balik ke rumah mak. 'eksiden' pulak dengan pisau yang sedang diasah dengan penuh kesungguhannya! (ahaks) maka terhasillah 'ukiran' unik kat jari hantu aku ni... :P hek hek hek...


ih... ih... ih... nih bukan tahap luka pada jari si dayang dalam cerita Raja Bersiong tu lagi... ntah apa kategorinya pun aku tak tau le. mujurlah boleh berlakon macam takde apa-apa depan mak aku... hehehe. tapi berkerut-kerutlah jugak menahannya.

apalagi, minyak gamatlah menjadi bahan untuk 'menyambung' kembali daging yang telah terpisah tu... (ngeri tak ayat nih? haha) dan darah yang mengalir macam air sirap pekat tu aku biar je dijirus air paip kat sinki, sampai merahlah jugak sinki tu... (saja kan tambah ngeri lagi.. hehe) tapi, muka, memang menten la beb! dalam hati kalu, ayoohhh serupa itu siren ambulans la adik manis!

pulang dari rumah mak, masih dalam kereta lagi, baru aku ceritakan kat lya. haa tu diaaihhh dia punya muka, tak tau nak ekspresi lagu mana! hehehe... terus suruh singgah kat kedai nak beli plaster.

"nak plaster kat jari ke kat hati?", dengan sengih-sengih aku berkata.
"BUKKK!!"
"adehh...", sambil membetulkan kepala yang disekeh! hahahaha....

hehehe... maka bermula saat itu, jari aku kuranglah dapat digunakan untuk kerja-kerja seharian. alahaiii... susahnya bila rasa kurang sempurna ni kan? tu baru hujung jari je kena 'siat' dek pisau. ntahmacammana la kalau lebih teruk lagi... ih.. ih.. nau'zubillahh...

alhamdulillah, hari ini, luka sudah beransur sembuh. cuma sesekali terasa lagi pedih dan peritnya. kulit baru pun sudah muncul...

k lah, insyaallah aku sambung lagi nanti berkisah di sini. adios frenos!
ungkit pasal kasut...
pagi tadi, di radio ada cerita tentang koperasi sekolah yang nak dijadikan semacam "one-stop-centre" kepada barang-barang persekolahan seperti buku-buku dan pakaian murid-murid. selama ni, kebanyakan koperasi sekolah hanya menjual alat tulis sahaja. kalau ada pun pakaian, mungkin terhad kepada baju T cap sekolah yang berlabel rumah sukan masing-masing.

baguslah kalau gitu kan. cumanya, jangan pula nanti ada isu pasal harga yang tak berpatutan lagi tidak munasabah. menambah beban dan menyakitkan hati para ibubapa je.

entah kenapa, bila aku dengar je isu ni, aku terbayangkan kasut sekolah aku dulu-dulu. cukup sentimental sekali kalau aku mengungkit pasal kasut ni. hehehe... meh, kalau nak tahu apa yang bermain di kepala aku sekarang ni...


ini la lebih kurang rupabentuk kasut sekolah aku zaman dulu. puas jugaklah aku meng-google gambar-gambar kasut sekolah ni, jadi ni antara yang look-alike la... hahaha. terima kasih la pada tuan punya asal gambar ni yang sudi berkongsi gambar kat internet. sebabnya kalau aku nak cari kasut aku tu, haruslah sekarang dah jadi kompos kat klang tu... hehehe. ohh, aku memang sukakan kasut bertali. macam menganyam tikar je bila masukkan tali-temali tu kat lubang-lubang yang ada kat kasut tu! hahaha... layan!

aku juga tidaklah begitu rajin sangat nak memutihkan kasut tapi, kalau omak dah bising, aku cucilah jugak... hehe.



haa tu diaaihh!! sekali dah membasuh, kat pagar rumah le tempat kasut tu ditenggekkan. pastu aku akan tersenyum sendiri kalau dah basuh dan sangkut kasut tu, sebab macam tak caye je aku yang membasuh! hehehe. macam kepuasan di tahap maksimum pun ada gak.

kasut hitam ni pulak menjadi 'kesengsaraan' bagi aku bila tiba waktu aku di 'short-listed'kan menjadi pengawas. menjadi kewajipan pulak tu untuk berkasut hitam kalau jadi pengawas. aku tak suka seyy... :P

dan ini antara kasut-kasut idaman aku waktu tu...



setiap kasut aku tu ada kisahnya...

kasut yang kotor yaamats tu bukannya sengaja aku kotorkan. tak... malah aku cukup sayangkan setiap kasut aku. cumanya, jalan yang aku tempuh setiap hari sememangnya berdebu dan penuh dengan asap kenderaan yang hitam. bahu jalannya masih bertanah merah di sesetengah tempat dan ada juga tempatnya yang aku terpaksa meranduk belukar dek kerana nak memintas jalan. selalunya kasut aku akan bertahan bertahunlah jugak. disebabkan aku kurang menggosok kasut untuk elakkan daripada cepat koyak. kalau korang tengok jari kaki aku sekarang, semuanya macam terbantut, tak 'tumbuh' panjang... hehehe. sebab aku tetap pakai kasut yang elok biarpun dah ketat. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...

kasut hitam tu punya cerita lagi haru. gara-gara pemakaian kasut hitam adalah diwajibkan kepada pengawas, maka aku ambil keputusan untuk 'resign' saja. takpelah tak jadi pengawas pun. asalkan aku tak perlu mengeluarkan belanja untuk memilikinya. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...

kasut-kasut idaman tu pulak hanya menjadi jamuan mata aku saja. tak berani nak suarakan pada mak. cukuplah tumpang seronok tengok awek-awek kat mgs ka, convent ka, pakai kasut gaya gitu... ahakss.

dan antara banyak-banyak kasut yang aku ada, pernah la sepasang yang menjadi 'pujaan hatiku' disebabkan keistimewaannya. bukannya apa, kasut tu dihadiahkan oleh seorang cikgu yang selalu buat hati aku cair secairnya. tak mahal pun kasut tu. tak trendy pun. tapi sungguh berharga bila disampaikan kepada aku dari tangannya sendiri dengan ucapan semangat, harapan dan doa serta airmata kasihnya. sungguh aku tersentuh waktu tu... sampai sekarang aku takkan lupakan segala kebaikan dia pada aku. aerghhh ai sentap jap k...! :P

k lah, itu saja yang aku nak kongsikan serba sedikit kisah kasut sekolah dalam hidup aku... niat di hati nak panjangkan lagi, tapi jari sudah sakit larr... ayakkk...!! nanti korang tau la kenapa. will story-mory later k... ;)

adioss frenoss...!