kerana...




saya sungguh tidak suka bila ditinggalkan keseorangan di rumah. fikiran mula menerawang ke berbagai-bagai 'simpang'. kelakukan mula tidak seperti sediakala. mulut terkunci. badan terkaku.

agak bingung bila berada dalam situasi begitu. yang peliknya, dalam fikiran ada macam-macam idea, tapi, jasad seolah-olah tak mahu melaksanakan misi-misi yang difikirkan. bagaikan ada ketidakstabilan di situ...

saya selalunya akan menutup kesemua lampu di rumah sebelum masuk tidur. tapi, bila saya keseorangan, saya rela lampu putih menyinari ruang rumah. saya terasa ditinggalkan bila berada dalam kegelapan yang sebegitu!

ohh... semua ini kerana cik kekasih hati pulang beraya di kampung dan terpaksa meninggalkan saya sementara di sini! perghhh!! sakit jiwa ok... :p

sewaktu menghantar cik kekasih di balai berlepas KLIA, saya rasa senyum saya dibawa bersama-sama dirinya. biarpun serombongan pramugari MAS sedang meliuk-liuk lalu di hadapan saya selepas itu, saya kehilangan pesona untuk melekatkan pandangan gatal saya pada bayang-bayang mereka. tiada tarikan di situ.

tetapi, bila tibanya hari untuk saya menjemput cik kekasih di balai ketibaan, saya memandu sambil tersenyum, tersengih, biarpun di waktu itu saya sedang menempuh kesesakan lalulintas di kota tempat saya bekerja. saya tidak marahkan pengguna jalanraya yang memotong saya dan memasuki lorong tanpa memberi isyarat. sebaliknya, saya hanya berkata, "ok, ok, takpa".

dan segalanya kembali seperti biasa sekarang... :) semangat saya sudah terbit semula. tubuh saya telah seiring dengan rasa, fikiran dan jiwa...

cik kekasih tidak perlu buat sesuatu yang hebat. cukup sekadar ada di sisi saya. menikam jantung saya dengan pandangannya. mematikan bicara saya dengan tuturnya dan meledakkan tawa saya dengan keletahnya.

dan,
kerana memanggil saya, "sayang"...
saya nak tulis ni khas untuk awak... :)


awak,

alhamdulillah, kita masih bersama lagi sehingga ke saat saya menaip ayat ini. saya tak peduli orang nak kata kita baru ka, lama ka, yang penting, setiap hari adalah berbeza. setiap hari saya menambah pengalaman sendiri. setiap hari saya akan belajar sesuatu yang baru, samada tentang awak mahupun tentang saya. samada tentang sesuatu yang menggembirakan mahupun yang memilukan.

kita dua-dua pemalu. tapi sebenarnya kita dua-dua selamba dan buat hal sendiri je. kita dua-dua pemerhati. tapi sebenarnya kita dua-dua kaki bising dan becok. kita dua-dua tak suka jalan kaki jauh-jauh sangat, sebab sakit kaki, tapi sebenarnya kita amatlah suka jalan-jalan makan angin sambil memuji indahnya alam yang sedang dinikmati.

awak,

kadang-kadang saya rasa diri saya macam kanak-kanak yang amat nakal dan ngengada bila tiba masanya. kadang-kadang pula, saya rasa diri saya macam 'top chef' perasan yang suka tanya awak "sedap tak bau ni?" sewaktu buat awak terbersin berkali-kali bila masakkan sesuatu di dapur comel kita tu. tapi, sebenarnya, saya rasa diri saya amat bernilai, bagai loket emas yang awak sayangi tu, bila awak pandang saya dengan 'tikaman mata sakti awak tu, yang sering buat saya ter-offside-lane bila memandu.

awak,

kita lalui bersama saat indah, suka, duka, sempit dan cemas selama ini dengan sabar dan keyakinan penuh. saya harap, saya akan terus menjadi seorang kekasih yang selayaknya untuk awak. terima kasih, sudi memegang tangan saya hingga ke saat ini... terima kasih, kerana tidak jemu menjadi penguat semangat saya biarpun saya sedang kehilangan perkataan untuk memujuk diri sendiri.

moga kehidupan yang bahagia adalah hadiah yang terbaik untuk awak. dan semoga dalam hidup yang bahagia itu, saya bisa menjadi sebahagian daripadanya...


menyayangimu setulusnya,
zaf...
airmata syawal...



yer, bila tibanya syawal, tibalah juga musim tengkujuh aku. katalah aku apa saja. lembik, cengeng atau pelakon airmata. sememangnya aku akan teramat sensitif. sifat yang nampaknya agak susah untuk aku kurangkan biarpun usia semakin meningkat dan pengalaman semakin mendewasakan.

bermula daripada mengucup tangan kedut ibu dan memeluk tubuh tuanya di pagi syawal, telah membuka 'pintu empangan' airmata aku. seterusnya 'membawa bekal' untuk ayah yang tempat diamnya nun jauh di alam yang berbeza, memberatkan lagi kesayuan yang sedia ada menebal di hati. dan hiba aku makin bertambah bila melihat ibu masih mengalirkan airmata yang sama seperti di awal pemergian ayah dahulu. kasih ibu masih terpancar. sayang ibu masih tersirna. dan biarpun masih terasa embunan 1 syawal, ada kehangatan doa dari seorang kekasih buat kekasih yang dirinduinya sedang bergema...

dan tentunya banyaklah drama, filem, telefilem, dokumentari atau rencana khas yang bersangkutan dengan 'semangat' syawal. bukalah siaran mana saja, samada yang percuma mahupun yang berbayar, pasti ada. yang boleh buat aku ketawa besar, aku akan ketawa. tapi, kalau yang buat aku cengeng kembali, habislahh... :p dan yang paling akan men-spoil-kan lagi keadaan, kalau aku 'tertonton' siaran kisah anak-anak kecil yang kekurangan kasih sayang keluarga dan hidup serba kekurangan... ohh, sangatlah akan menyebabkan aku kelihatan amat 'naif'! hahahaha (sadis!)

apapun, syawal adalah bulan yang sungguh menginsafkan buat aku. memberi peluang kepada aku untuk merenung kembali kepada kehidupan lalu, sekarang dan yang bakal aku tempuh. memang bukan sedikit airmata yang 'terkorban', tapi bagai suatu kepuasan untuk melepaskan sesuatu yang terpendam...

kadang-kadang kita perlukan suatu alasan lain semata-mata ingin melepaskan sesuatu yang tersimpan di hati... dan aku perlukan airmata untuk melakukan tugasan itu. mungkin aku kelihatan menangis kerana seorang budak lelaki di sebuah yayasan anak yatim yang sedang menceritakan kerinduannya untuk beraya bersama ibu di kampung, tapi realitinya, aku sedang melepaskan suatu rasa yang sedang terbuku di hati...

sekali lagi, aku bersyukur, masih lagi berpeluang menyambut syawal bersama keluarga, kekasih, sahabat, dan kalian yang membaca perkisahan aku ini... moga kita dilanjutkan usia untuk bersama lagi di syawal akan datang...

salam dihulur, maaf dipinta... :)
"siapa aku" di syawal ini...



salam frenos!!

owh... salam aidilfitri daripada aku dan lya...! ye. ye. aku tahu, lambat sangat baru nak bersalam-salam raya kan. hehehe... ampunkan diriku wahai sahabat. sekian lama menanti ilham dan semangat untuk menaip perkisahan semula, baru di dingin pagi ini aku mendapat 'kekuatan'! perghh! sungguh dramatik! dan korang perlu tahu juga, semangat menaip ini aku perolehi sambil menonton "America's Next Top Model"... hahaha (gila!)

menonton 'perkisahan' model-model yang mengejar status terbaik antara yang terpilih, ada sesuatu yang mengesankan pada aku. tentang prinsip. bagaimana mendisiplinkan diri untuk terus berpegang dan yakin terus-terusan dengannya. tetapi, sebelum menetapkan sesuatu prinsip dalam hidup kita, yang paling utamanya, sudah tentu untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu! tak guna sekiranya tidak mengenali diri sendiri.

andai masih tak ketemu jua siapa diri kita sebenarnya, maka mulalah kita bermain dengan topeng-topeng yang berwarna-warni. berusaha untuk memadankannya dengan diri kita setiap masa, tetapi masih tidak serasi. hinggalah suatu masa, mungkin topeng yang ke-11, ke-51, atau ke-1001 yang benar-benar menonjolkan siapa kita sebenarnya.

tapi, apapun, untuk menampakkan diri kita yang sebenar bukanlah semudah menanggalkan topeng yang ada... selagi kita masih tak ketemu jawapan "siapa aku", selagi itulah ada topeng yang sedang melekap di wajah sebenar kita... dan selagi persoalan itu tidak berjawab, hiduplah kita dengan prinsip yang kadang-kadang mudah untuk digoyahkan. dan akhirnya, yakin pada diri itu semakin menipis dan merapuh...

moga kita sama-sama terus 'kuat' selepas ini.

salam kemaafan di syawal ini...
sentap dek rabun...

salam frenos...! :)

moga sihat sejahtera aman bahagia sentiasa. kalau ada yang sedang bergering, harap kembali segar-bugar ye! jangan malas-malas makan ubat. namun, bagi sahabat yang sedang berduka, aku doakan agar tuhan akan merahmati hidup kalian sentiasa... sabarlah menempuh segalanya...

tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berbicara tentang kenikmatan yang kita kecapi saban hari...iaitu tentang pancaindera kita. bukan alang kepalangnya andai salah satu pancaindera kita diuji oleh tuhan. salah satu, adalah indera penglihatan. amat mahal sekali nilainya hingga tiada nilai yang bisa diletakkan padanya sebagai ukuran.

aku bukan seorang yang rabun, tapi, dek kerana suatu sebab yang menyebabkan aku terpaksa 'dirabunkan' sementara, maka aku dapat rasai pengalaman menjadi seorang yang tersangat rabun dan kabur selama lebih kurang 6 jam. hmmm... agak terseksa sekali.

awalnya aku tak perasan pun kesannya disebabkan aku mengantuk dan terlelap sebentar. tapi lama-lama baru tersedar, tapak tangan sendiri pun aku tak dapat nak cam. tak puas hati, aku cuba lihat ke skrin handphone, wah! langsung tak nampak apa pun perkataannya, malah imej background pun tak boleh nak dikenalpasti... perghhh! panik sekejap! tapi, penjelasan daripada 'adik manis' yang ada di situ telahpun meredakan ke-panik-an aku akhirnya... hehehe =D

berada dalam 'kekaburan' sememangnya menguji minda dan hati aku. bagaimana indera yang ada ini amat terbatas dan teramat memerlukan bantuan daripada orang lain. itupun mujur masih dapat melihat biarpun hilang kejelasan. syukur... kerana duniaku masih belum gelap gelita... terasa insaf bila mengenangkan insan-insan yang diberi dugaan berat ke atas indera yang satu ini. moga tuhan permudahkan hidup mereka sentiasa...

oh, gambar di atas bukanlah imej mata aku. sekadar berkongsi keadaan rupa mata aku yang hampir menyerupai gambar ini. jangan risau ye frenos... :) tidaklah seteruk gambar ni sangat...

oklah, terpaksa direhatkan dulu tulisan aku hingga di sini. insyaallah, bakal disambung lagi nanti... =) jaga diri kamu baik-baik ye...

adios frenos!
nafas, senyum, ayat dan luka...
nafas itu ada harganya
janganlah mudah disia-sia
andai terputus termati nanti
usah dicari penebus untuk mengganti

sebuah senyum dan sebaris ayat
dihulur bersadur kasih yang dipahat
bukan hendak dipuja menjadi hebat
semoga diharap menjadi pengubat

peritnya luka akibat nista
usah diagak bisanya tidak bersisa
itulah nasib perlu diterima
sedialah diri kuat selamanya


=D
Fantasi Cinta (Khafi)

Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda
Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi
Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku
Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Korus:
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cinta kan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika itu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu
Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu
Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh
Ku di sini untukmu
Kau bersedialah untuk menerima
Cinta yang takkan luntur
happy birthday to me... =)




selamat ulangtahun kelahiran yang ke 33 wahai si zorro yang tembam! -hahahaha-

tahun ini agak istimewa 'pengisian' hari jadi aku. berbagai peristiwa, bermacam lagak dan ragam orang, yang aku lalui dan alami. semuanya buat aku berfikir dan bermenung kembali mengenali diri sendiri. yang istimewa, akan terus ditakhtakan di hati. yang meruntun jiwa, akan menjadi pengajaran supaya tidak diulangi lagi.

kepada kekasih, sahabat, kawan, adik, kakak, insan yang disayangi dan juga yang pernah menjadi pujaan aku suatu waktu dahulu, terima kasih atas segala ucapan dan doa yang disampaikan kepada aku mahupun sekadar tercetus di dalam hati kalian. sangatlah aku menghargainya... =) moga doa kita sama-sama dimakbulkan tuhan.

harapan aku, semoga tuhan memberikan aku peluang untuk mengecapi kejayaan yang aku idamkan dan mampu membahagiakan orang-orang di sekeliling aku. tiada lagi yang aku impikan selain mendapat kebahagiaan di dunia selagi umur masih berbaki dan kesejahteraan di akhirat bila terhenti segala rezeki.

terima kasih sekali lagi, atas ucapan-ucapan yang menyemarakkan semangat mahupun yang mengharukan hati kecil yang mudah tersentuh ini...

~lya: hadiah istimewa itu ada pada awak...~
hujan petang tadi...
salam frenos...!

perghhh!! petang tadi hujan turun lagi. ingatkan sempatlah reda dan berhenti sebelum waktu kerja habis, tapi berterusan menumpah diri menyejukkan bumi. seperti biasa, aku masih seperti dulu-dulu. suka menempuh hujan. suka meredah lebat air dingin. tapi, kalau dah sampai tahap ribut tu, tak beranilah juga... :)

jadi, sewaktu jalan disibukkan oleh deretan kereta-kereta, sempatlah fikiran menerawang. dan banyaklah masa untuk melilau melihat sekeliling. dalam kelekaan aku sedang meneleng-neleng kepala ke sebelah kanan tingkap, tetiba... GEDEBANGG!!!

ayakkkk!! ada motosikal sudah terjatuh kat sebelah kereta aku! terperosok kat tayar kereta avanza kaler hijau yang dipandu oleh seorang gadis berlesenkan 'P'. cuak juga aku mulanya. akukah yang melanggar dia? eh, takkanlah... aiyyooo...

avanza tu kelihatannya macam panik, dan tak berhenti dengan cepat. maka, si penunggang pun kelihatan macam kena gilis dek tayar dia. pemandu tu panik gamaknya! aiiyyoooooo.. aku, apa lagi. teruslah berhentikan kereta agak ke depan sedikit. cuba beri laluan untuk melihat keadaan dengan lebih jelas.

perghhh!! alhamdulillah larr... sipi-sipi saja. tak sempat digelek dek tayar avanza. rupanya penunggang motor tu hilang kawalan. takde sesapa pun yang melanggar dia. yelah, jalan licin. pastu macam menuruni bukit sedikit. mungkin tayar motor dia pun dah kurang 'bunga', tu yang kurang cengkaman gamaknya.

dan penunggang motor itu serta pemboncengnya, tak mengalami sebarang kecederaan serius...

habis kejadian itu, aku teruskan pemanduan. tapi, dalam kepala ni bermain pula persoalan lain. chewahhh hehehe. disebabkan kes motor yang terjatuh sebelah kereta aku tadi, aku terus mengaitkannya dengan kehidupan. waaa... hehe

kenapa motor tu terjatuh? hilang kawalan kan. sebab apa? sebab jalan licin. sebab tayar motor dia dah haus, bunganya dah menipis. kalau tayar tu masih tebal bunganya, tentu lebih mencengkam. dan dia juga mungkin kurang risiko untuk hilang kawalan dan terbabas.

kesimpulan yang aku dapat fikirkan waktu itu, hidup ini sememangnya perlukan halangan. halangan itu sebenarnya punya banyak hikmah tersembunyi. untuk mencapai sesuatu, tiada jalan mudah yang terbentang untuk kita. mungkin kita ditakdirkan untuk senang melepasi sesuatu halangan ataupun mungkin tiada halangan langsung. tapi, sedarkah kita, kita mungkin bakal tersungkur di kemudian hari kelak?

ujian yang terpaksa kita lalui bukanlah ditakdirkan tanpa ada tujuannya. sepatutnya kita bersyukur. bersyukur kerana kita diberi masa untuk 'berhenti seketika' bagi merenung kembali usaha yang kita curahkan. mungkin juga 'berehat sebentar' bagi mendapatkan sokongan demi menguatkan semula semangat yang seakan luntur. hebat kan? sungguh besar rahsia sesuatu ujian itu.

dan selepas aku habis membuat kesimpulan, aku senyum sorang-sorang. tentu ada hikmah juga jem yang berjam-jam ini... hehehe... :) sabar je la! ahaks :P

kepada semua, mehlah kita sama-sama sabarkan diri. berdoa. moga kita terus tabah menempuh ujian saban waktu. janganlah menyalahkan sesiapa kerana segala-galanya punya rahsia tersendiri mengapa sesuatu itu terjadi. tiada sesuatu itu diciptakan tanpa sebab musababnya. rahsia itu hanyalah milik-Nya.

jaga diri bebaik ye frenos...! :D
jangan...
jangan menangis
wahai tubuh si kedek-kedek
simpanlah airmata itu
mungkin di suatu hari
yang sememangnya lebih berharga
lagi bermakna
untuk dicurahkan

jangan ditangisi
wahai tubuh si kedek-kedek
tiada apa yang hilang
tiada apa yang kurang
kerna sememangnya kasih ini
ikhlas dan tersendiri
hanya buatmu

jangan ada tangis lagi
wahai tubuh si kedek-kedek
hapuslah segala duka
dihias warna-warni sang cinta
yang cahayanya gemilang berkilau
dibawa sang arjuna
untuk menemanimu
di sisi selalu
hati mula tenang...
salam frenos... :)

tiba-tiba jari aku mula mengetuk kekunci keyboard ini semula. yeahh, mulalah kerinduan untuk menulis kembali memekar. nak tahu kenapa? sebab hari ni hujan lebat! hahahaha... macam pelik, kan? tak tau la pada orang lain. aku beginilah. bila hujan, waktu itulah juga ilham menulis mencurah. terlahir daripada hati, terpancar daripada sanubari. tapi kadang-kadang, tak perlu menunggu hujan di langit turun, cukup juga bila ada sesuatu yang bisa mengundang mendung di hati, maka tak berhentilah 'hujan' yang turun dan ilham yang membuak-buak.

ok, ok... tinggalkanlah dulu soal hujan-hujan ni. ada masa nanti, bakal aku sambung lagi bercerita tentang hujan dalam hidup aku. :)

alhamdulillah, berminggu-minggu sebelum ini yang sungguh membebankan aku, berjaya dilepasi dengan berjayanya. berkat kesabaran, doa, sokongan dan pujukan, maka berdaya juga aku laluinya.

kes aku yang hendak dinikahkan dengan seorang pemuda akhirnya menemui jalan noktah! ye.. ye.. sudah tutup cerita! di suatu petang, aku nyatakan kepada mak yang aku tak dapat terima dia. aku sampaikan pada mak betapa aku terasa bagai tidak diambil endah langsung sewaktu hari makan-makan yang diadakan sengaja untuk mengenalkan dia pada aku. dahlah aku korbankan rasa dalam hati aku ni, semata-mata untuk memenuhi kehendak mak, alih-alih si mamat tu buat tak tau jer bila aku dah ada di depan mata. oh, sungguh tidak reti mengurat langsung! kesimpulannya, aku katakan pada mak, "mamat tu pengecutlah mak! sepatah haram pun dia tak cakap apa-apa. nak kene tepuk dahi dulu ka baru tau ngurat?" dan mak hanya tergelak besar dengar aku bebel-bebel di petang hari itu... hehehe

akhirnya mak akui, mamat tu memang kurang sesuai dengan aku. mak juga tak begitu menyenangi perangai mamat tu yang tak reti nak berbudi-bahasa. 'kurang ajar' lebih sesuai perkataanya. rupanya famili angkat mamat tu yang terlebih-lebih nak jodohkan kami. kalau korang nak tau, diorang plan nak nikahkan kami sebelum raya tahun ni! gila! jangan harap!

jadi, kembalilah hati ini menjadi tenang. mujurlah kekasih hati tetap setia bersama aku mengharungi saat-saat yang sememangnya meletakkan aku dalam keadaan serba salah. terima kasih, sayang. terima kasih yang amat sangat...
sikit je... ;)
hati aku dah senang sikit sekarang ni... hehehe =D

nanti aku cite ye. sekarang tengah sibuk menyiapkan tugasan. biasalah bos aku, suka nak menyusahkan aku! hahahaha... :P

owh, sekarang ni musim penyakit demam dan seangkatan dengannya sedang melanda. bagi adik2 dan frenos yang sedang mengalaminya, aku doakan kalian cepat sembuh. sila makan ubat mengikut masa dan sukatan yang dah ditetapkan. yang penting, jangan tunggu dah melarat baru nak pergi klinik k!

adios frenos! jaga diri bebaik ;)
berharap, mengharap dan harapan...




salam frenos...!

percaya atau tidak, yer... aku sedang dalam pemerhatian keluarga aku untuk dinikahkan! dengan sapa, dengan seorang lelaki yang aku memang tak kenal langsung dan tak pernah tahupun siapa namanya bahkan rupanya.

arghhh...! aku ingatkan perkara ni tidaklah sedrastik mana, rupa-rupanya silap dugaan aku. mak angkat budak lelaki tu siap berbunyi nak satukan kami berdua penghujung tahun ni! gila pe! aku hairan jugak kenapa mak aku boleh ikutkan je. takde pulak dia tanya aku.

dulu mak kata, "kita makan-makan kat luar. pastu nanti zaf tengoklah orangnya. kenal-kenal dulu. kalau ok, boleh jalankan".

tapi, lepas malam yang makan-makan itu, macam lainnnn je rancangannya. aku tak pasti sejauh mana. tapi aku tetap akan tunggu untuk mengadap mak aku tanpa ada orang lain. sehingga waktu ini, mak tak kata apa-apa dengan aku. samada aku suka ke, tak suka ke, dia nak nikahkan jugak ka, atau apa ka.

haishhh...! tindakan mak betul-betul mendebarkan aku. dan aku sangat-sangat berharap supaya mak tidak akan meletakkan aku di kedudukan 'serba-salah'. ye, aku tak mahu jadi anak derhaka. malah aku juga tak mahu menzalimi diri aku dan budak lelaki tu. dan paling aku takut, hati mak boleh terguris nanti...

hmmm... tentunya tuhan ada jawapan untuk aku. cuma aku yang mungkin takut menerima kenyataannya nanti.

sayang, maafkan aku membuatkanmu terheret sama dalam rasa ini...
mak, ampunkan anakmu ini...yang terus-terusan mengecewakan hasratmu.
tuhan, upaya ini ada hadnya...dan aku khuatir, had itu sudah hampir ku lepasi.
...korban...

salam frenos...

minggu-minggu yang agak lemau bagi aku. maka, kemungkinan isi posting aku turut mengalami 'zaman kelemauan' yang mungkin menyenakkan sesetengah fikiran pembaca! hehe... maaflah. bukan sengaja.

terasa ingin menulis sesuatu yang menyenangkan di sini, tapi semacam tak berdaya pula. fikiran sebenarnya sesak oleh perkara-perkara yang menjadi kerisauan aku. perkara lama, baru, dan daripada berbagai kisah yang terkumpul dan terjadi.

mengorbankan diri hingga terasa terkorban dan terus-terusan dikorbankan... -itu yang aku rasa sekarang ini.

owh, jangan pula korang ingatkan aku telah terlibat dengan apa-apa jenayah atau salah-laku. tidak. sungguh salah sangkaan itu. juga, aku tidak mengalami masalah apa-apa dengan cik buah hati. kami elok-elok saja.

kecewa pun ada gak dalam hati ni. melakukan pengorbanan dalam keterpaksaan. lebih kepada menjaga hati dan air muka yang sebenarnya. dek kerana masih ada rasa hormat, maka diturutkan jua. dek kerana mahu segera dilunaskan apa yang ditagih, maka diikutkanlah.

tapi tu lah, bila rasa kecewa dipendam sedalam-dalamnya, maka timbullah pula hal lain. dan selalunya bila yang lain pula telah terkait sama, maka makin merebaklah dan berjangkit menjadi sesuatu yang susah pula untuk diubati atau diperbetulkan. sudahnya, diri sendiri juga menggalas beban yang bagai tak sudah-sudah.

penat melayan. letih. tapi nak buat macam mana. kalau asyik diikutkan, selagi itu permintaan bagaikan tiada bernoktah. tapi andai dihalang, ia takkan berhenti setakat itu juga. kerna alasan baru akan terus dicari untuk terus membenarkannya.

sakit nak hadapi. sakit juga nak terus bernafas untuk berdepan dengannya... tiada penawar atas sakit ini. sudahnya bagaimana? bersemadilah dengannya!

mujurlah ada senyum yang bisa dilihat. ada senda gurau yang bisa didengar. ada manis bicara yang bisa dinikmati. kerna, kalau hilang kesemua itu, mungkin aku tak punya apa-apa daya lagi...
happy birthday, sayang... ;)


coklat? aiskrim? gula-gula? tiada yang dapat menandingi semanis saat-saat kita bersama. ye, ada yang pahit juga terpaksa diharungi, tapi alhamdulillah, masih mampu menelan biarpun kadang-kadang kita hampir lesu untuk meneruskannya.

terima kasih, kerana menerima diriku sebagai hadiah yang kau inginkan.

moga aku bisa membahagiakanmu sehingga tibanya suatu saat tiada nafas cinta yang berhembus lagi...

luv u, my dear.
adik angkat...

owhh... masih wujudkah dan relevankah untuk beradik-angkat dan kakak-angkat ni? kalau zaman sekolah-sekolah dulu memanglah ye. semacam berlumba-lumba pulak untuk ada adik/ kakak angkat ni. siap boleh rasa bangga gila kalau ada. tapi, sejujurnya, masa aku di zaman persekolahan, aku takde adik/ kakak angkat ni. mungkin sebab aku ni macam 'menyeramkan' sedikit sewaktu di usia-usia begitu. jangan tanya aku kenapa. terima saja kenyataan aku ni... hehehe.

tapi kenapa pula tiba-tiba aku keluarkan isu ni? hehehe. takde angin, takde guruh tetiba je si zorro dan si lya ada adik angkat pulak! hahaha. ops, bukan gadis di atas ye. itu hanyalah hiasan semata-mata. sekadar menyedapkan mata kita bersama. dan juga ingin menyamakan karektor dia dan gadis di atas. takkan aku nak letak gambar adik angkat kitorang tu kan. sian dia. malu pulak nanti. takpun, tetiba dia tak terlayan pulak peminat yang 'bersusun paku'! ahaks

segalanya tanpa dirancang-rancang. tanpa diundang. tanpa diduga. tiada juga pernah tercetus niat di hati sebelum ini. begitu pantas terjadi. baru 2-3 hari bertukar cerita, bertukar rasa, dia dah panggil aku "babang" dan lya "kakak". wahh... dasat tak?

kepada adik angkat kami,
harap kami boleh jadi "babang" dan "kakak" yang baik kepada dirimu. kami juga punya banyak kekurangan juga punya banyak kekhilafan. tapi kami cuba menjadi sebaik yang kami mampu. ikhlaskanlah diri mengenali kami, insyaallah kami balas dengan kasih sayang yang menggunung tinggi...

~ hah, ada lagi ka sapa2 nak jadi adik angkat kami? hahaha~
...


sayang,
mungkin aku bukanlah yang terbaik hadir dalam hidupmu. mungkin juga aku bukanlah yang mampu memberikan kepadamu segala apa yang terbaik yang kau idamkan. tapi aku percaya, hatimu menerimaku seadanya...

aku ingin menghadiahkan kepadamu sesuatu yang istimewa, tapi aku tak tahu apakah itu. bunga? rantai? cincin? permata? rumah? kereta? aku tak tahu. bagaikan tiada yang setanding dengan apa yang telah kau berikan selama ini. hari istimewa mu bakal tiba, tapi tetap aku masih belum dapat memutuskan apa yang ingin diberi. erhh... mengapa sependek itu wahai akalku.

kalau direnung kembali kisah yang dahulu, yer, aku pernah tersungkur di gaung kekecewaan. pernah menanggung lumpur nista bila diri disalah anggap dan dipersalahkan. tapi tanganmu tidak takut untuk menarik aku kembali untuk lebih kuat menongkat diri di tika berada di saat sukar...

sayang,
terima kasih, memberi peluang untuk aku mengasihi dirimu. memberi ruang untuk aku menghamparkan kasihku. memberi masa untuk aku membuktikan cintaku. dan memayungi dirimu daripada hujan duka...

moga habis detik aku meluahkan rasa di sini, aku mampu memikirkan hadiah teristimewa untukmu, wahai permaisuri hatiku...

biarlah dua hati yang bertaut ini memateri diri untuk selamanya...
kunjungan orang jauh... :)
salam freno...!

ahhh... hampir sebulan menjeruk rasa daripada meng-update kisah di sini. agak kesuntukan masa sebenarnya. ditambah lagi kekejangan urat ilham untuk menulis dan menyusun kata-kata.

oh, lupa nak bagitahu, keluarga lya datang berkunjung ke sini. bercuti, hampir seminggu tempohnya. tapi, persiapan kami, perghh berminggu-minggu sebelum itu lagi. macam-macam nak disiapkan untuk keselesaan di rumah, perancangan perjalanan dan acara selama seminggu, pengangkutan untuk memenuhi aktitiviti jalan-jalan, dan yang paling penting sekali, penyediaan makanan! yearghh... sungguh mencabar dan memenatkan. segalanya perlu tip-top untuk kemudahan seramai 15 orang! hehehe... bunyi macam seronok tak? hahaha!

dan minggu lepas, bermulalah kunjungan sulung mereka ke rumah kami. waaa... gegak gempitalah juga apartment ni bila rumah yang selalunya sunyi, tiba-tiba meriah dengan adik beradik lya yang gagah dan tegap, hot and spicy juga! hahahaha... tapi, yang paling seronok, baby rizqi yang comel dan sungguh 'bersopan-santun' sebab tak meragam langsung sepanjang berada kat sini. owhh... rindu sangat kat dia sekarang ni... isk.. isk.. isk. tak lupa juga, atuk, bapak dan mak yang sungguh sporting... hehehe ;)

bawak diorang pergi shopping di pasar malam, jalan t.a.r, masjid india, chow kit, bukit jalil, nilai 3, klang dan ampang... fewww... jangan bayangkan apa yang diorang beli k, sebab sememangnya banyak! hehehe. sambil tu sempatlah juga bawak diorang jumpa mak aku di klang dan tak lupa kitorang ke perak! hahahaha... hectic tak? yearghh!

owh, ada satu permintaan dari my bapak mertua, dia teringin sangat untuk naik ke puncak genting. hehehe... sungguh kiut kan? ahaks. jadi, kitorang bawaklah dia pergi genting. naik kereta kabel lagi. sungguh menyentuh hati bila dapat memenuhi permintaan seorang bapa. =)

dan setelah seminggu yang sungguh 'penuh', bila tiba hari untuk berangkat pulang, mulalah hati ni bercampur-aduk dengan berbagai rasa. ye memang penat. tapi kepenatan itu mampu diusir jauh oleh nikmat kepuasan bila melihat orang-orang yang kita sayang dan hormati gembira. memang betullah bagai dikata, kalau kita gembirakan hati orang tua, terutamanya keluarga kita, secara automatik kita akan rasa lebih tenang, puas hati, dan hidup lebih bermakna.

dan hari ni, rumah kami kembali sunyi. barang-barang dapur masih lagi tidak disusun ke tempat asal. tilam-tilam dan bantal tambahan sumbangan mama lin & blue, juga 'toto' serta bantal busyuk aku dari rumah mak, masih lagi bergelimpangan di bilik-bilik dan di ruang tamu. kipas-kipas meja kami dan juga sumbangan mama lin & blue turut berada di sudut-sudut sekeliling rumah. senang kata, segala-galanya masih berkeadaan seperti mereka di sini. ahhh rindu kat korang larr....

tengahari tadi, lya ada call kampungnya, dan dalam perbualan itu, sempat juga diorang sampaikan keinginan untuk berkunjung lagi ke sini... hehehe. masih tidak puas kata mereka! hahaha... dan mereka merancang untuk ke sini selepas raya pulak! so, apalagi, kenalah buat perancangan awal lagi! hehehe... no hal la! chewahhhss!

maka itulah kisahnya... hehehe... sampai ketemu lagi, frenos! jaga diri kalian baik-baik ye.
kamu, kita, cinta, kasih dan sayang...



aku perlukan mimpi untuk melenakan diri...
dan mimpi itu
tentang kamu.

aku perlukan lagu untuk melenakan diri...
dan lagu itu
tentang kita.
*************************************
cinta, kasih, sayang, walauapapun namanya, nikmat dan sakitnya terasa jauh di sudut hati. biarpun ada yang kata, tempatnya hanya sebahagian kecil daripada tubuh badan, tapi akarnya merebak jauh menyusupi setiap urat darah dan memenuhi tiap ruang rongga yang bernafas. maka tidak hairanlah segenap tubuh bisa merasakan kehadirannya...

cinta, kasih, sayang, walaupadasiapapun dicurahkan, tidaklah akan bisa nampak penghujung di sempadannya. biarpun berbukit tanah didirikan untuk mencarinya, masih tetap tiada pandangan yang bisa menjangkauinya. maka percayalah, alam ini dipenuhi olehnya, selalu...
makan malam di bagan lalang...

salam frenos!

alhamdulillah... baru je selamat sampai daripada bagan lalang. buat apa kami pegi sana? hehe... saje, nak makan-makan di malam hari, di tepian pantai.

menyambut harijadi salah seorang sahabat, cik diamond vogue! hahaha... selamat harijadi ye my fren! moga makin bertambah berseri-seri hidupmu di samping orang-orang yang tersayang, chewahhss! :D

kalau dah pi bagan lalang tu, apalagi, meng-order makanan laut le kaedahnya. udang tomyam, ketam bercili, sotong goreng bertepung, kerang bakar, sayur kailan, nasi putih tidak dilupakan juga... oh, dan air sirap merah yang sungguh sejuk lagi nyaman bak kata cik buah hati. :)

kalau dulu masa zaman kenit-kenit, nampak air laut je terus kepala lutut dah mengigil-gigil nak berkuak kupu-kupu atau menyelam bagai, tapi, la ni, idak la sangat menjadi keterujaan. lebih menghargai pemandangan indah gitu. merenung ke horizon yang menjadi pemisah langit dan lautan, sambil menatapi mentari yang berubah warna dari jingga, merah, kuning dan terus hilang bagai ingin menyimpan diri di dasar lautan di sebelah sana...

memandu kereta di waktu hari semakin senja sememangnya suatu 'moment' yang indah. aku sukakan keadaan ini. matahari yang sebelumnya begitu susah untuk direnung kerana terikan cahayanya, semakin memerah dan bagaikan 'sayu' untuk mengucapkan 'selamat malam dunia'. dan langit juga semakin memuramkan diri, tiada lagi kebiruan yang mengelilingi alam. dan berbagai memori menguasai diri...

dan lagu-lagu di radio semakin merancakkan lagi imbauan kisah-kisah dulu dan kini...

opss, ada azan la... hik hik hik... :D

k la freno, mama lin tengah masak tu... sambil dibantu oleh cik blue. masak apa? hehehe... sepesel gitu! dia nak sambung selera seafood kat bagan lalang. ketam bercili. cik blue pulak dengarnya nak buat sotong goreng bertepung! hahahaha... dah bersin-bersin ni kitorang. orait, sampai sini dulu cerita ini hari. adioss frenoss!
ngadu la ni...

salam frenos!

lama aku berdiam diri. bukannya menghilangkan diri. saje. semacam agak 'letih' merenung monitor komputer yang kadang-kadang membisakan mata. bukannya tak rindu. rindu sangat-sangat untuk mencurah rasa dan berkongsi cerita. tapi, tu la. macam aku kata tadi, saje...

minggu ni, 2 hari aku memonteng kerja. sekali hari isnin, sekali lagi hari rabu. sebab apa? macam aku tulis kat atas tadi, saje... :P bila direct bos aku bertanya, aku cuma cakap yang aku ada hal. mungkin dia percaya, mungkin tidak, gasaklah. semangat memonteng aku di zaman sekolah menengah dulu mula menjalar kembali. huihhh macam penyakit! gila betul!

aku dapat rasakan, semangat kerja aku semakin merudum jatuh. kalau ditanya skala berapa, bolehlah aku katakan di sini, yang aku sekarang ini berada di tahap 4 daripada 10. mujurlah ada saki-baki untuk menguatkan diri untuk ke pejabat. ih... ih... ih...

kerja aku banyak mengadap komputer. yang 'lembut'-ware dan yang 'keras'-ware semua aku kene amik tahu. itu aku tak kisah. meneliti perkataan-perkataan dan frasa ayat untuk digunakan sebagai surat rasmi, proposal, kertas peperiksaan juga kadang-kadang menjadi kerja utama aku. apatah lagi memikirkan formula-formula yang pelik-pelik semata-mata untuk membuat kombinasi keputusan peperiksaan tepat dan betul. itu pun aku tak kisah. gantikan bos untuk temuduga pun aku sanggup buat. mengajar orang-orang yang fobia dengan komputer pun aku sanggup juga. tolong mintakkan sebutharga daripada hotel-hotel pun aku rela buat.

yang aku kisahnya, bila aku dikatakan tak mahu berkongsi apa yang aku tahu. ada jugak yang kata aku tak mahu belajar untuk kendalikan sistem yang sekarang ini bagai bernafas dalam lumpur hasil daripada kerja backdoor-troubleshooting yang berulang-ulang oleh orang lain. memang aku kisah sangat bila aku dituduh buat sesuatu yang aku tak buat. konon aku pasif la. konon aku suka sorokkan apa yang aku tahu la... ih.. ih.. ih.. sabau je le.

dan sungguh lega juga hari ni, bila jawapan yang aku berikan pada direct bos aku ialah... aku merajuk. terasa hati. keje bertungkus-lumus tapi akhirnya dikata juga. keje dengan ikhlas tapi rupanya dipertikaikan lagi. sudahlah selama lebih 10 tahun memberi khidmat, tapi masih di taraf kontrak, masih lagi juga nak kata aku tak setia? tak sedia berkhidmat? wahhh... memang sudah lebih.

dan aku rasa direct bos aku paham. mesej aku jelas diterimanya. dia akui. dan aku katakan pada dia, aku dah mula mengeluarkan kembali sijil-sijil aku untuk 'menjaja' diri. mungkin sudah tiba masanya aku cuba berkhidmat di tempat lain. mencuba pengalaman baru. tapi itupun kalau aku masih 'laku' lagi la. kalau nasib badan bekerja di sini sampai pencen, mungkin aku akan mohon bertukar jabatan lain sahaja. sekurang-kurangnya persekitaran aku baru. dan tentunya ada tanggungjawab yang baru juga.

perghh, mengadu pasal kerja pulak kan? tu le pasal. dan cik buah hati sekarang ni mula mengirimkan iklan-iklan kerja pada aku. katanya, cubalah... mana tahu rezeki awak... - terima kasih, sayang -

ok lah, sampai sini dulu. lega rasa... hehehe. nak tido dah ni. baruuu kul 2:03 pagi... jangan aku ponteng lagi esok udah... hahahahaha adios frenos!
al-fatihah... (2)

salam freno...

al-fatihah buat ayahanda Lin yang telah menghembuskan nafasnya pada pagi ini (20.01.2010) di Melaka... moga roh arwah bersama para solehin dah dirahamati selalu...

salam takziah daripada kami berdua -zorro & lya-
al-fatihah...

salam frenos!

al-fatihah buat ibu tercinta kepada teman sengetians kita > asz...

salam takziah daripada aku dan lya atas pemergian ibu yang disayangi. moga sabarlah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa beliau di sisi. sesungguhnya doa kita inilah yang bakal menjadi kiriman paling berharga dan amat diharapkan oleh rohnya di sana.

moga dicucuri rahmat olehNya...
next destination... dalam perancangan... :)



salam freno!

owh yeaa...! cerita pasal cameron pun tak berapa nak basi lagi (bagi aku la) dah timbul cerita baru pulakk... hehehe. LANGKAWI. ye.. ye.. langkawi. mungkin ada yang dah muak dengar pasal pulau ni. tapi bagi aku dan cik buah hati, inilah antara pulau yang masih belum lagi kami kunjungi. jadi, geng-geng cameron yang lepas, turut bersedia untuk sama-sama merentas lautan untuk ke sana bersama kami. tentang penginapan, mungkin tidaklah mendatangkan masalah yang besar sangat sebab ada 'pihak' yang bakal menyediakan kemudahan tu selain daripada mengharapkan hotel/ resort yang berbagai macam. tapi, tu la, dalam perancangan lagi ni... masih menimbangkan beberapa perkara sebelum keputusan dicapai dan kata sepakat diperolehi.







destinasi ke-2 yang dalam perancangan juga, pulau PERHENTIAN! ye... ye.. amatlah gojes! hahahaha. pulau ni aku pernahlah pergi, dengan sahabat2 stret aku (nemo, along, angel, adiq <- diorang pun gojess weihhh!!) duluuuu dalam lebih kurang 5 tahun kot. ntah2 lagi lama kot?! hehehe... ai lupa larr... sehingga ke hari ni aku masih terkenangkan lagi aksi2 kami di sana. pengalaman snokeling yang menyeronokkan, karangan laut yang mengagumkan dan sesi dingurat oleh abang2 SMART masih lagi menjadi bahan cerita hingga sekarang. perghh! itu cuti2 bersama member2 stret. kali ini dengan geng2 senget pulak, entah apa pulak kenangannya. hehehe. to my dear sweet stret friends, korang kalau sampai hati nak ikut aku, meh la... hahahahaha. ;)

tapi, dua-dua destinasi masih dalam kajian (chewahh) untuk dirunding kembali. sekali lagi, kalau ada sahabat2 di sini yang teringin untuk bersama2, meh la jangan malu2 hubungi aku k.

k lah, aku nak sambung buat keje ni. puas minimize tadi bila bos tetiba datang menjenguk kat tempat aku menyepahkan keje. hik hik hik... nyibuk je kan?! haaa baru larrr ada semangat nak keje hari ni. hehehe. jaga diri korang bebaik ek. adioss frenoss!
masih terkenang...
salam freno!

hampir-hampir nak mencarut dah ni! erghhh!! aku dah taip panjang-panjang, alih-alih hilang begitu sahaja segala 'kata-kata hikmat' aku kat sini. hilang ayat bunga-bunga aku la... ih.. ih.. ih.. stress stress...

hmm... k.. k.. takpe. itu tidak menghalang semangat aku untuk terus meng-apdet-kan lembaran merah ini.

masih terkenangkan cuti-cuti di cameron sebenarnya. dalam kesibukan menyiapkan tugasan di tempat kerja, sempat juga fikiran melayang mengimbau saat-saat manis bersama cik buah hati dan kawan-kawan yang turut serta.

ketenangan suasana cameron, kerancakan berkongsi cerita sesama kawan, keriuhan mengusik dan diusik, kegalauan hati menatap meter minyak kereta yang diambang "E" sewaktu mendaki, kelucuan kami yang macam 'abang-abang' ni sewaktu membeli barang dapur di pekan tanah rata, ketekunan mencari prosedur betul menggunakan alat barbekiu elektrik yang baru dibeli di Tesco, kekecohan mencari spanar untuk melaraskan bateri kereta agar tidak 'berkelakuan' misteri, kecomelan kami sewaktu mengutip hasil sayuran di sekeliling banglo dan kegigilan jari jemari sewaktu ingin menyuapkan makanan tengahari di waktu jam menunjukkan pukul 1.00 petang! dan macam-macam lagi...

dan senyum pun meleret sama...

kepada cik buah hati dan kawan-kawan, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk bercuti bersama, terima kasih kerana mendaki dan turun ke lembah bersama (macam lagu kan? hahaha), terima kasih kerana berasap-asapan bersama dan terima kasih kerana mencipta kenangan indah ini bersama.

insyaallah, aku dan cik buah hati serta kawan-kawan yang lain akan merancang untuk bercuti bersama lagi. owh, dan sekali lagi, percutian kami tidaklah ada aktiviti yang hebat-hebat, hanya bersantai-santai, main masak-masak, jalan-jalan dan menikmati pemandangan yang terbentang. kalau ada yang ingin turut sama, janganlah malu-malu bagitahu aku ye.

k lah, sampai sini dulu. jaga diri korang bebaik. selamat tahun baru kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke sini. aku dan cik buah hati mendoakan segala kebaikan di dunia dan akhirat untuk kalian semua. adios frenos! ;)