makan malam di bagan lalang...

salam frenos!

alhamdulillah... baru je selamat sampai daripada bagan lalang. buat apa kami pegi sana? hehe... saje, nak makan-makan di malam hari, di tepian pantai.

menyambut harijadi salah seorang sahabat, cik diamond vogue! hahaha... selamat harijadi ye my fren! moga makin bertambah berseri-seri hidupmu di samping orang-orang yang tersayang, chewahhss! :D

kalau dah pi bagan lalang tu, apalagi, meng-order makanan laut le kaedahnya. udang tomyam, ketam bercili, sotong goreng bertepung, kerang bakar, sayur kailan, nasi putih tidak dilupakan juga... oh, dan air sirap merah yang sungguh sejuk lagi nyaman bak kata cik buah hati. :)

kalau dulu masa zaman kenit-kenit, nampak air laut je terus kepala lutut dah mengigil-gigil nak berkuak kupu-kupu atau menyelam bagai, tapi, la ni, idak la sangat menjadi keterujaan. lebih menghargai pemandangan indah gitu. merenung ke horizon yang menjadi pemisah langit dan lautan, sambil menatapi mentari yang berubah warna dari jingga, merah, kuning dan terus hilang bagai ingin menyimpan diri di dasar lautan di sebelah sana...

memandu kereta di waktu hari semakin senja sememangnya suatu 'moment' yang indah. aku sukakan keadaan ini. matahari yang sebelumnya begitu susah untuk direnung kerana terikan cahayanya, semakin memerah dan bagaikan 'sayu' untuk mengucapkan 'selamat malam dunia'. dan langit juga semakin memuramkan diri, tiada lagi kebiruan yang mengelilingi alam. dan berbagai memori menguasai diri...

dan lagu-lagu di radio semakin merancakkan lagi imbauan kisah-kisah dulu dan kini...

opss, ada azan la... hik hik hik... :D

k la freno, mama lin tengah masak tu... sambil dibantu oleh cik blue. masak apa? hehehe... sepesel gitu! dia nak sambung selera seafood kat bagan lalang. ketam bercili. cik blue pulak dengarnya nak buat sotong goreng bertepung! hahahaha... dah bersin-bersin ni kitorang. orait, sampai sini dulu cerita ini hari. adioss frenoss!
ngadu la ni...

salam frenos!

lama aku berdiam diri. bukannya menghilangkan diri. saje. semacam agak 'letih' merenung monitor komputer yang kadang-kadang membisakan mata. bukannya tak rindu. rindu sangat-sangat untuk mencurah rasa dan berkongsi cerita. tapi, tu la. macam aku kata tadi, saje...

minggu ni, 2 hari aku memonteng kerja. sekali hari isnin, sekali lagi hari rabu. sebab apa? macam aku tulis kat atas tadi, saje... :P bila direct bos aku bertanya, aku cuma cakap yang aku ada hal. mungkin dia percaya, mungkin tidak, gasaklah. semangat memonteng aku di zaman sekolah menengah dulu mula menjalar kembali. huihhh macam penyakit! gila betul!

aku dapat rasakan, semangat kerja aku semakin merudum jatuh. kalau ditanya skala berapa, bolehlah aku katakan di sini, yang aku sekarang ini berada di tahap 4 daripada 10. mujurlah ada saki-baki untuk menguatkan diri untuk ke pejabat. ih... ih... ih...

kerja aku banyak mengadap komputer. yang 'lembut'-ware dan yang 'keras'-ware semua aku kene amik tahu. itu aku tak kisah. meneliti perkataan-perkataan dan frasa ayat untuk digunakan sebagai surat rasmi, proposal, kertas peperiksaan juga kadang-kadang menjadi kerja utama aku. apatah lagi memikirkan formula-formula yang pelik-pelik semata-mata untuk membuat kombinasi keputusan peperiksaan tepat dan betul. itu pun aku tak kisah. gantikan bos untuk temuduga pun aku sanggup buat. mengajar orang-orang yang fobia dengan komputer pun aku sanggup juga. tolong mintakkan sebutharga daripada hotel-hotel pun aku rela buat.

yang aku kisahnya, bila aku dikatakan tak mahu berkongsi apa yang aku tahu. ada jugak yang kata aku tak mahu belajar untuk kendalikan sistem yang sekarang ini bagai bernafas dalam lumpur hasil daripada kerja backdoor-troubleshooting yang berulang-ulang oleh orang lain. memang aku kisah sangat bila aku dituduh buat sesuatu yang aku tak buat. konon aku pasif la. konon aku suka sorokkan apa yang aku tahu la... ih.. ih.. ih.. sabau je le.

dan sungguh lega juga hari ni, bila jawapan yang aku berikan pada direct bos aku ialah... aku merajuk. terasa hati. keje bertungkus-lumus tapi akhirnya dikata juga. keje dengan ikhlas tapi rupanya dipertikaikan lagi. sudahlah selama lebih 10 tahun memberi khidmat, tapi masih di taraf kontrak, masih lagi juga nak kata aku tak setia? tak sedia berkhidmat? wahhh... memang sudah lebih.

dan aku rasa direct bos aku paham. mesej aku jelas diterimanya. dia akui. dan aku katakan pada dia, aku dah mula mengeluarkan kembali sijil-sijil aku untuk 'menjaja' diri. mungkin sudah tiba masanya aku cuba berkhidmat di tempat lain. mencuba pengalaman baru. tapi itupun kalau aku masih 'laku' lagi la. kalau nasib badan bekerja di sini sampai pencen, mungkin aku akan mohon bertukar jabatan lain sahaja. sekurang-kurangnya persekitaran aku baru. dan tentunya ada tanggungjawab yang baru juga.

perghh, mengadu pasal kerja pulak kan? tu le pasal. dan cik buah hati sekarang ni mula mengirimkan iklan-iklan kerja pada aku. katanya, cubalah... mana tahu rezeki awak... - terima kasih, sayang -

ok lah, sampai sini dulu. lega rasa... hehehe. nak tido dah ni. baruuu kul 2:03 pagi... jangan aku ponteng lagi esok udah... hahahahaha adios frenos!