berharap, mengharap dan harapan...




salam frenos...!

percaya atau tidak, yer... aku sedang dalam pemerhatian keluarga aku untuk dinikahkan! dengan sapa, dengan seorang lelaki yang aku memang tak kenal langsung dan tak pernah tahupun siapa namanya bahkan rupanya.

arghhh...! aku ingatkan perkara ni tidaklah sedrastik mana, rupa-rupanya silap dugaan aku. mak angkat budak lelaki tu siap berbunyi nak satukan kami berdua penghujung tahun ni! gila pe! aku hairan jugak kenapa mak aku boleh ikutkan je. takde pulak dia tanya aku.

dulu mak kata, "kita makan-makan kat luar. pastu nanti zaf tengoklah orangnya. kenal-kenal dulu. kalau ok, boleh jalankan".

tapi, lepas malam yang makan-makan itu, macam lainnnn je rancangannya. aku tak pasti sejauh mana. tapi aku tetap akan tunggu untuk mengadap mak aku tanpa ada orang lain. sehingga waktu ini, mak tak kata apa-apa dengan aku. samada aku suka ke, tak suka ke, dia nak nikahkan jugak ka, atau apa ka.

haishhh...! tindakan mak betul-betul mendebarkan aku. dan aku sangat-sangat berharap supaya mak tidak akan meletakkan aku di kedudukan 'serba-salah'. ye, aku tak mahu jadi anak derhaka. malah aku juga tak mahu menzalimi diri aku dan budak lelaki tu. dan paling aku takut, hati mak boleh terguris nanti...

hmmm... tentunya tuhan ada jawapan untuk aku. cuma aku yang mungkin takut menerima kenyataannya nanti.

sayang, maafkan aku membuatkanmu terheret sama dalam rasa ini...
mak, ampunkan anakmu ini...yang terus-terusan mengecewakan hasratmu.
tuhan, upaya ini ada hadnya...dan aku khuatir, had itu sudah hampir ku lepasi.
...korban...

salam frenos...

minggu-minggu yang agak lemau bagi aku. maka, kemungkinan isi posting aku turut mengalami 'zaman kelemauan' yang mungkin menyenakkan sesetengah fikiran pembaca! hehe... maaflah. bukan sengaja.

terasa ingin menulis sesuatu yang menyenangkan di sini, tapi semacam tak berdaya pula. fikiran sebenarnya sesak oleh perkara-perkara yang menjadi kerisauan aku. perkara lama, baru, dan daripada berbagai kisah yang terkumpul dan terjadi.

mengorbankan diri hingga terasa terkorban dan terus-terusan dikorbankan... -itu yang aku rasa sekarang ini.

owh, jangan pula korang ingatkan aku telah terlibat dengan apa-apa jenayah atau salah-laku. tidak. sungguh salah sangkaan itu. juga, aku tidak mengalami masalah apa-apa dengan cik buah hati. kami elok-elok saja.

kecewa pun ada gak dalam hati ni. melakukan pengorbanan dalam keterpaksaan. lebih kepada menjaga hati dan air muka yang sebenarnya. dek kerana masih ada rasa hormat, maka diturutkan jua. dek kerana mahu segera dilunaskan apa yang ditagih, maka diikutkanlah.

tapi tu lah, bila rasa kecewa dipendam sedalam-dalamnya, maka timbullah pula hal lain. dan selalunya bila yang lain pula telah terkait sama, maka makin merebaklah dan berjangkit menjadi sesuatu yang susah pula untuk diubati atau diperbetulkan. sudahnya, diri sendiri juga menggalas beban yang bagai tak sudah-sudah.

penat melayan. letih. tapi nak buat macam mana. kalau asyik diikutkan, selagi itu permintaan bagaikan tiada bernoktah. tapi andai dihalang, ia takkan berhenti setakat itu juga. kerna alasan baru akan terus dicari untuk terus membenarkannya.

sakit nak hadapi. sakit juga nak terus bernafas untuk berdepan dengannya... tiada penawar atas sakit ini. sudahnya bagaimana? bersemadilah dengannya!

mujurlah ada senyum yang bisa dilihat. ada senda gurau yang bisa didengar. ada manis bicara yang bisa dinikmati. kerna, kalau hilang kesemua itu, mungkin aku tak punya apa-apa daya lagi...
happy birthday, sayang... ;)


coklat? aiskrim? gula-gula? tiada yang dapat menandingi semanis saat-saat kita bersama. ye, ada yang pahit juga terpaksa diharungi, tapi alhamdulillah, masih mampu menelan biarpun kadang-kadang kita hampir lesu untuk meneruskannya.

terima kasih, kerana menerima diriku sebagai hadiah yang kau inginkan.

moga aku bisa membahagiakanmu sehingga tibanya suatu saat tiada nafas cinta yang berhembus lagi...

luv u, my dear.
adik angkat...

owhh... masih wujudkah dan relevankah untuk beradik-angkat dan kakak-angkat ni? kalau zaman sekolah-sekolah dulu memanglah ye. semacam berlumba-lumba pulak untuk ada adik/ kakak angkat ni. siap boleh rasa bangga gila kalau ada. tapi, sejujurnya, masa aku di zaman persekolahan, aku takde adik/ kakak angkat ni. mungkin sebab aku ni macam 'menyeramkan' sedikit sewaktu di usia-usia begitu. jangan tanya aku kenapa. terima saja kenyataan aku ni... hehehe.

tapi kenapa pula tiba-tiba aku keluarkan isu ni? hehehe. takde angin, takde guruh tetiba je si zorro dan si lya ada adik angkat pulak! hahaha. ops, bukan gadis di atas ye. itu hanyalah hiasan semata-mata. sekadar menyedapkan mata kita bersama. dan juga ingin menyamakan karektor dia dan gadis di atas. takkan aku nak letak gambar adik angkat kitorang tu kan. sian dia. malu pulak nanti. takpun, tetiba dia tak terlayan pulak peminat yang 'bersusun paku'! ahaks

segalanya tanpa dirancang-rancang. tanpa diundang. tanpa diduga. tiada juga pernah tercetus niat di hati sebelum ini. begitu pantas terjadi. baru 2-3 hari bertukar cerita, bertukar rasa, dia dah panggil aku "babang" dan lya "kakak". wahh... dasat tak?

kepada adik angkat kami,
harap kami boleh jadi "babang" dan "kakak" yang baik kepada dirimu. kami juga punya banyak kekurangan juga punya banyak kekhilafan. tapi kami cuba menjadi sebaik yang kami mampu. ikhlaskanlah diri mengenali kami, insyaallah kami balas dengan kasih sayang yang menggunung tinggi...

~ hah, ada lagi ka sapa2 nak jadi adik angkat kami? hahaha~
...


sayang,
mungkin aku bukanlah yang terbaik hadir dalam hidupmu. mungkin juga aku bukanlah yang mampu memberikan kepadamu segala apa yang terbaik yang kau idamkan. tapi aku percaya, hatimu menerimaku seadanya...

aku ingin menghadiahkan kepadamu sesuatu yang istimewa, tapi aku tak tahu apakah itu. bunga? rantai? cincin? permata? rumah? kereta? aku tak tahu. bagaikan tiada yang setanding dengan apa yang telah kau berikan selama ini. hari istimewa mu bakal tiba, tapi tetap aku masih belum dapat memutuskan apa yang ingin diberi. erhh... mengapa sependek itu wahai akalku.

kalau direnung kembali kisah yang dahulu, yer, aku pernah tersungkur di gaung kekecewaan. pernah menanggung lumpur nista bila diri disalah anggap dan dipersalahkan. tapi tanganmu tidak takut untuk menarik aku kembali untuk lebih kuat menongkat diri di tika berada di saat sukar...

sayang,
terima kasih, memberi peluang untuk aku mengasihi dirimu. memberi ruang untuk aku menghamparkan kasihku. memberi masa untuk aku membuktikan cintaku. dan memayungi dirimu daripada hujan duka...

moga habis detik aku meluahkan rasa di sini, aku mampu memikirkan hadiah teristimewa untukmu, wahai permaisuri hatiku...

biarlah dua hati yang bertaut ini memateri diri untuk selamanya...
kunjungan orang jauh... :)
salam freno...!

ahhh... hampir sebulan menjeruk rasa daripada meng-update kisah di sini. agak kesuntukan masa sebenarnya. ditambah lagi kekejangan urat ilham untuk menulis dan menyusun kata-kata.

oh, lupa nak bagitahu, keluarga lya datang berkunjung ke sini. bercuti, hampir seminggu tempohnya. tapi, persiapan kami, perghh berminggu-minggu sebelum itu lagi. macam-macam nak disiapkan untuk keselesaan di rumah, perancangan perjalanan dan acara selama seminggu, pengangkutan untuk memenuhi aktitiviti jalan-jalan, dan yang paling penting sekali, penyediaan makanan! yearghh... sungguh mencabar dan memenatkan. segalanya perlu tip-top untuk kemudahan seramai 15 orang! hehehe... bunyi macam seronok tak? hahaha!

dan minggu lepas, bermulalah kunjungan sulung mereka ke rumah kami. waaa... gegak gempitalah juga apartment ni bila rumah yang selalunya sunyi, tiba-tiba meriah dengan adik beradik lya yang gagah dan tegap, hot and spicy juga! hahahaha... tapi, yang paling seronok, baby rizqi yang comel dan sungguh 'bersopan-santun' sebab tak meragam langsung sepanjang berada kat sini. owhh... rindu sangat kat dia sekarang ni... isk.. isk.. isk. tak lupa juga, atuk, bapak dan mak yang sungguh sporting... hehehe ;)

bawak diorang pergi shopping di pasar malam, jalan t.a.r, masjid india, chow kit, bukit jalil, nilai 3, klang dan ampang... fewww... jangan bayangkan apa yang diorang beli k, sebab sememangnya banyak! hehehe. sambil tu sempatlah juga bawak diorang jumpa mak aku di klang dan tak lupa kitorang ke perak! hahahaha... hectic tak? yearghh!

owh, ada satu permintaan dari my bapak mertua, dia teringin sangat untuk naik ke puncak genting. hehehe... sungguh kiut kan? ahaks. jadi, kitorang bawaklah dia pergi genting. naik kereta kabel lagi. sungguh menyentuh hati bila dapat memenuhi permintaan seorang bapa. =)

dan setelah seminggu yang sungguh 'penuh', bila tiba hari untuk berangkat pulang, mulalah hati ni bercampur-aduk dengan berbagai rasa. ye memang penat. tapi kepenatan itu mampu diusir jauh oleh nikmat kepuasan bila melihat orang-orang yang kita sayang dan hormati gembira. memang betullah bagai dikata, kalau kita gembirakan hati orang tua, terutamanya keluarga kita, secara automatik kita akan rasa lebih tenang, puas hati, dan hidup lebih bermakna.

dan hari ni, rumah kami kembali sunyi. barang-barang dapur masih lagi tidak disusun ke tempat asal. tilam-tilam dan bantal tambahan sumbangan mama lin & blue, juga 'toto' serta bantal busyuk aku dari rumah mak, masih lagi bergelimpangan di bilik-bilik dan di ruang tamu. kipas-kipas meja kami dan juga sumbangan mama lin & blue turut berada di sudut-sudut sekeliling rumah. senang kata, segala-galanya masih berkeadaan seperti mereka di sini. ahhh rindu kat korang larr....

tengahari tadi, lya ada call kampungnya, dan dalam perbualan itu, sempat juga diorang sampaikan keinginan untuk berkunjung lagi ke sini... hehehe. masih tidak puas kata mereka! hahaha... dan mereka merancang untuk ke sini selepas raya pulak! so, apalagi, kenalah buat perancangan awal lagi! hehehe... no hal la! chewahhhss!

maka itulah kisahnya... hehehe... sampai ketemu lagi, frenos! jaga diri kalian baik-baik ye.