salam untuk yang disayang...

aku terbang bersama bayangnya
aku lena bersama harumnya
segalanya terasa sepi di sini
biar hingar-bingar menguasai
biar terang-bendang mengerlip
tiada aku temui
sesusuk tubuh
yang bisa mengisi jauh pandanganku

aku sebut namanya
dalam malam dingin yang menusuk
pinta dirangkul bagai anak kecil
pinta didodoi bagai sang bayi
aku rindu dia menyahut panggilanku...

aku tatap wajahnya
dalam malam beku yang menguasai
dan aku lena
dalam mimpi yang pendek malamnya
aku rindukan sentuhannya...

aku kira waktu yang berlalu
tahu masa, saat, detik tak pernah menunggu
tapi,
aku tak sabar
aku tak betah
menanti bakal bertemu
menanti bakal bersua
melerai rindu yang menyeksa
melepas sakit yang dipendam
aku ingin mengucup tangannya seperti selalu...

rindukan dirimu...

********************************************************

salam aidilfitri daripada aku di shanghai... pohon diampunkan segala kesalahan dan keterlanjuran selama mengenali diri aku. kalau ada hutang yang masih belum aku lunaskan kerana kelupaan aku yang melampau (ahaksss), aku mintak sangat-sangatlah agar kenkawans sumer bagitau le kat aku ekk.. jangan le malu-malu... alahaiiii.. aku takut le nanti kene tuntut kat akhirat esok!

insyaallah, nanti kita akan berjumpa lagi... errr... ada sapa-sapa nak buat open-house ke? ahakss... adehhhh rindunyerrr nak makan makanan mesia! hahahahaha... err... jangan lupa lah ekk pada kenkawans yang nak buat open-house tu, sila-sila lah tinggalkan pesan kat sini... nanti aku boleh le buatkan list panjang-panjang... hehehhe.. boleh le kita buat tour-de-makan nanti! ngeeeee ;P

ok ar... sampai sini dulu aku menulis... jaga diri korang sumer baik-baik ekk... aku nih jauh dari korang, so takleh le nak jadi bouncer kalau ada apa-apa jadi kat korang tuh...! (perasan hampehh!) hahahaha... adiossss amigossss! :D
beberapa hari...
lagi beberapa hari, aku akan berada di bumi asing... berjumpa dengan orang-orang asing, bergaul dengan mereka menggunakan bahasa asing... dan meninggalkan sementara orang-orang yang aku sayangi di sini. ishh... kan bagus kalau boleh dibawa sekali semuanya! ahakss... melampaulah pulak ek! ;) tapi, aku akan tetap bawa diri mereka bersama aku, walaupun sekadar sekeping gambar mahupun serakam pita aksi mereka... jadilah... daripada takde langsung! hahahaha... adehhhh... payah jadi si perindu tegar macam aku nih! hahahaha... bak kata pires, kalau dah syahdu-syahdan tu, kekalkan je la.. hehehe.. ;) atau dengan kata lain, aku si penjiwang karatsss! ahakss... :P

beberapa hari yang lalu, aku tunaikan zakat fitrah atas diri aku. bertemankan dia, aku lafazkan akad dengan tenang, jelas dan kesyahduan yang menguasai diri aku... ih.. ih.. syahdu lagi! hehe... tak sangka sebenarnya dia nak temankan aku membayar zakat. selalunya, aku sensorang je, ala... bukan lama pun, sekejap je... lagipun, ada kaunter zakat sementara kat area ofis ni.

"assalamua'laikum ustaz, saya nak bayar zakat ni..."
"waa'alaikumsalam wbt. ha.. duduklah. nak bayar untuk sapa ni?"
"bayar untuk diri sendiri"
"ayah dan mak, macam mana?"
"ayah saya dah takde. mak saya, abang yang bayarkan"
"hmm... baca yang ditulis ni ye"
"inilah wang sebanyak empat ringgit tujuh puluh sen bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala"

dan amil membaca doa dengan suara yang perlahan tapi jelas di telinga... sambil aku dan dia, meng'amin'kan bacaannya...

seperti biasa, fikiran aku pasti akan menerawang ke suatu zaman yang sentiasa menjadi kenangan aku, zaman kanak-kanak & remaja :) dulu, aku yang menerima pemberian zakat orang. pengalaman menerima zakat merupakan suatu pengalaman yang manis dan sukar digambarkan. mungkin bagi sesetengan orang, duit sebanyak RM100 hingga RM150 tu kecil jumlahnya, tapi bagi aku dan adik-beradik serta ibu, jumlah itu sudah terlalu lumayan... lumayan sekali untuk dibelanjakan bagi membeli pakaian raya! dan selalunya jumlah itu takkan dihabiskan semata-mata untuk membeli baju raya.

beberapa hari sebelum raya, aku nak buat kejutan pada ibu. tak tau macam mana penerimaan dia nanti. dan mungkin juga kejutan buat beberapa orang teman yang dah lama menunggu. hahahaha... opsss! bukan aku nak kawen ekk! hahaha... kejutan ni mungkin tak seberapa le bagi orang lain, tapi bagi aku amat bermakna. aku nak bahagiakan hati ibu, itu saja. aku nak ibu senang. aku nak ibu tak mengeluh lagi pasal aku. aku nak ibu tahu, yang anak nakalnya ni masih endahkan dirinya... ih... ih... maafkan anakmu ini, ibu... : ishhh... tak sabarlah pulak menanti syawal nih... hehe.. :P

hari ni, jiwa aku dah mula memasuki era kesyahduan sebenarnya.... sebab esok, hari terakhir aku bekerja. pasni, 31hb baru le aku masuk keje balik... ih.. ih.. 2 minggu tuh... ish.. ish.. aku pasti rindu banget ngan meja aku ni, ngan pen-pen aku ni, ngan kerusi goyang-goyangan aku ni, ngan pc mengong aku ni dan jambangan bunga yang menjadi hiasan comey kat sudut meja ni. ngeeee... dan tentunya, aku bakal rindukan senyuman dia, usikan dia, dan pandangan mata dia yang kadang-kadang redup, yang kadang-kadang nakal... erghhhh!! (bos, buleh bawak dia sekali tak? ahaksss)

padamu, aku bakal merindukanmu... rindu yang setiap hari hadir, rindu yang setiap hari hanya bisa surut oleh sapaan manjamu...
bertakhta dihati...

Bertakhta Dihati (Farahdhiya)

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Dipisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang....

********************************************************

hmm....
ada sesuatu yang menemani akalku..
ada sesuatu yang membawaku hilang dan terbang bersama mimpi-mimpiku
indahnya kenangan...

satu waktu isi lagu ini pernah menemani hariku..
dengan kesayupan malam yang dingin
dengan rasa yang tak mampu dirungkaikan..
indahnya perasaan...

andai mampu ku putar semula waktu
pasti rindu semakin menyingkap kalbu...
terlalu manisnya saat-saat bersama
masih tersemat dengan gelak tawa, senda gurau..
yang membuatkan hari-hariku indah bila mengenangkannya

namun....
disebalik kenangan yang terungkai
tersirat parut luka yang masih bersisa
hingga kini...
masih kekal di dalam hati

jauh rasa perjalanan yang aku tempuh
sakitnya terlalu pedih untuk ku pendamkan
ku gagahi.. ku lewati.. ku jalani
kerana aku tahu ada ruang yang masih menunggu hadirnya aku
bertemankan airmata..
aku tebarkan ruang agar kelukaan ini masih mampu diubati
masih berkesempatan untuk menghayati..
aku pautkan segala kekuatan
aku rangkul segala perasaan
nyata masih ada harapan buatku...

pada dia..
terima kasih kerana menghargai kehadiranku
aku yakini masih ada cinta di hatiku...

~ sya ~
sayu...
ada mende yang menarik perhatian aku semalam bila aku tertonton siaran berita jam 8. tapi, sebenarnya siaran tu dah pun nak sampai ke penghujungnya. leka buat mende lain.. hehe. ada majlis sahur pak lah ngan anak-anak yatim kat Kepala Batas. pastu dinyatakanlah jugak yang air kegemaran pak lah ialah air nira nipah. dan kemudiannya aksi anak-anak yatim tu dikejutkan untuk bangun sahur oleh pak lah sendiri. dan akhirnya disiarkanlah pulak aksi mereka bersahur beramai-ramai dengan pelbagai juadah...

bukanlah air nira nipah yang jadi perhatian aku. tapi, wajah anak-anak yatim tu yang jadi tangkapan mata aku... ada sesuatu pada wajah mereka... dan buat airmata aku berlinang, bertakung, dan akhirnya tumpah... ih.. ih.. sayu pulak...

ada kenangan yang menggigit hati aku saat itu. biarpun siaran itu hanya beberapa saat, tapi dah cukup untuk aku memutarkan kembali kenangan aku 20 tahun yang lalu.
aku baringkan diri di susunan kusyen kerusi rotan ini... dan aku biarkan siaran tv terus berputar...

senario 1:
"hari ni, lauk tak banyak. kuih banyak tak laku ni. hujan lebat, orang tak banyak keluar. takpe kan, kita makan lauk 'cincai' je ni."

- dan kami adik-beradik hanya tersenyum pada ibu. nasi disuap, lauk dijamah... selebihnya ada kuih yang perlu dihabiskan.


senario 2:
"apasal baju ko nih ada bau kuih? ko tak puasa ekk? hahahahahaha"
"aku masak kuih dulu ar sebelum datang sekolah. ko ketawa apasal?"
"tak puasa, cakaplah tak puasa... selekeh!"

- dan perbualan itu berakhir dengan satu 'hadiah' istimewa daripada aku untuk si mulut lancang! hahahaha.. dan aku pun dapat gak hadiah istimewa lepas tu, daripada penolong kanan pulak! hahahaha.. hampehh!


senario 3:
"malam ni nak gi terawih ke mak? mak larat ke nih?"
"ehh.. pegi le. sayang tau kita tinggalkan terawih ni, bukannya selalu. setahun sekali je. kalau panjang umo, tahun depan dapatlah rasa lagi. kalau pendek umo, kempunanlah..."
"hmm... yelah. kuih ni kita bawak sket ekk mak gi masjid nanti. rasa macam dah nak dekat waktu berbuka ni. manader orang lagi ni..."
"haa.. bungkus siap-siap."

- dan tiba di rumah, selepas berbuka, ibu terlena di kerusi. kononnya nak rehat sebentar, tapi lenanya ibu hingga melepasi azan isyak. tak sanggup nak bangunkan ibu, sebab aku tahu, ibu letih teramat! sudahnya, terawih sendiri kat rumah...


aku terjaga, dikejutkan oleh suara pelakon drama omputeh ni. ih.. ih.. sempat lagi aku bermimpi ye. dan terasa ada sisa airmata di hujung pipi. zaff.. zaff.. nangis lagi ke? ih.. ih..

terus-terang aku katakan, biarpun lebih 20 tahun sudah berlalu, tapi aku masih rindukan saat berbuka puasa bersama seorang lelaki bernama "ayah"... aku rindukan kenangan itu... dan saat anak-anak yatim tadi disuapi dan dilayan oleh "ayah-ayah sementara" itu, membuatkan aku meletakkan diri ini di tempat mereka... arghhh...

ayah, maafkan anakmu yang nakal ini. alfatihah untukmu, ayah...
speechless... (III)

nampaknya, airmata ini tak betah disimpan lama... walaupun aku sedar, dalam perkisahan ini pasti hujungnya penuh duka, tapi aku masih degil meneruskannya. untuk apa ya, aku sering mempertahankan rasa sayang yang ada ini? kepuasan diri? gelora nafsu? kasihan?

ada hati yang tak bisa menerima. ada diri yang tak selesa melalui. rupanya, aku terlalu mementingkan diri sendiri, kan? terlupa untuk mengambilkira perasaan orang lain. terleka dalam menilai keputusan orang lain.

mungkin ada baiknya aku kekal menjadi perindu sepi. mungkin ada eloknya aku kekal menjadi pencinta misteri. melayan rasa sendiri, mungkin itu lebih selamat. meluahkan rasa pada lembaran bisu yang sentiasa menerima tanpa syarat. akulah itu, diri yang suatu waktu dulu membawa diri berseorangan, dan mungkin hari-hari mendatang ini aku bakal kembali seperti itu. menyesalkah aku? tidak...

cinta yang datang dan pergi, semuanya memberi makna pada aku. kenangan tercipta, segalanya amat hebat dan indah. biarpun ada duka yang berkesan, aku rela. demi segugus sayang yang telah aku curahkan, aku takkan membenci. jauh sekali ingin menuntut janji...

aku takkan menutup hati aku dari kasih sayang... itu yang pasti... biarpun dia sudah tak mengizinkan aku menyebut namanya, biarpun dia memaksa aku melupakan dirinya...
atas nama cinta ini...

aku hidup atas nama cinta ini
biar gagah mana berdiri
biar indah mana bernyanyi
aku akan terus terpinggir...

aku hidup atas nama cinta ini
biar jatuh tersungkur
biar dalamnya terluka
aku akan terus tersenyum...

aku hidup atas nama cinta ini
belajar, belajar, dan terus belajar
sebagai pecinta setia
sebagai pecinta rela
sehingga akhirnya
aku mati atas nama cinta ini jua...

***********************************************************

sesuatu yang indah, bila berkesempatan lagi untuk melihatnya. sesuatu yang damai sekali, bila berpeluang lagi untuk mengusiknya. nikmat itu manis sekali. tapi, adakalanya di hujung nikmat, pasti ada jua duri yang menggeser. hidup sememangnya begitu, kan?

sesuatu yang kita inginkan, selalunya susah untuk dimiliki. selayaknya diumpamakan bagai ingin memiliki mutiara mahal yang disimpan di bawah cengkerang liar di dasar lautan yang berselut. terdaya? sanggup? mungkin ada yang sanggup, tapi mungkin bakal lemas kerananya.

sesuatu yang kita cari-cari, kadang-kadang tak perlu dicari jauh. sudah ada di depan mata. hanya kerana leka mencari, tak terpandang yang sudah tersedia. tapi, bila sudah tersedar yang di depan mata, selalunya kita bakal terlepas pula untuk memilikinya. ya, hidup tak selalunya bernasib baik. dan hidup tak seringkali mudah untuk dilalui...

sabar, tabah, tegar, adalah semangat yang perlu ada. semangat itu ada sebenarnya, cuma, sehebat mana diri ini dikuasai oleh semangat-semangat itu? adakalanya dalam pertarungan kelangsungan untuk sebuah kegagahan diri, semangat-semangat itu bisa tewas... tewas kepada kecewa, putus asa dan kegopohan... kasihan kan? hmm... begitulah hidup.

yang pasti, hidup tak terlalui hanya dengan berseorangan... hidup ini perlu berteman. dan selalunya, kerana pencarian "teman" lah, hidup seringkali menjadi kucar-kacir! tapi, dengan teman juga, hidup bakal diwarnai gemilang kilau pelangi syurga dunia...

selamat mencari teman, selamat mencari cinta...
selamat menjadi peneman, selamat menjadi pecinta...
Hati berbisik.....

"Malam bertandang hati berbisik mengenang..
Cerita derita yang daku pendam
Kata menguji cuba untuk ku sudahi
Berulang airmata membasahi...

Aku kini perlu berdiri
Walau hakikatnya pasti kan melukai...
Aku ingin semua rasai..
Kerna pengakhirnya hidupku sendiri..

Oh Tuhan...
Kau berikan aku segala kekuatan...
Meneruskan..Perjalanan"

waktu seolah-olah tak memberiku ruang untuk berbicara...

sejenak masa yang berlalu buat ku berfikir ke mana arah tujuanku...
mungkinkah jawapan masih ada yang berbaki?
perlukah ku meratapi persoalan yang masih bermain dihati...?
terlalu dalam perasaan yang tersimpan ini
namun...biarlah menjadi beban andai ku tak mampu lagi memikulnya...
hadirnya aku hanya mampu menciptakan kenangan
antara suka mahupun duka tak mampu hayatku ini menghalangnya...

Pada dia...
maafkan aku kerana tak mampu membahagiakanmu
aku hanya insan yang tercipta kerana janjiNya...
maka terbiarlah aku mengatur hala tujuku...

Pada dia...
maafkan aku kerana melukakan hatimu
tak terniat mengatur kata sehingga mengalirnya airmata kasihmu...
terlalu pedih andai aku mampu menghalangnya

kurangnya aku biarlah bertebaran di dalam hatiku menjadi debu
tak akan aku biarkan hati ini bercerita tentang kisah dukaku..
biarlah menghilang dan terus sepi bersama hayatku
andai senyumanku mampu membahagiakan kau..tenanglah
andai satu saat senyumanku ini menghilang,
jangan kau meratapinya
kerana aku sendiri tak pernah meminta untuk menjadi pemiliknya...

ketahuilah..dirimu terlalu bererti buatku

~ sya ~
speechless... (II)

Love is so very special
Yet can make you feel so lost
It can arrive just like the springtime
And melt away like morning frost

You must find ways to nurture
Always grow your love with care
Never ever take for granted
The love that you both share

Mistakes are bound to happen
You may hurt each other's heart
Yet don't give up to easily
It will tear your love apart

Love resembles a bright flame
That lights a dark starry night
Never ever let this flame burn down
Rekindle with all your might

Take a moment every day
Look deep into each other's eyes
Never hesitate to show affection
Small gestures will keep a love alive

Talk openly about your feelings
Take time to show that you care
Treasure each and every moment
Because to find true love is rare...


******************************************************

"menyayanginya setulus mungkin, mengasihinya seikhlas mungkin..." aku tak tahu bagaimana caranya, aku juga tak tahu peraturan apa yang perlu digunapakai. cuma sekadar aku akan cuba terus memberikannya yang terbaik daripada aku, itu sahaja. aku tahu, aku bukan yang terbaik bagi dirinya. dan aku tahu, aku juga bukan yang berhak sepenuhnya ke atas dirinya.

dia, indah tercipta. lengkap di mata aku. sempurna di hati aku. ya, tetap ada kelemahannya. ya, tetap ada cacatnya. aku sedar akannya. dan aku terima akannya. sedang berjanjikah aku? ehh... tidak... aku cuma menguatkan lagi kata-kata hati, yang menerima dia seadanya...

hati aku tengah risau,
hati aku tengah bimbang,
lalu senyum itu hadir
dan senyum itu meleraikan segala... hebatkan...?

terima kasih, kerana kasih-sayangmu 'menghidupkan' aku kembali...
izinkanlah...
ramadhan selalu buat aku jadi syahdu syahdan...
ramadhan memang buat aku jadi terkenang-kenang...
ramadhan tak pernah lagi tak buat aku mengalirkan airmata...
dan ramadhan masih lagi sudi menunggu aku hingga saat ini.

wajah ayah
wajah ibu
andai aku kenang-kenangkan
pasti hilang lapar dan dahaga...

pelukan ayah
pelukan ibu
andai aku ingat-ingatkan
pasti surut letih dan lesu...

cinta yang pergi
cinta yang hadir
andai aku imbas-imbaskan
pasti meruntun jiwa dan rasa...

****************************************************


masihkah aku ingin terus bercinta lagi?
masihkah aku sanggup terus menagih kasih lagi?
gagahkah lagi aku?

hati,
letihkah dirimu?

akal,
marahkah dirimu?

mungkin dulu aku takut
mungkin dulu aku risau
bimbang yang mengundang gusar
gusar yang mengundang kecewa
andai kasih ditolak
andai sayang dibuang...

wahai hati dan akal,
izinkanlah aku menyayangi dirinya
biarpun mungkin aku bakal terbakar...
izinkanlah aku mengasihi dirinya
biarpun mungkin aku bakal terbiar...

sang pencinta...

terlalu puitis setiap kata yang terlahir,
terlalu resah andai kata-kata tu bisa buat kita hilang
dalam bayangan mimpi nan indah...
benarkah aku dicintai dan dikasihi seperti ini?....
sesak nafas menjawab setiap pertanyaan,
kabur pandangan memikirkan andai itu satu kenyataan...

Ya Tuhan, Kau kuatkan hatiku..
andai ini benar dan tertulisnya takdir buatku,
Kau restuilah kasihnya..
Kau lindungilah setiap gerak-gerinya..
kerana... aku ingin Kau cintai dia yang mencintaiku,
kerana... kasihnya tulus buatku,
kerana... hatinya terlalu ikhlas merinduiku,
dan... kerana aku terlalu ingin dia berada disisiku...

"kamu memang pencinta wanita
namun kau bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku..."

indah sebenarnya apa yang Kau ciptakan ini...
andai waktu mampu memberiku pilihan,
aku ingin sentiasa dirindui, dikasihi seperti ini...
aku ingin dicintai seperti ini...
tapi... andai belum waktunya
aku sedia menunggu
jika takdirku masih dipanjangkan olehMu..

pada dia yang sudi mengasihiku... mencintaiku setulus hati,
mengertilah bahawa aku terlalu menghargai kehadiranmu...
jangan sesekali kau menjauhkan dirimu dariku..

terima kasih untuk kasih yang terpahat buatku...

~ sya ~
yup! aku memang pencinta wanita...


Pencinta Wanita (Irwansyah)

ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
ku harap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

kamu memang pecinta wanita
namun kau bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia...


*looking at her right now...