waktu aku menulis ni, cik jantung hati sedang meniarap sambil nonton tv, cik mama lin sedang sibuk memasak di dapur yang hebat tu, cik blue sedang membungkus diri dengan selimut di depan tv juga, cik rain pun ngikut cik blue membungkuskan diri, cik b dan cik ita pulak kat tingkat atas sedang buat apa gue tak tau ek (eheks)
semalam kami sampai lebih kurang pukul 2 petang selepas mengharungi keadaan agak sesak di beberapa lokasi kebun strawberi, ladang lebah madu dan tempat jualan berbagai jenis barang terutama sekali bantal-bantal strawberi yang serba merah menyala-nyala... bestnye merahh... hehe sungguh obses dengan merah! hahaha...
tapi agak terganggu jugak bila awal-awal memasuki daerah cameron highlands ni, sebabnya, ada bau yang amat menusuk-nusuk. haiyyaa... kenapalah ada tempat pembuangan sampah yang besar dan di tepi jalan masuk nih? sungguh menyakitkan pandangan mata bilamana ada timbunan sampah sarap di celah-celah kehijauan bukit bukau yang terbentang... erhh... harap-harap pihak berkuasa dapat lakukan sesuatu mengenainya, sebab khuatir di masa depan timbunan sampah sarap tu bakal menyaingi deretan sayuran yang berbukit tu... sayang sekali!
menjamu mata dengan pemandangan teres-teres sayuran, ladang-ladang bunga yang menyelubungi sebahagian besar kawasan ini memang membuatkan rasa tenang, syukur menguasai diri. biarpun ada ketikanya kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya, namun kesempatan itu digunakan untuk menikmati sajian mata yang ada di kiri kanan jalan. errr... bukan setakat bukit hijau yang ditengok, minah-minah jual bunga/sayuran juga diskodeng sekali! hehehe... alkisahnye gitu... :P
aktiviti kami di sini seperti yang aku katakan sebelum ni, tidaklah sehebat mana. lebih banyak diisi dengan aktiviti makan-makan dan borak-borak je. dari satu makanan ke satu makanan, begitu jugalah dengan topik atau cerita yang diperdengarkan. macam-macam ada. dan nampaknya rantaian persahabatan kami semakin meluas bila cik rain turut ada. welkem sahabat baru, moga lepas ni joinlah aktiviti-aktiviti kami ye. enjoy sekali bila ada yang sekepala! hahaha...
oh ye, diharapkan cik rain akan cepat keluar daripada permasalahan yang melanda sekarang ini. jangan biarkan diri kamu itu terus tersiksa dan disiksa. menjadi single bukanlah masa untuk menangis dan hidup tertekan, hibur-hiburkanlah hati tu k.
eh, oklah, nanti aku sambung lagi ye. ada 'projek' nak buat ni... hahahaha. sehingga bertemu lagi di lain lembaran (macam perasan tulis surat kan?), salam sayang dari kami bertujuh nuuunn di banglo lama di puncak cameron highlands...
adios frenos!
"awatnye?" "nape?" "yennalaa?" "bakpe?"
hmmm... nih la kalau dah tua, sensitif! hahahaha...
kisahnya bermula di ofis nih ha... bilamana masing-masing sudah diperuk dengan kerja yang 'menjerit-jerit' minta diselesaikan segera. maka berlakulah bermacam-macam insiden yang bisa menghangitkan lagi hati masing-masing yang telahpun sedia panas.
janganlah dek kerana bengang dengan bos, sampai orang lain pun kene tempias. bengang sebab masih tak siap-siap kerja, nak lepaskan rasa pada ofismate yang lain. orang yang tak tahu hujung pangkal menjadi mangsa. dan bila dah marah tu, hilanglah sudah rasa hormat, dan juga rasa 'kekawanan' tu...
terasa hati sungguh bila orang yang dikatakan 'member' tu, dah tak mahu menyahut namanya bila aku panggil... pandang pun tak! memang berpaling muka dan badan terus.... perghhhh... hangat muka aku! macam orang bodoh je aku dibuatnya... tercongok menantikan sapaan aku dibalas. dan aku menyapanya bukan tujuan suka-suka, aku nak minta input kerja dari dia... haihhhh... payah... payah...
akhirnya, aku duduk la semula kat tempat aku... lantaklah ko labu... malas nak layan. tapi, dalam hati, berbekas... hmmm sabar je la... esok-lusa ko kena ngadap aku gak...
bila jemput cik jantung hati balik kerja, tak sabar-sabar cerita kat dia pasal hal kehangitan kat ofis... alih-alih dia pulak hangin! hahahaha...
tu le... kat ofis, kalau ada pegawai-pegawai muda belia baru masuk, memang bakal mengundang rasa ketakpuashatian sedikit. besar kepala. perasan hebat. tapi tetaplah bukan semua... ada pengecualian di situ... yang penting, orang-orang bawahan macam aku kena laaaa layannnn jer... bawak-bawaklah bersabar banyak-banyak... hurmmm...
k lah, ended here... adioss frenoss... ;)
Sudilah kiranya menyambut pelawaan aku untuk bersama-sama bercuti dan mengunjungi cameron highland bersama aku... janganlah malu-malu ye. meh la kita berkenal-kenal. sambil-sambil tu boleh jugak melepas pandangan memandang kehijauan yang terbentang.
sebenarnya, seumur hidup aku, belum pernah lagi menjejak kaki ke tanah tinggi ni, jadi, berbesar hatilah sungguh sekiranya teman-teman dapat meluangkan masa bersama. tak kiralah samada yang dah lama aku kenal mahupun yang baru dikenal, yang pernah bertentang mata mahupun yang belum mengenal 'kecomelan' aku, yang penting, perempuan saja ya deh! hahahaha... ada sedikit diskriminasi di situ! ;)
insyaallah, 25 dis 2009 hingga 27 dis 2009, kita bakal menginap di sebuah banglo besar, yang tak perlulah korang tahu berapa perlu dibayar akan kos penginapannya. cuma, kos makanan je la yang aku minta... tu je ;)
jadi frenos, kalau nak join sama-sama, email aku ye... zaforro@yahoo.com.sg
oh, dan tawaran ini bakal ditutup sehingga ke jam 12.00 tgh pada hari Khamis (24/12/2009)...
ermm... aku takde la janjikan apa-apa acara yang hebat-hebat, cuma sekadar nak merehatkan diri, makan-makan dan barbekiu (belasah la ejaan ni), berkongsi cerita, pengalaman, jenjalan sambil posing bagai, minum-minum kopi ka, teh ka, belajar memasak dengan chef ka, hehehe... gitulah yang dapat aku senaraikan buat masa ni.
erm... kos keseluruhan rasanya tak lebih RM50 gitu la... sekali lagi, email aku kalau berminat yeh!
ada gelisahkah sedang bertamu?, atau,
ada durjanakah sedang bertandang?
sabarlah
tenanglah
biarpun jauh mendung itu direnung,
susuk cahaya yang dicari terkadang tidak terjangkaukan.
pejamlah matamu
bayanglah pelangi itu
biarpun tak tersentuh
namun ia ada tersirna di hatimu
senyumlah
hiasilah
biarpun tak terdaya
namun ia bisa menghapus lara...
kalau rasa imej-imej ni boleh mendatangkan pitam kat korang, baik tutup je... hehehe. sorry le aku masukkan gambar cenggini...
kisahnya berlaku ahad minggu lepas lagi, waktu aku balik ke rumah mak. 'eksiden' pulak dengan pisau yang sedang diasah dengan penuh kesungguhannya! (ahaks) maka terhasillah 'ukiran' unik kat jari hantu aku ni... :P hek hek hek...
ih... ih... ih... nih bukan tahap luka pada jari si dayang dalam cerita Raja Bersiong tu lagi... ntah apa kategorinya pun aku tak tau le. mujurlah boleh berlakon macam takde apa-apa depan mak aku... hehehe. tapi berkerut-kerutlah jugak menahannya.
apalagi, minyak gamatlah menjadi bahan untuk 'menyambung' kembali daging yang telah terpisah tu... (ngeri tak ayat nih? haha) dan darah yang mengalir macam air sirap pekat tu aku biar je dijirus air paip kat sinki, sampai merahlah jugak sinki tu... (saja kan tambah ngeri lagi.. hehe) tapi, muka, memang menten la beb! dalam hati kalu, ayoohhh serupa itu siren ambulans la adik manis!
pulang dari rumah mak, masih dalam kereta lagi, baru aku ceritakan kat lya. haa tu diaaihhh dia punya muka, tak tau nak ekspresi lagu mana! hehehe... terus suruh singgah kat kedai nak beli plaster.
"nak plaster kat jari ke kat hati?", dengan sengih-sengih aku berkata.
"BUKKK!!"
"adehh...", sambil membetulkan kepala yang disekeh! hahahaha....
hehehe... maka bermula saat itu, jari aku kuranglah dapat digunakan untuk kerja-kerja seharian. alahaiii... susahnya bila rasa kurang sempurna ni kan? tu baru hujung jari je kena 'siat' dek pisau. ntahmacammana la kalau lebih teruk lagi... ih.. ih.. nau'zubillahh...
alhamdulillah, hari ini, luka sudah beransur sembuh. cuma sesekali terasa lagi pedih dan peritnya. kulit baru pun sudah muncul...
k lah, insyaallah aku sambung lagi nanti berkisah di sini. adios frenos!
baguslah kalau gitu kan. cumanya, jangan pula nanti ada isu pasal harga yang tak berpatutan lagi tidak munasabah. menambah beban dan menyakitkan hati para ibubapa je.
entah kenapa, bila aku dengar je isu ni, aku terbayangkan kasut sekolah aku dulu-dulu. cukup sentimental sekali kalau aku mengungkit pasal kasut ni. hehehe... meh, kalau nak tahu apa yang bermain di kepala aku sekarang ni...
ini la lebih kurang rupabentuk kasut sekolah aku zaman dulu. puas jugaklah aku meng-google gambar-gambar kasut sekolah ni, jadi ni antara yang look-alike la... hahaha. terima kasih la pada tuan punya asal gambar ni yang sudi berkongsi gambar kat internet. sebabnya kalau aku nak cari kasut aku tu, haruslah sekarang dah jadi kompos kat klang tu... hehehe. ohh, aku memang sukakan kasut bertali. macam menganyam tikar je bila masukkan tali-temali tu kat lubang-lubang yang ada kat kasut tu! hahaha... layan!
aku juga tidaklah begitu rajin sangat nak memutihkan kasut tapi, kalau omak dah bising, aku cucilah jugak... hehe.
haa tu diaaihh!! sekali dah membasuh, kat pagar rumah le tempat kasut tu ditenggekkan. pastu aku akan tersenyum sendiri kalau dah basuh dan sangkut kasut tu, sebab macam tak caye je aku yang membasuh! hehehe. macam kepuasan di tahap maksimum pun ada gak.
kasut hitam ni pulak menjadi 'kesengsaraan' bagi aku bila tiba waktu aku di 'short-listed'kan menjadi pengawas. menjadi kewajipan pulak tu untuk berkasut hitam kalau jadi pengawas. aku tak suka seyy... :P
dan ini antara kasut-kasut idaman aku waktu tu...kasut yang kotor yaamats tu bukannya sengaja aku kotorkan. tak... malah aku cukup sayangkan setiap kasut aku. cumanya, jalan yang aku tempuh setiap hari sememangnya berdebu dan penuh dengan asap kenderaan yang hitam. bahu jalannya masih bertanah merah di sesetengah tempat dan ada juga tempatnya yang aku terpaksa meranduk belukar dek kerana nak memintas jalan. selalunya kasut aku akan bertahan bertahunlah jugak. disebabkan aku kurang menggosok kasut untuk elakkan daripada cepat koyak. kalau korang tengok jari kaki aku sekarang, semuanya macam terbantut, tak 'tumbuh' panjang... hehehe. sebab aku tetap pakai kasut yang elok biarpun dah ketat. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...
kasut hitam tu punya cerita lagi haru. gara-gara pemakaian kasut hitam adalah diwajibkan kepada pengawas, maka aku ambil keputusan untuk 'resign' saja. takpelah tak jadi pengawas pun. asalkan aku tak perlu mengeluarkan belanja untuk memilikinya. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...
kasut-kasut idaman tu pulak hanya menjadi jamuan mata aku saja. tak berani nak suarakan pada mak. cukuplah tumpang seronok tengok awek-awek kat mgs ka, convent ka, pakai kasut gaya gitu... ahakss.
dan antara banyak-banyak kasut yang aku ada, pernah la sepasang yang menjadi 'pujaan hatiku' disebabkan keistimewaannya. bukannya apa, kasut tu dihadiahkan oleh seorang cikgu yang selalu buat hati aku cair secairnya. tak mahal pun kasut tu. tak trendy pun. tapi sungguh berharga bila disampaikan kepada aku dari tangannya sendiri dengan ucapan semangat, harapan dan doa serta airmata kasihnya. sungguh aku tersentuh waktu tu... sampai sekarang aku takkan lupakan segala kebaikan dia pada aku. aerghhh ai sentap jap k...! :P
k lah, itu saja yang aku nak kongsikan serba sedikit kisah kasut sekolah dalam hidup aku... niat di hati nak panjangkan lagi, tapi jari sudah sakit larr... ayakkk...!! nanti korang tau la kenapa. will story-mory later k... ;)
adioss frenoss...!
You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you
You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away
And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile
Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me
alahaii... lama tak dengar khabar kan? mohon ampun dan maaf atas 'kebisuan' yang panjang di laman ini. salah satu sebab, laman ini bertukar cat dahulunya... tu yang macam ala-ala mendapat serangan 'kelesuan-ilham' dek kerana template web tidak menepati citarasa dan citahati! hahaha... cerewet seyyy!
alih-alih, kembali kepada 'classic template' yang lebih aku gemari dan bagi aku lebih mudah aku nak baca 'cacing-html' nye... (yolah tu macam tere!)
apapun, harap korang tak sakit mata melihat kemeriahan catan aku yang terkini ini. nak buat camno, udah merah tu menjadi halwa mata aku... ;)
terima kasih sekali lagi, kerana sudi bertandang tanpa aku menemani di sini...
sekali lagi, aku terbang ke kuching untuk tahun ni. alhamdulillah selamat tiba ke kuching jumaat malam. agak melucukan bagi kami berdua sebab berpeluang berbuka puasa dalam 'belon' juga. perghh, 'hari ini dalam sejarah' betul sebab hanya berbuka dengan 'bersajikan' kurma, sandwich tuna dan air mineral. wah wah wah, kalau tetiap hari cenggini memang konfemlah mama lin & blue 'drop-jaw' tengok kitorang kurus melidi! hahaha... tapi frenos, terus terang aku cakap, 'berlagu riang' perut kitorang lepas tu sebab sandwich tu tak mampu nak memenuhi permintaan! hehehe... :P
dan, bila di sana, inilah antara sajian yang aku sempat rasai... hehehe... bestt!
~ bubur pedas ~
~ ntahapanama nih adik-beradik char kuay teow ler ~
~ nasi huma ~
~ dan air yang bermacam jenis ~
perghhh... nih, aku nak khabarkanlah pada korang semua bahawasanya lya dan aku kini sudah mulalah menjadi saudagar al-minyak wangi wal murah harganyerrr... hehehe. kalau kengkawan semua kepingin untuk memilikinya sendiri mahupun menghadiahkannya kepada seseorang atau berorang-orang, bolehlah menghubungi aku ataupun lya melalui email kitorang.
untuk makluman korang, satu set/ satu kotak tu harganya RM40 - RM45. tapi kalau korang nak beli lebih, bolehlah kami beri diskaun kisahnyerr... ;)
zaforro@yahoo.com.sg
Lya_rieya@yahoo.com
gitulah lebih kurang makluman daripada aku setakat ini... hehe
salam frenos...!
terawal kalamnya, salam ramadhan al-mubarak dari kami berdua. moga segala keterlanjuran selama bersahabat ini, bisa kalian maafkan... :)
wah, berlangkah bulan nampaknya, tidak mengapdet kisah di sini. rindu sebenarnya nak menuliskan kisah bersilih ganti tapi itulah, masa sentiasa tangkas memintas bak pedang panjang yang tajam. usahlah diungkit akan bebanan kerja yang digalas, kerna seakan-akan jemu nak menyuarakannya. iya, memang sibuk kebelakangan ini, lantaran memenuhi kehendak dan keghairahan majikan ingin 'menggondol' status kualiti unggul yang sentiasa diidam-idamkan oleh kebanyakan bos-bos. segala-galanya perlu diatur-selia semula, perlu ditambah-baik, perlu disusun-atur secantiknya... aduh, pening deh! persiapan nak raya pun tak sekompleks ini.
tapi, mujurlah ada frenos yang rajin lagi baik hati pula untuk menganjurkan beberapa 'acara hebat' bagi memberi ruang pada diri untuk bersantai seketika. terima kasih ye cik blue, cik leen. bersama-samalah kita rerajin mencari ruang untuk memberi 'take-a-break' pada diri kita ek ;)
* akan aku fikir-fikirkan juga acara-acara lain untuk merehatkan diri ni... :D errr selain dari ngasap! hahaha...
meh, meh. nak ngadu sikit. sikit je... tak banyak pun... hehehe. entah apalah kena dengan mata aku yang satu ni. tak boleh kalau kipas tu lurus dihalakan ke arah muka. ala... kadang-kadang tak payah halakan ke muka pun, sipi-sipi pun tak boleh. kenapa tak boleh? sebab, kalau ada angin yang kuat menghala ke mata aku ni, haruslah nanti aku rasa pedih, macam baru lepas menangis berjam-jam! tapi, aku nak berkipas juga, almaklumlah musim sekarang ni kan musim panas. malam-malam pun terasa macam waktu di siang hari. resah gelisah dibuatnya. jadi, setiap pagi, kalau bangun daripada tidur, memang tersiksa sangatlah aku 'mengendalikan' kesakitan mata aku ni. terpaksa luangkan masa 5-10 minit hanya untuk buka mata pelan-pelan! kalau tidak, hasilnya ialah ; aku akan ke pejabat dalam keadaan mata yang berair-air dan merah menyala! perghh. tu belum lagi ditambah pulak dengan silau lampu kereta atau motor... memang lagi sadis ler... :P ahaks.
tu je nak cerita pasal mata aku yang satu ni. sebab tu, kadang-kadang korang tengok aku jarang berkipas ataupun aku suka alih kipas ke, aircond kereta ke, jauh daripada aku. bukan aku tak rasa panas, tapi aku tak tahan nak 'layan' mata aku ni... hehe. nasib badanlah labu... apapun, syukurlah ada mata yang masih boleh melihat lagi. ;)
ish, ada kedutlah pulak kat area mata tu! ayakkkk!! sudah tua lah gue! hahahaha... nih yang nak mengadu pulak di lain episod ni... ish.. ish.. >:P
namun begitu, asam pedas tetap asam pedas. sedap! hahaha... (hampeh kan) tapi, dengan ikhlasnya aku cakap; memang sakitlah weihh! ahaks.
tapi toksahlah risau... dah semakin sembuh luka lecur tu. memula hari tu, memanglah ngeri. orang kat pejabat tanya aku, kenapa dengan tangan aku. aku jawab; ramai sangat adik praktikal cium tangan saya, tu yang melecur tu...! (gila bangang kan alasan ni). adakalanya pulak aku katalah; saya buat eksperimen kat rumah, tersalah campuran, ginilah akibatnya. hehehe... puaslah diorang tanya kenapa. malulah jugak nak ngaku tangan lecur dek kerana asam pedas! hahahahaha sabo je le... hahahaha.
okehlah frenos, jaga diri bebaik haa... pada semua sengetians yang join Gathering 2009, hati-hati drive kereta... ;) semoga korang enjoy la dengan segala aktiviti yang dah dirancang. kirim salam la kat sapa yang kenal aku. insyaallah lain kali aku dan lya join la nanti.
alhamdulillah, aku dah pun kembali dengan selamatnya ke kota kuala lumpur bersama-sama dengan ibu dan 'pooh' aku (hehehe). penat, seronok dan puas hati. sekejap betul hari-hari berlalu. baru bertemu, sudah pula berpisah. baru bergelak tawa menyambut ketibaan, sudah pula berderai tangis selamat pulang. gitulah keadaannya... :) moga bakal bertemu semula nanti, insyaallah...
haa kengkawan, teringin aku nak kongsikan beberapa masakan-masakan yang telah mencetuskan rasa sedap maksima pada aku selama berada di kota kenyalang. meh, meh... kita tengok apa yang aku makan kat sana ;)
LAUK-PAUK KENDURI...
(sabtu)
chef : atok
~ manok kicap ~
ayam kicap ni memang 'heaven' la... rasanya memang tidak mengecewakan selera aku yang sentiasa mengharapkan rasa yang lebih pedas dan berempah. (slurrpp!) tapi ada jugak sesetengah orang tak suka pedas, jadi tak hairanlah kadang-kadang kita termakan ayam kicap yang ada rasa manis dan kurang pedas. antara bahan-bahannya ialah kicap 'tong nam', bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, lada hitam, cili kering, rempah-ratus, sos cili... pandai-pandailah nak campur ke gaul macam mana! hehehe :P
chef : atok
~ sayur keladi masak lemak ~
perghh! sayur keladi ni memang banyaklah hari tu. satu guni keladi mentah habis dimasak. siap campur dengan tetel lagi. huishh. berpeluh le makan. sayangnya, tak cukup untuk menjamu kesemua orang yang ada. aku rasa, ada yang makan lauk ni bersenduk-senduk gamaknya! tu pasal le tak cukup... hehehe... aku? berapa senduk? hehehehe... biarlah rahsia... kehkehkeh.
~ ikan terubuk masin goreng ~
owh, ini memang tidak perlu diperkenalkan sangat, sebab rata-rata memang dah tau apa dia. menjadi salah satu cenderamata wajib yang dibawa pulang dari kota ni. aku rasa, masa kenduri ni, berpuluh-puluh ekor ikan terubuk masin menjadi santapan semua yang hadir. perghh! cicah dengan sambal perahan limau lagi tu.... :P nyumnyum... harap-harap takde le tetamu yang tekanan darahnya jadi tinggi gara-gara terlebih sudah...
sponsor : atok & usu
~ tembikai lorr ~
pencuci mulut le nih... apo laie... hehehe... :P
wah, baru hari ni aku dapat meluangkan masa untuk menaip sesuatu di 'perkisahan' ini. biarpun sebenarnya aku telahpun memulakan percutian dari jumaat minggu lepas, tapi seakan-akannya masa yang panjang tetap berlalu pantas. iye, aku tengah bercuti sekarang ni. ikut mem balik kampung dan bawa ibu aku sekali jenjalan di kota kenyalang...
setakat hari ni, macam-macam jugaklah aktiviti yang dah diisi. bukan setakat round2 keliling bandar ni, tapi turut menghadiri perkahwinan 'adik ipar' aku! hehehe... seronok mak mertua aku jumpa ibu. dan ibu juga dah dapat ramai member kat sini. oh, tidak ketinggalan, adakalanya ibu aku tak menang 'kaki' untuk memenuhi undangan bertandang ke rumah member2 baru dia tu! hahahaha... biarpun ibu bertutur bahasa melayu semenanjung dan member2 barunya pula dalam bahasa melayu sarawak, tapi tetap jalinan persahabatan itu tampak mesra. kadang2 diorang gelakkan diri sendiri sebab terasa ala2 macam si ayam dan si itik sedang bercakap! kehkehkehkeh... gasaklah.
tadi, baru pulang dari bershopping... er, bershopping tahap medium kot. beli kain baju sikit, yang bermotifkan ala2 pua kumbu, beli rantai kunci yang comel2, beli sumpit dan 'perisai'nya, beli senduk kayu nibong yang warna hitam tu, dan aku sempat gak beli kasut 'kungfu'! hahaha... tetiba berkenan la pulak... hehe :P tak mahal seyy.. 12 hengget je! hahaha... selesa larr...
pergh, malam ni ada majlis pihak lelaki menerima menantu, jadi aku dan ibu dijemput juga untuk menghadirinya. kenalah bersiap kejap lagi. ops, kata orang sini, kenalah berkemas! hahaha... memula aku ingatkan berkemas tu macam ala2 suruh kemas baju dan angkat kaki, rupanya suruh bersiap pakai baju lawa2! hehehe... mampuih kena gelak dengan mem... kehkehkeh.
oklah, insyaallah aku sambung lagi nanti. mungkin tentang pengalaman2 yang lain pula ye. erkk!! (sendawa) hehehe... baru lepas makan mee goreng (megi goreng) cap apantahakupuntaktau yang dibuat dek mem tadi... err... psstt! sebelum pegi sini hari tu, aku slim le jugak, nih dah naik nih... macam dipam2 la pulak! tadi baru upload gambar, tengok tang muka, alahaiii tombamnyo den! tengok pulak tang poghut, huiiyaiii tak dapek den nak koba! hahahahaha! k frenoss adioss! ;)
************************************
mungkin ada yang merajuk hati dengan ayah, yelah... ada kehendak kita yang tidak diturutinya. sabar dulu... tentu ada sebab mengapa tidak dipenuhi, tentu ada alasan yang menyebabkan hati ayah gusar lagi bimbang untuk bersetuju. memanglah ayah tak pandai memujuk seperti ibu, tapi ayah tetap bijak mencari kesempatan untuk buat kita tersenyum kembali.
mungkin ada yang menangis dimarahi oleh ayah, yelah... ada tindak-tanduk kita yang tidak berkenan di matanya. sabar dulu... sebelum mengatakan ayah itu kolot orangnya dan konon tidak tahu perkembangan semasa. memanglah ayah sudah agak berumur sekarang, tapi jangan lupa, pengalaman ayah yang dulu itulah menjadi panduan buatnya untuk hidup di zaman kini.
kadang-kadang kita sengaja buat tak endah bila ayah memanggil nama kita. sebab kita rasa puas bila ayah tahu kita sedang melancarkan 'perang dingin'. konon nak biarkan ayah rasa bagaimana sakitnya hati bila tak dipedulikan. wah... rasa diri dah menanglah ye?
ada waktunya pula kita jawab panggilan ayah dengan suara yang tinggi dan kasar. kita rasa lega dapat buat macam tu. konon nak ayah tahu bahawa anaknya ni sedang memprotes arahannya.
agaknya kita sudah terlupa, kan?
ayahlah yang melaungkan kalimah pertama di telinga kita sewaktu kita masih asing di dunia ini. dan laungan itu menjadi kata-kata sambutan yang amat mendamaikan lagi penuh kesyahduan. ingatkah kita saat penuh mengharukan itu?
ayahlah yang menamakan kita dengan nama indah untuk kita dikenali oleh kawan mahupun lawan. dan dengan nama itu jugalah kita akan dipanggil di mahsyar nanti. ingatkah kita saat bangganya ayah bila mengenalkan kita pada semua?
ayahlah yang memujuk ibu saban hari dengan mengatakan, "ya, jangan risau. nanti abang usahakan" bilamana makanan harian kita sudah tidak setimpal dengan selera kita yang makin bertambah. ingatkah kita betapa masamnya baju ayah bila pulang kerja dulu?
dan ketika kita masih berkesempatan bertemu muka dan beradu suara dengannya, masih belum terlambat untuk kita kucup kedut pengorbanan di tangannya selama membesarkan kita, mohon kemaafan. biarpun ada silap dan salahnya pada kita, usahlah dihitung kusut yang terhasil darinya. kerna tiada insan yang sempurna tanpa kesilapan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. dan kita tidak terkecuali jua!
bila sudah ditukar warnanya, terasa kelainan untuk memulakan ayat. yelah, macam kekok bila pindah rumah baru. betullah kata orang, perubahan itu perlu. lebih-lebih lagi yang boleh membawa kebaikan. tapi tulah, selagi tidak dicuba, selagi itulah juga kita tak tahu rasanya. dan untuk memulakan sesuatu perubahan juga bukanlah semudah yang dikata dan sesenang yang diharapkan. adakalanya sakit! ahakss ;)
eh, apapun, harap-harap korang tak sakit matalah dengan template baru ni ye. terima kasih... :D dan selamat melayari karpet biru pula...!
umum sudah mengetahui bila datangnya bulan mei, maka akan ada acara sambutan untuk semua ibunda tercinta di seluruh dunia. anak-anak akan menyatakan betapa tingginya penghargaan mereka buat insan yang telah berkorban demi kelangsungan satu nyawa. dan kesempatan ini aku pergunakan buat ibu juga. biar setinggi manapun aku korbankan apa yang ada pada aku, masih tak mampu menyamai tingginya timbunan kasih sayang, pengorbanan, dokongan, airmata dan peluh getir ibu. dalam mengenang suka-duka ibu mengharung ranjau hidup bagi membesarkan aku, ingin aku hadiahkan sekuntum mawar mewangi untuknya... harum dan cantiknya mawar itu menjelaskan segala-galanya antara aku dan ibu.
ada mawar harum lagi yang ingin aku persembahkan buat seseorang di bulan mei ini juga. sebagai suatu hadiah yang menggambarkan abadinya ingatan aku buatnya. senyumnya, suaranya, layanannya, sentuhannya dan wajahnya tak pernah terpadam dan terhapus daripada pandangan kenangan aku. maafkan anakmu ini ayah, kerna mawar harum ini dibasahi airmata kerinduanku yang tak tertahan. lenalah dengan tenang wahai ayahandaku...
dan ada segugus lagi mawar harum yang ingin aku berikan buat teman-teman yang menyambut ulangtahun kelahiran di mei ini. teman yang mengerti siapa aku, teman yang sedia menerima seadanya aku, teman yang bisa melenyapkan sementara kegalauan di hati dan teman yang bisa menemankan aku bila ketidakpastian sedang merintang. terima kasih atas harumnya sebuah persahabatan yang melingkari usia kita...
dan sebelum berakhirnya mei ini, umur aku juga akan turut digenapkan setahun lagi. bila aku toleh kembali usia-usia aku yang terdahulu, ya, sarat sekali pengajaran yang aku kutip. pengajaran yang sentiasa menjadi bekalan bila aku terputus ilham dalam mengambil sesuatu keputusan...
lahirnya aku dulu disambut penuh keriangan di bulan mei, kembalinya ayahanda kepadaNya dulu juga di bulan mei dan bermulanya denai beronak ibu dalam membesarkan aku di bulan bertuah ini juga.
selamat menyambut bulan mei untuk semua frenos! ;)
pekabar semua? moga-moga sihat dan bahagia selalu... kalau ada yang sedang menjeruk hati, cepat-cepatlah keluarkan diri daripada keadaan tu. tak elok lama-lama dijeruk hati tu, takut nanti terlampau 'masam' rasanya... dan bisa mendatangkan penyakit juga!
aku teruja pula tiba-tiba untuk menulis tentang kisah suatu persahabatan yang bagi aku, memang punya 'standard' atau nilai yang sukar dicari. tapi, diimpikan oleh setiap insan normal yang berfikiran waras serta berhati manusiawi. kisah ini bukan tentang aku, dan bukan juga tentang seseorang yang aku kenali. kisah ini cuma kisah yang dinukilkan dalam sebuah buku cerita kanak-kanak dan kemudiannya 'dihidupkan' di mata kita untuk dipertontonkan di segenap pelusuk dunia.
kisah yang aku maksudkan itu ialah cerita "Charlotte's Web", ditayangkan di salah satu rangkaian astro beberapa hari lalu. mungkin ada antara frenos yang pernah tonton cerita ni, dan mungkin ada yang belum juga. cerita ini diadaptasikan daripada sebuah novel kanak-kanak yang pernah memenangi beberapa anugerah dan telah diterbitkan pada tahun 1952. penulisnya, E.B White dan dah meninggal dunia pun. walaupun ditulis untuk menjadi bacaan kanak-kanak, tapi intipati cerita ini boleh menjadi tauladan untuk semua peringkat umur.
kisahnya cukup mudah. tentang seekor anak babi (wilbur) menjalin persahabatan dengan seekor labah-labah (charlotte). biarpun ada binatang lain di situ; lembu, angsa, kambing biri-biri, kuda dan tikus, tapi diorang semua tak sudi untuk berkawan dengan charlotte disebabkan keadaan dirinya yang dikatakan hodoh, berbahaya lagi menakutkan. tapi wilbur menerima charlotte seadanya bahkan memuji kecantikan charlotte. sehinggalah suatu masa, bila wilbur dapat tahu dia bakal 'disembelih' untuk krismas, charlotte berusaha sedayanya untuk menyelamatkan wilbur dari disembelih. binatang yang lain, macam buat 'dekk' je. siap cakap, itulah nasib seekor babi di sebuah ladang. kesungguhan charlotte memang mengharukan dan akhirnya wilbur selamat dari disembelih. tapi, saat bahagia wilbur tak lama bilamana sahabat baiknya charlotte mati. kematian charlotte sememangnya telah mengubah pandangan binatang-binatang yang lain, dan akhirnya diorang bersatu untuk menjaga anak-anak charlotte yang masih belum menetas. bagi wilbur, hanya dengan cara itu dia dapat membalas jasa charlotte.
erh... aku tak pandailah buat sinopsis cerita tu. yang pasti, cerita itu mencampurkan rasa gembira dan sebak dalam satu masa. tentang kesediaan menerima seseorang seadanya, tentang janji teguh seorang sahabat, tentang semangat magikal yang dinafaskan oleh sahabat dan tentang pengorbanan yang cukup ikhlas...
beberapa dialog yang terkesan di jiwa:
dialog 1
charlotte: Oh, Wilbur... don't you know what you've already done? You made me your friend and in doing so, you made a spider beautiful to everyone in that barn...
dialog 2
charlotte: Wilbur... we're born, we live, and when our time comes, we die. It's just a natural cycle of life.
wilbur: No! Just climb down! I'll carry you the rest of the way! We'll go back to the barn and I'll take care of you!
charlotte: No, Wilbur... I don't even have the strength to climb down.
dialog 3
charlotte: No, my webs were no miracle, Wilbur. I was only describing what I saw. The miracle is you.
dialog 4
charlotte: Goodbye... my sweet, sweet Wilbur.
wilbur: Goodbye, Charlotte. I love you.
airmata aku memang melelehlah... isk.. isk.. sebak sangat. sampaikan mem yang sejak dari awal cerita tu ditayangkan telahpun melelapkan mata, tapi terjaga dan hairan tengok aku menangis sampai macam tu! er... mak sentimental la noks! hehehe.
mulalah fikiran aku bercakap-cakap. watak-watak binatang dalam cerita tu sebenarnya mewakili juga kategori manusia yang ada di dunia ni. setiap satunya memandang persahabatan itu dari kacamata yang berbeza. punya alasan tersendiri juga mengapa suatu nilai itu menjadi pegangan. berbezanya kita kerna berbezanya latarbelakang, didikan, pendedahan, persekitaran dan keupayaan nilai empati. tapi, kita ciptaan tuhan yang bukanlah 'rigid'. kita punya kelebihan untuk berubah. kalau hari ini kita 'keras', mungkin esok kita boleh menjadi 'lentur'. kalau semalam kita cerewet, mungkin hari ini kita bisa menerima seadanya...
buat yang tersayang,
tiada ruang bisa dilukiskan, tiada bait kata bisa dititipkan, sekucup terima kasih atas segalanya... luv u dear...
It's not that unusual
When everything is beautiful
It's just another ordinary miracle today
The sky knows when it's time to snow
Don't need to teach a seed to grow
It's just another ordinary miracle today
Life is like a gift they say
Wrapped up for you everyday
Open up and find a way
To give some of your own
Isn't it remarkable
Like every time a raindrop falls
It's just another ordinary miracle today
Birds in winter have their fling
Will always make it home by spring
It's just another ordinary miracle today
When you wake up everyday
Please don't throw your dreams away
Hold them close to your heart
'Cause we're all a part of the ordinary miracle
Ordinary miracle
Do you want to see a miracle?
It seems so exceptional
The things just work out after all
It's just another ordinary miracle today
Sun comes up and shines so bright
And disappears again at night
It's just another ordinary miracle today
It's just another ordinary miracle today...
~ teristimewa buat dia yang menjadi sahabat dan kekasih hati... luv u dear =)
dia suka 'bermuka-muka'...
eh, eh, eh.... bukan bermuka-muka yang ala-ala talam dua muka tu...
bukan gitu... ih.. ih.. bukan, bukan...
dia cuma suka membuat memek muka yang pelbagai...! hehehe...
comey gitu...! :P
dia suka memandang dengan pandangan 'makrifat'...
eh, eh, eh... bukan dia tengah 'membomoh'... idak aihhh... bukan, bukan...
sebenarnya,
dia tengah cari 'modal' tu, nak bercakap lagi... dan lagi... dan lagi...
hehehe... bersiap sedialah dengan jawapan ye,
kelak boleh di'fire' kalau tak bersedia...!
hahahaha...
dia pendiam? dia garang? dia dingin?
ih... ih.. idak aihhhh... manade...
yang sebenarnya,
dia kelakar dan pandai gak buat lawak
kadang-kadang lebih gelihati daripada tengok Raja Lawak! ahakss
hahahaha...
dia bukannya tak suka dilayan bagai puteri,
cuma dia agak pemalu di depan orang ramai...
sebab tu,
kadang-kadang orang sangka kitorang tak romantik,
padahal,
ih... ih......! hahahaha maleh le nak cite sini! hahaha
tu le dianya antara gelagat si "stitch" aku
sesungguhnya bila berjauhan dari mata,
terasa berbekas di hati dan bernanar di jiwa...
luv u, dear... hehe ;)
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
"addooooooooiiiiiiiiihhh...!" banyaknya kerja. dah puas memulun nak menyiapkan kerja, tapi, setiap kali habis selesai satu bab, bab lain pulak yang datang. tapi tu la, selagi kita masih merasakan yang kita bertanggung-jawab ke atas kerja itu, maka selagi itulah kita kene sentiasa bersabar banyak-banyak mengharungi timbunan kerja yang bagaikan tak sudah-sudah. kalau nak diikutkan hati, memanglah macam nak campak je kerja tu kat bawah meja, biarkan bersawang, biarkan lapuk dimakan dek anai-anai! hehehe...
tapi tu la, memanglah memula berserabut sangat kepala otak ni bila awal-awal dilonggokkan kerja tu, tapi, insyaallah, berkat sabar, doa dan tekun, tak mustahil kerja yang susah boleh jadi senang... atau yang bersepah, bisa tersusun... atau yang dah buntu, bisa dicapai penyelesaiannya... kan?
tapi tu la, bila dah elok-elok kerja tu disiapkan dengan sesempurnanya, ada pulaklah yang sengaja bagai menafikan keringat dan tenaga yang telah disumbangkan. boleh keluar pulak ayat, "dia manada buat kerja apa" atau "apalah sangat kerja yang dia buat tu?"... wahwahwah... enak sungguh menutur kata tanpa sedar ada luncuran kata itu bagai pedang membelah puding! ahakss... ;)
itu yang sampai rasa nak mem'bang-head'kan orang-orang yang bermulut celupar dan berhati parasit ni. tapi itu kalau kita tahu siapa gerangan orangnya. dan berada di tempat dan masa yang strategik untuk mendengar 'siaran langsung' komentar tentang diri kita dibuat! hehehe...
tapi tu la, persetankan je dengan perkara-perkara yang boleh buat kita lagi stress ni. biarlah kita tumpukan pada kerja yang sepatutnya diberesi. lebih-lebih stress yang didatangkan oleh parasit-parasit tu biarkan je berlalu... atau, meh kita beli satu set mende picit-picit seperti di atas... hehehehe... macam kiuttt je kan rupanye! hahahahaha... kalau rasa macam nak marah kat bos sebab bagi kerja banyak kat kita, pakat-pakat la picit mende tu... ahakss! err.. kat mana ekk ada jual mende ni? hmmm...