kalau dapat ku hitung rasa yang membungkam jiwa...
kalau dapat aku tutup lara yang mencengkam rasa...
takkan begini akhirnya dirimu.
kenapa perlu dibazirkan airmata yang tak ternilai harganya?
mengapa perlu dibiarkan luka berdarah lama tanpa ubatnya...?
seksa sungguhkah ragamu?
rawatilah andai perlu...
jangan dibiar parut membaluti raga yang terluka,
jangan diusap manja jiwa yang terlara...
ingat,
walau di mana letaknya dirimu
sanjunglah ia...
dukunglah rasa yang penuh harapan
jangan musnahkan hidup yang masih punya erti
jangan dibiar hati yang masih punya emosi
ingat,
dirimu masih ada yang sayang...
jangan diletakkan rasa luka jauh disudut perasaan
kenangilah ia,
sesungguhnya kenangan tu terlalu bermakna...
maafkan aku yang cuma pandai berkata-kata,
menutur bicara,
tanpa mengira titik luka yang kau tanggung selama ini
sesungguhnya,
aku ingin kau turut tersenyum seperti sebelumnya...

pernah rasa ingin mati?
rasa ini hanya wujud bila sesuatu yang kita tanggung, tidak lagi terdaya untuk memikulnya. ingin sahaja diakhiri beban yang digalas. bukan tiada usaha yang diambil untuk meringankannya, tapi setiap kali itu juga, bagaikan bebanan yang sediada seakan-akan makin bertambah dan menyiksakan. bagaikan berputus harap. bagaikan tak jumpa lagi jalan untuk keluar daripada lorong sempit lagi gelap. kala itu juga, fikiran tidak lagi mendapat tempat dalam diri, kerana hati telah mula menguasai kewarasan diri...
pernah rasa ingin marah dan mengamuk sehebat-hebatnya?
rasa ini berakar daripada rasa tidak puas hati yang telah disimpan sekian lama. daripada rasa dendam, merajuk, berkecil hati yang pada mulanya hanya kecil dan sedikit. tapi, kalau dah disimpan semakin lama semakin membusung di dalam dada. dan akhirnya, menanti waktu untuk meletus bagaikan lahar gunung berapi yang panas lagi memusnahkan segala yang ada. kalau dah wujud rasa ini, diri sendiri sudah tak memikirkan lagi siapa insan yang sepatutnya diamukkan dan siapa insan yang tidak sepatutnya. sesiapa sahaja bakal menjadi mangsa amukan jiwa yang sedang membara. tapi, kalau difikirkan selepas letusan lahar tersebut apa hasil yang diperolehi? ... hanya kemusnahan... dan yang sedihnya, bila yang tidak berdosa terbabit sama dalam kemusnahan yang asalnya bukan ditujukan padanya...
pernah rasa ingin menangis semahu-mahunya?
bagaikan tiada benteng yang bisa menahan empangan airmata yang telah pecah. menangislah semahunya untuk meredakan rasa sebak, pilu, kecewa, yang peringkatnya telah mencapai peringkat tak tertanggung dek hati. tak peduli lagi pada sekeliling yang melihat, kerana dalam dirinya cuma ada satu pengertian... iaitu sedih ini teramat sakit. airmata yang mengalir, membasuh bersama senyuman yang sebelum ini terukir indah. dan mengalirlah ia hingga jauh membasuh hati yang dalam terluka... selepas menangis...? akan legakah luka yang tersayat? bagai air yang menyusur sungai, bisa merubah liku benteng yang sebelum ini cantik terbentuk. namun, sungai bisa jadi lebih lebar atau mungkin juga bisa jadi lebih sempit...
pernah rasa ingin senyum semanis-manisnya?
bahagia yang sedang dialami bagaikan tidak tergambarkan oleh sebarang lukisan, tidak tersusunkan oleh sebarang puisi dan tidak terlagukan oleh sebarang nyanyian. senyuman yang tercetus daripada hati yang sedang diulit oleh warna-warna pelangi yang mempesonakan dan sedang berada dalam himpunan wangian yang mengharumkan. senyuman yang terukir, terpamer pada sekelian yang ada di mayapada, seakan ingin mengkhabarkan pada semua, yang musim kebahagiaannya berpanjangan tanpa pengakhiran. senyumlah dengan penuh keikhlasan, kerana senyuman yang berisi kejujuran bisa membantu menjadi mentari bagi jiwa yang sedang mendung lagi kedinginan.
pernah rasa ingin memeluk seseorang seerat-eratnya?
bagaikan anak manja yang ingin mengadu pada ibunya... dan begitulah rasa yang terbit bila diri menginginkan seseorang memeluk erat dirinya dan berkongsi hangat kasih yang ditagihkan. mungkin juga ada rasa tidak mahu melepaskan pergi jiwa itu. mungkin juga ada rasa tidak akan bersua lagi selepas itu. berbagai maksud tersimpan dalam sebuah pelukan yang hangat. bagaikan dua hati sedang berbisik dekat antara satu sama lain. hati yang satu sedang hebat mengadu, dan hati yang satu lagi sedang setia mendengar. bahasanya? hanya difahami oleh hati juga. ianya tidak bisa ditulis, dan tidak bisa juga untuk didengarkan...
pernah rasa kesemuanya dalam keadaan bertimpa-timpa?
andai pernah, tahniah... kerana dirimu masih seorang manusia yang punya hati... :)
*******************************************
aku lahir
tanpa ada apa-apa untuk dipertaruhkan
tanpa ada apa-apa untuk dimegahkan
aku tak punya rupa yang cantik
aku tak punya suara yang merdu
aku tak punya badan yang tegap
tapi,
aku ada akal yang waras
dan,
aku ada hati yang berperasaan...
itu sudah memadai bukan...?
*******************************************
selamat ulangtahun kelahiran untukmu, angel...
takkan pernah terlupa dalam kesibukan aku mengharungi hidup, akan tarikh ulangtahun mu ini. sudah menjangkau lebih 10 tahun kita mengenali diri masing-masing, bukan? selama itu, tentunya peristiwa suka lagi duka telah sama-sama kita tempuhi dalam berbagai keadaan yang mendatang.
terima kasih,
memahami aku yang terkadang sukar untuk dimengertikan.
meminjamkan aku api semangat di kala aku mula kehilangan cahaya.
menyimpan rasa yakin sewaktu yang lain mula goyah pada aku.
mengingatkan aku di kala aku mula leka bermain lumpur.
dan,
membenarkan aku untuk terus memanggil mu, "my angel..."

kadang-kadang tak perlu wajah yang hebat untuk kita jatuh hati padanya. ataupun tak perlu calitan warna-warna tambahan pada sebuah wajah semata-mata ingin kelihatan anggun. cukup sekadar sebuah senyuman ikhlas berserta renungan mata yang redup. daripada hati yang jujur, bakal terpancar wajah yang indah lagi mendamaikan.
itulah hebatnya kombinasi pada suatu ciptaan tuhan yang maha agung. betapa wajah itu bisa membuatkan hati berdetak kencang, betapa wajah itu juga bisa menjadikan hati tenang mengamatinya.
dan aku sedang merindukan wajah yang sering tersenyum pada aku suatu waktu dulu. wajah yang pernah menjadikan aku antara manusia paling bahagia setiap hari...
terima kasih, tuhanku... kerana pernah menciptakan wajah indah itu untuk aku nikmati. biarpun aku cuma menjadi sang perindu yang jauh di sudut gelap, tapi sekurang-kurangnya aku dapat rasai cetusan kasih yang Kau marakkan pada hati ini.
sampaikan salam rinduku pada pemilik wajah indah itu wahai tuhanku... moga Kau bahagiakan dirinya buat selamanya. janganlah Kau baluti hidupnya dengan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan. serikanlah hidupnya dengan cahaya syurgawi-Mu yang tak terbandingkan.
diri aku? hanya satu yang aku pinta,
akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik...
***********************************************
Puteri - Zainal Abidin
Harum semerbak kasturi
indah mewangi
cantik rupa parasnya puteri
di sinar maya
cinta bukanlah semahal
yang ku peluk zahirmu
kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
rindu dihatiku ini tak dapat aku sembunyi
entah bila kan kembali
setelah kau pergi
puteri
malam ku dingin tiada pujuk rayumu
kembalilah
ku kehilangan tawa mesramu itu
puteri
malamku dingin aku kehilanganmu
kembalilah
ku kehilangan kekasihku
puteriku
dengarkanlah rayuan hati
tak sanggup aku kehilangan mu
dalam jaga aku keliru
kembalilah
kembalilah
malamku dingin tiada pujuk rayumu
puterikuku
kehilangan tawa mesramu itu
kembalilah
malamku dingin aku kehilangan mu kekasih ku

sekarang ni
aku kuat tidur
tapi, aku tidur lewat
sebab, aku susah nak tidurkan diri kalau malam menjelang
dan, aku akan tidur bagaikan tiada mimpi bertandang...
sekarang ni
tidur di malam hari bagaikan sesuatu yang menyusahkan aku
sekali dah tertidur, susah pulak nak bangun
biarpun aku dah kunci jam yang bakal berdering menyuruh bangun...
sekarang ni
aku kuat kerja
macamlah aku nak siapkan segala-galanya hari ini
tapi, aku terpaksa macam tu
sebab, kalau aku tak menyibukkan diri,
aku bakal hanyut dalam gelora perasaan yang melemaskan.
sekarang ni
aku kuat menghabiskan gulungan tembakau
selagi tak habis sekotak, selagi tu apinya aku nyalakan
selagi tak terasa sesak, selagi tu bakarannya aku sedut dan hembuskan
tapi aku tau, ada mudarat yang bakal menjelma...
arghh..! biarlah...
sekarang ni
aku tak tau apa ayatnya yang perlu aku taipkan di sini
sebab, otak aku macam beku
dan, jari-jari aku macam malas
tapi, rasa yang terpendam ada bertapa dalam hati
bagai nak pecah ingin dihamburkan
tapi, perlu ke?
hmm... biarlah...

Salam takziah untuk seorang sahabat yang aku panggil “kak eton” atas kembalinya ke rahmatullah, ibu yang selama ini amat dikasihi dan disanjungi, pada suatu dinihari di kala seluruh umat islam sedang melalui hari tashrik yang terakhir. Doaku, moga rohnya damai di sisi allah buat selamanya. Kita bakal menyusul pula di suatu hari yang telah dijanjikan oleh allah, tanpa sedetik tercepat atau sesaat terlambat dari yang telah sediada tersurat.
*******************************************
Salam aidiladha buat seluruh sahabat samada yang mengenali aku secara “real-time” mahupun yang sekadar mengadili aku dari huruf-huruf yang bercantum menjadi ayat-ayat di dada paparan maya ini.
*******************************************
Selamat berumur setahun buat blog aku ni. Seawal kemunculan blog ni, aku coretkan rasa tidak puas hati aku. Waktu tu, aku sedang berkecil hati. Sedang dalam rasa berjauh hati. Senang cite, aku merajuk! Ahakss… betapa hati yang kononnya ingin ‘dikeraskan’ menjadi lembek jua… ih.. ih.. gitulah…
*******************************************
Aku sedang bersendirian sewaktu menikmati segelas teh tarik bersama 2 set roti bakar yang disapu majerin berserta kaya, di suatu sudut yang agak terpencil. Takde apa-apa yang menarik perhatian aku waktu tu, cuma sekadar aku membuang pandangan ke arah tingkap besar yang menghala ke jalan utama. Leka memerhati kenderaan yang bergerak bertali arus. Sambil fikiran aku kosong, tidak memikirkan apa-apa… hehehe…
Tiba-tiba perhatian aku teralih pada suatu sudut… ermm… aku pernah bersama dia di sudut itu. Berbalas pandangan, berkongsi cerita, bergurau mesra dan bertukar pendapat. Dan segelas teh tarik serta 2 set roti di saat itu, terasa amat lambat untuk dihabiskan…! Dan aku seperti biasa, akan suka mengusiknya dengan jenaka aku yang aku rasakan ntahapaapantah! Hahahahaha…
Poffss!! Ingatan aku pada saat itu terpadam seketika. Aku teguk teh tarik yang masih panas. Nikmatnya… ermm… manis, semanis senyumannya. Lemak, selemak suaranya. Ih.. ih.. apesal aku bandingkan dia dengan teh tarik pulak nih? Ahakss…
Tak pasal-pasal, aku sebut nama dia dengan perlahan… dan aku senyum… ih.. ih.. bagai dia ada duduk di sebelah aku waktu tu, juga tersenyum nakal. Rindukah aku pada dia saat ini? Hmm… sebak seyy… erghh…! Cepat-cepat aku habiskan teh tarik yang masih berbaki ni… nanti lagi lama aku dibuai kenangan.
Bila aku melangkah keluar dari sudut terpencil tu, sempat jugak aku bisik sorang-sorang, “miss u, sweet girl… please, jaga diri baik-baik ye, walau dimana jua dirimu saat ini”
*******************************************
“hiduplah dalam jangka masa yang terhad ini…” – tertarik aku pada kata-kata ini. Betapa ayat ini membuatkan aku berfikir panjang. Mengapa harus disedihkan pada sesuatu yang telah berlalu, dan mengapa pula harus dibimbangkan pada sesuatu yang belum dilalui? Lakukanlah yang paling terbaik untuk hari ini kerana hidup ini terlalu pendek masanya.
Sudah “yang terbaik”kah yang telah aku berikan pada semua selama ini? – Ayat seterusnya yang perlu aku fikir-fikirkan selepas ini… mungkin aku perlukan pula segelas “pepsi kuning” yang aku dan frenos panggil "air berlagak" dan sekotak “sempurnakan harimu” di suatu sudut di sebuah rumah nun di puncak jalil sana! Ahakss… (ada yang tahu tempat ni…)
*******************************************
merepek ke aku kali nih? … hahahahahaha …
*aku yang sekali lagi berdepan dengan penyakit kesengalan ilham untuk mengarang! (sabau je le…)