salam frenoss...!
"addooooooooiiiiiiiiihhh...!" banyaknya kerja. dah puas memulun nak menyiapkan kerja, tapi, setiap kali habis selesai satu bab, bab lain pulak yang datang. tapi tu la, selagi kita masih merasakan yang kita bertanggung-jawab ke atas kerja itu, maka selagi itulah kita kene sentiasa bersabar banyak-banyak mengharungi timbunan kerja yang bagaikan tak sudah-sudah. kalau nak diikutkan hati, memanglah macam nak campak je kerja tu kat bawah meja, biarkan bersawang, biarkan lapuk dimakan dek anai-anai! hehehe...

tapi tu la, memanglah memula berserabut sangat kepala otak ni bila awal-awal dilonggokkan kerja tu, tapi, insyaallah, berkat sabar, doa dan tekun, tak mustahil kerja yang susah boleh jadi senang... atau yang bersepah, bisa tersusun... atau yang dah buntu, bisa dicapai penyelesaiannya... kan?
tapi tu la, bila dah elok-elok kerja tu disiapkan dengan sesempurnanya, ada pulaklah yang sengaja bagai menafikan keringat dan tenaga yang telah disumbangkan. boleh keluar pulak ayat, "dia manada buat kerja apa" atau "apalah sangat kerja yang dia buat tu?"... wahwahwah... enak sungguh menutur kata tanpa sedar ada luncuran kata itu bagai pedang membelah puding! ahakss... ;)

itu yang sampai rasa nak mem'bang-head'kan orang-orang yang bermulut celupar dan berhati parasit ni. tapi itu kalau kita tahu siapa gerangan orangnya. dan berada di tempat dan masa yang strategik untuk mendengar 'siaran langsung' komentar tentang diri kita dibuat! hehehe...

tapi tu la, persetankan je dengan perkara-perkara yang boleh buat kita lagi stress ni. biarlah kita tumpukan pada kerja yang sepatutnya diberesi. lebih-lebih stress yang didatangkan oleh parasit-parasit tu biarkan je berlalu... atau, meh kita beli satu set mende picit-picit seperti di atas... hehehehe... macam kiuttt je kan rupanye! hahahahaha... kalau rasa macam nak marah kat bos sebab bagi kerja banyak kat kita, pakat-pakat la picit mende tu... ahakss! err.. kat mana ekk ada jual mende ni? hmmm...

Salam frenos...!
alhamdulillah, kita masih berpeluang mendengar takbir raya haji lagi malam ini. dalam kesihatan yang serba menginzinkan ini, sama-samalah kita mensyukurinya dan menghargai akan nikmatnya.
bagi sahabat-sahabat yang sedang dilanda musibah, meh le kita sama-sama mendoakan agar kesusahan, keperitan yang diharungi bakal diganti dengan nikmat yang tiada terkira hebatnya. sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui akan segala perancangan yang terbaik bagi kita. dan tidaklah juga sia-sia segala pengorbanan, kesabaran, serta airmata yang mengiringi setiap onak dugaan.
bagi sahabat-sabahat yang sedang meraih kejayaan dalam hidup pula, tahniah aku ucapkan dan moga selepas ini akan ada lagi kejayaan yang lebih bermakna dapat dikecapi. tapi jangan lupa, apabila kita sudah di atas, teramat sakit rasanya bila suatu hari kita tersungkur nun jauh di bawah. jadi, sedia-sediakanlah 'tilam' sebagai lapiknya nanti. ;)
aidiladha akan sentiasa mengingatkan kita tentang hebat dan besarnya erti pengorbanan. di mana hanya nyawa yang menjadi galang-ganti dan hanya sabar yang menjadi benteng kekuatan.
salam aidiladha dari aku dan mem...

salam frenos...!
pekabar korang sumer? aku? alahaii... sihat je, cuma mata ni sakit sikit. dah lama sebenarnya aku terasa mata ni macam ada sesuatu je kat dalamnya, tapi dek kerana rasa malas dan ambil mudah aku, maka semakin teruk le keadaannya. hehehe... padan muka! dan bukan sedikit orang yang menasihatkan aku suruh pergi jumpa doktor. mak dah pernah bebelkan aku sebelum ni dan mem pun lagi le dah panjang bebelannya. tapi tu la, degil aku ni! ih.. ih..
maka hari isnin lalu, kemuncak kepada kesakitannya telah menyebabkan aku 'gagahkan' juga diri bersemuka dengan doktor. kalau sebelum ni, aku boleh le tahan lagi rasa sakit tu dengan cara tekan kuat-kuat kat tempat sakit tu, tapi dah tak boleh lagi redakannya. mata sebelah lagi yang tak sakit tu pun dah susah nak dikedipkan sebab terasa sakit jugak. mata putih dah tukar jadi 'mata merah'! macam niyang rapik la pulak... ehekss.
jadi, sesi bertemu doktor pagi isnin tu menjadi 'kerisauan' yang amat sangat pada aku. apalahh agaknya doktor tu nak buat kat mata aku ni ekk? jeng jeng jeng... errr... melangkah je masuk ke bilik doktor pagi tu, doktor dah pandang semacam je. yelah, mata merah kan... tak payah cerita panjang-panjang lagi. bila dia bangun je dari kerusi dan mendapatkan aku, aku dah mula cuak! ayokkk haruslah dia nak mendekatkan wajah ke muka gue! hahaha... mak nervess larr! rupanya dia nak suluh-suluh mata aku ni. adoihh... pedihnya rasa. banyak kali jugak la aku terpaksa tarik kepala aku dari tangan dia sebab aku tak tahan dengan sakit + pedih silau cahaya lampu tu. ngehngehngeh... melawan mak noks! eheks
aha, lepas dia dah godek-godek mata aku, lepas tu dia pun mula la panggil assistant dia. alahaii... adik manis la pulok. maka bermulalah sesi korek-korek mata. ayokkk! pasrah je larr... kali ni memang menguji kesabaran aku la untuk menahan sakitnya. ih... ih... alhamdulillah, berakhir jugak sesi korek-korek ni. dan kali ni, doktor punya turn pulak bebel aku. dia kata ada 'partikel' putih kat dalam mata, dan dia dah keluarkan... tapi, mende tu dah buat mata terluka sikit. tu yang sampai urat-urat mata dah timbul dan memerah. mujur la takde jangkitan.
so hari ni, alhamdulillah dah semakin ok le mata aku. 2-3 hari ni memang kabur le sebelah mata sampai nak baca signboard ka, mende-mende kat pc ka, semuanya macam bermasalah je. muka orang pun nampak berbalam-balam je. tapi sakit yang ditanggung selama ni semakin menghilang... itu yang lebih utama. :)
gitule ceritanya hari isnin lepas... hehehe. eh, lupa nak bagitau, err... gambar mata di atas bukanlah rupa mata aku ye. hehehe haruslah bukan aku si mata biru. aku bermata coklat kehitaman! eh, ada lagi lupa nak bagitau, errr... assistant doktor tu matanya cantik! hahahaha... :p
k lah, sampai sini dulu cerita gue! adioss frenoss... jaga diri bebaik k... ;)

salam frenos sumer...!
alhamdulillah... akhirnya, kerja keras selama berbulan-bulan sebelum ini berbaloi jua... tak sia-sialah memerah ilham, bersengkang mata dan berkorban bermacam-macam perkara semata-mata untuk memastikan hasil yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ditetapkan. terasa kelesuan dan kelelahan yang membungkus diri terbang entah ke mana bersama hingar-bingar sewaktu keputusan kemenangan diumumkan dalam dewan yang serba 'gagah' terbina itu!
di saat-saat awalnya, tiada harapan langsung yang diletakkan untuk menjadi sandaran semangat... mujurlah, bila baki minggu pertandingan masih kurang 3 minggu lagi, ada pula suara semangat ditiupkan sekaligus menjadi pencetus yang mulai membakar hati-hati muda yang baru ingin bertatih dalam pertandingan yang serba memerlukan isian ilmu di dada ini.
biarpun kami bukanlah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, tapi memadailah berada di kedudukan 3 yang teratas. dan untuk menambahkan lagi 'madu' kemenangan ini, buku projek yang terhasil ternobat sebagai yang terbaik! alhamdulillah... :)
*********************************************
betullah kata orang-orang tua, kalau tak dipecahkan labunya manakan dapat menikmati sagunya... dan untuk mendapat kejayaan, bukan sedikit ranjau yang perlu diharungi.
walaupun mem memang teringin nak datang ke dewan untuk menyaksikan kami, tapi nak buat macam mana, ada urusan di pejabat yang perlu dibereskan. takpe, sayang. its ok. cukuplah dengan kata-kata perangsang dari awak setiap hari... hehe.. ;) kesian mem sebelum ni. sebab dalam tempoh aku dan kengkawan nak menyiapkan projek ni, banyak masa aku terpaksa dihabiskan di pejabat. setiap hari mem terpaksa balik kerja sendiri dengan naik teksi sebab aku tak sempat nak jemput dia. dan setiap hari sabtu serta ahad, aku 'berkampung' pulak kat ofis dari pagi sampai malam... ih.. ih.. ala-ala terabai gitu... sian my mem... apapun, terima kasih sayang, sebab sabar dengan kesibukan saya selama ni... :) muahss!
hari ni aku akan balik rumah mak, ih.. ih.. tak sabarnya nak cium tangan mak. sian mak, anak nakal dia ni dah lama sangat tak balik rumah. cuma telefonlah penghubung kemesraan. ih.. ih.. rindunya... mak dah tahu pasal kemenangan kitorang, aku call mak masa tengah drive balik dari dewan tu, hehehe... tak sabar kaedahnya! ahakss. banyak sangat perkara yang nak diceritakan ni... :)
errr... aku rindu kucing-kucing aku kat rumah mak tu! hehehe... siaplah korang kene gomol dengan aku nanti! tunggu la ekk! hahahaha
eh, ok lah... aku berenti dulu setakat ni... insyaallah nanti bersambunglah lagi cerita aku ye. jaga diri korang baik-baik ye... adioss frenoss!

perghhh... sesungguhnya hari ini sememangnya meletihkan... sebentar tadi, aku dah terlelap sebenarnya kat depan laptop ni. duduk bersila atas lantai, tangan kiri menongkat dagu, tangan kanan pada keypad, mata aku sempat terkatup dalam 5 minit kot, ntah2 lama lagi... hehehe... sadisnya...
hari ni, aku kene jadi 'cikgu'... dari pukul 8.30 - 5.00 petang... ayokkk haruslah kaki sakit-makit dan lutut lenguh-lengai dek kerana berdiri lama. dah tu kena hadir meeting sekejap waktu lunch hour nya... wah wah wahhh... ala2 macam takde suis merah untuk rehat pulak kan? ahakss :P
tu le dianya penangan kerja aku hari ni... esok pagi ada exam wajib dan meeting lagi sebelah petang. dan sebelum balik kerja tadi, member ofis aku ada mengingatkan aku, kemungkinan besar sabtu/ ahad ni aku kena g ofis lagi... erkkss. sian mak aku, dah sebulan lebih ni aku tak balik rumah... ih.. ih.. ampun mak... ya ampun...
takpe.. takpe... insyaallah bulan depan, kerja-kerja aku akan berjalan seperti biasa... seperti yang dulu2.. hehehe... kene makan 'tongkat' dan 'kacip' kot nak bagi sentiasa bertenaga! ehekss
k lah frenos, my mem dah panggil tu... tadi dia bikin kek coklat, haaa tu nak suruh 'jaws' ni makan le tu... ehehehe... (terima kasih ye sayang... muahss!)