to love and to be loved...


sunyi dude hidup aku...
bila tengok ke luar tingkap ni, aku akan renung jauhhh nuunn...
ntah apa yang aku pandang pun, aku tak tahu...
aku boleh hidup dalam suasana yang hingar...
aku boleh kompromi dalam keadaan yang sesak...
tapi, aku tak tahan dalam cuaca yang muram dan sepi...

yer, aku boleh sibukkan diri dengan macam-macam mende...
tapi, aku sakit pulak bila dah kene pikir keja yang serabut nih...
aku lukiskan sesuatu kat sketchbook, tapi entah apa rupa lukisan tu...
aku tuliskan bait-bait indah, tapi aku rasa macam hampehh yang hampasss...
aku tak tau, mana sentuhan keramat aku dah hilang...

aku tunduk malu pada diri sendiri, dude...
sebab aku hanya pandai bercakap, tapi tak pandai nak buat...
aku suka-suki je nak nasihatkan orang lain,
tapi aku sendiri jalan tak betul...
aku tak hebat, memang aku tahu tu... dan semua orang patut tahu tuh!

aku hanya melalut di sini...
cuba menzahirkan sesuatu yang ada di hati...
tapi, masih aku tak tahu susunan ayat itu...
terima kasih la sebab sudi baca ayat-ayat aku ni...
maafkan aku, mencuri masa mu...
maafkan aku, membazirkan elektrik mu...

*tak pasti kaitan tajuk tu ngan isi entry nih... ayakkkkkk
its my birthday... yes...!

dengan hati yang terharu, den ucapkan terima kasih pada semua yang sudi memberikan hadiah dan ucapan untuk den sempena hari kelahiran den yang ke 29 nih... tima kaseyy ekk..! korang memang beshh!! ahaksss...

*sekarang, aku ketandusan kata-kata... layan bluess... hmm...
betul ke aku dah lupakan dirinya...?

well frenoss, aku masih sayangkan dirinya sebenarnya. aku masih merindui dirinya sehebat rindu dulu yang pernah aku sampaikan padanya. aku masih memandang dengan sedalamnya potret diriku dan dirinya yang pernah ku abadikan di kanvas. aku masih terdengar-dengar senda gurau dan sendu tangisnya di hujung talian ini. ye, segalanya masih ku simpan erat, samada di dada ku mahupun di fikiran ini.

aku mungkin tak boleh untuk berpatah balik, mengulangi semula kenangan lalu yang mengusik jiwa. namun, masih aku tak mampu untuk melupakan kehebatan semarak kasih yang pernah aku hidupkan untuknya dahulu. sememangnya indah...

aku sayangkan dirinya. mengharapkan yang terbaik untuknya. aku ingin dia mengecapi nikmat kebahagiaan yang sering diimpikannya. hadirnya aku, hanya akan lebih menuntut lebih banyak kesedihan di hatinya. hadirnya aku, hanya akan mengundang seribu satu lagi celaan dan pandangan serong yang menyakitkan. aku undurkan diri ini daripada hidupnya. aku hilangkan diri ini daripada laluan hidupnya. cukuplah setakat ini. biarlah hanya aku yang menelan cemuh dan cemik 'mereka' yang sering mengakui diri 'di landasan yang betul'. aku dah tegar...

aku terima segala kesilapan dirinya. aku maafkan segala keterlanjurannya. dan aku relakan dirinya bakal menjadi permaisuri hidup insan yang bernama lelaki. biar hati terluka, biar jiwa sengsara, biar segalanya terobek, aku yakin, di laluan itu, cahaya bahagia yang indah dan cerlang bakal membahagiakan dirinya buat selamanya. aku hanya ingin dia terus tersenyum...

rindu ini masih menjadi darah yang mengalir, masih menjadi udara yang memenuhi paru-paru ini... sayangku untuknya masih berbaki. kenanganku untuknya masih tersisip. namun, aku telahpun mengakhiri sebuah episod cinta terlarang yang penuh tawa dan tangis, antara aku dan dia...

bahagiakanlah dirinya, tuhanku...
tak tau nak kata...


nape ekk? aku rasa macam 'sakit' pulak kat dalam hati ni... marah ke aku? geram? kecewa? sedih? hmm... ntahlah... yang pasti, ada sesuatu yang menyakitkan! tapi, tu la... aku tak boleh berperasaan cenggini lebih-lebih, sebab aku tak boleh menyibuk dalam cerita hidup dia. dia bukan milik aku. dia pun tak pernah kata yang aku ni pemiliknya... tak pernah!

terkedu aku bila terpandang je gambar dia di suatu lembaran. terasa ingin menafikan yang dia adalah orangnya, tapi, sehabis belek, akhirnya aku terpaksa akur... menerima... itu dia! erghh!! damn hurt!!

"babe, nice..." tu je le ayat yang aku mampu nak keluarkan kat diri sendiri.

"yo dude! she's not yours, k..." tu je le ayat yang otak aku mampu nak pujuk hati nih... (sucks!)

"just smile, and relax k... " ayat penghabis aku!
citer sikit je...

rasa terpanggil untuk menulis sesuatu tentang perasaan aku, setelah perbualan ringkas aku dengan seorang teman. "nape tak berterus terang je ngan dia?" ayakkkk!! tu le lebih kurang kata-kata teman aku bila aku katakan, yang aku sukakan pada seseorang... ahaksss :P

hm... meh aku citer sikit ekk pasal 'dia'...

'dia' di mata aku, seorang yang manis, comey, macam besttt je bila dipandang...
'dia' di hati aku, seorang yang sering cuba melawan sendunya, dan sentiasa memujuk hati agar tabah...

dah lama aku perhatikan dia... membaca setiap karangannya. bila dia gembira bercerita tentang sesuatu, aku akan turut sama mengulum senyum dan membayangkan aku tergelak bersamanya. bila dia sedih membicarakan tentang sesuatu yang mengusik jiwa, aku akan turut sama merasai mendung hatinya, dan pernah aku alirkan airmata di hujung pembacaanku... ahakssss... hampehhh! ye ar... bukan dibuat-buat seyyy.. ;P

hmm... memanglah ada rasa nak berterus-terang dengan dia, tapi, aku rasa macam tak sesuai je masanya... dan lagi satu, aku nih macam ada penyakit rendah diri sket! erkssss!! konfiden tuh macam hampehhhh je! hmm...

mungkin aku selesa memerhati dia dari jauh je. terus membaca cerita tentang dirinya, dan terus juga bermimpi berada di sampingnya bila dia seakan-akannya memerlukan seseorang. mungkin akan ada yang berkata, "nanti terlepas, dude! ko jugak yang nganga!". takpelah... aku akan setia di sini... menjadi pembaca kisah hatinya... dan menanam hasrat, moga dia tahu, ada seseorang sentiasa menemaninya...di sini..... :D

ok ar... nanti aku citer lagi bebila aku rasa terpanggil nak citer ekk... hmm.. nak sambung buat keje aku semula. karpet tak vakum lagi, cermin tak lap lagi, meja tak kemas lagi, fail tak susun lagi...! ayakkkkk!! cepat, cepat buat kerjaaaaaaaaa!!! hahahahaha