sakit... jiwang... ahaksss





"dude, awat lama tak update blog?"
"takde cite baru ke awk?"
"ko bz ekk?
"

ahaksss... sorry ekk to all my frenoss... and also pengunjung2 yang mungkin setia jugak mengunjungi blog den nih... terima kasih, kerana sudi bertandang...

tangan den sakit sebenarnya. sejak hari ahad (11 jun) lepas. kene geget ngan kucing den sendiri. kaw2 punya geget. sampai kuar2 le daging nih! ahaksss... (sorry ekk pada yg geli2 tuh) hasilnya > bengkak membiru, bernanah, berdenyut2...

tapi, toksah le risau sangat, sebab den dah kene 2 jabs dan ubat pun dah berjenis2 ni. further appointment ngan doktor hari selasa (20 jun) ni. hopefully tak merebak gila babasss le... :P



semalam, aku nak kembali buat sketching. tapi, tetiba tangan aku terhenti. ada lagu mengusik jiwa... ada potret meruntun sukma... hmm... dan aku kembali melukis, tapi tidak di kertas... cuma di fikiran ini... sentuhan itu akan aku ingati. senyuman itu akan terus aku mimpikan. dan kehangatan itu akan terus aku abadikan. aku perindu sepi mu. aku pelukis mimpi di dada malam. aku penyair bisu di tabir kayangan. melayan angan, melayan impian... hati ini hanya satu. cinta ini juga satu. dan permaisuri hatiku juga satu...

melukislah aku dalam gelap dingin sewaktu embun turun menyapa bumi. biarpun denyutan perit lengan ini berbisa, tapi angan2 rinduku bisa melupakan seketika...

layarilah bahtera mimpimu dengan damai sekali wahai puteri ku... salam sayang untuk mu...




Masihkah Kau Ingat by Kopratasa

masihkah kau ingat pada waktu itu
sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu
lalu ku genggam ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
masihkah kau ingat

masihkah kau ingat kita berlari-lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat masihkah kau ingat.........

0 Responses