cerita hari ini dan semalam...
aku rindukan dirinya... malam tadi, entah kenapa, aku jadi sebak teramat. lepas aku dengar suara dia, airmata ni macam tak boleh nak ditahan-tahan. biarpun hanya 7 minit kami berborak, tapi dah cukup untuk buat dunia aku terang dan dalam masa yang sama, gelap gelita! dan aku lena bersama mimpi yang aku adunkan bersama dirinya...

pagi ini, aku ke pejabat dari rumah bonda. awal aku bangun hari ni... pukul 5.15 dah terjaga. terkelip-kelip mata nih dalam samar-samar cahaya lampu bilik aku. aku rasa aku mamai jugak la. sebab tak semena-mena aku mencari sesusuk tubuh yang kecil yang pernah beradu bersama aku. arghhhhh!!! masih lagi rupanya aku merindui dirinya biarpun baru tadi aku bermimpi bersamanya. hmmm... lama aku bergolek-golek.. dan akhirnya aku paksa untuk bangkit menyiram tubuh yang terasa hangat. come-on zaff!! bangun weihhhh!!! keje!! keje!! hahahaha...

dalam dingin pagi yang masih belum disimbah mentari, aku dah memacu kuda merah aku menuju kota kuala lumpur. hmmm.... tengok meter, 80km/j. ayakkkk!! macam slow le pulakk.. kasi 90 km/j la, besh sket! hahahahaha... dan aku pulas pedal minyak untuk mencecah ke angka 90km/j.. tapi, bila dah mencecah, aku pulas lagi..! hahahaha... tapi, tetiba, terkenang wajah bonda sebelum berangkat tadi. dan pesanannya tika aku mengucup tangannya, "zaff, jaga diri elok-elok ye. kalau bawak moto ni, jangan laju-laju. mak risau kalau jatuh". erghhhh!! dan aku kembali menstabilkan kelajuan! ahaksss... bonda.. bonda.. anak mu ini memang sentiasa kalah dengan pujuk rayu mu!

bersemangatkah aku hari ini? hmm... mungkin ya, mungkin tidak. yang pasti, aku cuba bersemangat baru. untuk melupakan dia, tidak sekali-kali. aku hanya perlu menghadapi hari-hari depan dengan perasaan baru terhadapnya. untuk menganggapnya sebagai "adik" sahaja. dan untuk menahan gelodak rasa yang sentiasa ingin memanggilnya "kekasih hati". aku harus belajar... aku harus sabar... sememangnya tidak mudah... dan sememangnya aku tahu sehebat mana sakit itu... arghhhh!!

*************************************************************

aku rela,
dia dalam dunia barunya...
aku redha,
dia menjadi miliknya...
dan
aku terima,
dia sebagai adikku...

rasa yang ada
rasa yang wujud
masih bersemi di situ...
jiwa yang bergelora
jiwa yang bergetar
masih hangat di situ...

mungkin nanti
pelukanku hanya untuk menenangkan sendu...
mungkin nanti
usapanku hanya tanda memujuk duka...
dan
mungkin nanti
tiada lagi kucupan hangat seperti selalu...

kalau diturut rasa,
aku tentunya binasa...
kalau diturut hati,
aku tentunya mati...
tapi,
rasa di hatilah yang menghidupkan aku
rasa di hatilah yang menjadikan aku adalah aku...

*************************************************************

"zaff, ok ke hari nih?"
"ehh... ok je.. nape?"
"kalau sakit, jangan lupa makan ubat tau..."
"hmmm... yelah... kalau rasa nak makan la..."
"jangan la macam tu... nih nape suara lain je nih? tido ke?"
"takdelah..."
"tengah buat apa tadi?"
"takde apa-apa..."
"zaff... sakit ke nih...?"
"takkk... jangan risau k..."

dia masih risaukan aku... dia masih bertanya tentang aku... suara amik beratnya buat airmata aku jatuh... arghhh!! kalahnya aku...

"hmm... nanti saya nak datang ofis hari rabu ni. mungkin saya keje. boleh jimat cuti sket"
""haa?? nak datang ofis? ye ke?" - aku dah senyum sorang-sorang ni
"ha'ah... nak bagi barang yang tak sempat dibagi hari tu"
"errr... datang semata-mata nak bagi barang je ke?"
"hehe... taklah jugak. nak jumpa awak la..." - dan aku mula tersebak...
"erks! err.. ok!"

dia masih ingin menemui aku... dia masih ingin berjumpa dengan aku yang debab ni. dan hati aku berbunga kembali...
0 Responses