ada kawan aku tanya,
"zaff, nape sekarang asyik buat entry sedih-sedih, kecewa-kecewa, layu-mayu je?"
aku hanya,
"ahaks...entahlah. dah itu yang aku rasa buat masa ni, nak buat cemana? err... sedih ekk? gamaknyer le. kecewa ekk? ada jugak kot... hehehe"
lagi sorang kawan aku tanya,
"ko nih kan zaff, pandai buat orang lemah lentok tau ngan bahasa ko nih. ko memang mulut manis ekk? hehehe... jangan marah"
aku pun,
"hehehe... aku menulis bukan ada niat nak lentokkan orang la. udah cenggitu le yang terlintas dalam paler otak aku nih, aku tulis le. nape? ko nak aku guna bahasa ganas-ganas ke? hahahaha... biar pahit sket mulut aku nih! ahakss"
yang sebenarnya,
ya, memang aku sedih. ya, memang aku kecewa. nak suruh aku bercerita cara berdepan dengan orang? aku susah la nak luahkan perasaan ni. aku dah biasa jadi pemendam. aku dah biasa jadi penyimpan. dan aku dah biasa merungkaikannya dalam bentuk kata-kata tulisan dan lukisan, biarpun tiada siapa yang duduk untuk mendengarnya.
sedih aku bukan kerana dikhianati kekasih, kecewa aku bukan kerana ditinggalkan kekasih. segalanya kerana persahabatan. persahabatan yang dibina atas nama jujur, ikhlas, setiakawan, mula dicemari dengan angin-angin perubahan yang berisi cemburu, prasangka, fitnah, dan entah apa lagi yang mula merubah kesuciannya. mengapa ya ada benih-benih itu? benih yang menimbulkan pokok-pokok kemarahan dan menjalarkan akar-akar dendam kesumat itu telah merosakkan hamparan hijau kesetiakawanan yang sebelum ini indah lagi mendamaikan.
di manakah silapnya? akukah yang telah tersalah menabur baja? baja yang aku sangka bakal menyuburkan pokok-pokok mesra, rupanya menggalakkan suatu penyakit yang aku tak sedari selama ini? apakah masih boleh diubah, dibaiki? dan sejauh mana kudrat aku untuk mengubahnya, demi untuk mengembalikan indahnya?
dan aku pandang pada cermin ini... cuba melihat wajahku, diriku. mula dari yang terzahir, hinggalah yang tersirat dalam sanubari. cuba menyoal, dan menjawab persoalan yang menjadi kusut. akhirnya, pada satu soalan yang akhir, aku terdiam....
"zaff, layakkah kau bergelar sahabat...?"
kerana kasih dan sayang aku pada seseorang, airmata ini pernah bercucuran dengan hebatnya. dan kali ini, kerana "semangat sahabat" yang semakin menghilang ini, airmata aku tumpah dalam kekesalan...
di hujung sendu, akhirnya aku tersedar... terlintas dalam bicara hati ini...
pada Dia, moga aku layak menjadi hamba-Mu... jangan Kau pinggirkan aku dari kasih-sayangMu. aku hanya ada Kau. ampunkan aku yang seringkali lupa dan leka dalam limpahan ar-rahman dan ar-rahim Mu...
pada sahabat sekalian, maafkan aku yang tak henti-henti melakukan kesilapan. maafkan aku yang tak pandai untuk menjadi seorang sahabat yang hebat...
***********************************************************
Kenangan Terindah (Artist: Samsons)
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
zaff,kuatkn semangat krn kau mampu mmiliki kbhgn yg smemangnya milikmu.Maafkn dia yg mlukakn htmu...dia bukanla sempurna dlm byganmu..
bait'2 lagu yg begitu dalam mksudnya..!!