hati aku macam sayu pulak tiba-tiba bila tengok suatu lembaran nih. kenapa ye aku rasa cenggini? aku baca satu-satu ayat yang ada pada lembaran tu, dan aku cuba hayati maksud yang tersurat padanya. perkataannya jelas dan maksud ayat-ayatnya pun mudah difahami. takde satu pun bait-baitnya aku tinggalkan daripada dibaca. dan pada titik noktah terakhirnya, rasa sayu ini meresap memenuhi dada aku... arghh... dia akan rasmi menjadi milik orang...
************************************************************
hari ni, aku lambat ke pejabat. bukan sebab aku sengaja, tapi aku terpaksa. hampir tengahari baru aku memulakan tugas. aku ke sebuah klinik hari ni. bukan sebab aku sengaja, tapi aku terpaksa juga. aku perlu menjalani suatu pemeriksaan. lama jugak berada di ruang menunggu tu. memerhati macam-macam gelagat orang yang keluar masuk, yang membawa anak-anak kecik comel, yang berpimpin tangan, yang berwajah sugul mahupun yang tegap sihat.
mulanya memang bosan menanti, tapi akhirnya aku dapat hiburkan hati sendiri. hehehe... tak susah untuk aku hiburkan hati sendiri. cukup sekadar mengeluarkan sekeping potret kecil yang aku simpan dalam dompet ni. merenung senyum simpulnya, melihat ke dasar matanya, dan aku tenggelam dalam angan-angan bahagia yang aku ciptakan. tak dengar lagi hingar-bingar anak-anak kecil mengadu kesakitan, tak dengar lagi sembang kosong pakcik-pakcik pencen nih, dan tak dengar lagi suara "wanita mesin" yang mengumumkan nombor giliran masing-masing.
"anak, nombor 1033 kan? tu haa diorang dah panggey...", makcik kat sebelah ni menyiku aku. mujur dia perasankan kertas carik nombor giliran yang aku letakkan kat sebelah kerusi ni. terima kaseyy ekk makcik! sayanggg makcik... err.. makcik ada anak pompuan baya 20an tak? ahaksss (sempat lagi nak berangan!)
"ehh, ye ke makcik?", dan aku tehegeh-hegeh dengan jaket hitam nikossastropoulus nih ke kaunter yang berkenaan. padan muka aku, kene marah pulak lepas tu ngan nurse garang! hahahaha... sorry le cik nurse... gua tengah lemas le tadi! ahaksss (hampehh je muka masa nih)

aku lipatkan kembali lembaran nih dan simpannya baik-baik. hmm... bersediakah aku menghadapinya nanti? ih.. ih.. kenapa perlu aku risau ye? kenapa mesti aku bimbang? aku bukannya siapa pun pada dirinya. lembaran ni sampai kat tangan aku pun, dah cukup baik. sebab, itu tandanya dia masih ingatkan aku. dia masih ingin aku berada bersamanya pada hari tu. ih... come on zaff... nape nih...?? bercampur-baur rasa yang ada... erghhh!

"bukak baju ye. tanggalkan semua. termasuk le cincin, gelang, rantai... stokin tu pun bukak..." - ayat perintah nurse (ahakss)
"err... pintu tu dah kunci ke?" - ayat bodoh aku selepas dah separuh bogel! hek hek hek.. :P
bila aku berbaring dan membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka-mereka tu, fikiran aku mula menerawang... kembali mengingatkan potret yang menjadi hiburan aku sebentar tadi. arghhh! rindu la kat dia! dan tak semena-mena aku tersenyum sendiri tanpa menghiraukan mereka-mereka yang sedang sibuk tu. hehehe...macam orang gila bayang pulak! ahakss gasakle! terdengar-dengar kat telinga aku ni, dia mengekek gelak sebab usikan nakal aku... terasa-rasa kat tangan aku ni, dia mencobet manja sebab geram perangai aku... dan akhirnya aku pejamkan mata, kerana ingin bersamanya di dalam mimpi yang sekejapan ini...

"terima kasih, sebab sudi jemput saya", aku hubunginya selepas siap menyimpan lembaran itu.
"zaff, jangan tak datang tau! dah janji kan hari tu?", dia berharap. rindunya aku nak dengar suaranya...hmm...
dan harapannya aku simpulkan dalam hati ini bersama-sama mimpi indah di pembaringan pagi tadi, dan jua bersama esok yang tak pasti. sememangnya mimpi tadi hanya sekejapan, hadir untuk mengisi kesunyian aku. sememangnya mimpi tadi amat nikmat, hadir untuk memberi kemanisan pada kenangan lampau. terima kasih kerana mengizinkan aku bermimpi tentang mu...

entah kenapa, dia hadir mencuri perhatian aku... entah kenapa, aku takkan menyesalinya... masih akan adakah sayang itu nanti? entah kenapa, aku biarkan saja soalan ini terus berputar tanpa jawapan... hmm.. biarlah... yang pasti, aku tetap sayangkan dia... teruskan hidup, zaff...

0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)