hari ni dia keje... tapi, dia baru pulang tadi... pulang bersama semangat aku. aku terlampau sibuk hari ni. dari pagi aku keje bagai tak cukup tangan, bagai tak cukup kepala. hanya sempat menghabiskan masa bersamanya sewaktu keluar ke bank, yang tak sampai pun sejam. kemudian sempatlah jugak dari pukul 12.15 sampai 2 lebih bersama-sama menikmati makan tengahari dan memainkan kembali rakaman video dan fotonya pada acara besar tersebut. sejuk hati ni bila tengok dia tergelak menonton aksi dia dirakam. aku tak banyak cakap hari ni. sebab aku hanya menatap wajahnya... aku tak mahu masa berlalu tanpa aku puas mengamati garis wajahnya... tapi, selama mana pun masa yang ada, ianya tak cukup bagi aku. dan petang ini, aku terpaksa berjam-jam di dalam bilik mesyuarat... bosan sungguh! 4.45 baru selesai... dan bila aku keluar bilik, dia sapa aku, "zaff, saya kene balik awal ni..." "hmm... ye lah... takkan saya nak halang pulak kan?".
aku hantar dia di ruang lif yang suram dan dingin... dan sebuah kucupan tanda perpisahan singgah di pipi debab aku. arghhh!! tiada lafaz yang terluah. aku sesat mencari kata-kata untuk diucapkan padanya... dan lif terus tertutup, memisahkan kami yang telah terlerai pegangan tangan...
*************************************************************
aku boleh berlakon
aku boleh berlagak
aku boleh ketawa sekuatnya
aku boleh senyum semanisnya
macam takde apa-apa
macam takde perasaan
tapi,
selama mana...?
sekuat mana...?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
be strong my fren!!