escape to frasers' hill


Dah lama sebenarnya kengkawan menyuarakan keinginan untuk ke bukit fraser, terutama mama lin & blue! Hahahaha… chua pulak asyik keluarkan ayat-ayat ‘ugut’ dia yang kadang-kadang berpeluh jugak la nak tepis! Adoihhh… hahahaha.

Dan, akhirnya… berjaya jugaklah kami ke bukit fraser pada cuti hujung minggu baru-baru ni. Rancangan awalnya nak pegi dalam 6 orang je… hehehe alih-alih jadi 12 orang! Kehkehkehkeh… hebat… hebat… errr… hebat disebabkan ado plus 6 cute chicks! Ngeee.. :D

Perghhh!! Bukit fraser memang best! Err… tak tau le orang lain, tapi bagi aku, memang antara tempat yang sesuai untuk merehatkan fikiran dan badan. Pemandangannya masih sama biarpun bertahun dah aku tinggalkan bukit fraser tu. Cuacanya masih sama… dingin… bergerimis.

Dan kalau dah mama lin nye ada, haruslah aktiviti ‘mari memasak’ diadakan. Lepas satu, satu, hidangan dimasak. Err… macam kene rasuk dek hantu dapur le kaedahnya! Hahahaha. Sudahnya, masing-masing le perut boroi.



Rasanya, bukit fraser taklah sesuai sangat untuk orang yang suka membeli-belah. Mesti diorang bosan punya! Lagipun, aktiviti di situ lebih kepada menikmati pemandangan bukit-bukau, mendengar kicauan unggas rimba, merasai kesejukan angin dingin hutan, dan tak lupa deru-deras sungai-sungai yang menyusuri sekitarnya.

Errr… dengan 12 girls, perghhh memang percutian menyeronokkan! Hahahahaha… itu je mak nak cakap noks! Ngehngehngeh… :P

sabar je lar...
Tadi bos kecik mengeluh kat aku, katanya, kerja takkan habis sampai bila-bila. Hehehe… kesian dia. Nampak sangat kepenatan hari ni. Hmm… biasalah kitorang ni, bila dah hampir masuk pertengahan tahun, mulalah tahap kesibukan mencapai skala 7 dari 10. Dua-tiga minggu lagi skala akan naik lagi ke 8.5… heheheh… masa tu, meroyan bos kecik aku akan semakin jelas la… siaplah kitorang ‘hamba marhaen’ ni… ayakkkk!

Opss! Terlupa mengucap salam kepada semua…!

Salam teristimewa untuk semua frenos. Terima kasih atas ucapan selamat ulangtahun kelahiran kepada aku tempohari. Aku dah 31 lar.. hehehe… cepatnya masa berlalu. Masih terasa lagi masa terkinja-kinja di umur 13 dulu! Hahahaha… matilar emo kisah silam!

Semalam, ada budak ofis marah aku. Tengah sedap-sedap memandu dalam kesesakan lalulintas, ditambah pula hujan di petang hari yang agak lebat hingga ada sesetengah jalan dinaiki air, tetiba fon berlagu minta diangkat. Mula-mula rasa tak mahu angkat, sebab risau kalau-kalau ada abang polis menyaman nanti, tapi aku jawablah juga, takut ada hal mendesak.

Mula-mula suara budak ofis ni, sedaplah jugak didengari, satu-satu perkataannya aku dengar baik-baik. Tapi lama-kelamaan, suara yang rendah di awalnya tadi, dah bertukar makin meninggi pula. Uikss?? Err… aku ni sedang dimarahi ke? Err… budak ni tengking aku ke? Takpe… takpe… aku masih biarkan nafsu amarah aku disangkari oleh kesabaran aku. Ada la juga aku menyampuk sikit-sikit dalam perbualan tu, tapi akhirnya, aku amik keputusan, lebih baik ‘jadi pendengar setia’ je, daripada bertegang urat cuba menegakkan sesuatu perkara yang sebenarnya masih belum dapat dipastikan lagi sejauhmana benar ke tidak. Akhirnya, perbualan tamat, dalam keadaan aku ‘blur’ tentang perkara yang menjadi punca kemarahan budak ofis ni. Hmmm… malas nak marah-marah la…

Balik rumah, aku ngadu la kat mem aku. Hehehe… dia pulak yang emo bila dengar cerita! Hahahaha.

Dan hari ni, budak ofis tu mintak maaf dengan aku. Dia akui keterlanjuran dia meninggikan suara dengan aku. Katanya, dia rasa tertekan sebelum dia buat panggilan kepada aku tu. Jadi, terbawa-bawalah tu stressnya. Aku ni macam pelepas kemarahan la waktu tu. Hehehehe… mak senyum je nokss bila dia buat pengakuan dosa tu. Ahaksss, mateylarr ala-ala berlagak macam baik! Hahahaha…

Hmmm… bila aku fikirkan kembali, ada juga faedahnya menjadi orang yang sabar, boleh menahan marah, dan pemaaf. Sesuatu yang sudah sememangnya keruh, tak perlulah lagi dikeruhkan, sebaliknya, perlulah dijernihkan kembali. Sesuatu yang sedang marak, usahlah ditambah lagi bahangnya, sebaliknya, biarlah didinginkan segera.

Ada kawan aku kata, sabar ada batasnya. Tapi teringat pulak aku kepada salah seorang sahabat nabi, katanya, usahlah dibataskan kesabaran itu, biarlah ianya langsung tiada batasan, insyaallah, nikmat kesabaran itu tiada tandingan.

Memanglah untuk menjadi seorang yang penyabar tu bukan mudah, tapi memang berbaloilah jika dilihat kepada kehebatan ganjarannya…

Moga hati kita bisa mengalahkan virus-virus yang sentiasa memakan sifat sabar yang sedia ada dalam diri kita.