suatu perkisahan...

yer... aku tahu siapa aku...




salam frenos sumer...!

wah, baru hari ni aku dapat meluangkan masa untuk menaip sesuatu di 'perkisahan' ini. biarpun sebenarnya aku telahpun memulakan percutian dari jumaat minggu lepas, tapi seakan-akannya masa yang panjang tetap berlalu pantas. iye, aku tengah bercuti sekarang ni. ikut mem balik kampung dan bawa ibu aku sekali jenjalan di kota kenyalang...

setakat hari ni, macam-macam jugaklah aktiviti yang dah diisi. bukan setakat round2 keliling bandar ni, tapi turut menghadiri perkahwinan 'adik ipar' aku! hehehe... seronok mak mertua aku jumpa ibu. dan ibu juga dah dapat ramai member kat sini. oh, tidak ketinggalan, adakalanya ibu aku tak menang 'kaki' untuk memenuhi undangan bertandang ke rumah member2 baru dia tu! hahahaha... biarpun ibu bertutur bahasa melayu semenanjung dan member2 barunya pula dalam bahasa melayu sarawak, tapi tetap jalinan persahabatan itu tampak mesra. kadang2 diorang gelakkan diri sendiri sebab terasa ala2 macam si ayam dan si itik sedang bercakap! kehkehkehkeh... gasaklah.

tadi, baru pulang dari bershopping... er, bershopping tahap medium kot. beli kain baju sikit, yang bermotifkan ala2 pua kumbu, beli rantai kunci yang comel2, beli sumpit dan 'perisai'nya, beli senduk kayu nibong yang warna hitam tu, dan aku sempat gak beli kasut 'kungfu'! hahaha... tetiba berkenan la pulak... hehe :P tak mahal seyy.. 12 hengget je! hahaha... selesa larr...

pergh, malam ni ada majlis pihak lelaki menerima menantu, jadi aku dan ibu dijemput juga untuk menghadirinya. kenalah bersiap kejap lagi. ops, kata orang sini, kenalah berkemas! hahaha... memula aku ingatkan berkemas tu macam ala2 suruh kemas baju dan angkat kaki, rupanya suruh bersiap pakai baju lawa2! hehehe... mampuih kena gelak dengan mem... kehkehkeh.

oklah, insyaallah aku sambung lagi nanti. mungkin tentang pengalaman2 yang lain pula ye. erkk!! (sendawa) hehehe... baru lepas makan mee goreng (megi goreng) cap apantahakupuntaktau yang dibuat dek mem tadi... err... psstt! sebelum pegi sini hari tu, aku slim le jugak, nih dah naik nih... macam dipam2 la pulak! tadi baru upload gambar, tengok tang muka, alahaiii tombamnyo den! tengok pulak tang poghut, huiiyaiii tak dapek den nak koba! hahahahaha! k frenoss adioss! ;)


buat semua insan yang bergelar bapa, moga terus-terusan dianugerahkan allah semangat yang ajaib, kekuatan yang jitu, kesabaran yang ampuh dan kebijaksanaan yang tinggi dalam melindungi insan-insan yang menjadi mutiara di dalam hati mereka.

************************************

mungkin ada yang merajuk hati dengan ayah, yelah... ada kehendak kita yang tidak diturutinya. sabar dulu... tentu ada sebab mengapa tidak dipenuhi, tentu ada alasan yang menyebabkan hati ayah gusar lagi bimbang untuk bersetuju. memanglah ayah tak pandai memujuk seperti ibu, tapi ayah tetap bijak mencari kesempatan untuk buat kita tersenyum kembali.

mungkin ada yang menangis dimarahi oleh ayah, yelah... ada tindak-tanduk kita yang tidak berkenan di matanya. sabar dulu... sebelum mengatakan ayah itu kolot orangnya dan konon tidak tahu perkembangan semasa. memanglah ayah sudah agak berumur sekarang, tapi jangan lupa, pengalaman ayah yang dulu itulah menjadi panduan buatnya untuk hidup di zaman kini.

kadang-kadang kita sengaja buat tak endah bila ayah memanggil nama kita. sebab kita rasa puas bila ayah tahu kita sedang melancarkan 'perang dingin'. konon nak biarkan ayah rasa bagaimana sakitnya hati bila tak dipedulikan. wah... rasa diri dah menanglah ye?

ada waktunya pula kita jawab panggilan ayah dengan suara yang tinggi dan kasar. kita rasa lega dapat buat macam tu. konon nak ayah tahu bahawa anaknya ni sedang memprotes arahannya.

agaknya kita sudah terlupa, kan?

ayahlah yang melaungkan kalimah pertama di telinga kita sewaktu kita masih asing di dunia ini. dan laungan itu menjadi kata-kata sambutan yang amat mendamaikan lagi penuh kesyahduan. ingatkah kita saat penuh mengharukan itu?

ayahlah yang menamakan kita dengan nama indah untuk kita dikenali oleh kawan mahupun lawan. dan dengan nama itu jugalah kita akan dipanggil di mahsyar nanti. ingatkah kita saat bangganya ayah bila mengenalkan kita pada semua?

ayahlah yang memujuk ibu saban hari dengan mengatakan, "ya, jangan risau. nanti abang usahakan" bilamana makanan harian kita sudah tidak setimpal dengan selera kita yang makin bertambah. ingatkah kita betapa masamnya baju ayah bila pulang kerja dulu?

dan ketika kita masih berkesempatan bertemu muka dan beradu suara dengannya, masih belum terlambat untuk kita kucup kedut pengorbanan di tangannya selama membesarkan kita, mohon kemaafan. biarpun ada silap dan salahnya pada kita, usahlah dihitung kusut yang terhasil darinya. kerna tiada insan yang sempurna tanpa kesilapan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. dan kita tidak terkecuali jua!

kami...

kami...

salam...

forum...