untukmu, ta...


rindu ini tak tergenggam, sayang...
kasih ini tak tersempadan,
gelora ini tak terhindar...
waktu hanya menanti di hujung sana,
sedangkan aku lemas melawan taqdir...

rindu, kasih, sayang, halusnya bagai pasir suci di pantai indah...
butirannya berkilau bercahaya...
halus, mulus, harum...
tapi, hakikatnya tetap gagal untuk menggenggam sepenuhnya...
hanya dapat ku tatang dengan kedua2 tangan yang ku buka seluas2nya...
dengan niat yg satu...
untuk menerima rindu, kasih dan sayangmu sebanyak2nya...


aku tulis bait2 itu dengan spontan, tanpa dirancang, tanpa dikarang2 terlebih dulu... lahir dari hati aku untuknya yang sentiasa aku rindui... pagi tadi, aku hampir2 menemui kecelakaan. dihimpit sebuah kereta di sebuah selekoh yang dipandu oleh seorang remaja (agaknya) yang memegang lesen "P". takde pilihan, aku terpaksa meredah sebuah lubang besar dan dalam kerana kalau aku mengelak ke kanan atau membrek, pasti aku disambut sebuah lori. sudahnya, aku menerjah pula ke pokok2 yang ditanam ditepian jalan. mujur, aku masih mampu mengawal moto dan takdirNya aku belum lagi dijamah oleh kecelakaan yang hebat. terima kasih, tuhanku...

satu yang bermain di kepala aku saat itu, "izinkan aku menemuinya, tuhanku...". berikan aku peluang melafazkan sayangku padanya... berikan aku peluang meraih tangannya dan menghayati indahnya suasana mentari senjaMu...

dan sebelum apa2 terjadi lagi pada aku, ingin aku nyatakan di sini,
bahawa
zaff sayangkan dirimu selalu, ta...
musim cinta...


Dearest myself...

musim cinta mengundang seribu satu rasa dalam hati mu... ada tikanya kau gembira bagaikan tiada penghujung pada cerita gembira itu. ada kalanya juga kau kan bersedih bagaikan tiada lagi permulaan pada sebuah kemanisan di hujung sendu...

musim cinta menuntut seribu satu pengorbanan dalam kelangsungan suatu perhubungan... ada tikanya kau lelah dalam memenuhi suatu keperluan. dan adakalanya juga kau punya semangat yang tak terjangkau dalam mempertahankan suatu pertanggungjawaban.

musim cinta menjanjikan seribu satu coretan memori bermakna dalam mengiringi usiamu hingga ke hayat yang kekal nanti... ada tikanya kau berjaya mencoretkan sesuatu yang manis untuk dikenang. dan adakalanya juga kau tak termampu mencoret sesuatu yang mengasyikkan lantaran dirimu yang serba kekurangan.


musim cinta mungkin bertandang cuma sekali dalam hidupmu... tapi, tak mungkin juga ia kan menghiasi hatimu lagi untuk ke sekian kalinya. segala-galanya ketentuan Ilahi, bukan? aku faham, tiada penggantinya pada sesebuah musim cinta yang pernah dilalui. aku juga faham, bukan mudah melupakan kenangan pada kemanisan musim cinta yang diteguk bersama. masa mungkin bisa menjadi pengubatnya... atau mungkin, suatu kematian menjadi pengakhiran pada sebuah kesengsaraan... aku sendiri pun tak tahu... berdoalah dengan harapan kebahagiaan akan menjelma memenuhi ruang sepi yang kelam...

biarpun musim cinta mu mungkin menemui akhir episodnya, teruskan melagukan bait cintamu yang tulus... yang hanya kau memahami dan mengerti... "sayangkan dirimu selalu..." . jangan dibuang ungkapan itu biarpun kau tidak lagi tahu samada dia akan mendengarnya... jangan dilupakan ungkapan itu biarpun kau tidak lagi punya hak memanggilnya "kekasihku..." .

aku akan terus setia di dalam dirimu... biarpun terkadang kau terlupa melayan kehendak nurani mu sendiri. aku tidak akan merajuk. kerana aku tahu, kau lakukannya demi kelangsungan cintamu padanya, demi kasih kau padanya.

sabarlah ye, dearest myself...
missing u...

Everyday Comes and Goes
Each Night I'm Alone
I Can't Seem To Think Clearly
I'm Left Here On My Own...
I Walk Down The Crowded Avenue
People All Around
Something Is not Here That I Miss
I Look Inside Myself
There Is Only Emptyness...
Or I Can Walk On A Lonely road
No One Here By My Side
If I Told U I'm Happy Now
Thats Not the Truth...
I Lied...
I Could Continue This Path I'm On
I Could Probably Make It Through
I've Everything I Need To Get By
Except...!!!
The Onething Missing In My Life
"Is You"...
bila tanpa mu...

Cuti yang panjang bagai merenggut kewarasan aku. betapa aku kebosanan yang amat sangat mengira hari2 yang berlalu. bukannya aku ditinggalkan keseorangan di sebuah rumah yang kosong, tidak. bukan juga aku tidak dikelilingi oleh manusia2, tidak. sebabnya cuma satu... kerana seorang yang aku panggil >> ta...

Bukannya aku tidak tahu yang dia akan ke selatan lagi cuti ini, aku tahu itu. dan bukan juga aku tidak tahu yang dia akan tidak mampu berbicara dengan aku di telefon selama beberapa hari, aku tahu itu. cumanya, aku rasa dunia aku sepi tanpa suaranya, yang sering meminta aku memanggil namanya "ta..."

Jauh dari dirinya dan tak mampu untuk berbuat apa2, menjadikan aku lebih sengsara melihat jarum jam yang berdetik. bayangkan, orang yang dikasihi sedang disakiti lagi tubuhnya... terbaring lesu... hanya berbekalkan sekeping gambar untuk dikucup dan peneman lenanya. tak mampu untuk mendail telefonnya sendiri... tak daya menaip mesej2nya sendiri, dan tak berkudrat untuk memanggil nama kekasihnya sendiri... arghhhhhh!!!

Maafkan aku, tuhan... kerana ada waktunya aku terkasar bicara denganMu. aku akui, aku tak berhak mempersoalkan keadilanMu, apatah lagi taqdir yang telah Kau tentukan. aku sedar, serendah mana tingkat darjatku. tapi, perkenankanlah doaku. kasihanilah dirinya, yang ada waktunya kalah untuk menguatkan diri. kesakitan itu sememangnya sudah cukup menyeksakan. Kau Yang Maha Mengetahui. Kau Yang Maha Mendengar, Maha Melihat. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. kepadaMu aku mohon perkenan. kepadaMu jua aku mohon keampunan. lindungilah kekasihku... untukku...

Aku tahu, bila dia mula pulih, pasti mesejnya tiba pada ku. "zaff...". pendek saja kandungannya. tapi sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum semula biarpun aku tahu, dia pasti akan sukar untuk menyahut panggilan telefonku selepas itu. takpelah... yang penting, dia telah habis melalui sesi rawatannya dan telah selamat berada di rumahnya. alhamdulillah...

Dan mudah benar kebosanan ini hilang, bilamana suaranya dapat ku nikmati semula. hari2 kosong yang lalu, terus terasa terisi bila dapat mendengar suara manjanya, tawa riangnya dan seruan kerinduannya. mendengar aduannya... mengusik dirinya... bercerita... bercerita... dan terus bercerita... masa yang berlalu akan menjadi begitu singkat hingga tak terasa melangkau beberapa jam. dan tentunya aku akan jadi si penagih suaranya bila seharian berkali2 dirinya akan aku hubungi. terima kasih, ta... kerana memahami kerinduan zaff terhadapmu...

Aku tulis entry ini bersama airmata yang adakalanya menitis tak ku tertahankan. entah kenapa, hati aku sayu... mungkin kerana aku masih teringatkan hasratnya yang sehingga hari ini tak dapat dilaksanakan. "zaff, nanti bawak ita tengok matahari terbenam ye. kita duduk atas pasir... kita genggam tangan sama2... dan biarkan hanya suara hati yang berbicara...". entah bila waktu itu akan tiba, aku tak tahu. semoga ada tercatat dalam taqdir hidup kami yang hari itu akan mampu kami nikmati jua akhirnya...

sayangkan dirimu selalu, ta...