bila kau senyum, ku gembira...

ahaksss... tersenyum aku bila tengok 'aku' berposing dengan frenoss kat pulau lang tengah... hahahaha... padahal nih tengah penat nih. baru balik ikut bos gi meeting kat ibu pejabat dari kul 2.30 tadi. lunch pun skipped tadi sebab aku sibuk nak nyiapkan ntah macam2 kertas untuk tujuan meeting tu. hahahaha... cemana nih? konon nak paperless, nih dah macam setimbun lak paper nyer aku kene heret sama... ahaksss perghhh.. (buat je le keje tu.. awak kan tukang angkat fail! ih.. ih..)

opss! ter-meghaban lak citer hal keje. bukan itu tujuan aku menaip artikel ni. aku cuma ingin bagitau korang yang aku sedang tersenyum sekarang nih menatap aksi aku dan frenoss berposing... err... termasuk juga segala-mala hidupan di pulau mahupun lautan sekitarnya...

err... memula aku senyum lebar, tapi, lama-lama, senyum aku 'bersulam' rasa terharu. nape ekk? sedih ke aku? tak.... aku tak sedih pun... cuma terharu. satu-satu wajah itu aku tatap, kemudian, turun ke senyuman lebar masing-masing, waktu tu aku terasa 'sesuatu'. susahnya nak digambarkan perasaan sebenar. patutla kekadang orang tak paham apa kita nak luahkan ekk. sebab kita tak tau perkataan terbaik, tersesuai untuk dikeluarkan...

frenoss aku sumer tu, ada yang aku baru kenal dalam setahun dua ni... dan ada juga yang aku dah kenal hampir sepuluh tahun. tapi, itu bukan masalahnya... itu bukan juga ukurannya... aku terharu kerana diorang paham siapa aku. aku mungkin tak tau keseluruhan apa yang ada dalam hati diorang, tapi, sekurang-kurangnya aku paham le jugak yang aku nih diterima dalam hidup diorang biarpun aku berkeadaan senget cenggini. yer... aku respect kat diorang! terima kasih, frenoss ku! aku sayang korang......! muahhhzzzzz!!!

hmmm... aku tak ingin mengomel panjang... sebab badan aku dah penat, patah-patah perkataan yang ada dalam paler otak aku nih pun dah semakin menyusut, seiring dengan susutnya kadar tenaga kimia badan aku ni... ahaksss.. er.. aku kene caj badan aku semula... err.. caranya? hahahahaha... nak cuci mata...! hampehhh! ye ar... nak layan tengok aweks-aweks comey tanpa ngaco diorang! hahahahahaha...

ehh... ok ar... mesejnyer di sini, aku nak nyatakan rasa terharu aku pada frenoss aku yang memahami, mengerti dan mengambil berat tentang aku. biarpun aku senget, diorang still leh accept. kadang-kadang, diorang lak yang sengaja men-terujakan diri aku lagi! hahahaha... takpe... takpe... aku tepuk dada je selalu... hahahaha! insyaallah, aku sambung berceloteh lagi... adiossss frenoss... ;) muahzzzzz!!
kembali semula...

alhamdulillah... selamat kembali juga aku ke sini.. ke kuala lumpur semula untuk bekerja dan bersama dengan keluarga tersayang. biarpun penat badan menanggung, tapi aku puas... lebih kurang seminggu aku 'lari' dari kota kuala lumpur ni, bukan mencari diri sendiri, cuma melayan salah satu hobi aku yang suka jenjalan nih... dan ditambah pulak dengan rengekan-rengekan manja penuh keterujaan daripada frenoss aku yang dah tak sabar untuk snokeling sesama!

bersnokel di pulau lang tengah dan pulau redang memang beshhh... betapa indah dunia dasar lautan biarpun masih tak keseluruhannya aku jelajahi... damai... mempesonakan... subhanallah... allahuakbar... insafnyer...

dari terengganu, aku jenjalan pulak hingga ke johor... pastu ke melaka pulak... ih... ih... tapi terus terang aku kata, aku memang suker jenjalan nih biarpun letih yang teramat! hahahaha....

hmm... tak banyak yang dapat aku ceritakan buat masa ni sebab banyak keje yang aku perlu bereskan nih... insyaallah aku citer pasal mende lain lagi... doa je la kita sesama sihat... ahaksss.. err... tetiba aku perasan, artikel aku ni macam sopan-santun je... hahahahaha... oklah, sejujurnya, aku sekarang terasa lebih tenang, lebih damai, lebih ceria pun ada gak... moga frenoss yang lain pun akan turut sama melalui zaman ketenangan dalam hidupnya... aku doakan kalian sentiasa!
terakhir kalinya...


dia...
hadir semalam dalam kekaburan...
aku tak nampak dirinya
cuma aku dapat merasakan bayangannya...

dia...
mengulit ku hanya dengan suara manjanya...
aku tak rasai pegangan tangannya
cuma aku dapat membayangkan halus mulus dirinya...

dia...
menciptakan senyum tawa di bibirku...
aku tak mampu mencipta keindahan di hatinya
cuma aku dapat memohon agar bahagia itu diberikan oleh-Nya...

sayang...
mencipta kenangan indah menjadi impian ku sebagai hadiah berharga untuk mu... maafkan aku, yang tak pandai menjadi penulis kisah cinta yang hebat. aku pernah memberitahu mu dulu, kan? kekeliruan ini membuatkan aku teramat bingung... aku tak tahu apa yang ingin aku percaya. aku takut mengambil keputusan, bimbang bakal silap mencatur perhitungan. tapi, aku terpaksa... kerana tak mampu lagi menandingi perdebatan akal ini...

sayang...
kasih ku padamu masih tidak tersentuh. kan ku simpan seerat mungkin. aku inginkan kau bahagia menyusur hidup yang lebih indah terbentang. di sana menanti seseorang yang bakal memimpin mu, hidup dalam haruman yang suci dan putih... biarlah aku hidup dalam dunia ku yang kelabu... aku tak ingin mengotori mu lagi. maafkan aku atas segala-galanya. ampunkan diriku yang serba kekurangan. kasihmu masih tetap yang terhebat di hatiku... jaga dirimu sebaik mungkin, sayang...

sayangkan dirimu selalu, ta...
rutin 9.30 pagi itu...


seperti rutin biasanya, dia akan ke tempat itu... menjalani suatu sesi wajib yang sebenarnya bukanlah suatu keadaan yang menyenangkan... aku tahu, penanggungannya tentu berat, cuma bila ditanya, dia hanya akan menjawab, "takpe... ta dah biasa... zaff jgn risau ye..."

jam 9.30 pagi, dia sudah di tempat itu... menanti... aku tak tahu apa sebenarnya yang dirasainya... takutkah dia...? tenangkah dia...?

jam 9.30 pagi yang sama, aku di depan PC nih... menanti... aku tahu apa sebenarnya yang aku rasai... bimbang... bingung...

sayang... aku ingin memeluk dirimu saat itu... menenangkan resah mu... melegakan sakit mu...
kasih... aku ingin menjadi peneman mu di sisi pembaringan itu...

kepadaNya, aku mencurah rasa...

kepadaNya, aku menggantung harapan...

sayangkan dirimu selalu, ta...

terima kasih...
den mulakan dengan salam yer... assalamua'laikum wbt... pada semua sahabat...

baru hari ni berkesempatan untuk menyusun kata kat sini... selama seminggu yang lepas, den ada majlis nak dikendalikan dan tentunya den tak mengadap komputer ni dalam masa yang agak lama... err... komputer ni pun mcm berhabuk je masa den mula2 pegang semalam... ayakkkk (sian pc... maafkan deddy yer... :D)

mulanya terperanjat jugak bila baca komen2 dan mesej2 yang ditinggalkan untuk den kat sini... den baca dengan khusyuk, den teliti dengan sedalam2nya... semuanya berbekas dihati, berkesan dijiwa...

untuk kekasihku ayang...
jangan digusar pada sayang yang telah ku beri... aku mungkin bukan pecinta yang terhebat tapi aku masih perindu dirimu yang setia... maafkan aku, kerana aku, kau mungkin dicaci... maafkan aku, kerana aku, kau mungkin dibenci... maafkan aku, kerana aku, kau seringkali menggugurkan airmata... maafkan aku, kerana kasih yang ku pertahankan untuk mu ini sentiasa membuatkan hidupmu tak keruan... namun, biar apapun badai yang melanda, aku masih di tepian pantai mu... menunggumu untuk sama2 menikmati mentari yang kita sama2 nantikan... sayangkan dirimu selalu, ta...

untuk sahabatku afy...
terima kasih atas nasihat yang sering kau berikan... terima kasih atas semangat yang kau tiupkan... aku masih muda, aku masih tak habis mengukur dunia, nasihat dan teguran dari mu sentiasa akan aku ingati dan cerita2 mu akan menjadi teladan untuk ku... maafkan aku yang terkadang terlalu menyembunyikan gelora rasa sehingga kau jadi kabur menilai siapa aku... dan maafkan aku yang terkadang suka memakai topeng yang berlainan rupa dan warna...

untuk temanku nasz...
tahniah, kerana dah jumpa blog aku ni... dan terima kasih, sebab sudi meluahkan rasa di sini... aku faham, kau memang amik berat pasal ita, dan oleh sebab itu, aku tetap maafkan kau walaupun ada antara kata2 kau sebelum ni sedikit sebanyak buat aku termenung dan kembali menyedarkan siapa diri aku ni... sorry ar nas, dunia aku memang macam ni... aku selesa mencurah kasih, rindu dan kata2 sayang pada seorang gadis, dan gadis itu masih "dia" yang aku panggil "ita"... selepas ni, kalau kau nak jenguk blog aku ni lagi, aku berbesar hati menerima kunjungan kau, tapi, kalau kau rasa jijik ke, loya ke, gi le jenguk blog lain yang lebih suci dan murni... apapun, terima kasih sudi jenguk aku di sini... kita kawan lagi kan..? ahaksss :P

untuk my buddies sengetians... (blue, zack, & few others yg suka nyurukkn nama tuh... ahakss)
terima kasih weihhhh atas kata2 korang yang buat den 'salute'... :) den tau korang memang memahami... sebab korang pun ada yang lalui kisah2 yang lebih kurang sama je ngan den... ni le antara tujuan blog den ni... tempat den mengadu dan mendengar semula nasihat/teguran... yang den rasa den boleh ubah, den ubah... yang den rasa tak mampu nak buat, den tangguhkan dulu... apapun, jangan la serik ekk untuk terus melayan "suatu perkisahan" tentang hidup seorang aku ni... ;)

dan untuk diriku sendiri...
teruskan menapak kaki dalam perjalanan hidup ini... jangan diharap jalan itu sentiasa lurus dan lebar kerana seringkali di hadapan bakal dilalui jalan yang bengkang-bengkok, berbonggol, sempit, berlubang, berlopak, berpaku dan entah apa lagi halangan... di hujung sana, ada perhentian... dan perhentian itu ada pegawai imegresennya yang bakal meminta sesuatu dari mu... bersedialah membawa bekal yang secukupnya... moga kau dilindungi olehNya...