malam aidiladha...

Salam frenos...!

alhamdulillah, kita masih berpeluang mendengar takbir raya haji lagi malam ini. dalam kesihatan yang serba menginzinkan ini, sama-samalah kita mensyukurinya dan menghargai akan nikmatnya.

bagi sahabat-sahabat yang sedang dilanda musibah, meh le kita sama-sama mendoakan agar kesusahan, keperitan yang diharungi bakal diganti dengan nikmat yang tiada terkira hebatnya. sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui akan segala perancangan yang terbaik bagi kita. dan tidaklah juga sia-sia segala pengorbanan, kesabaran, serta airmata yang mengiringi setiap onak dugaan.

bagi sahabat-sabahat yang sedang meraih kejayaan dalam hidup pula, tahniah aku ucapkan dan moga selepas ini akan ada lagi kejayaan yang lebih bermakna dapat dikecapi. tapi jangan lupa, apabila kita sudah di atas, teramat sakit rasanya bila suatu hari kita tersungkur nun jauh di bawah. jadi, sedia-sediakanlah 'tilam' sebagai lapiknya nanti. ;)

aidiladha akan sentiasa mengingatkan kita tentang hebat dan besarnya erti pengorbanan. di mana hanya nyawa yang menjadi galang-ganti dan hanya sabar yang menjadi benteng kekuatan.

salam aidiladha dari aku dan mem...
0 Responses