ngadu la ni...

salam frenos!

lama aku berdiam diri. bukannya menghilangkan diri. saje. semacam agak 'letih' merenung monitor komputer yang kadang-kadang membisakan mata. bukannya tak rindu. rindu sangat-sangat untuk mencurah rasa dan berkongsi cerita. tapi, tu la. macam aku kata tadi, saje...

minggu ni, 2 hari aku memonteng kerja. sekali hari isnin, sekali lagi hari rabu. sebab apa? macam aku tulis kat atas tadi, saje... :P bila direct bos aku bertanya, aku cuma cakap yang aku ada hal. mungkin dia percaya, mungkin tidak, gasaklah. semangat memonteng aku di zaman sekolah menengah dulu mula menjalar kembali. huihhh macam penyakit! gila betul!

aku dapat rasakan, semangat kerja aku semakin merudum jatuh. kalau ditanya skala berapa, bolehlah aku katakan di sini, yang aku sekarang ini berada di tahap 4 daripada 10. mujurlah ada saki-baki untuk menguatkan diri untuk ke pejabat. ih... ih... ih...

kerja aku banyak mengadap komputer. yang 'lembut'-ware dan yang 'keras'-ware semua aku kene amik tahu. itu aku tak kisah. meneliti perkataan-perkataan dan frasa ayat untuk digunakan sebagai surat rasmi, proposal, kertas peperiksaan juga kadang-kadang menjadi kerja utama aku. apatah lagi memikirkan formula-formula yang pelik-pelik semata-mata untuk membuat kombinasi keputusan peperiksaan tepat dan betul. itu pun aku tak kisah. gantikan bos untuk temuduga pun aku sanggup buat. mengajar orang-orang yang fobia dengan komputer pun aku sanggup juga. tolong mintakkan sebutharga daripada hotel-hotel pun aku rela buat.

yang aku kisahnya, bila aku dikatakan tak mahu berkongsi apa yang aku tahu. ada jugak yang kata aku tak mahu belajar untuk kendalikan sistem yang sekarang ini bagai bernafas dalam lumpur hasil daripada kerja backdoor-troubleshooting yang berulang-ulang oleh orang lain. memang aku kisah sangat bila aku dituduh buat sesuatu yang aku tak buat. konon aku pasif la. konon aku suka sorokkan apa yang aku tahu la... ih.. ih.. ih.. sabau je le.

dan sungguh lega juga hari ni, bila jawapan yang aku berikan pada direct bos aku ialah... aku merajuk. terasa hati. keje bertungkus-lumus tapi akhirnya dikata juga. keje dengan ikhlas tapi rupanya dipertikaikan lagi. sudahlah selama lebih 10 tahun memberi khidmat, tapi masih di taraf kontrak, masih lagi juga nak kata aku tak setia? tak sedia berkhidmat? wahhh... memang sudah lebih.

dan aku rasa direct bos aku paham. mesej aku jelas diterimanya. dia akui. dan aku katakan pada dia, aku dah mula mengeluarkan kembali sijil-sijil aku untuk 'menjaja' diri. mungkin sudah tiba masanya aku cuba berkhidmat di tempat lain. mencuba pengalaman baru. tapi itupun kalau aku masih 'laku' lagi la. kalau nasib badan bekerja di sini sampai pencen, mungkin aku akan mohon bertukar jabatan lain sahaja. sekurang-kurangnya persekitaran aku baru. dan tentunya ada tanggungjawab yang baru juga.

perghh, mengadu pasal kerja pulak kan? tu le pasal. dan cik buah hati sekarang ni mula mengirimkan iklan-iklan kerja pada aku. katanya, cubalah... mana tahu rezeki awak... - terima kasih, sayang -

ok lah, sampai sini dulu. lega rasa... hehehe. nak tido dah ni. baruuu kul 2:03 pagi... jangan aku ponteng lagi esok udah... hahahahaha adios frenos!
9 Responses
  1. adek Says:

    emm... zaff... tak nak cuba bidang perbankan... tp keja tak ikut masa k... n gajinye lumayan.... :)

    p/s: zaff n lya kemana cuti raya cina nie.. adek insyaAllah ke frasers hills...


  2. zaffey Says:

    adek:
    perbankan? huihhh ada semacam ke-seram-an sedikit, sebab sy kurang mahir bab2 perbankan, perdagangan. habih lingkup pulak nanti syarikat! hahahaha

    cuti raya cina ni mungkin g berkelah/piknik dengan family dekat2 sini je. pastu nak habihkan masa dengan mak... mayb bwk dia gi jenjalan mana yang dia nak. ;)

    wuihh fraser? bestnyer... nanti kem salam kat burung2 cantik yang berterbangan dan berkicau-kicau kat situ ye! hehehehe. selamat bercuti!


  3. slay Says:

    best of luck, bos..


  4. zaralyn Says:

    Sabar ya zaff... tu adalah fenomena biasa... lagi2 klu environment keja ngan kap,ro,alif,gim,alif, nun.. (betul ke??) Hahahahah! Sengal! Anyway.. I hope u will be promoted permanently.. ala ciannya la... i plak emo.. nnt i banje eskrem okeh! :)


  5. slay Says:

    zaralyn: mana g hamzah u..? lalalalalala..tetiba jadi particular kn i..ahaks..zaman u pn da leh ikut ejaan jawi baru erk..? huhuhuhuhu..

    matila kena bannde ngn zara.. =)


  6. KooKoo Says:

    haluuuuuuu... sabar ok..mulut orang ni buat pun di kata, tak buat pun dia nak kata. hakikatnya dia jeles je tuuuu.....

    - harap lega


  7. Lya Says:

    wat insan yg ku syg,
    ya akan sentiasa ada d cc awk...sabar yer menempuh dugaan...ya sentiasa mendoakan yg terbaik utk awk..


  8. zaffey Says:

    slay:
    tenkiu... tenkiu...! :D

    cik zara:
    mmg kesabaran sentiasa dibina... kalau x, habih la.... ahaks ;) blanje eskrem? baskin robbins? (mcm larr nak jumpa kitorg bedua :P )

    Kookoo:
    -harap diriku sentiasa bersabar- hehehe... ;)

    cik buah hati:
    terima kasih syg. -muahss- :D


  9. Zaralyn Says:

    Auwww.... Hahahahha... :D