cerita sikit...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua…

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana gerangan aku selama ni. Menyepi diri di ruangan perkisahan ini tanpa ada sebarang cerita menghiasinya. Hmm...rasanya kurang sesuai untuk gunakan perkataan “menyepi diri” tu sebab aku bukannya “hilang” terus dari kawan-kawan, cuma aku bagai kekeringan ilham untuk meluah rasa di sini.

Arghh…dah la…usah diungkit-ungkit lagi kenapa aku lama tak menulis. Nak buat macam mana kan, kalau dah ilham merajuk diri tak mahu terbit dalam kepala. Cubalah paksa dengan apa cara sekalipun, kalau dah tak mau keluar tu, memang tak keluar le jawabnya.

Oklah, meh cerita pasal mende lain... :)

Bagai terpanggil-panggil rasanya hati untuk menulis rasa tentang isu hangat sekarang ni...pasal budak perempuan yang berumur bawah 12 tahun yang hilang, yang disyaki diculik, yang berkemungkinan dibunuh. Kenapa ya, ada yang sanggup? Sanggup hingga melampaui sifat-sifat manusia? Tapi, binatang sanggup ke buat macam tu jugak?

Apakah segala-galanya berpunca daripada gagalnya seseorang tu untuk menahan gelora nafsunya sendiri? Aku cuba mentafsirkan sendiri apa yang orang-orang macam tu rasakan. Mungkin tafsiran aku ini salah, mungkin ada antaranya benar-benar berlaku juga. Apapun, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Aku cuba gambarkan senarionya begini...

Memula, mungkin si jahat baru lepas menonton video lucah terlampau lagi ganas. Mungkin juga tengah lalok dan sedang asyik dengan fantasi seksnya hingga menimbulkan rasa keinginan yang meluap-luap.

Lepak-lepak tepi jalan atau kedai, jalan-jalan kat pasar malam sambil perhatikan mangsa mana-mana yang berkenan di mata atau mungkin, mensasarkan pada mangsa yang paling mudah. Mudah didekati, mudah dipengaruhi.

Mangsa mungkin diajak secara rela dengan kata-kata manis atau pertolongan ataupun mungkin telah dipaksa dengan cara kekerasan untuk mengikut si jahat. Dan akhirnya dibawa ke suatu tempat untuk disembunyikan.

Di tempat persembunyian pulak, tentunya si jahat telah sedia ada dalam kepala otaknya rancangan syaitan yang ingin dilaksanakan. Di tahap ini, tak mampu lagi aku nak gambarkan apa-apa. Ih.. ish...

Yang aku tak paham, mengapa si jahat ambil tindakan untuk membungkus mangsanya dalam beg pakaian, dan kemudian diletakkan di suatu tempat awam. Mengapa tidak ditanam, dihanyutkan atau mungkin dibakar?

Apakah dia ada rancangannya tersendiri? Atau dia sebenarnya pada waktu itu terdesak kerana kesuntukan masa?

Hmm...itu semua sekadar teori yang dapat aku fikirkan dalam jangkamasa yang singkat ini. Tentunya ada teori-teori lain yang lebih logik berdasarkan kepada bukti dan kronologi kejadian. Aku ni sapalah... :P

Sekadar aku melemparkan apa yang ada dalam otak ni.

Moga Allah kurniakan kebijaksanaan kepada pegawai-pegawai yang menyiasat kes-kes seperti ini agar si jahat tak terlepas daripada perbuatannya.

Dan moga Allah kurniakan jua kesabaran, ketabahan dan ketenangan di hati para ibubapa serta keluarga mangsa yang telah dianiaya.

Sesungguhnya anak itu tempatnya tentunya di syurga Allah yang damai...

Al-Fatihah untuk anak-anak comel ini... (amin)
2 Responses
  1. Aku Says:

    Al-Fatihah utk anak yang malang ini.
    Teori aku pulak:
    Kemungkinan pembunuh tu tinggalkan mayat di tempat awam sebab nak kasi hint pada family mangsa agaknye.
    kot la ada dendam yang belum terlangsai antara pembunuh dgn keluarga mangsa ke or bapa mangsa ada buat something yang orang marah sgt2 ke..mana naktau..ni cuma teori sajalah.
    sebab kalau pembunuh biadap tu sekadar nak lampiaskan nafsu pada budak la kan..baik dia tanam saja mayat tu dlm hutan ke apa.
    ni letak kat tempat awam..mcm dia nak cakap' ni amik anak ko..ko nak sangat kan..padan muka' ...ni contoh ayat sajalah. ataupon mungkin pembunuh tu pempuan ke yang dendam apa2 ke kat ayah mangsa..kot ayah mangsa ni ada baut something kat dia ke..sebab mayat diseksa dgn timun n terung.takde pulak kata dirogol ke or ada kesan mani ke kan.
    apa2 pon ni cuma teori sajalah.benda ni masih baru. dan harap penjenayah yang berhati setan tu dapat ditangkap dlm masa terdekat ni.
    pada family adik nurin, harap bersabar dan kalau ujian dna test mengatakan itu adik nurin, maka terimalah walaupon hati berat utk mengakuinye. tiada siapa pon yang boleh terima kejadian kejam ini.Al-fatihah buat adik nurin.aku sedihlah benda2 mcm ni berlaku kat negara islam hadhari pak lah ni. harap pihak berwajib do something lah. nampaknye negara kita ni dah tak selamat dah. hari2 dengar pasal bunuh, rogol , rompak lah. semoga kita selamat dalam lindunganNYA.aminn


  2. Anonymous Says:

    ni rasanya kerja orang lelaki gila seks, mayb benda dia tak berfungsi so klimaksnya tetap ada sebab tu guna terung dan mentimun. dia guna budak kecil sebab budak tak boleh lawan atau dia fidopil....