yeeehaa!!!

salam frenos sumer...!

alhamdulillah... akhirnya, kerja keras selama berbulan-bulan sebelum ini berbaloi jua... tak sia-sialah memerah ilham, bersengkang mata dan berkorban bermacam-macam perkara semata-mata untuk memastikan hasil yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ditetapkan. terasa kelesuan dan kelelahan yang membungkus diri terbang entah ke mana bersama hingar-bingar sewaktu keputusan kemenangan diumumkan dalam dewan yang serba 'gagah' terbina itu!

di saat-saat awalnya, tiada harapan langsung yang diletakkan untuk menjadi sandaran semangat... mujurlah, bila baki minggu pertandingan masih kurang 3 minggu lagi, ada pula suara semangat ditiupkan sekaligus menjadi pencetus yang mulai membakar hati-hati muda yang baru ingin bertatih dalam pertandingan yang serba memerlukan isian ilmu di dada ini.

biarpun kami bukanlah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, tapi memadailah berada di kedudukan 3 yang teratas. dan untuk menambahkan lagi 'madu' kemenangan ini, buku projek yang terhasil ternobat sebagai yang terbaik! alhamdulillah... :)

*********************************************

betullah kata orang-orang tua, kalau tak dipecahkan labunya manakan dapat menikmati sagunya... dan untuk mendapat kejayaan, bukan sedikit ranjau yang perlu diharungi.

walaupun mem memang teringin nak datang ke dewan untuk menyaksikan kami, tapi nak buat macam mana, ada urusan di pejabat yang perlu dibereskan. takpe, sayang. its ok. cukuplah dengan kata-kata perangsang dari awak setiap hari... hehe.. ;) kesian mem sebelum ni. sebab dalam tempoh aku dan kengkawan nak menyiapkan projek ni, banyak masa aku terpaksa dihabiskan di pejabat. setiap hari mem terpaksa balik kerja sendiri dengan naik teksi sebab aku tak sempat nak jemput dia. dan setiap hari sabtu serta ahad, aku 'berkampung' pulak kat ofis dari pagi sampai malam... ih.. ih.. ala-ala terabai gitu... sian my mem... apapun, terima kasih sayang, sebab sabar dengan kesibukan saya selama ni... :) muahss!

hari ni aku akan balik rumah mak, ih.. ih.. tak sabarnya nak cium tangan mak. sian mak, anak nakal dia ni dah lama sangat tak balik rumah. cuma telefonlah penghubung kemesraan. ih.. ih.. rindunya... mak dah tahu pasal kemenangan kitorang, aku call mak masa tengah drive balik dari dewan tu, hehehe... tak sabar kaedahnya! ahakss. banyak sangat perkara yang nak diceritakan ni... :)

errr... aku rindu kucing-kucing aku kat rumah mak tu! hehehe... siaplah korang kene gomol dengan aku nanti! tunggu la ekk! hahahaha

eh, ok lah... aku berenti dulu setakat ni... insyaallah nanti bersambunglah lagi cerita aku ye. jaga diri korang baik-baik ye... adioss frenoss!
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    2 my luv...
    tahniah atas kejayaan, x sia2 usaha syg n teman2 bersengkang mata n memerah otak mencari idea yg bernas...
    take care n luv u so much...


  2. Anonymous Says:

    tahniah...my sis.moga kebahagian dan kemenangan sentiasa mengiringimu.sayang selalu....