ungkit pasal kasut...
pagi tadi, di radio ada cerita tentang koperasi sekolah yang nak dijadikan semacam "one-stop-centre" kepada barang-barang persekolahan seperti buku-buku dan pakaian murid-murid. selama ni, kebanyakan koperasi sekolah hanya menjual alat tulis sahaja. kalau ada pun pakaian, mungkin terhad kepada baju T cap sekolah yang berlabel rumah sukan masing-masing.

baguslah kalau gitu kan. cumanya, jangan pula nanti ada isu pasal harga yang tak berpatutan lagi tidak munasabah. menambah beban dan menyakitkan hati para ibubapa je.

entah kenapa, bila aku dengar je isu ni, aku terbayangkan kasut sekolah aku dulu-dulu. cukup sentimental sekali kalau aku mengungkit pasal kasut ni. hehehe... meh, kalau nak tahu apa yang bermain di kepala aku sekarang ni...


ini la lebih kurang rupabentuk kasut sekolah aku zaman dulu. puas jugaklah aku meng-google gambar-gambar kasut sekolah ni, jadi ni antara yang look-alike la... hahaha. terima kasih la pada tuan punya asal gambar ni yang sudi berkongsi gambar kat internet. sebabnya kalau aku nak cari kasut aku tu, haruslah sekarang dah jadi kompos kat klang tu... hehehe. ohh, aku memang sukakan kasut bertali. macam menganyam tikar je bila masukkan tali-temali tu kat lubang-lubang yang ada kat kasut tu! hahaha... layan!

aku juga tidaklah begitu rajin sangat nak memutihkan kasut tapi, kalau omak dah bising, aku cucilah jugak... hehe.



haa tu diaaihh!! sekali dah membasuh, kat pagar rumah le tempat kasut tu ditenggekkan. pastu aku akan tersenyum sendiri kalau dah basuh dan sangkut kasut tu, sebab macam tak caye je aku yang membasuh! hehehe. macam kepuasan di tahap maksimum pun ada gak.

kasut hitam ni pulak menjadi 'kesengsaraan' bagi aku bila tiba waktu aku di 'short-listed'kan menjadi pengawas. menjadi kewajipan pulak tu untuk berkasut hitam kalau jadi pengawas. aku tak suka seyy... :P

dan ini antara kasut-kasut idaman aku waktu tu...



setiap kasut aku tu ada kisahnya...

kasut yang kotor yaamats tu bukannya sengaja aku kotorkan. tak... malah aku cukup sayangkan setiap kasut aku. cumanya, jalan yang aku tempuh setiap hari sememangnya berdebu dan penuh dengan asap kenderaan yang hitam. bahu jalannya masih bertanah merah di sesetengah tempat dan ada juga tempatnya yang aku terpaksa meranduk belukar dek kerana nak memintas jalan. selalunya kasut aku akan bertahan bertahunlah jugak. disebabkan aku kurang menggosok kasut untuk elakkan daripada cepat koyak. kalau korang tengok jari kaki aku sekarang, semuanya macam terbantut, tak 'tumbuh' panjang... hehehe. sebab aku tetap pakai kasut yang elok biarpun dah ketat. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...

kasut hitam tu punya cerita lagi haru. gara-gara pemakaian kasut hitam adalah diwajibkan kepada pengawas, maka aku ambil keputusan untuk 'resign' saja. takpelah tak jadi pengawas pun. asalkan aku tak perlu mengeluarkan belanja untuk memilikinya. sian kat mak kalau nak suruh beli baru...

kasut-kasut idaman tu pulak hanya menjadi jamuan mata aku saja. tak berani nak suarakan pada mak. cukuplah tumpang seronok tengok awek-awek kat mgs ka, convent ka, pakai kasut gaya gitu... ahakss.

dan antara banyak-banyak kasut yang aku ada, pernah la sepasang yang menjadi 'pujaan hatiku' disebabkan keistimewaannya. bukannya apa, kasut tu dihadiahkan oleh seorang cikgu yang selalu buat hati aku cair secairnya. tak mahal pun kasut tu. tak trendy pun. tapi sungguh berharga bila disampaikan kepada aku dari tangannya sendiri dengan ucapan semangat, harapan dan doa serta airmata kasihnya. sungguh aku tersentuh waktu tu... sampai sekarang aku takkan lupakan segala kebaikan dia pada aku. aerghhh ai sentap jap k...! :P

k lah, itu saja yang aku nak kongsikan serba sedikit kisah kasut sekolah dalam hidup aku... niat di hati nak panjangkan lagi, tapi jari sudah sakit larr... ayakkk...!! nanti korang tau la kenapa. will story-mory later k... ;)

adioss frenoss...!

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Air mata 'kasih' nyer zaff?? Hehehehe... Lain mcm aje bunyik nyer.. Huhu! Hmm.. zaman kita dulu mmg tahu nak hargai benda yg org bg.. dan xtau nak mintak pun kat parents.. bdk2 zaman skrg ni yg byk sngnya (x semua la).. Wah! Tua kah aku?? Hahahahaha...


  2. Anonymous Says:

    Zafffffff! Why so silence? Busy lately?