Cameron Highlands Open Invitation...! (25/12 - 27/12)

Salam frenos!

Sudilah kiranya menyambut pelawaan aku untuk bersama-sama bercuti dan mengunjungi cameron highland bersama aku... janganlah malu-malu ye. meh la kita berkenal-kenal. sambil-sambil tu boleh jugak melepas pandangan memandang kehijauan yang terbentang.

sebenarnya, seumur hidup aku, belum pernah lagi menjejak kaki ke tanah tinggi ni, jadi, berbesar hatilah sungguh sekiranya teman-teman dapat meluangkan masa bersama. tak kiralah samada yang dah lama aku kenal mahupun yang baru dikenal, yang pernah bertentang mata mahupun yang belum mengenal 'kecomelan' aku, yang penting, perempuan saja ya deh! hahahaha... ada sedikit diskriminasi di situ! ;)

insyaallah, 25 dis 2009 hingga 27 dis 2009, kita bakal menginap di sebuah banglo besar, yang tak perlulah korang tahu berapa perlu dibayar akan kos penginapannya. cuma, kos makanan je la yang aku minta... tu je ;)

jadi frenos, kalau nak join sama-sama, email aku ye... zaforro@yahoo.com.sg

oh, dan tawaran ini bakal ditutup sehingga ke jam 12.00 tgh pada hari Khamis (24/12/2009)...

ermm... aku takde la janjikan apa-apa acara yang hebat-hebat, cuma sekadar nak merehatkan diri, makan-makan dan barbekiu (belasah la ejaan ni), berkongsi cerita, pengalaman, jenjalan sambil posing bagai, minum-minum kopi ka, teh ka, belajar memasak dengan chef ka, hehehe... gitulah yang dapat aku senaraikan buat masa ni.

erm... kos keseluruhan rasanya tak lebih RM50 gitu la... sekali lagi, email aku kalau berminat yeh!
3 Responses
  1. is dan jun Says:

    kitaorg wei.. kitaorg nak join. *sambil angkat2 tangan....
    tak de nama kitaorg siap ko..
    lalalalla


  2. zaffey Says:

    hurmmm... aku rasa macam ada bau2 hangit jer... :-"


  3. Anonymous Says:

    Selamat bercuti zaff... :) Lama x update blog tetiba nak pegi bercuti ya? Have fun! :)