musim cinta...


Dearest myself...

musim cinta mengundang seribu satu rasa dalam hati mu... ada tikanya kau gembira bagaikan tiada penghujung pada cerita gembira itu. ada kalanya juga kau kan bersedih bagaikan tiada lagi permulaan pada sebuah kemanisan di hujung sendu...

musim cinta menuntut seribu satu pengorbanan dalam kelangsungan suatu perhubungan... ada tikanya kau lelah dalam memenuhi suatu keperluan. dan adakalanya juga kau punya semangat yang tak terjangkau dalam mempertahankan suatu pertanggungjawaban.

musim cinta menjanjikan seribu satu coretan memori bermakna dalam mengiringi usiamu hingga ke hayat yang kekal nanti... ada tikanya kau berjaya mencoretkan sesuatu yang manis untuk dikenang. dan adakalanya juga kau tak termampu mencoret sesuatu yang mengasyikkan lantaran dirimu yang serba kekurangan.


musim cinta mungkin bertandang cuma sekali dalam hidupmu... tapi, tak mungkin juga ia kan menghiasi hatimu lagi untuk ke sekian kalinya. segala-galanya ketentuan Ilahi, bukan? aku faham, tiada penggantinya pada sesebuah musim cinta yang pernah dilalui. aku juga faham, bukan mudah melupakan kenangan pada kemanisan musim cinta yang diteguk bersama. masa mungkin bisa menjadi pengubatnya... atau mungkin, suatu kematian menjadi pengakhiran pada sebuah kesengsaraan... aku sendiri pun tak tahu... berdoalah dengan harapan kebahagiaan akan menjelma memenuhi ruang sepi yang kelam...

biarpun musim cinta mu mungkin menemui akhir episodnya, teruskan melagukan bait cintamu yang tulus... yang hanya kau memahami dan mengerti... "sayangkan dirimu selalu..." . jangan dibuang ungkapan itu biarpun kau tidak lagi tahu samada dia akan mendengarnya... jangan dilupakan ungkapan itu biarpun kau tidak lagi punya hak memanggilnya "kekasihku..." .

aku akan terus setia di dalam dirimu... biarpun terkadang kau terlupa melayan kehendak nurani mu sendiri. aku tidak akan merajuk. kerana aku tahu, kau lakukannya demi kelangsungan cintamu padanya, demi kasih kau padanya.

sabarlah ye, dearest myself...
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    assalamualaikum,
    hye zaffy...mari berpantun bersamaku..

    asal kapas dari benang,
    dari benang dibuat kain,
    barang yang lepas jangan dikenang,
    sudah menjadi hak orang lain.

    kalau pinang masih muda,
    rasanya kelat sudahlah pasti,
    kalau hilang kasih lama,
    carilah lain buat pengganti.

    teluk teduh tempat berenang,
    duduk berkolek sampai ke senja,
    tempat jatuh lagi dikenang,
    inikan pula tempat bermanja.

    nasi lemak buah bidara,
    sayang selasih hamba lurutkan,
    tinggal emak, tinggal saudara,
    kerana kasih hamba turutkan.

    naik kereta pedati lembu,
    lembu datang dari melaka,
    hamba ini kain belacu,
    manakan sama dengan sutera.


  2. Dd Says:

    pandai ko berjiwang..aku tak pndai lgsg wat ayat2 jiwang nih...gud gud..