pesalah yang kehilangan...

Ada sesuatu yang hilang dalam hidup aku kini. Yang menjadikan aku bagai batang tubuh yang isinya gabus, yang kosong, yang rapuh. Aku pernah memilikinya suatu masa dulu, yang seringkali aku jadikan azimat di kala jiwa aku ‘mati’. Aku pernah merasakan nikmatnya suatu masa dulu, yang membuatkan aku takkan melupakan kemanisannya hingga kini.

Aku senyum pada langit
Kerana di situ ada wajahnya
Aku senyum pada bintang
Kerana di situ ada dirinya

Aku seru pada mentari
Kerana di situ ada semangatnya
Aku seru pada rembulan
Kerana di situ ada jiwanya

Aku peluk sang bayu
Dengan mata yang pejam
Dengan tangan yang erat
Dengan ucap yang sayu
Aku rindukan dirinya… sesungguhnya…

Akan adilkah keadaan mengadili ku?
Akan belaskah alam menghukum ku?
Bilamana aku pesalah yang bingung
Yang mencari salahnya di mana?
Tapi,
Pesalah tetap pesalah
Tiada hak untuk bertanya
Tiada hak untuk mempertikai
Kerna,
Hukuman tetap terlaksana…
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    kdg2 perasaan yg tlintas dlm diri bukan satu niat tuk mengubahnya tambahan lagi tlalu byk kngn yg tcipta tp...andai ada sbb pn bukanlah mjadi tali pengikat kngn tu.
    Dia cuma ingin kembalikan hidup kau yg dulu wlupn sukar bagi dia.Tlalu byk yang menghukum dirinya bila dia bersama kau...berilah peluang dia tuk hidup spt yg dia mahu.Hentikan kata2 yg slama ni mengganggu fikiran dia tp kau mesti yakin yg dia sentiasa mengingati kau.Percayalah dia....


  2. zaffey Says:

    anonymous:
    si pesalah takkan pernah membenci sesiapa, takkan juga hilang keyakinan pada sesiapa. kerana dia tahu, dia si pesalah yang dulunya terlalu berani cuba untuk mengonak jalan berduri. kerana dia tahu, dia si pesalah yang dulunya terlalu ingin cuba untuk menggenggam bara.

    pesalah akan terhukum oleh alam. hanya hidup di penjara kenangan yang tidak bisa lagi dilaluinya. entah ada pelawat atau tidak, pesalah tahu, dirinya tidak ada sesiapa yang perlukan lagi.

    bisulah pesalah bersama bisunya penjara kenangan itu...


  3. Anonymous Says:

    saya takkan berdaya tuk melakukannya melainkan klu ada yg bisa memaksa utk buat saya melakukannya...maafkan saya!!


  4. zaffey Says:

    anonymous:
    wahai sahabat, senyumlah... jangan mohon maaf dari saya... saya juga sebenarnya kurang kudrat untuk melakukan banyak perkara biarpun terkadang saya juga gagahkan diri untuk melaluinya. terima kasih atas kata2 yang buat saya berfikir berulang kali...

    moga sudi menerima huluran salam saya... :)