cinta, kasih-sayang...

hidup atas dasar cinta?
"cinta"kah yang memandu seseorang mengikut laluan yang sepatutnya?

tiada siapa yang dapat menyangkal, andai dikatakan hidup ini memerlukan kasih-sayang sebagai makanan utama... tiada siapa jua yang bisa hidup dengan aman tanpa sekeping hati yang merasai manisnya berkasih-sayang... itu hakikat.

kadang-kadang, aku fikir, kerana kasih-sayanglah hidup seseorang manusia jadi berantakan. kasih-sayang juga boleh menjadikan manusia itu insan yang paling mulia, atau insan yang paling hina.

asal terjadinya seseorang manusia itu daripada kasih-sayang, lahirnya disambut dengan kasih-sayang, besarnya jua dengan kasih-sayang, dan akhirnya dihantar ke kehidupan abadi juga dengan redha hati yang sarat dengan kasih-sayang.

secara peribadinya, aku rasa bulan mei ini antara bulan yang 'kaya' dengan kasih-sayang. lahirnya aku pada bulan ini sebagai pengerat kasih-sayang antara mak dan ayah. perginya ayah pada bulan ini dahulu, mengeratkan lagi kasih-sayang antara mak, aku dan adik-beradik yang lain. dan pada bulan ini juga, berbagai hari disambut...ada hari ibu, hari bapa, hari pekerja, hari guru dan entah apa hari lagi yang aku mungkin tak ketahui. opss! lupa! ada beberapa orang sahabat-sahabat aku yang turut sama menyambut hari kelahirannya pada bulan mei ini...

kepada semua sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak yang menyambut ulangtahun kelahiran pada setiap bulan mei, aku ucapkan >> selamat hari jadi... moga hari-hari yang mendatang akan bakal terisi dengan kasih-sayang yang membahagiakan.

hiduplah atas nama 'cinta'
berbaktilah atas nama 'cinta' juga...
kerana 'cinta' wujud dari kasih-sayang yang tidak menuntut sebarang pembalasan...

~ wahai tuhan, akhirilah hidup aku dalam keadaan kecintaan yang mendalam padaMu...
0 Responses