hujan yang berbeza...

Dua-tiga hari ni, cuaca di Kuala Lumpur kelihatan mendung… awannya begitu besar memayungi, dan hujan yang lebat seringkali membasahi tanah ibukota ini. Kata orang, kematian sering diiringi dengan turunnya hujan yang mencurah. Tak kisahlah samada itu hujan ribut, hujan panas, hujan gerimis, hujan renyai, hujan batu, atau apa sahaja jenisnya.

Memanglah tak elok mempercayai kata-kata sebegini. Tapi, kadang-kadang aku tak boleh jugak nak menepis sedikit sebanyak kebenarannya. Sudah berapa banyak kematian yang aku saksikan, seringkali diiringi dengan turunnya hujan. Ada pertaliankah antara keduanya?

Yang terkini, aku terkesan dengan keadaan mendung serta hujan di awal pagi semasa negara kita sibuk menguruskan jenazah para tentera tudm yang terkorban di genting tu. Hmmm... korang perasan tak?

Dalam lagu sudirman, antara liriknya;
"Hujan yang turun bagaikan mutiara…"
"Hujan yang turun bersama airmata..."

Hujan bagai digambarkan sesuatu yang menyedihkan. Lebih sinonim dengan perpisahan...

Tapi, perasan tak, hujan bukan sesuatu yang menyedihkan bagi seorang kanak-kanak? Lebih kepada sesuatu yang bisa menciptakan senyuman termanis di wajahnya. Bagaikan suatu rahmat, suatu nikmat yang dinantikan...

Berbeza sungguh antara seorang kanak-kanak dengan kita yang dah 'tua' ni bila melihatkan hujan, kan?

Aku cuba menguji diri aku. Berada di dalam deru sang hujan yang hebat membasahi, di suatu petang yang dingin sekali. Hasilnya, di hati ada dua rasa yang berbeza... ada rasa yang amat menyenangkan lagi mendamaikan, dan ada juga rasa sebak yang sukar digambarkan. Hehehe... pastu ada satu lagi hasil >> macam rasa nak demam pulak! Kenapa dulu masa kecik-kecik, susah nak demam kalau kene hujan ekk? Ahakss :P

*senyum dalam hujan, tapi ada airmata yang turut bersatu...*
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    dia ada blog baru, sedih weh baca blog dia.


  2. zaffey Says:

    sum1uknow:
    terima kasih, bagitau. moga org2 di sekelilingnya akan sentiasa buat dia gembira. aku bukan lagi orang yang mampu buat dia gembira... tapi aku akan tetap doakan dia bahagia.

    *harap tiada lagi komen tentang dia selepas ini. please k...*


  3. Anonymous Says:

    aku taulah ngko dah declare kat sumer member yg ngko skrg dah ada sum1. aku bagitau ngko pun, bukan sbb dia yg suruh, aku yg memandai. aku cari sendiri blog dia,bila aku masuk chatbox dia, dia tahu aku, dia terus ban nick aku. aku suka baca tulisan2 dia, menusuk beb.....


  4. Anonymous Says:

    ini no tel siapa 013-8879612?


  5. Anonymous Says:

    kuala lumpur as gloomy as london