cantik...?

Awak mesti malu kan bila saya jalan sebelah awak...

Ler... nape pulak?

Ye la, tengok dari segi penampilan saya ni…

Lah… nape pulaknye…? Saya ok je… nak malu apa nye?

Badan saya kan besar… pastu dressing pun taklah feminin sangat.

Hahahahahaha… apolah!

Eeee dia nihhh!! Gelak besar lak! Nak kene cubit ekk? Jadi betullah cakap saya ni ek?

Ada betul, ada tak betul. Yang betulnya, memang badan awak besar, tapi disebabkan itulah awak kelihatan commelll sangat! Hahaha.. tak payah nak dressing feminin2 bagai, sebab yang penting, awak seksiss di mata saya! Hahahaha... pakai le apa saja pun... ngehngehngeh. Dan yang tak betulnya, saya tak rasa malu pun dengan keadaan awak tu... ala... saya pun gemuk pe... hahahahaha awak malu tak jenjalan ngan orang gemuk macam saya ni??

Eeee!!! Takla! - dan cubitan bertalu2 singgah di sasarannya! Eheks!

*******************************************


ya, benar… masih ramai antara kita terpengaruh dengan imej ‘cantik’ yang telah sekian lama dihidangkan dalam fikiran. Imej ‘cantik’ sering disempitkan pengertiannya, dan sebab itu, fizikal menjadi perbandingan.

Gemuk ke, kurus ke, kulit putih ke, kulit hitam ke, mata bulat ke, mata sepet ke, tinggi ke, pendek ke, dan macam-macam lagi lah, semuanya dinilaikan oleh mata insaniah. Atau lebih tepat lagi, mata kasar insaniah. Bukan tak boleh menggunakan kelebihan mata kasar yang telah dianugerahkan, cumanya, biarlah dilibatkan juga mata halus batiniah yang seringkali dilupai.

Mata halus batiniah? Umakkaihh... amendenye tu weihh? Ahakss... hehehe... itulah namanya pancaindera yang dianugerahkan allah bagi menilai kembali ’catatan kasar’ oleh mata kasar kita. Pancaindera yang bisa menembusi mulus-kasarnya kulit seseorang lalu bisa juga melihat semerah manakah hati yang memilikinya, biarpun tidak kesemua rahsia hati itu dapat disingkap.

Dan seringkali kita terlupa, sebelum menilai kecantikan seseorang, biarlah diri sendiri dinilai dahulu. Sudah cukup ’cantik’kah kita hingga dengan senang sekali meng’hodoh’kan ciptaan tuhan? Sudah lengkap sangatkah ke’cantik’an kita hingga dengan mudah mentertawakan ke’kurangan’an makhluk tuhan?

Moga hati kita terus memiliki sirna delima merah termahal agar ia terus terpancar di wajah ini biarpun kulit muka ini tidaklah sehalus mana dek kerana jerawat yang bersusun dan gelap terbakar dek kerana hangusan mentari timur.

Mungkin selepas ini juga, bila bercermin muka, cerminlah sekali jauh ke lubuk hati... agar bisa menampakkan juga noda-noda yang tidak diingini supaya ubatnya bisa diusahakan...

Ingin aku mengingatkan diri aku juga, yang cantik di mata kasar insaniah itu bukanlah sesuatu yang kekal... bahkan ia bisa ’mengelupas’ dimakan tahun, dan ’mereput’ dimamah usia...
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    thankz luv...
    terima diri ini seadanya,moga kasih sayang kita mekar sampai bila2...
    tentang soalan luv mlm td nanti2 la dear jwb k...
    heheheh ;)


  2. Anonymous Says:

    cantik tak bererti sempurna.Kesempurnaan tu lbh penting kerana ia bisa melahirkan kecantikan yang sebenar.
    To lya....moga sentiasa bahagia & mencipta bahagia buatnya.