bila dia sudi menyambutnya...

cincin itu sememangnya tidak mahal, tapi kasih yang terukir di sebaliknya tidak punya harga untuk dibuat bandingan. sudah setahun lebih usia cincin itu di jari kami, seusia itu jugalah rasa kasih tersisip di hati. saban hari memakai, saban hari jua kasih tersemai. andai ditanggalkan sekejapan cuma, sekejapan itu jua terasa kosongnya...




apapun, cincin itu lama-kelamaan mungkin bakal berkarat atau juga mungkin pudar kilatnya, lantaran daki dan kotoran yang sentiasa cuba memalit dan mencemar. aku tahu itu. dan dia juga tahu akannya. kerna itu, takkan kami biarkan semudahnya dibekasi daki. kerna itu juga, takkan kami sewenangnya mencampak ia di merata tempat...

moga kasih yang setiap hari mekar ini tak pudar dan kusam. malah ia sentiasa berseri bagai inai yang memerah di jari...

terima kasih, sayang... kerna sudi dihadiahkan sebentuk cincin kasih dari ku...
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam...
    kasih syg n perhatian dr dirimu amat dear hargai, dh setahun usia percintaan kita, segala susah senang,suka duka kita harungi bersama...dear rasa bertuah kerana memilikimu...kau adalah segalanya dlm hidupku..
    luv u..mmuuaachh... ;)


  2. Anonymous Says:

    uiks.
    merahnya :)