what people get from you...?
Hi frenos!

Salam sejahtera dari aku. Minggu ni, aku rasakan antara minggu yang membuatkan aku banyak bercakap. Dan bercakapnya aku melibatkan begitu banyak skop atau bidang yang ada. Tak kiralah daripada soal kerja, pengalaman masa kecil, pengalaman bercinta (perghh), keluarga, agama, politik dan persahabatan.

Semuanya gara-gara ada budak praktikal kat ofis aku ni. Dan kebetulan pula diorang ditempatkan dekat-dekat je dengan aku. Ada 4 orang. Masing-masing daripada uitm dan ikbn. Best jugak dengar cerita, pendapat dan pandangan diorang. Biarpun adakalanya hujah diorang tu ada yang terkena kat batang hidung aku sendiri! Hehehe…

Ada seperkara yang membuatkan aku terkedu sekejap. Iaitu tentang impak diri kita terhadap orang lain. Macam mana orang lain terkesan atau menerima kesan setelah berkawan/ bersahabat/ bercinta dengan kita. Tak kiralah samada kesan-kesan itu merupakan kesan yang elok mahupun yang buruk. Dan tak kiralah juga kesan-kesan itu mudah diterima oleh ‘mangsa’ atau tidak.

Selalunya kita tak perasan tentang perkara ni, kan? Kita beranggapan yang mungkin diri kita sahaja yang ‘terkena’ tetapi hakikatnya tidak. Apa yang kita cakap, apa yang kita lakukan, sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap seseorang. Kadang-kadang sampai boleh menyebabkan seseorang itu berubah. Berubah kepada lebih baik atau buruk terpulanglah pada si ‘mangsa’ untuk mengambil keputusan atas pilihan yang ada padanya. Yang pasti, kitalah pencetusnya!

Ada orang bersyukur kerana menemui atau mengenali diri kita, tetapi mungkin juga ada yang menderita atas terjalinnya perhubungan dengan kita. Wahhh…! Yang mana satukah kategori kita?

Jadi, apa tindakan kita? … aku hanya boleh fikir satu je… tiada lain selain daripada mengharapkan padaNya, moga kita di dalam kategori yang membawa kebaikan kepada orang lain.

~ banyakkah kerosakan pada orang lain yang telah aku buat? (urrffs…) ~
1 Response
  1. Anonymous Says:

    kadang-kadang kehidupan kita ni tak sesempurna yang kita harapkan.walaupun kita rasa tak adil bg kita tapi yang nyata DIA tetap menyayangi kita.