j... please dont giveup...


j... airmata aku jatuh lagi malam tadi, sayang... aku tak mampu mendengar rintihan mu... sendu mu... sejujurnya, aku takut menanti hari esok...

j... aku tahu, kau tak membaca catatan ini kerana aku tak pernah memberitahumu kewujudan blog ni... aku tak mahu kau sedih... aku tak mahu kau terluka lagi...

j... saratnya hati ini dengan kebimbangan, kerisauan... hanya tuhan yang tahu... kau tahu, diam2 aku menangis sewaktu kau ceritakan tentang berita dari dr. yang merawat mu... keadaan diri mu yang selalu demam sekarang ni adalah disebabkan oleh tubuhmu yang mula menolak ubat2 yang sediada... sengaja aku buat lawak, dengan harapan kau kan terhibur dan melupakan sebentar kesakitan yang kau tanggungi... dan hari ini, oleh kerana tuntutan tugas, kau gagahkan jua untuk ke selatan... katamu, boss menaruh kepercayaan yang tinggi atas urusan itu pada mu... arghhhhh!! ingin saja aku halang, tapi... sapalah aku, kan..?

j... moga doa ku diperkenankan oleh tuhan... aku ingin menemui mu, sayang... mengucup tanganmu, pipimu, bibirmu... dan memeluk mu seerat mungkin... aku tahu, mungkin aku keterlaluan, tapi, itulah apa yang aku rasa sekarang ni... hmm... dan moga ayah mu jua terbuka hati untuk membenarkan aku untuk menemui mu biarpun dalam waktu yang terbatas...

j... jangan putus harap, sayang... cekalkanlah dirimu... aku sentiasa ada di sini, menanti mu... janganlah menemuiku dalam keadaan rohmu yang telah terpisah... aku takut tak mampu melaluinya...

j... sematkan di hatimu, yang aku sentiasa menyayangi mu...

3 Responses
  1. Anonymous Says:

    zaffy,
    sabarlah ya! cerita awk nie membuat sy terharu..begitu berat dugaan yg awk terima..tp sy yakin awk seorg yg tabah!..bye n take care..sy nak g nangis sat..sob..sob..sob


  2. Anonymous Says:

    besar lagi dugaan yang ditanggung dia, afy... sampai kadang2 saya pun rasa mungkin saya tak setabah dia... terima kasih sebab memahami... now u know rite, nape saya leh sibukk nak nangis ari tu bila baca cerpen Dosa Semalam awak tuh... :) harap saya masih punya masa bersama dia...


  3. Anonymous Says:

    zaffy,
    saya sendiri tak tahu apa yg akan saya lakukan kalau saya di tempat awak...tapi saya harap awak selalu memaafkan setiap kesalahan dia pada awak..memaafkan semua orang sebelum kita tidur akan memberikan ketenangan dan kerehatan yang baik utk mental dan fizikal kita...ingat pesan cikgu nie bebaik tao..
    p/s: saya tak boleh berhenti dr berfikir ttg awak dan J..tak tau kenapa? sedih dan simpati..