pertemuan yang dinanti...

tercapai ke impian kita, ta...? maafkan zaff kerana asyik bertanyakan persoalan ini... bilakah saatnya zaff akan dapat mendakap dirimu untuk pertama kalinya? atau, sekurang2nya menatap wajahmu dari dekat...dan membilang garis senyummu...? saban malam kita beradu dalam kerinduan yang sarat menyesak dada... ternanti2 tikanya untuk meleraikan segalanya...

zaff jadi takut, ta... andainya kisah kita berpenghujung dengan diri zaff tak berkesempatan melihat dirimu... zaff jadi risau. selalu zaff melayan fikiran, mencari2 sebabnya kenapa pertemuan itu terlalu sukar. apakah kerana diri zaff ini, maka tak memungkinkan sebuah pertemuan itu berlangsung? apakah kerana dirimu, maka zaff tak sepatutnya bertemu? arghhh... dan persoalan2 itu akan terus bermain2 dalam fikiran ini, ta... maafkan zaff kerana tak mampu menghapuskan bisikan2 ini...

zaff jadi marah, ta... bila ada orang lain berkesempatan menemui dirimu... atau dengan kata lain, punya peluang untuk berhadapan dengan mu. betapa rasa kecewa itu seringkali menguasai diri zaff dan bisa membuatkan zaff terkadang terlupa untuk tersenyum. dan kembalilah persoalan "aku tak layak ke?" menerobos menusuk jiwa yang mencari2 jawapan.

zaff tahu, tentu ada sebab kukuh pada persoalan ini... dan mungkin zaff tak sepatutnya ambil tahu kerana ianya melibatkan orang2 rapat di sekelilingmu. zaff juga tahu, yang zaff terpaksa hormati peraturan ini... tapi, di sini, zaff akui kelemahan diri sendiri... kerana terkadang, zaff tak pandai mengawal perasaan dan keinginan untuk menemui mu. maafkan zaff, ta...

kad harijadi untuk mu, masih zaff simpan elok2... kad lebaran untuk mu juga zaff jaga baik2... baju zaff yang pernah dijanjikan untuk mu juga zaff jaga warnanya supaya tak luntur... semuanya akan zaff berikan pada suatu pertemuan yang amat zaff nantikan. sedih rasanya ta... bila semua itu masih ada dalam tangan zaff dan masih belum berada di sisi mu...

ta... coretan ini bukan menuntut kesedihan dan airmata mu. zaff hanya ingin menyatakan betapa 'saat itu' amat zaff nantikan. mungkin zaff tak pandai menunjukkan rasa sayang ini pada mu, tapi, inilah catatan yang terzahir dari apa yang zaff rasai sekarang ini. rindu, sayang, cemburu, gembira, kecewa, marah, sedih, semuanya bersatu menjadi satu... dan menjadikan zaff >> seperti saat ini...
sayangkan dirimu selalu, ta...
1 Response
  1. Anonymous Says:

    zaff...
    aku hanya gadis yg lemah...
    yg sering merasa diri tersiksa dgn cumbuanmu, bisikan rindumu, lafaz cintamu pdku...
    maafkan aku kekasihku, jika penantian ini begitu membelenggu jasad dan hatimu....

    aku menyintaimu... hanya dirimu...