sembang sendiri...
mungkin aku terlalu lembut... ada kawan aku cakap gitu...
mungkin aku terlalu patuh... ada jugak kawan aku cakap gitu...
mungkin aku terlalu menerima apa saja...
itu pun ada jugak kawan aku cakap gitu...
maka aku senang untuk dimarahi...
maka aku senang untuk disuruhi...
maka aku senang untuk memberi...

hmm... begitukah aku...?

kawan,
mungkin kau hanya mengenali ku sesuku dari sebahagian...
tak semua cerita aku kisahkan...
dan tak semua lagu aku nyanyikan...
aku suka menyimpan... aku suka menyorok...
aku suka menyepi... aku suka meminggir...
aku tak suka membuka... aku tak suka menonjol...
aku tak suka membingit...
aku tak suka sumer tu sebenarnya...

kasih,
untukmu, aku korbankan sesuku prinsip diriku...
untukmu, aku relakan memujuk diriku...
bukan sengaja untuk menjadi 'orang lain',
cuma ada satu sebab,
samada kau percaya atau tidak, atau sesiapa saja,
untuk sentiasa melihat kau tersenyum dan gembira...

wahai 'aku'...
ingatlah dirimu punya banyak kelemahan...
jangan kerana dirimu, ada hati yang terluka...
tapi,
ingatlah juga dirimu masih punya sedikit kekuatan...
senyumlah walaupun hati mu terluka...
cubalah bahagia walaupun dirimu derita...

wahai tuhan...
ampunkan diriku... yang sering tewas...
ampunkan diriku... yang sering lupa...
terimalah doaku... terima kasih, tuhanku...
13 Responses
  1. Anonymous Says:

    apa lagi yang mampu kukatakan
    kau berhak menentukan pilihanmu
    kalau kau memilih untuk menyembunyikan persaaanmu
    kau lakukanlah
    kalau kau memilih menyorokkan segala kedukaanmu
    kau buatlah
    kalau kau memilih menjauhi diri dari teman-temanmu
    kau pergilah
    kerana semuanya pilihanmu
    tetapi pesanku
    berfikirlah dengan bijaksana
    dan aku tidak akan pernah jemu
    untuk menjadi sahabatmu!!


  2. zaffey Says:

    afy:
    terima kasih... masih menamakan sy sebagai seorang sahabat... :) moga sy akan terus punya hati sebagai seorang 'manusia'...


  3. Anonymous Says:

    zaffy:
    maafkan saya kawan, saya ni mmg jenis takleh tgk org sesedih nih...mehler dengo pantun hamba...

    buah berangan masaknya merah,
    awak jangan ler marah-marah..

    pakai seluar berkaki lebar,
    bawak-bawak ler bersabar..

    nak bagi awak bunga sekuntum,
    supaya awak boleh tersenyum..

    lagu dinyanyi si fauziah latiff,
    berfikirlah secara positif..

    hang tuah berbadan sasa,
    jangan disimpan segala rasa..

    saya ini orang Melayu,
    kalau bercakap memang begitu..

    pen putih pen biru,
    you sedih den tahu..

    dalam semak ada duri,
    saya menyemak hari-hari..

    jangan sedih jangan bimbang,
    masih ramai lagi yang sayang..

    anak itik anak angsa,
    sekian pantun dari hamba,
    janganlah marah kepada saya,
    kalau marahpun saya datang juga.

    baju kurung baju kebaya,
    cuba teka siapa saya?

    p/s: jangan marah yer..saya nak bergurau jer... =========((@)
    ikhlas dari sobatmu,
    effie@afy


  4. Anonymous Says:

    hait zaff,
    ulok tangan - slmt berkenalan, ari2 aku lalu blog kau ni, per ahh, kejap sedih, kejap suka, kejap sedih balik. ni ada org pernah sound kat aku l/kurang mcm nilah - hidup ini ibarat sebatang sungai yg pasti airnya akan mengalir jua.. (garuk paler banyak kali, apa maknanya? nanti aku tanya dia balik okey)

    come on, bunga bukan sekuntum beb!!!


  5. Anonymous Says:

    hait,
    awek kau sakit apa? sudah2lah tuh, mengalah tak bermakna kita kalah, adios amigos!!!!!


  6. Anonymous Says:

    hi buddy
    5 hari aku tak melawat blog ko ni dah mcm2 kisah kat sini yea..alahai zorro...jgn lah bersedih sgt yea...aku faham..aku pon penah melalui fasa2 kesdihan , kefrustan, kebingunangan, kegeraman..mcm2 ke lagi lah...mcm kata effie lah..ramai yg masih sayang ko...satu pergi seribuu mari...cuma ko yg lum jumpa seribu tu..ko cuma nampak satu yg pergi tu...usahlah bersedih sgt shabatku..bukak mata luas2...apa yg berlaku pon, hidup tetap perlu diteruskan...sampai bila nak bersedih..nak meratap?ia tak akan mengubah apa2...what it be let it be...take it easy my fren...walauapon aku tau...bahu ko yg memikul bebannya..aku hanya boleh pandang saja..tapi aku cuba utk meringankan beban di bahu kau dgn bg kata2 semangat pd ko...zorro...kita hidup hanya sekali..so jgn sia2kan hidup ni begitu je...wake up!!!


  7. Anonymous Says:

    hait,
    jom aku blanjer kau tengok wayang. relaxkan fikiran, mcm mana nak contact kau? buang karenlah sedey benda2 mcm nih


  8. Anonymous Says:

    assalamualaikum zaffey,
    masih menyepikan diri? come on my friend, tolonglah keluar dari persembunyian awk..menyembunyikan diri tidak akan menyelesaikan apa-apa..jgn menyiksa diri sendiri..awk tanyalah pada diri,"apakah selama ini pengorbanan awk pada dia dihargai?", berbaloikah kalau awk berkorban diri sehingga membinasakan masa depan awk?
    zaffey, awak nak marah, marahlah saya k, tapi sebagai kawan sy mahu lihat awk menjadi diri awak, fikirkan bahawa sesungguhnya perjalanan hidup ini tak akan terhenti di sini kalau dia tinggalkan awak..teruskan kehidupan yang masih panjang ini, insyaallah...saya masih bersedia menjadi sahabat awak jika diperlukan dan saya tidak akan mengalah hanya kerana orang lain menuduh awak dgn pelbagai tuduhan dan saya juga tidak takut sekiranya ada yang mahu bersemuka utk menerangkan kedudukan yg sebenar, awak tahu apa yg say maksudkan...'berani kerana benar, takut kerana salah' dan sy cuma berasa bersalah pada awak kerana menjadikan keadaan semakin genting begini..biarlah apa org lain mahu perkatakan, awak kena membela diri awak..wake-up mydear!! berdiam tidak akan menyelesaikan sebarang masalah...saya tidak akan meninggalkan awak sendirian jika 'mereka' mahu 'berperang' dgn awak!!


  9. Anonymous Says:

    hait zaff,
    aku memang tak pandai nak bagi nasihat, tapi pd aku sesiapa pun jgnlah cuba jadi batu api dlm menghadapi suasana yg aku rasa cuma kau tahu apa sebenarnya dlm hati kau. kalau dari apa yg aku baca dlm entry kau, dia sayang kat kau, mungkin ada perkara yg buat dia bertindak begitu. fikirlah dgn matang, jgn ikut perasaan, aku rasa dia di sana pun tidak semudah itu dapat melupakan kau. dan buat affy,nasz mahupun sesiapa sahaja, saya rasa jgnlah cuba nak mengeruhkan suasana, biarlah mereka menyelesaikan masalah mereka, kerana saya yakin dalam hati masing-masing ada lagi perasaan rindu dan sayang yg mendalam, jadi org lain jgnlah ambil kesempatan. iklhas saya cakap dlm hal ini, yg empunya diri lebih tahu.


  10. Anonymous Says:

    hait,
    aku nak jumpa kau, jom kita lepak kat klcc ker mana ker, pegi PD ker, mana-manalah, bukannya aku ajak kau buat tak senonoh, just pegi relax. email aku - ze3459@yahoo.com


  11. Anonymous Says:

    terima kasih zack kerana mengingatkan saya, saya bukan mahu mengambil kesempatan di sini, cuma saya tidak mahu nama saya dikait-kaitkan dan selebihnya saya sangat bersimpati dgn zaffy..mungkin saya agak emosional bila En. Nasz menyebut ttg saya dlm cbox ini..saya cuma mahu mempertahan diri saya..dan sesungguhnya memang tiada siapapun yang berhak menentukan hidup orang lain..saya cuma berharap zaffy akan kuat semangat!!


  12. Anonymous Says:

    assalamualaikum wbt.
    awak..
    selama ini saya beranggapan segala nasihat dan sokongan saya diterima dengan hati yang terbuka..rupa-rupanya saya silap dan saya berasa diri saya sangat bodoh..
    dan bila saya dikatakan tidak tahu diri, maruah saya tercabar, hati saya sakit dan terluka..tiba-tiba saya lihat awak bergembira seolah-olah tidak ada apa yang berlaku kepada awak..sebelumnya saya bersusah-payah memberi kata2 semangat untuk awak bangkit semula..tup-tup awak macam tak kisahpun..dan seolah-olahnya saya pula yang 'mengada-ngada' memberikan nasihat pelbagai..awak?
    awak..
    saya sebenarnya tumpang gembira kalau awak bahagia, cuma saya tak faham dengan sikap awak..bila awak kata awak sedih...rupa-rupanya tidak!! saya yang bodoh menilai kebenaran dan sayalah yang buta sebenarnya!!
    awak..
    saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya tidak akan menjadi bodoh lagi..
    dan saya mohon untuk mengundur diri selama saya mampu..anggaplah saya hanya seekor nyamuk yang suka membuat bising di sini, lalu telah mati kerana terbunuh oleh kebodohannya sendiri!!
    awak..
    selama saya mampu saya akan pergi dan tak perlulah awak bersusah-payah mencari di mana saya berada..
    awak..
    maafkan saya buat kesekian kali kerana menulis lagi di sini..jangan bimbang kerana ini adalah yang terakhir kalinya..
    selamat tinggal dan semoga kita tidak berjumpa lagi.
    Wassalam.

    p/s: kalau awak fikir tulisan ini akan menyinggung mana-mana pihak, silalah delete!


  13. Anonymous Says:

    hait,
    tengah garuk kepala - aku ni bengong bila baca komen dari pak pandir, tapi bila baca dan baca lagi, kau pak pandir macam merajuk dgn zaff. kalau kita ikhlas bagi nasihat kat seseorang kita tak perlu tahu apa riaksi dia di sebelah sana, dia hapi ker atau sebaliknya, tapi kau macam...kalau tak silap tafsiran aku, ehem, kau dan saya dan afy adalah insan yang sama rite? dari lenggok kata-kata, susunan ayat. aku hulok tangan kalau aku silap? kenapa nak memaksa? soal zaff dgn kekasihnya adalah soal peribadi, yer kita boleh baca rintihan zaff di sini, tapi pada aku yang tak mahu jadi bebal ini - cukuplah biar zaff layari perjalanan ini dgn cara dia, suka, duka, marah adalah rencah percintaan.

    zaff, kau ada peminat setia, layannn