untuk ibu...

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 60, wahai ibu ku…

Sudah 60 tahun umur ibu. Ibu sudah masuk kategori ‘warga emas’. Aku siap cakap dengan ibu, “wahhh… pasni boleh la dapat diskaun warga emas ekk” dan ibu hanya tergelak diusik. Kakak ipar aku pulak, belikan sebiji kek coklat yang sememangnya sedap dimakan sekeluarga samada oleh ibu, abang-abang aku, perut aku, adik aku mahupun kucing-kucing kesayangan kami! Hehehe…

Sejujurnya, tiada hadiah yang dapat aku belikan untuk ibu. Aku hanya mengucup tangan ibu… kucupan yang aku berikan pada ibu adalah sarat dengan rasa sayangnya aku padanya serta penghargaan aku padanya.

Lepas aku dah kucup tangan ibu, ada suatu rasa memenuhi dada aku. Hmm… sabar dude…! Aku tahan, dan aku cuba tersenyum seindah mungkin pada ibu. Erghh!! Tapi, mata aku berkaca-kaca. Entah kenapa… aku pun tak tau. Cepat-cepat aku duduk ngadap tv sambil dengan lahapnya makan kek coklat sedap yang kakak ipar aku belikan tu. Konon macam teruja sangatlah dengan kek coklat tuh! Hahahaha… bangang punya cubaan meng-cover-kan diri! Ahaksss!

Lewat malam, aku mula teringat kembali pada ‘rasa’ yang memenuhi dada aku selepas mengucup tangan ibu tadi. Terasa sungguh tangan ibu semakin banyak kedutnya dan sudah kendur kulitnya. Tangan ibu terasa sejuk. Jari-jari ibu juga kelihatan mengerekot sedikit. Masih aku ingat lagi tangan ibu dulu… sewaktu hebat bekerja… hebat berniaga. Tangan ibu tak pernah diam. Diamnya cuma sewaktu kepalanya rebah di bantal kekabu. Ibu sentiasa menyinsing lengannya. Tangannya bisa bermain air dan berdiang di api dalam jangkamasa yang lama. Ibu sememangnya ‘kuat’ di mata aku. Dan ibu sesungguhnya ‘cekal’ di hati aku.

Tangan ibu menggambarkan pada aku betapa ibu telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan aku menjadi manusia sejati yang terbela. Aku tahu, ibu punya harapan tinggi yang diletakkan. Tapi ibu tak pernah suarakannya. Aku tahu, ibu bimbangkan aku setiap hari, malah setiap masa. Biarpun umur aku sudah menginjak ke akhir 20-an, tapi kebimbangan ibu masih bersisa. Malah, kalau difikir-fikir, makin bercabang-cabang bimbangnya. Hehehe… ibu… ibu… :)

Aku cuma ingin ibu gembira. Aku tak suka bila ibu mengorbankan airmatanya lagi. Aku tak suka melihat ibu begitu. Bagai disayat-sayat hati ni bila tengok ibu menangis. Moga hari-hari mendatang, ibu bakal hidup dalam kehidupan yang lebih aman, bahagia tanpa ada rasa gelisah dan bimbang. Moga anak-anak ibu bakal menjamin ibu bersemanyam di singgahsana firdausi nanti…

Maafkan anak mu ini, ibu… Kerana seringkali leka bermain api… Tapi, ibu usah gusar, tali yang ibu bekalkan masih kuat dipegang… ayat yang ibu ajarkan masih jelas terpahat dalam fikiran… sayangkan diri mu ibu, sepenuh hati anak mu ini.

*anak nakal ibu…*
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    ingin sekali bersama zaff menumpang kasih ibu, menggembirakan ibu....

    selamat ulang tahun ke 60 wat ibu tersayang zaff...


  2. Anonymous Says:

    awk beruntung dpt kasih sayang dr ibu tercinta...hope awk bahagia n happy dcc ibu awk...kimsalam kat ibu ekz,... :) happy b'day utk ibu awk...


  3. zaffey Says:

    anakmanjamak & anonymous:
    terima kasih... dan ibu pasti gembira bila dia tahu yang dia punya ramai anak2 gadis comel yang ingin turut bermanja dengannya.. ;)