ala... ngadu sikit je... hahaha

salam frenos...!

meh, meh. nak ngadu sikit. sikit je... tak banyak pun... hehehe. entah apalah kena dengan mata aku yang satu ni. tak boleh kalau kipas tu lurus dihalakan ke arah muka. ala... kadang-kadang tak payah halakan ke muka pun, sipi-sipi pun tak boleh. kenapa tak boleh? sebab, kalau ada angin yang kuat menghala ke mata aku ni, haruslah nanti aku rasa pedih, macam baru lepas menangis berjam-jam! tapi, aku nak berkipas juga, almaklumlah musim sekarang ni kan musim panas. malam-malam pun terasa macam waktu di siang hari. resah gelisah dibuatnya. jadi, setiap pagi, kalau bangun daripada tidur, memang tersiksa sangatlah aku 'mengendalikan' kesakitan mata aku ni. terpaksa luangkan masa 5-10 minit hanya untuk buka mata pelan-pelan! kalau tidak, hasilnya ialah ; aku akan ke pejabat dalam keadaan mata yang berair-air dan merah menyala! perghh. tu belum lagi ditambah pulak dengan silau lampu kereta atau motor... memang lagi sadis ler... :P ahaks.

tu je nak cerita pasal mata aku yang satu ni. sebab tu, kadang-kadang korang tengok aku jarang berkipas ataupun aku suka alih kipas ke, aircond kereta ke, jauh daripada aku. bukan aku tak rasa panas, tapi aku tak tahan nak 'layan' mata aku ni... hehe. nasib badanlah labu... apapun, syukurlah ada mata yang masih boleh melihat lagi. ;)

ish, ada kedutlah pulak kat area mata tu! ayakkkk!! sudah tua lah gue! hahahaha... nih yang nak mengadu pulak di lain episod ni... ish.. ish.. >:P





hah, nih cerita lain pulak... pasal tangan kanan aku. alkisahnya di suatu hari, bersemangat waja sangatlah diri aku ini untuk memasakkan lauk asam pedas ikan kerisi untuk cik buah hati tersayang. asam pedas tu pulak bukanlah gunakan resipi hebat sangat pun, cuma guna pes asam pedas cap adabi, ikan kerisi, daun-daun yang beraroma dan lain-lain bahan yang difikirkan logik untuk disebatikan bersama. seingat-ingat akulah kan, masa aku tengah nak menumiskan pes asam pedas tadi, aku tengah sibuk berangan + berkhayal + bermimpi di siang hari tentang ntahkisahapaakulupala. bila aral melintang, di kala jari-jari aku bersungguh-sungguh mengeluarkan pes dari dalam peket, tak semena-mena aje jari aku ter-'slip' masuk sekali dalam periuk belanga! hehehe... sian korang kan nak gambarkan cerita aku ni... hehe.. sabo je le.. :P maka apalagi, seperti di ataslah keadaan tangan aku!

namun begitu, asam pedas tetap asam pedas. sedap! hahaha... (hampeh kan) tapi, dengan ikhlasnya aku cakap; memang sakitlah weihh! ahaks.

tapi toksahlah risau... dah semakin sembuh luka lecur tu. memula hari tu, memanglah ngeri. orang kat pejabat tanya aku, kenapa dengan tangan aku. aku jawab; ramai sangat adik praktikal cium tangan saya, tu yang melecur tu...! (gila bangang kan alasan ni). adakalanya pulak aku katalah; saya buat eksperimen kat rumah, tersalah campuran, ginilah akibatnya. hehehe... puaslah diorang tanya kenapa. malulah jugak nak ngaku tangan lecur dek kerana asam pedas! hahahahaha sabo je le... hahahaha.

okehlah frenos, jaga diri bebaik haa... pada semua sengetians yang join Gathering 2009, hati-hati drive kereta... ;) semoga korang enjoy la dengan segala aktiviti yang dah dirancang. kirim salam la kat sapa yang kenal aku. insyaallah lain kali aku dan lya join la nanti.
4 Responses
  1. sky Says:

    beb, jaga diri baik2.
    ko ni kan, macey2 ler.
    hiks.
    gi la jumpa doktor.
    weh, tak rindu aku ke?


  2. zaffey Says:

    is:
    doktor? ih.. ih.. badan aku ni, bila tau je kaki aku nak melangkah g jumpa doktor, jam-jam tu la segala penyakit jadi baik! hahahaha... so how? kehkehkeh.. :P gue rindu sama kamu juga loh...


  3. Lya Says:

    awk.... lain kali hati2 bila memasak yer...jgn nk berangan jer...nasib baik tangan tu melecur sikit je...hurmmm..
    ape2 pun masakan awk memang tip top...
    syg awk setiap saat... :p


  4. Lin Says:

    nnt nak rasa babang masak ... tapi jgn terpotong tgn lak tau...nnt kitorang semua jadi raja bersiong...