terima kasih...
den mulakan dengan salam yer... assalamua'laikum wbt... pada semua sahabat...

baru hari ni berkesempatan untuk menyusun kata kat sini... selama seminggu yang lepas, den ada majlis nak dikendalikan dan tentunya den tak mengadap komputer ni dalam masa yang agak lama... err... komputer ni pun mcm berhabuk je masa den mula2 pegang semalam... ayakkkk (sian pc... maafkan deddy yer... :D)

mulanya terperanjat jugak bila baca komen2 dan mesej2 yang ditinggalkan untuk den kat sini... den baca dengan khusyuk, den teliti dengan sedalam2nya... semuanya berbekas dihati, berkesan dijiwa...

untuk kekasihku ayang...
jangan digusar pada sayang yang telah ku beri... aku mungkin bukan pecinta yang terhebat tapi aku masih perindu dirimu yang setia... maafkan aku, kerana aku, kau mungkin dicaci... maafkan aku, kerana aku, kau mungkin dibenci... maafkan aku, kerana aku, kau seringkali menggugurkan airmata... maafkan aku, kerana kasih yang ku pertahankan untuk mu ini sentiasa membuatkan hidupmu tak keruan... namun, biar apapun badai yang melanda, aku masih di tepian pantai mu... menunggumu untuk sama2 menikmati mentari yang kita sama2 nantikan... sayangkan dirimu selalu, ta...

untuk sahabatku afy...
terima kasih atas nasihat yang sering kau berikan... terima kasih atas semangat yang kau tiupkan... aku masih muda, aku masih tak habis mengukur dunia, nasihat dan teguran dari mu sentiasa akan aku ingati dan cerita2 mu akan menjadi teladan untuk ku... maafkan aku yang terkadang terlalu menyembunyikan gelora rasa sehingga kau jadi kabur menilai siapa aku... dan maafkan aku yang terkadang suka memakai topeng yang berlainan rupa dan warna...

untuk temanku nasz...
tahniah, kerana dah jumpa blog aku ni... dan terima kasih, sebab sudi meluahkan rasa di sini... aku faham, kau memang amik berat pasal ita, dan oleh sebab itu, aku tetap maafkan kau walaupun ada antara kata2 kau sebelum ni sedikit sebanyak buat aku termenung dan kembali menyedarkan siapa diri aku ni... sorry ar nas, dunia aku memang macam ni... aku selesa mencurah kasih, rindu dan kata2 sayang pada seorang gadis, dan gadis itu masih "dia" yang aku panggil "ita"... selepas ni, kalau kau nak jenguk blog aku ni lagi, aku berbesar hati menerima kunjungan kau, tapi, kalau kau rasa jijik ke, loya ke, gi le jenguk blog lain yang lebih suci dan murni... apapun, terima kasih sudi jenguk aku di sini... kita kawan lagi kan..? ahaksss :P

untuk my buddies sengetians... (blue, zack, & few others yg suka nyurukkn nama tuh... ahakss)
terima kasih weihhhh atas kata2 korang yang buat den 'salute'... :) den tau korang memang memahami... sebab korang pun ada yang lalui kisah2 yang lebih kurang sama je ngan den... ni le antara tujuan blog den ni... tempat den mengadu dan mendengar semula nasihat/teguran... yang den rasa den boleh ubah, den ubah... yang den rasa tak mampu nak buat, den tangguhkan dulu... apapun, jangan la serik ekk untuk terus melayan "suatu perkisahan" tentang hidup seorang aku ni... ;)

dan untuk diriku sendiri...
teruskan menapak kaki dalam perjalanan hidup ini... jangan diharap jalan itu sentiasa lurus dan lebar kerana seringkali di hadapan bakal dilalui jalan yang bengkang-bengkok, berbonggol, sempit, berlubang, berlopak, berpaku dan entah apa lagi halangan... di hujung sana, ada perhentian... dan perhentian itu ada pegawai imegresennya yang bakal meminta sesuatu dari mu... bersedialah membawa bekal yang secukupnya... moga kau dilindungi olehNya...
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    hait,
    aku salute kau, buang yang keruh ambil yang jernih, dunia ni kecik jer buat apa nak gaduh-gaduh, buang karen weih. erkk buleh kenal dgn awek kau wakakakaka


  2. zaffey Says:

    yop dude!
    ye la... dunia nih memang kecik, ntah2 tadi kita ada selisih bahu kat jalan kot? ahaksss.. :D
    nak kenal awek den? hehehe... isi je borang, nanti anda akan dipanggil interview... :P


  3. Anonymous Says:

    baguslah ko dah ok zorro....langit akan cerah semula lepas hujan lebat...bukannya berterus terusan mendung kan..begitulah hidup kita pon...ada pasang surutnye...yg penting kita saling berkompromi dlm segala hal...


  4. Anonymous Says:

    hait,
    zaff, jom aku blanjer kau tengok wayang sempena berakhirnya kemarau di hati kau fuyoooo bahasa sastera aku dah kluar nih. klcc menanti vrommmmmm


  5. zaffey Says:

    blue:
    yep... hujan, mendung, cerah, panas, sememangnyer lumrah.. kene le den pandai sesuaikan diri... kene pakai baju hujan utk elak kuyup... kene pakai topi utk tahan terik mentari... kene pakai sun-glass utk errr.. bergaya? ahaksss :P

    zack:
    nak blanjer den nengok wayang? citer mende yg besh nih? ahakss.. hm.. nanti ar, den email2 ko ekk... ayakkkk vromm-vromm den dah lama berkarat tak basuh ar... jom g mandi buih nak? hahahaha ;P