betul ke aku dah lupakan dirinya...?

well frenoss, aku masih sayangkan dirinya sebenarnya. aku masih merindui dirinya sehebat rindu dulu yang pernah aku sampaikan padanya. aku masih memandang dengan sedalamnya potret diriku dan dirinya yang pernah ku abadikan di kanvas. aku masih terdengar-dengar senda gurau dan sendu tangisnya di hujung talian ini. ye, segalanya masih ku simpan erat, samada di dada ku mahupun di fikiran ini.

aku mungkin tak boleh untuk berpatah balik, mengulangi semula kenangan lalu yang mengusik jiwa. namun, masih aku tak mampu untuk melupakan kehebatan semarak kasih yang pernah aku hidupkan untuknya dahulu. sememangnya indah...

aku sayangkan dirinya. mengharapkan yang terbaik untuknya. aku ingin dia mengecapi nikmat kebahagiaan yang sering diimpikannya. hadirnya aku, hanya akan lebih menuntut lebih banyak kesedihan di hatinya. hadirnya aku, hanya akan mengundang seribu satu lagi celaan dan pandangan serong yang menyakitkan. aku undurkan diri ini daripada hidupnya. aku hilangkan diri ini daripada laluan hidupnya. cukuplah setakat ini. biarlah hanya aku yang menelan cemuh dan cemik 'mereka' yang sering mengakui diri 'di landasan yang betul'. aku dah tegar...

aku terima segala kesilapan dirinya. aku maafkan segala keterlanjurannya. dan aku relakan dirinya bakal menjadi permaisuri hidup insan yang bernama lelaki. biar hati terluka, biar jiwa sengsara, biar segalanya terobek, aku yakin, di laluan itu, cahaya bahagia yang indah dan cerlang bakal membahagiakan dirinya buat selamanya. aku hanya ingin dia terus tersenyum...

rindu ini masih menjadi darah yang mengalir, masih menjadi udara yang memenuhi paru-paru ini... sayangku untuknya masih berbaki. kenanganku untuknya masih tersisip. namun, aku telahpun mengakhiri sebuah episod cinta terlarang yang penuh tawa dan tangis, antara aku dan dia...

bahagiakanlah dirinya, tuhanku...
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    ngko ni lesbian ke?


  2. zaffey Says:

    pariah:
    sukakan perempuan...


  3. Anonymous Says:

    u nie lesbian or pengkid??